Thursday, 19 March 2009

Kalau dah rezeki tak kan ke mana...

Semalam tertunggu-tunggu juga panggilan daripada Petronas untuk temuduga... seorang kawan telah pun dipanggil ke sesi temuduga 2 hari lepas oleh Petronas pada 27 Mac nanti...best nya dia.. nak jugak...~ huk..

Tapi hingga petang semalam, tiada sebarang panggilan diterima.. aku hampa.. Pulang ke rumah, aku luahkan pada kakak senior aku ketika sedang menyiapkan makan malam kami di dapur..

"Wani tak dapat kot Petronas, kak...takde pun diorang call..." dengan nada sedih.......

Kakak senior menjawab, "Ada la tu esok-esok ker..." sambil tersenyum cuba memujuk...

Aku masuk ke bilik, bersiap-siap untuk solat Maghrib... dalam sujudku, aku berdoa meminta rezeki yang baik dan diberkati dari sisi-Nya... moga ada berita gembira kelak...

Selepas makan malam bersama kakak senior sambil berborak-borak di dapur, aku kembali ke bilik dan duduk di depan laptop.. aku membuka email Yahoo!.. mana tahu ada email dari mana-mana syarikat lain untuk temuduga..

Sekali lagi hampa.. tiada sebarang email berkaitan...

Aku klik pula kotak SPAM dengan sambil lewa ketika cuba memujuk hati..

Ada satu mail... bertajuk "Fw:Pls call me"...

Eh... nama penghantar macam Melayu... cuba klik...

"Dear Nurulaswani Mohd Noor,
Congratulations as you has been selected for an interivew with PETRONAS. However, the phone no. given by our staff from KL is your Malaysian number. Do you have any UK number so that i can ring you to discuss your interview schedule or you may call my office as below...."

Haa?..... dari Petronas.........? Ya Allah...alhamdulillah.... gembiranya......~~~

Tapi... takde nombor handphone UK aku dalam CV? biar betul aku ni....

Aku pun check balik email beserta CV yang pernah dihantar dulu... isk, ye la..takde nombor UK.. padan la orang Exxon Mobil pun kena call rumah kat kampung dulu untuk dapatkan nombor UK aku dari mama... adui la...ape la Wani.... +_+

Aku terus membalas email tersebut dengan meminta maaf atas sebarang kesulitan di pihak mereka dan menyertakan bersama nombor UK aku bersama auto signature di hujung email...

HIKMAH DISEBALIK KEGAGALAN

Alhamdulillah... gembira sangat... terima kasih ya Allah kerana memberi peluang ini... aku akan buat yang terbaik...kejadian 5 tahun dulu dimana aku gagal dalam sesi temuduga Petronas untuk mendapatkan tajaan pelajaran tidak akan berulang ...

Mengimbau kembali detik 5 tahun dulu.. aku tidak berjaya mendapat tajaan Petronas untuk belajar di Universiti Teknologi Petronas (UTP) kerana kelemahan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.. dan aku sedih kerana kelemahan aku tu..

Tetapi kemudiannya aku mendapat tawaran daripada MARA untuk melanjutkan pelajaran di luar negara... Merasakan ia adalah peluang yang tidak patut dilepaskan, aku menerima tawaran itu walaupun mama kelihatan berat melepaskan aku pergi jauh ke perantauan di usia 19 tahun.

Di tahun pertama aku di sini, aku berkenalan dan berkawan dengan seorang gadis dari Sri Lanka dalam jurusan yang sama.. dia fasih berbahasa Inggeris...kami sering bersama di Universiti dan aku juga kerap berkungjung ke bilik tempat dia menginap...dia menjadi teman berbual aku walaupun bahasa Inggeris aku cincai-cincai... aku pernah nak ambil kursus bahasa Inggeris ketika itu, tetapi dia membantah. Katanya,"Don't worry Wani. We will be together for 4 years. You will be improved by then...no need to take that course ". Dia tersenyum yakin..

Kini dia berada di London melanjutkan pelajaran dalam bidang Master in Communication Engineering (kalau tak silap aku) di University College London (UCL). Kata-katanya dulu kini semakin nampak benarnya, aku merasakan sedikit demi sedikit penguasaan bahasa Inggeris aku semakin baik berbanding mula-mula aku datang ke bumi UK ni... bergaul dengan international dan juga local students di sini, especially keterlibatan aku dalam real engineering group project di tahun akhir ni banyak membantu aku... aku lebih yakin berkomunikasi ... pulak tu dapat supervisor yang baik macam Dr. Nigel... alhamdulillah...

Sesungguhnya, pada sesuatu kejadian, ada hikmah tersembunyi di sebaliknya... kadang-kadang Allah tak bagi sesuatu yang kita suka dan nak sangat benda tu..kita pun sedih... tapi rupanya Allah nak bagi benda lain yang lagi best...=)

Apa yang aku harapkan untuk interview ni hanyalah semoga aku dapat perform dengan baik dan cemerlang masa interview nanti.. aku tidak terlalu memikirkan kejayaan kerana semuanya Allah dah tentukan... kalau sudah rezeki aku di situ seperti yang ditetapkan oleh Allah, ia pasti terjadi... yang terserah pada manusia ialah usaha... kan?

"Just do it, the best that you can do .." =)

Petronas, here I come to you again.

"Ya Allah, permudahkanlah bagi Aswani... permudahkanlah segala urusannya... dan berilah dia rezeki yang baik lagi diberkati serta jadikan lah dia dari golongan orang yang sentiasa bersyukur dengan nikmat-Mu...ameen... "

7 comments:

Anonymous said...

insyaAllah.. akak doakan awak dipermudahkan segala urusan.. ameen.. Allah maha mengetahui.. He is indeed knows something good for u even when u see it as valueless..
chayoo!

Nurul Aswani said...

Terima kasih kak fae... =)

Z said...

wani, im touched reading this entry..:)
congrates ya, do ur best for the interview..i went thru it..hehe
:)

Nurul Aswani said...

Thanks kak zack... doakan Wani agar dilancarkan pertuturan dan dikurnikan kebijaksaan serta ketenangan untuk menjawab semua soalan yang diajukan...

Jazakallah... =)

mira said...

salam~~
kak aswani~~
i'm here ..to ask for help..
can u told me ur experience
on mara interview??
hows is it goin'??
i'm quite blurr bout thiz interview~~
well...candidate had been askin' to prepare an essay bout study plan..
gosh!! i really juz out of my mind when think of it...
how suppose i prepare it??
s.o.s

Nurul Aswani said...

MARA interview? Emm... camne ek nak bagi tips.. huhu..

Well, the top tip is, be yourself.. seriously that's the big thing..

When you are being yourself, you will be able to answer every question from your point of view...from within...

And remember, talk confidently...people will be amazed by your confidence level even though your answers for their questions are not really correct.. =)

All the best to you Mira (even though I don't have clear idea which Mira is this... huhu~)

Anonymous said...

Wow did you really get a job at Petronas Twin towers? I don't understand Malay but congratulations.

What kind of marks do you need for such a great job?