Tuesday 27 January 2009

MARA oh MARA...

Alhamdulillah...syukur pada Allah... kerana tidak terpilih ke Kursus Jati Diri dan Bina Insan yang dianjurkan oleh MARA. Kursus yang dikomplen oleh ramai pelajar tajaan MARA kerana diberi notis pemberitahuan pendek itu akan berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu dari 30 Januari hinggalah 1 February bertempat di Jurys In, Birmingham.

Kesian kepada beberapa orang teman satu batch di Manchester dan beberapa kenalan pelajar Postgraduates yang terpaksa pergi lantara nama mereka tersenarai dalam mereka yang wajib hadir. Selamat berprogram kepada yang terpilih... =)

Exam terakhir ialah ESOK. Macam takde perasaan. Macam nak "cepat lah habis!" Dan weekend ni ialah, projek mega budak-budak lepasan peperiksaan! he.

- Sambung study..... -

Thursday 22 January 2009

Perkhabaran yang dinantikan..

BERUNDURNYA ZIONIST!

Alhamdulillah peperangan di Gaza telah dihentikan dan tentera Zionist telah sepenuhnya keluar dari Gaza hari ini. Hati terasa hiba melihat gambar-gambar yang terpapar di dada akhbar tentang keadaan di bandar Gaza yang digambarkan "10 kali lebih dasyat daripada gempa bumi". Moga Allah menurunkan bantuan melalui hamba-hambaNya yang prihatin untuk terus membantu rakyat-rakyat Palestine di Gaza dalam membina semula kehidupan mereka di sana.

Walaupun Gaza musnah teruk, tetapi rakyat-rakyat Palestine meraikan pengunduran tentera Zionist Israel itu sebagai satu kemenangan di pihak mereka dengar mengibarkan bendera Hamas di atas runtuhan-runtuhan bangunan.

Kagum.

Ya, sesungguhnya tentera Zionist Israel tidak berjaya mematahkan semangat orang-orang Islam di Gaza! Semangat mereka tidak runtuh seperti runtuhnya bangunan-bangunan di Gaza akibat bedilan tentera zalim Zionist Israel!

Pertolongan Allah akan dan pasti datang. Mari kita sama-sama menyumbang untuk membantu badan-badan yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Antara badan-badan yang aktif menyalurkan bantuan ke Gaza buat masa ini yang boleh disalurkan bantuan dan derma dari UK:

Islamic Relief

Muslim Aid

Human Appeal International - Gaza Appeal

Human Relief Foundation

PERKHABARAN GEMBIRA

Selesai kertas peperiksaan pertama pada hari ini.

Alhamdulillah, Allah merancang dan menakdirkan sesuatu yang baik hari ini selepas tamat sesi menjawab soalan peperiksaan selama 3 jam tadi.

Semalam aku menerima SMS daripada seseorang. Sungguh aku tak sangka menerima mesej daripada orang yang sudah lama tidak mendengar khabar berita dan amat aku nantikan perkhabaran daripadanya. Dalam mesejnya dia mengajak aku untuk berjumpa selepas kertas peperiksaan ku hari ini..

Selepas bersolat Maghrib di masjid Universiti usai waktu peperiksaan, aku mengejar waktu menuju ke tempat yang dijanjikan. Waktu yang dijanjikan ialah pada jam 6 petang, tapi aku terlambat 5 minit. Gembira tatkala melihat wajahnya yang sudah lama tidak ditatapi, aku merapatkan kedua tapak tanganku tanda mohon maaf ketika kakiku melangkah masuk ke restoran itu. Dia berpura-pura melihat jam di pergelangan tangannya tanda protes "Anda lambat!", namun kemudiannya mendongak dan tersenyum lalu bingkas bangun dari tempat duduknya dan menghulurkan tangan. Aku mengucapkan salam lalu kami berpelukan mesra.

Kami saling tersenyum dan tidak sabar-sabar untuk mendengar khabar tentang diri masing-masing. Kami berborak mesra, bergelak tawa, seperti kebiasaannya.. =)

Beberapa minit berlalu dan kami terus berkongsi cerita sambil menunggu tempahan makanan. Dia mengkhabarkan tentang perkahwinannya yang dijadualkan kurang 5 bulan dari sekarang. Alhamdulillah! Lama sudah aku menantikan berita ini. Walaupun aku tidak sempat untuk menghadiri majlisnya nanti, namun aku tetap gembira untuknya.



Aku menghantarnya pulang ke tempat kediamannya sambil-sambil ingin mengenali jalan ke sana. Senang lah untuk aku melawatnya kelak ketika berkelapangan. Jika tidak kerana musim peperiksaan dan juga kerana dia kelihatan letih, ingin juga aku bermalam di biliknya. Sangat banyak perkara yang ingin dibualkan.

Aku meminta diri untuk memberi laluan kepadanya berehat dan melangkah pulang dengan senang hati. Perjumpaan ini begitu merawat kerinduan aku pada keluarga dan mengembalikan aku kepada gelak ketawa setelah sekian lama hanya berteleku dan terperuk di bilik di musim peperiksaan ini. Dengan hati yang lapang dan gembira, aku mengadap-Nya ketika bersolat Isyak dengan penuh rasa syukur... Alhamdulillah ...Terima kasih Ya Allah atas kasih sayang dan ukhwah ini....moga Engkau mempermudahkan urusannya sentiasa..

Monday 19 January 2009

Adik dan ikan singgang..


Malam ni aku tiba-tiba teringat kat adik aku. Satu-satunya adik aku. Sekilas aku menjeling ke arah jam loceng analog di sebelah kanan laptop aku. Jarum jam menunjukkan pukul 10.45pm. 15 minit lagi menjelang jam 7 pagi di Malaysia; waktu di mana adik akan dikejutkan oleh mama setiap hari persekolahan untuk dimandikan dan disiapkan ke sekolah. Jika aku berada di rumah, mama akan memberikan tugas itu kepada aku kerana adik tidur bersamaku. 6.45am lagi aku dah kejutkan dia. Aku tahu, dia makan dan pakai kasut lambat. Jam 7.30am dah kena berada di sekolah.


Aku terkenang lagi pada hari aku ditinggalkan bersama adik di rumah, mama ada hal di luar yang perlu dibereskan. Aku jarang memasak ketika menghabiskan cuti di rumah. Mama yang selalunya masak. Hari tu, aku terpaksa lah masak hidangan makan tengahari untuk adik kerana mama dijangka pulang lewat petang. Adik perlu ke kelas mengaji Quran pada jam 4 petang dan ke kelas Qiraati pula pada jam 5 petang.


Aku melihat-lihat apa yang ada dalam peti ais. Hurm, nak kena putuskan nak masak apa. Akhirnya, lauk paling simple aku buat. Ikan kayu masak singgang! Heh.


Lauk singgang ni aku tak tahu la orang bandar atau orang negeri lain panggil apa. Tapi memang sangat simple. Kalau kat UK ni ada dijual tumbuhan yang bernama lengkuas, maka lauk ni la hari-hari aku masak masa musim exam ni kot. Oh, tapi disebabkan ikan adalah mahal di sini, maka seringkali juga la sup ayam dijadikan lauk paling simple dikala exam ni~

Ok, kembali kepada cerita tadi.

Hari tu, dengan penuh tawakkal, aku campak aje apa yang aku rasa perlu di bubuh dalam periuk bersama dengan beberapa ketul ikan kayu yang aku temui di dalam peti ais tu. Ikan kayu ni ada beberapa nama panggilan. Ia dipanggil ikan aya (disebut "ayow" di Kelantan. Pandai-pandai la korang sebut, tak reti pronounce, tanya mana-mana orang Kelantan. Hu..).


Aku taruk lengkuas 1 inci dan 4 biji bawang putih yang dihiris, asam keping 2 ketul, 4 ketul kacang bendi dihiris serong, sesudu garam kasar, ketulan ikan dan air secukupnya biar ikan tenggelam. Panaskan api dan biarkan ia mendidih sambil dikacau sekali sekala.


Wallaaah! Siap.

Jadi ke ni? Sedap ke tak ni? Risau benar aku. Biarpun nak bagi adik yang berumur 7 tahun je pun makan, tapi sebab lama dah tak masak sejak balik Malaysia, aku risau la jugak. Kang adik yang kecil ni ringan je mulut bagi komen, "Tak sedap la kakak masak" kan termalu sendiri. Ataupun bila mama tanya nanti ker,"Makan apa tengahari tadi? Kakak masak apa, sedap ke tak?", malu je kalau adik boleh lepas cakap mengaku "tak sedap". Isk.. anak dara masak ikan singgang yang paling simple ni pun tak lepas lagi. Budak ni pun kadang-kadang lurus bendul, dia tak reti nak sembunyikan apa-apa. Hu.

Satu perkara best kalau makan nasi berlaukkan ikan singgang di Kelantan ni ialah bila dikombinasikan dengan budu. Fuh, tak terkata sedapnya, hingga menambah nasi 3 pinggan pun tak sedar! Tengahari tu, aku hidangkan untuk adik satu pinggan lauk ikan singgang, satu piring kecil budu bersama satu mangkuk nasi. (Dia ada mangkuk khas untuknya. He). Aku ajak dia makan di dapur. Biasanya adik ni akan usung pinggan nasinya ke ruang tamu dan makan sambil tengok kartun. Sambil menemaninya makan, aku pun tumpang la sekaki.

Fakta lagi tentang adik aku ni ialah kalau makan nasi, jarang nak habiskan. Mesti ada nasi berbaki. Asyik kena marah oleh mama. Padan la dengan tubuhnya yang kecik tu, sebab dia memang kurang makan nasi. Tapi tengahari tu, dia makan dan makan...habis satu pinggan...lepas tu dia mintak tambah! Wah, lauk simple dimple aje, tapi dia mintak tambah~ Aku tak pernah tengok dia menambah bila makan bersama-sama dengan keluarga.


Bila mama pulang, aku menceritakan apa yang terjadi tengahari tu. Mama tergelak. Aku pun. Haha. Adik yang sangat terkenal dengan skim kurang makan nasi tu boleh menambah nasi, hanya dengan penangan ikan singgang dan budu! Dia makan sangat banyak tengahari tu. Lauk ikan singgang aje pun, tapi mak aih~ Mabruk! Mabruk! ^_^


Sebenarnya aku rasa puas. Puas kerana aku berjaya membuatkan adik makan banyak tanpa perlu dipaksa. Puas kerana dapat hidangkan makanan yang sedap untuk orang yang kita sayang walaupun hanya kanak-kanak. Betul la ungkapan, memberi itu lebih baik daripada menerima; seperti juga slogan Ustaz Hasrizal di laman webnya saifulislam.com , "Erti Hidup Pada Memberi."


Memberi sebenarnya mendatangkan kepuasan; tidak kiralah memberi dari sudut apa sekali pun; memberi dari segi tenaga berupa bantuan dan pertolongan ker, memberi dari sudut harta benda ker, memberi perhatian dan kasih sayang ker, memberi atau berkongsi ilmu ker, atau paling kurang, memberi doa (mendoakan) kepada orang. Paling penting ialah memberi ni bila dilakukan ikhlas dan diniatkan kerana Allah SWT, maka mendapat pahala.

Satu perkara aku nak kongsikan di sini ialah, bilamana kita mendoakan orang, malaikat akan mendoakan kita sama seperti apa yang kita doakan untuk orang itu. Malaikat; makhluk yang tidak berdosa, makhluk yang dimuliakan oleh Allah SWT; apabila berdoa, sudah pasti Allah kabulkan. Jadi, senang-senang lah untuk kita mendoakan orang lain jika mahu malaikat mendoakan kita jua.. =)

"Dan mereka berkata, "Tuhan Yang Maha Pemurah telah mengambil (mempunyai) anak." Maha Suci Allah. Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan."

"mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintahNya."

"Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafa'at melainkan kepada orang yang diredhai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya."

[Al-Anbiyaa': 26-28]

Saturday 17 January 2009

Trip Umrah 2009


Poster promosi Umrah MSM 2009

Aku berhajat ingin menyertai trip umrah anjuran Majlis Syura Muslimun (MSM) seperti yang diiklankan ni. Walaupun hanya seminggu, aku fikir cukuplah sebagai ziarah ke tanah suci Mekah dan Madinah di kesempatan masih berada di UK yang jarak dan tambang ke sana lebih murah jika dibandingkan mengerjakan umrah dari Malaysia. Dapat juga mengumpul sedikit pengalaman berguna sebagai bekalan untuk betul-betul menunaikan haji kelak.


Tetapi, beberapa hari lepas aku mendapat balasan email daripada MSM Travel and Tours berkenaan soalan aku tentang trip London-Jeddah-London. Aku tidak berhajat balik ke Malaysia selepas umrah, harus kembali ke UK kerana masih banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan sebelum balik for good. Pihak MSM Travel and Tours memaklumkan, harga untuk pakej London-Jeddah-London ialah £780.

Mari membuat analisis:
Pakej London-KL-London ialah £850. Stopover untuk umrah selama seminggu. Kemudian balik ke Malaysia dari Jeddah. Tiket sah selama (hampir) 3 bulan. Tarikh kembali ke UK dari Malaysia boleh dipilih oleh individu itu sendiri.

Pakej London-Jeddah-London ialah £780. Tiket sah selama 7 hari iaitu hanya selama umrah. Kemudian kembali ke UK dari Jeddah.


£780.... tambah lagi £70, bersamaan £850, boleh balik Malaysia untuk maksimum 3 bulan. Haih!


Nampaknya perlu mempertimbangkan semula keputusan ingin mengerjakan umrah tahun ini..

Friday 16 January 2009

Konvokesyen itu kesaksian palsu?

*Artikel ini telah melalui sedikit pengeditan dan ditambah sedikit info tambahan daripada artikel yang sebelumnya.*
---------------------------------------------------------------------------------

Aku berYM dengan seorang kawan malam tadi asalnya ingin bertanyakan tentang penyertaannya dalam trip umrah yang akan dianjurkan oleh satu badan jema'ah Islam di sini yang dirancang akan dilaksanakan pada Jun 09 nanti.

Dipertengahan perbualan, dia bertanya tentang bilakah hari konvokesyen aku. Aku menyatakan ia mungkin pada minggu pertama atau kedua bulan Julai nanti, tapi aku katakan padanya, aku tak rasa pun nak pergi hari konvo tu.

Dia bersetuju dengan kenyataan/pendirian aku. Aku bertanya padanya, kenapa dia bersetuju. Dia mengatakan bahawa dia mendapat pendedahan tentang hukum berkonvokesyen ketika mengikuti satu program di musim Winter baru-baru ni. Menurut kawan aku tu, ustazah yang memberikan pengisian tersebut menghuraikan satu hadith yang menyatakan, orang beriman tidak membuat kesaksian palsu. Dia mengaitkan tentang "sijil" yang diperolehi ketika berada di atas pentas pada hari konvo di kebanyakan institusi pengajian tinggi yang hanya lah kertas kosong sahaja. Itu lah yang dipanggil kesaksian palsu yang menyalahi hukum Islam.

Kedua, kata kawanku lagi, tentang isu riak. Naik ke pentas untuk menerima "sijil" penganugerahan Ijazah/Master/PhD menyebabkan mungkin akan timbul sikit sebanyak rasa riak di hati kita lantaran telah menyempurnakan pembelajaran dan beroleh keputusan yang cemerlang.

"Sijil dari University XYZ tuuu~~"

(University XYZ sebagai contoh salah satu universiti terkemuka di dunia.)

Riak ( dan juga 'ujub iaitu bangga diri) adalah salah satu sifat syirik (kecil) yang tersembunyi, dan ia menghapus amal.


BUANG MASA


Aku terkenangkan seorang ustaz yang pernah memberi pengisian dalam satu program yang pernah aku hadiri. Ustaz tersebut menyatakan, beliau tidak pernah hadir ke mana-mana hari konvokesyennya sejak dia lulus Ijazah sehinggalah peringkat PhD. "Buat apa? Buang masa je. Baik dok rumah baca buku, lagi berfaedah. " kata ustaz sambil tersengih.

Aku berterima kasih pada kawan aku tu kerana berkongsi satu ilmu baru denganku malam ini. Aku katakan padanya, aku tak pernah tahu tentang hal ini. Pendirian aku serasa tidak mahu turut serta pada hari konvokesyen itu sebenarnya atas sebab yang sama seperti kata ustaz, ia membuang masa. Dan aku juga sebenarnya tak suka keadaan yang crowded ketika hari konvo tersebut. Cukuplah apa yang aku dah rasai dan lalui ketika berada di London menyambut tahun baru 2009 baru-baru ni (seperti yang aku katakan dalam entry "London Trip: Penutup 2008 dan Pembuka 2009", aku terpaksa akur untuk turut serta bersama kawan-kawan aku kerana keadaan yang tidak mengizinkan aku pulang seorang diri walaupun hati memberontak) . Ketidakselesaan berada dalam crowd yang ramai; berasak-asak lelaki dan perempuan seumpama itu lah yang merupakan sebab mengapa aku tidak mahu turut serta berdemonstrasi di mana-mana tempat; di Manchester mahupun di London tentang isu Israel-Gaza.

Bagi aku, biarlah para mujahidin lelaki yang turun padang, bukan kaum wanita. Sememangnya kita sebagai orang Islam tidak kiralah lelaki atau wanita, pasti berasa marah, geram serta membuak-buak perasaan kita untuk menyatakan/melaungkan tentangan terhadap kekejaman Zionist Israel yang sangat melampaui batas terhadap rakyat-rakyat Palestine di Gaza. Tapi cukuplah Allah yang menilai usaha kita masing-masing; setakat mana sumbangan kita untuk menghentikan kezaliman Zionist Israel.

Demonstrasi merupakan salah satu cara bantahan; ada yang mahu turut serta, ada yang tidak mahu, masing-masing punya alasan tersendiri. Sama ada ia berhasil atau tidak untuk menghentikan kekejaman tentera Zionist Israel, Allah yang tentukan. Benar bukan hasil yang perlu dipandang, tetapi usaha kita. Walaupun sebesar zarah, tetapi ia tetap satu usaha tanda kita masih prihatin dan ia tetap ada balasan daripada Allah SWT.

AKU DAN SUKAN

Aku sentiasa cuba mengingatkan diriku tentang "Sebaik-baik wanita adalah yang lebih banyak masanya di rumah, hanya keluar untuk hal-hal yang perlu sahaja." walaupun aku juga sering keluar berjogging di taman berdekatan rumah ku di sini. Jika berada di kampung halaman, aku sering ke kawasan rekreasi di USM Kubang Kerian untuk berjogging; atas faktor keperluan menjaga kesihatan dan menghirup udara nyaman di luar serta melihat-lihat alam ciptaan Tuhan. Kebiasaannya begitu lah rutin hidup aku, beriadhah diwaktu petang, tetapi kesibukan di tahun akhir pengajian di UK ni membuatkan aku dah sangat kurang beriadhah. Nanti dah kerja lagi la takde masa kot..Sigh~

Hmm, setiap orang ada pendapat dan pandangan tersendiri tentang apa-apa perkara; tentang demonstrasi ker, tentang boikot ker, tentang sukan ker, apa-apa sahaja. Aku pernah aje ditegur tentang keterlibatan aku dalam mixed volleyball beberapa tahun kebelakangan ini. Itu pengalaman aku, aku punya pendirian tersendiri mengapa aku turut serta bermain bersama lelaki dalam satu gelanggang. InshaAllah Manchester Games 2009 akan berlangsung 21 Februari 2009 nanti dan pembaharuan yang tidak pernah ada dalam mana-mana Manchester Games sebelum ni ialah adanya mixed volleyball dalam acara-acara yang dipertandingkan.

Umpan untuk aku bermain (mixed) volleyball lagi. Tapi cukup lah aku rasa. Aku tidak mahu lagi turut serta bermain. Aku fikir, sudah tiba masanya untuk aku berundur dari mixed volleyball.

Aku pun tak tahu tentang masa depanku nanti, mungkin banyak masaku bukan di rumah lantaran kerja sebagai (bakal) jurutera kelak. Tapi, inshaAllah, aku tetap akan memilih cabang kerja yang lebih sesuai dengan statusku sebagai seorang wanita.

Apa-apa pun, moga hatiku tetap untuk tidak berkonvokesyen (menaiki pentas, bersalam dengan lelaki mat salleh itu, dan menerima sijil palsu), walaupun bergambar-gambar itu adalah part yang seronok tentang hari konvo sebagai kenang-kenangan.

p/s: Kadang-kadang terasa juga nak buat bisnes buka gym untuk kaum hawa beriadhah secara eksklusif dan private.

Thursday 15 January 2009

Mama...anakmu ini ingin dikau datang ke sini..

Baru-baru ni aku menyuarakan hajatku kepada keluarga untuk menaja mama datang ke UK pada penghujung bulan Mac nanti. Aku nak mama merasa angin dingin UK dan menikmati suasana indah musim bunga nanti. Mesti best... =)

Asalnya aku nak sponsor mama sorang je datang UK, tapi tiba-tiba nak juga adik perempuan kecilku yang berada di darjah 2 tahun ini datang bersama mama. Rindunya..Walaupun aku tahu penghujung Mac bukanlah waktu cuti sekolah. Hu. Otai sungguh kakaknya ni merelakan adiknya ponteng sekolah selama 2 minggu. =D Tapi, kesian la pula dia ditinggalkan mama selama 2 minggu tu nanti, dengan
tiada siapa-siapa menemaninya di rumah selain ayah dan kucing-kucingnya. Tapi, mungkin ini bukan satu perkara yang akan dipersetujui oleh mama. Obviously!

Adik begitu ingin bermain salji. Di beberapa tempat di UK, salji masih turun walaupun telah pun masuk bulan April iaitu musim bunga. Aku pernah merasainya ketika berada di Sheffield bulan April tahun lalu. Lebat sungguh saljinya, sehingga membuatkan aku cemburu (lagi) bila membandingkan dengan Manchester. Sigh~



Pemandangan dari tingkat 1 ketika berada di Sheffield, April 2008.


PROS DAN KONS

Sebenarnya kami punya beberapa pilihan selain bulan Mac tetapi kons yang lebih banyak dari pros membuatkan bulan Mac difikirkan waktu yang lebih sesuai.

Mac 2009

Pro 1: Aku cuti 3 minggu sempena Easter, so boleh la bawa mama jalan-jalan sepanjang 14 hari mama di sini.

Pro 2: Masih punya tempat penginapan yang selesa untuk mama. Dapatlah mama tinggal di rumah tempat anaknya menumpang teduh ni. Jadi soal tempat tinggal bukan menjadi satu masalah.

Kon 1: Bukan cuti sekolah. Adik terpaksa ditinggalkan di rumah sahaja dengan ayah. Kesian adik.

Jun/Julai 2009

Pro 1: Mama boleh datang sempena hari konvokesyen aku bulan Julai nanti.

Pro 2: Masih juga punya tempat penginapan yang selesa di rumah sewa ku ini selagi kontrak rumah belum tamat.

Kon 1: Kakak dijangka bersalin anak sulungnya pada minggu ke-3 bulan Mei nanti (inshaAllah). Jadi bulan Jun/Julai adalah waktu berpantangnya selama 2 bulan, yang mana dia lebih memerlukan mama untuk uruskan dirinya dan bayinya nanti.

Kon 2: Bukan cuti sekolah juga. Adik kena tinggal di Malaysia.

Ogos 2009

Pro 1: Waktu cuti sekolah dari 22-31 Ogos. Jadi boleh la mama datang dengan adik.

Kon 1: Hmm, elok-elok umat Islam mula berpuasa. Ia bukan lah pilihan yang baik nak berjalan-jalan ketika musim berpuasa.

Kon 2: Walaupun siangnya panjang yang memungkinkan waktu berjalan-jalan dioptimumkan, tapi pukul 4pm waktu UK mesti mama dan adik dah menguap-nguap kemengantukan. Jetlag. Hu. Biasanya seminggu jetlag nih, baru nak habis jetlag, dah kena balik Malaysia~

Kon 3: Kontrak rumah sehingga 31 Ogos, jadi seminggu terakhir sepatutnya sibuk dengan aktiviti kemas-mengemas barang, jadi, bila masa nak pergi berjalan-jalannya pula? Isk.

Kon 4: Bulan 8 adalah penghujung musim panas, jadi tiada lah bezanya dengan cuaca di Malaysia. Tak dapat lah mama nak rasa angin sejuk UK.

Disember 2009

Pro 1: Cuti sekolah yang panjang. Musim sejuk, adik boleh datang dengan mama, dan dapat bermain salji. =)

Kon TERBESAR: Visa tamat tempoh 31 Oktober 2009!

Allah Yang Maha Menentukan


Tapi, kita hanya mampu merancang, Allah yang Maha Menentukan. Beberapa halangan menyebabkan mama terpaksa membatalkan hasrat untuk meneruskan rancangan kami walaupun aku tahu, hatinya sedih dengan keputusan itu. Pada awalnya mama sangat gembira dan teruja ketika aku menyatakan hajatku itu melalui panggilan
telefon minggu lalu. Mama tidak pernah keluar dari Malaysia dan berita ini sudah pasti menggembirakannya.

Namun disebabkan oleh kesihatan ayah yang tidak mengizinkan beberapa hari ini, mama terpaksa mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan kami. Menurut mama, mata ayah dimasuki serpihan kayu ketika menebas semak-samun di belakang rumah beberapa hari lepas dan memerlukan pembedahan di matanya yang dijadualkan bulan 3 nanti. Adik juga ada ujian bulan 3 tu, jadi mama ingin pastikan adik belajar betul-betul untuk cemerlang dalam ujian tersebut.

Aku sedih dengan tidak tercapainya impian ini, namun apakan daya...hajat di hati nak sangat mama datang sini. Mungkin suatu hari nanti bila aku menyambung pengajianku di peringkat Master atau PhD di UK (lagi), maka impian ni akan tercapai. Tapi, entah bila kan......allahua'lam.

Sunday 11 January 2009

Long Lost (Sweet) Song

I came to this song (again) after a very very long time. It sparks me up and reminds me back to the long time memory.. :)

The lyric is so meaningful. And the song itself, is so sweet and somehow energetic. Click here to listen. And below is the lyric:

Mimpi Yang Indah
By Mestica

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian

Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasih-Mu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan

Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan

Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan

Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

Wednesday 7 January 2009

For the last...maybe.

This morning when I woke up and saw one of my friend's YM status message, I suddenly went to the window to see whether what she put there was right and still valid until this morning. Erm..couldn't see anything though.

Then, I took my keys and headed for the front door.

As I opened the door, "Wow~"





Subhanallah.. =)

The snow was falling down actually from the sky the moment I opened the door and was standing there feeling amazed. Such a long time I haven't seen this...

The last time I saw such white snow on the ground (in Manchester in particular) was when I was in my first year. It was happening and really a great experience since I've never seen and touched such white snow before coming to the UK. It was so rare really to have Manchester snowing. If it was snowing, it wasn't thick and heavy like in Stafford. ( I am always jealous with people overthere!) And now, this will be the last time I saw this. For my final year.

The very first, and the very last come accordingly with my year of studies. Nice.

Well Manchester. You are really "beyond the norm".

=)

Sunday 4 January 2009

London trip; Penutup 2008 dan pembuka 2009.

Alhamdulillah, selamat kembali ke Manchester pada 2 Januari lepas setelah 3 hari bercuti di London.

Train ke London bertolak tepat jam 5.55am pada 30 Disember yang lalu. Walaupun agak kelam kabut pagi itu kerana terbangun lambat daripada yang dirancang, tapi alhamdulillah aku dan housemate sempat tiba di Manchester Piccadilly train station 10 minit lebih awal daripada waktu bertolak. Fiuh~

Kami tiba di London lebih kurang jam 8.45am dan terus menaiki bus 68 menuju ke rumah seorang kawan yang akan kami tumpang selama 2 malam untuk meletakkan beg. Rumahnya yang terletak di Champion Hill, berdekatan dengan King's College memakan masa lebih kurang 30 minit perjalanan dari London Euston Train Station.

Sepanjang 3 hari di London, aku menghabiskan lebih kurang £45 hanya untuk makan sahaja. Setiap hari, kami akan mengunjungi mana-mana restoran untuk menikmati hidangan yang orang kata, betul-betul makan. Makan beria~ Aku bersetuju juga dengan teori housemate aku:

"Bila kita pergi holiday ke tempat orang, makan makanan kat tempat tu. Jangan makan meggi, kebab dan burger aje. Kalau pergi Italy, rasa makanan orang Italy. Pergi China, rasa makanan orang Cina. Baru betul kata nak kenal budaya orang kan.."

Setuju. Walaupun memang menelan belanja jugak sebab makan kat London kan (bayangkan lah makan kat KL camne ), tapi memang puas hati jugak lar.

Hari pertama kami ke restoran Korea, hari kedua kami ke restoran Italy (kalau tak silap aku), hari ketiga kami ke restoran Italy dan juga Asian. Makan di restoran Asian yang diberi nama Kiasu terletak di Bayswater, London tu adalah yang paling aku puas hati...walaupun, kesedapan Kuew Teaw soup with prawns and fishballs ala Singaporean nya aku yakin, ditambah perisa MSG. Sedap tak terkata. Lepas makan tu terasa,"Uh, badanku penuh dengan toksik MSG~"

Aku tak expect pun pergi ke London untuk meraikan tahun baru 2009 sebenarnya. Rupanya ia telah pun ada dalam perancangan housemate aku dan kawan-kawannya. Nak tak nak, aku menurut sahaja. Aku hampir memutuskan untuk tidak turut serta, kerana aku memang tak biasa dengan keadaan yang sesak-sesak begitu, dan pastinya, hingar bingar. Tapi kerana keadaan tidak mengizinkan untuk aku pulang seorang diri, lantas aku terpaksa akur.

Housemate aku dan rakan-rakannya iaitu seorang dari Ireland, manakala seorang lagi dari Jerman ingin melihat fireworks di kawasan London Eye sempena menyambut tahun baru 2009. Kami tiba di kawasan London Eye lebih kurang jam 10.45pm. Penuh sesak dengan orang ramai, dan sejuk! Best ni kalau bawa duvet (selimut tebal)ke sana~

Sejam menunggu dalam kesejukan dan rasa mengantuk yang ditahan-tahan, akhirnya detik itu tiba. Countdown beramai-ramai dari saat ke 5...4...3...2...1...Boom! Sorakan bergema."Happy New Year!!!" Fireworks dilepaskan ke udara. Boom! Boom!

Cantik. Aku kagum melihat suasana yang tak pernah aku lihat secara live. Tidak lupa untuk aku mengabadikan memori ini sebagai rakaman video dalam kamera aku. Aku memang (inshaAllah!) takkan datang lagi kot untuk acara begini. Ini pun secara paksa rela~ Teringat pula detik sewaktu abang iparku melafazkan akad ketika menikahi kakak ku dulu, lupa terus untuk rekod video upacara tu. He, sori kak..~ =p

Tepat jam 12.10am upacara fireworks tu tamat. Kami bergerak beramai-ramai keluar dari pekarangan itu. Sesak. Stesen tube Waterloo (yang paling hampir dengan kawasan London Eye) di tutup. Maka kami semua terpaksa berjalan ke stesen tube Elephant & Castle untuk menaiki bas pulang.

Tetapi keadaan tidak semudah yang disangkakan. Dengan manusia yang sangat ramai dan kemudahan bas yang sangat terhad ku kira, ia adalah amat sukar untuk mendapatkan bas. Setiap bas yang lalu penuh dengan penumpang, nampak macam tin sardin. Sungguh!

Jam menghampiri ke angka 2 pagi, tapi kami masih di tepi jalan menunggu bas dengan penuh harapan. Aku sangat mengantuk dan cuak. Aku tak pernah berada di luar rumah sehingga ke waktu begini. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang walaupun tidak berapa pasti tentang jarak antara tempat kami berada dengan Champion Hill. Kalau jauh, pasrah aje lah. Daripada tunggu bas sampai ke pagi kan~

Tiba-tiba kelihatan bas, lantas kami terus berlari-lari ke bus stand dan terus melompat masuk dan menyelit-nyelit. Fuh, selamat~ Tobat pasni tak nak buat dah..+_+

Esoknya kami mulakan tahun baru dengan menaiki London Eye. Tiket untuk orang dewasa ialah £13.65. Adalah dinasihatkan kepada mereka yang nak menaiki London Eye untuk membeli tiket secara online. Selain mendapat potongan sebanyak 10%, kita juga dapat mengelakkan beratur yang sangat panjang di Ticket Office. Serius beratur panjang!

Flight kami ialah pada jam 11.30am. Flight selama 30 minit tu kami gunakan untuk menangkap gambar sepuas-puasnya, sambil melihat-lihat pemandangan kota London dari atas.

Tak banyak aktiviti kami lakukan pada 1 Januari. Cuma menghabiskan masa berborak-borak bersama kawan, makan-makan. Waktu untuk berjalan-jalan di musim sejuk seperti ini adalah sangat terhad kerana cuaca yang sejuk dan malam yang cepat berlabuh iaitu seawal jam 4.15pm. Waktu musim panas adalah waktu yang ku kira sesuai untuk berjalan-jalan, dapat memaksimumkan masa siang yang panjang untuk mengunjungi tempat-tempat yang menarik.

Palestin

Tidak lupa juga untuk aku titipkan di sini ingatan untuk kita sama-sama membantu saudara-saudara Palestin kita di Gaza yang sedang berhadapan dengan kemelut kezaliman tentera zionis Israel laknatullah. laknatullah. laknatullah. Sumbangkan lah apa sahaja untuk mereka, seringan-ringan bantuan ialah doa dan harapan kepada Allah, moga Dia memberi pertolongan ke atas umat Islam di sana, moga diberi kekuatan hati dan kesabaran kepada mereka dalam menempuhi situasi ini.

Ameen.