---------------------------------------------------------------------------------
Kadang-kadang dalam kehidupan kita ni, sedar atau tidak, sebenarnya ada keadaan-keadaan tertentu yang kita kurang bersikap sensitif. Sensitif yang aku maksudkan di sini bukanlah sensitif dari segi mudah tersinggung tetapi lebih kepada sensitif dengan keadaan persekitaran kita, sensitif dengan keadaan dan juga situasi orang lain. Akibat daripada kurangnya rasa sensitiviti kita, kita cenderung membuatkan wujud rasa kurang puas hati di kalangan kelompok kecil dalam lingkaran keterlibatan kita dalam masyarakat.
Apabila kita kurang sensitif dengan keseluruhan situasi yang ada kena mengena dengan kita, ia boleh membawa salah faham dan konflik antara kita dengan orang-orang yang terlibat.
Apabila kita kurang sensitif dengan kehendak dan kemahuan orang lain, ia juga boleh membawa konflik yang berpunca daripada rasa tidak puas hati yang dipendam.
Apabila kita kurang sensitif dengan apa yang berlaku di persekitaran kita, kita cenderung untuk terpinggir dari masyarakat sekeliling dan tak "up-to-date".
...dan apabila kita adalah seseorang kepada seseorang dan kurang sensitif terhadap orang tersebut, jadilah kita orang yang dianggap sebagai kurang peduli, lalu berpotensi mewujudkan rasa dingin dalam perhubungan.
Tetapi, soal sensitif ni kadang-kadang di luar kesedaran kita. Kita tidak sedar bahawa kita seharusnya lebih sensitif dalam sesuatu keadaan. Seringkali bila natijahnya berlaku, barulah kita tersedar.
JANGKAAN
Pernah atau tidak kita menjangkakan sesuatu kebaikan terjadi ke atas diri kita, kemudian jangkaan tersebut tidak menjadi kenyataan... apakah yang kita rasa?
Kecewa?
Sedih..?
Bagi aku, sensitiviti dan jangkaan (apa yang biasa dipanggil sebagai "expectations" ) mempunyai kaitan antara satu sama lain. Misalnya, kerajaan yang sensitif dengan kehendak rakyat, pastinya cuba untuk melaksanakan apa yang terbaik untuk rakyatnya seperti apa yang rakyat inginkan. Sudah tentu rakyat mempunyai beberapa expectations yang diharapkan akan dilaksanakan oleh kerajaan yang dipilih mereka melalui pilihanraya; contohnya penurunan kadar tol, kenaikan gaji disebabkan kenaikan harga barang, pemansuhan kadar faedah pinjaman PTPTN dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, sensitiviti lebih memainkan peranan dalam mewujudkan hubungan yang harmoni mengatasi expectations. Berasa sensitif terhadap hak dan keperluan orang lain membawa kepada kesedaran, seterusnya tindakan untuk melaksanakan apa yang sepatutnya kita lakukan. Apa yang lebih penting di sini ialah sikap lapang dada dan ikhlas dalam melakukan kebaikan tersebut yang mana ini lah yang membawa kepada kebahagiaan dan keharmonian dalam masyarakat.
Jika satu sensor ingin ditingkatkan fungsi dan keupayaannya mengesan sesuatu, ia boleh dilakukan dengan menggunakan bahan yang lebih tinggi nilai sensitivitinya.
Tetapi bagaimana pula ingin meningkatkan rasa sensitiviti dalam diri seseorang manusia? Dalam diri kita sendiri khususnya. Seringkali kesibukan sehari-hari membuatkan kita kurang sensitif, dalam erti kata lain, terlupa atau tidak sedar dengan keadaan orang lain di sekeliling kita. Aku sendiri umpamanya, semakin kurang sensitif dengan events yang berlaku di sekeliling aku yang diadakan oleh persatuan-persatuan pelajar di sini dek kesibukan aku di semester terakhir ini. Natijahnya, aku semakin kurang menyertai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di sini dan secara tidak langsung menjadi kurang bersosial.
Ada juga keadaan di mana kita berharap orang lain sensitif dengan kehendak kita dan keadaan kita; tetapi adakah kita juga sensitif dengan kehendak dan keadaan orang lain...? Orang lain mungkin expect sesuatu daripada kita, tetapi kerana kurangnya rasa sensitif itu, deria yang lima kita tidak dapat menjangkau dan merealisasikan expectation itu... lalu terjadilah suasana dingin dalam komunikasi dua hala disebabkan wujud rasa kurang senang di pihak yang lain.
Lalu, adakah cukup dengan ucapan "Maaf" setelah menyedari kesilapan itu... ?

2 comments:
maaf belum ckup ke? sdgkan kite mnyesal dlu br mta maaf. sm konsep ng taubat. wat salah, kite nyesal n kite mohon ampun dan kite berazam utk tk wt lg...i think thts enuf.
Konsep taubat itu adalah hubungan kita dengan Allah, memang syaratnya kena menyesal, kemudian taubat dan berazam tidak buat lagi.
Tapi kesalahan dengan manusia ni agak compilated sket. Manusia tidak mudah lupa apa yang orang lain buat ke atasnya. Ungkapan "Maaf" bagi sesetengah orang sudah cukup. Tapi bagi sesetengah orang yang lain pula, walaupun kita telah mengungkapkan "Maaf" itu, kesan di hati tidak semudah itu hilang, Sue.
Wallahua'lam.
Post a Comment