Sunday 30 December 2007

>> C.S.E. PMS 07 <<

Alhamdulillah, telah selesai cuti-cuti Winter saya.Cukup2 lah tu, dok kat umah, ngadap buku la plak...~huhu...

Jaulah saya di mulai dgn aktiviti ber PMS.PMS=Perhimpunan Musim Sejuk atau juga dikenali dgn Winter Retreat.Tahun ini dibuat di Loughborough, satu tempat yg tak plak saya tahu ada ramai jugak org Malaysia di di situ rupanya..huhu...PMS bermula pada 17 Disember hingga 19 Disember, dan pada 20 Disember, kami sama-sama menyambut Hari Raya Aidil Adha beramai-ramai.Seronok~~~sbb dpt makan-makan...hehe

Lagu yang sedang kedengaran ini adalah lagu tema PMS 07, "Mimpi Yang Indah" nyanyian kumpulan Mestica.Bila mendengar lagu ni, kerinduan pula mula bertandang. Ah, rindunya berada bersama ramai orang, kawan-kawan baru dan lama..

Entry ini akan berkongsi input-input yg saya perolehi sepanjang PMS kali ini. Tema PMS 07 ialah CSE,C=Control, S=Shift, E=Enter..

>> Control Your Whims

>> Shift Your Paradigm

>> Enter A New Beginning

Mari kita lihat ape input-input yg telah di ketengahkan oleh Ustaz Mazrul ketika mengupas tema "Control Your Whims"....

- Menghayati Al-Quran : Bertadabbur ( menghayati, meneliti maksud ayat-ayat Al-Quran, bukan setakat membacanya sahaja tanpa mengerti maksud ayat-ayat Allah.. )

- Bagi Muslim, Al-Quran lah yg membezakan antara baik & buruk akan sesuatu, tetapi bagi org kafir, mereka menggunakan akal utk membezakan antara baik dan buruk sesuatu perkara.

- Akal tidak boleh digunakan sebagai rujukan tertinggi utk menentukan baik & buruk. Akal telahpun menipu org kafir agar terus melakukan benda yg salah tetapi dianggap baik & betul oleh mereka ( seperti pengubahsuaian isi kandungan Injil )

- Al-Quran sebagai al-Furqan ( pembeza antara baik dan buruk )

- Sedar tak sedar, sebenarnya tindakan kita yang menjustifikasikan bahawa Allah itu dongeng! Apa yg Allah suruh kita buat, kita tak buat. Apa yg Allah larang kita buat, kita buat. Jadi, Allah seakan-akan tak wujud dlm kehidupan kita, sedangkan Dia sentiasa memerhati kita.

- Sehebat-hebat ilmu sains ( tahu bila akan berlaku gerhana matahari/bulan berdasarkan kiraan dan pusingan kitaran alam ), tapi tak dapat cipta komponen dalam badan manusia (seperti darah). Walaupun jantung buatan telah dicipta,ia masih tidak dapat berfungsi exactly seperti jantung buatan Allah..kan?

- Manusia = roh + jasad.

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja."[Al-Isra':85]


- Makanan >> Jasad & Rohani
Makanan Jasad-jgn makan seperti org kafir yg makan seperti haiwan ternakan ( maksud ayat Quran). Niatkan makan utk dapatkan tenaga, supaya dapat belajar, dapat beribadah, memenuhi tuntutan Fardhu Ain dan melakukan perkara-perkara yg baik, kerana Allah Ta'ala.

Makanan Rohani-berzikir pada Allah, sentiasa ingat Allah.

- Belajar >> untuk bekerja atau kerana kerana kewajipan yg diwajibkan oleh Allah?

-Belajar engineering tapi kerja petani, akhirnya dpt menghasilkan mesin tuai,kan bagus tu..? ^_^

Tapi kalau belajar engineering, then kerja bawah org sebagai engineer, tak ke mana jugak.. ( alamak, kena kat diri sendiri ni, pelajar engineering...~ )

- Allah suka orang yg melakukan sesuatu dgn penuh kesungguhan

- Kenapa kita masih terjebak dlm maksiat,walaupun kita dah ada Quran yg lengkap dan islam yg syumul?? >>> sbb takde KESEDARAN

- Bagaimana nak menang dalam tarik menarik antara nafsu dan hawa'? ( Hawa' ialah keinginan yg membawa kepada kejahatan )

* Kesedaran ( yg bertitik tolak dari kefahaman )

* Ilmu - tahu akan perkara-perkara yg mengikut syari'at Allah, tahu hukum-hakam, tahu batas-batasnya

* Kehendak yg tinggi - jihad, iaitu kemampuan utk melawan kecenderungan yg boleh membawa kpd benda yg tak elok

* Hidayah daripada Allah - apa-apa pun yg kita usahakan, segalanya akan berbalik kpd hidayah Allah jua.Contohnya, kisah Abu Talib yg hidupnya selalu membantu Nabi dlm menyebarkan islam,tetapi akhirnya mati sebagai org kafir.

============================================

" Shift Your Paradigm" by Ummu Jihad


Saya mengambil isi-isi ceramah oleh Ummu Jihad melalui catitan seorang sahabat.Berikut adalah point-point yg diperkatakan:

-The importance of knowledge, honor Islam and make it a mission in life

-Work hard to achieve your aims

-The materialistic life is not our aim, live life as a traveler

-Protect muslims everywhere

-Dedication in working for Islam

-Face the challenges

-Put faith in action

-Aware of ummah’s problems

-Sisterhood and brotherhood

-Become organized and achieving

-Charity is part of us

-Use mind, think and invent

==========================================

"Enter A New Beginning" by Ustazah Marhamah

* Manusia diberi pilihan, kita bertanggungjawab membuat keputusan.

*Perubahan yg dilakukan kerana kesedaran & kehendak sendiri adalah lebih baik daripada perubahan yg dipaksa

:: Perubahan Diri:Model ADKAR ::

-Awareness of the need to change

- Desire to participate & support to change >> Penghayatan tanggungjawab dakwah

- Knowledge of how to change ( & what the change look like) >> Tarbiyah bersumberkan Quran & Sunnah

- Abillity to implement the change on a day-to-day basis

-Reinforcement to keep the change in place >> Penubuhan Dakwah Islamiyah

:: HOW to change? ::

- Ilmu: Aqal, Jasad, Prasarana

- Alat: Perhatian Allah.

- Teman: Individu lain, persatuan.

- Azam

- Tawakkal

:: INSAN RABBANI ::

+ Aqidah yg sejahtera
+ Ibadah yg sahih
+ Akhlak yg mulia
+ Mampu berusaha menghasilkan produk-sesuatu yg bermanafaat utk org lain
+ Menambah ilmu sepanjang hayat
+ Bertenaga/memlihara kesihatan
+ Kuat azam/motivasi yg tinggi
+ Berdisiplin
+ Menjaga masa/bijak urus masa
+ Memberi manfaat kpd org lain

==========================================

Moga kita dapat merenung setiap bait-bait kalimahnya, menerapkan ke dalam minda, menghayatinya dengan jiwa dan mengamalkan semampunya dengan anggota badan kita.InshaAllah...

Friday 28 December 2007

Winter In My Soul

Alhamdulillah, telah selamat pulang dari PUISI 07 di Dublin, Ireland pada tengahari tadi. Merentas langit nan biru, yg banyak membawa diri ini berangan tak sabar utk pulang ke Malaysia.Aduh..!

Mana taknya, bila menjejakkan kaki ke Manchester Airport pada malam 22 Disember lepas, terus saya teringat detik-detik kepulangan ke Malaysia musim cuti panas yg lepas. Terus tangan ini menggapai handset dan menekan-nekan keypad, menyatakan kerinduan kepada orang di Malaysia. Huu,sayunya hati..~

Saya belom dapat lagi nak mengupas isi kandungan PUISI 07 yg saya hadiri kerana masa yg agak terhad buat masa ini. Sekarang di PC Cluster, jam menunjukkan jam 9 mlm.Perlu menyelesaikan beberapa perkara sebelum esok pagi bertolak ke Liverpool pula.Kata seorang kawan," Wah,bukan main kau berjalan-jalan cuti ni yek. Dah study belom? " Saya sengih.Heee...sabor ler dulu. Sat-sat lagi belajor lerw...~ jalan puas-puas dulu. Hehe...

Setelah lama tak ditimpa musibah berupa nikmat kesihatan yg ditarik oleh Allah, winter kali ini betul-betul menguji kekuatan hati saya bila diri saya mula menunjukkan tanda-tanda akan jatuh sakit selesai ber'Winter Camp' di Loughborough.Hari terakhir di Loughborough memang sejuk yg teramat, dgn kabus yg tebal sejak di awal pagi. Pergi ke PUISI 07 di Dublin pun dengan membawa amaran berjaga-jaga.

Dengan semangat nak menuntut ilmu daripada Ustaz Hasrizal yg menjadi kesayangan ramai, yg datang dari jauh dari Malaysia utk program PUISI 07, saya cuba melawan, sentiasa mengatakan,"Kuat Wani, kuat!" kepada diri sendiri, agar tidak mudah tewas. Alhamdulillah, semua slot bersama Ustaz Hasrizal tak pernah saya ponteng. Cumanya, ada la yg tertido sket-sket disebabkan tido malam yg tak berapa selesa kerana keadaan yg tidak berapa sihat.

Di kesempatan ini, sebelum saya berhenti dan kembali kepada kerja saya, sekadar ingin berkongsi kata-kata dari Ustaz Hasrizal..

" Sesungguhnya hidup kita ni akan sentiasa dilambakkan dgn kesibukan.Jika sekarang anda seorang pelajar, anda sibuk dengan tugasan seorang pelajar. Bila anda sudah berkerjaya, anda sibuk pula dgn urusan kerja anda. Bila sudah berumahtangga kelak, sibuk pulak dgn urusan keluarga. Anda hanya akan terlepas dari kesibukan dunia bila anda sudah berada 7 kaki di bawah tanah. Tapi di sana, anda akan sibuk pula dgn soal-jawab malaikat di alam kubur."

Maka,kata-kata saya pula ialah:" Agi idup agi ngalaban, selagi hidup, mari bersibukan."

Sekian.

Saturday 15 December 2007

Maraton + Air bergas = ?

Alhamdulillah...akhirnya cuti pun tiba..pelepasan dari bebanan akedemik buat seketika. Saya rasa kegembiraan paling dirasai oleh sahabat-sahabat pelajar Chemical Engineering setelah penat bermaraton dgn courseworks yg saling berlumba-lumba nak smpai ke garisan penamat.

Teringat kata-kata seorang ukhti pelajar Chemical Engineering, "Tak sabar nak bangun pagi pada 15 hb Disember, bila membuka mata, tidak lagi perlu memikirkan tentang coursework mana yg perlu di siapkan. Aah, gembiranya..!!" Mabruk, mabruk utk kalian yg merasakan situasi seperti ini bila tanggal 15 Disember bermula hari ini.. ( tidak untuk diri sendiri..huu~)

Walaupun demikian, ye saya bersyukur (Alhamdulillah..segala puji bagi Allah) , terasa sedikit bebanan hati telah diangkat oleh Allah. Pun, tanggal 15 Disember bukanlah bermakna apa-apa utk saya, org yg akan meneruskan maraton dgn pelbagai aktiviti di musim cuti ini, baik aktiviti pembangunan kendiri atau pun akademik. Masih. Masih akan terus berlari-lari mengejar masa.

Semalam meeting committee MSSM, keputusan disepakati, Manchester Games 2008 akan diadakan pada 9 Februari 08. Wah..seminggu sebaik habisnya musim exam ! Ye. Memang. Exam dijangka habis pada 28 Januari (bagi kebanyakan course di University of Manchester saya kira). Dan itu juga bermakna musim peperiksaan saya akan menjadi begitu sibuk ( hidup macam lipas lagi), bukan setakat sibuk untuk exam, tapi jugak sibuk dgn komitmen untuk menganjurkan Manchester Games pada tahun 2008. Pertaruhan akan bermula, untuk maraton musim ke-2.

Ok lah, tutup cerita pasal maraton. Just nak share info tentang...."Air berkarbonat punca cepat tua" yg dipetik daripada Berita Harian hari ini. Bagi saya yg mengamalkan gaya hidup sihat (chehh..~), saya mmg tak terkejut atau kecewa dengan berita ini. Malah saya akan lagi bermotivasi untuk terus mengatakan "TIDAK" pada minuman bergas. Saya mula menjauhi minuman bergas ni selepas saya menonton satu program TV pendidikan,( bagus betul program TV camni yg berjaya mempengaruhi pemikiran saya yang ketika itu berumur 10 tahun rasanya) yang mengatakan dalam minuman itu mengandungi lebih kurang 9 sudu gula! Sejak itu saya mula menjauhi minuman berkarbonat ni. Bukan lah tak minum langsung, kadang-kadang minum jugak, dengan peratusan yang sangat kecil untuk ia berlaku. Tapi, saya takkan mampu untuk menghabiskan even separuh tin air bergas itu, (terima kasih kepada perut saya yang mula meragam bila air bergas menyinggah masuk).

Haa, bagi yang tak nak nampak tua sebelum usia, jom baca..!

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

GEORGETOWN: Jutaan rakyat negara ini yang menggemari minuman ringan termasuk yang berkarbonat dan pati minuman berperisa, berisiko menghidap penyakit sirosis hati, parkinson dan cepat tua.

Ia kerana minuman itu mengandungi Natrium Benzoat E211 iaitu sejenis bahan pengawet yang digunakan di dalam industri minuman berkarbonat bagi mencegah minuman ringan daripada berkulat.

Natrium Benzoat juga boleh menyebabkan kanser kerana apabila bercampur dengan Vitamin C dalam minuman ringan akan membentuk benzena iaitu sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, pada sidang media di sini, semalam.

CAP mendedahkan perkara itu berdasarkan hasil kajian seorang profesor bidang molekul biologi dan bioteknologi dari Universiti Sheffield, Britain, Prof Peter Piper.

SM Mohamed berkata, kajian itu mendapati bahan pengawet berkenaan berupaya merosakkan bahagian penting asid deoksiribonukleik (DNA) dalam badan seseorang.

Natirum benzoat iaitu sejenis derivatif asid benzonik akan memusnahkan atau melumpuhkan `sumber kuasa' sel DNA manusia yang dikenali sebagai mitochondria.

Mitochondria adalah sel yang berfungsi membekalkan oksigen ke seluruh badan, sekali gus memberi tenaga kepada manusia dan jika dimusnahkan akan menyebabkan kegagalan fungsi tubuh yang serius.

Kemusnahan mitochondria menyebabkan gangguan pada DNA yang mendorong kepada punca penyakit parkinson, penyakit otak dan mempercepatkan proses penuaan,” katanya.

“Bahan pengawet itu juga boleh menyebabkan kerosakan sel yang serius dan kesan kepada kanak-kanak, serta dikaitkan dengan masalah hiperaktif," katanya.

SM Mohamed berkata, meskipun boleh mendatangkan risiko penyakit, penggunaan asid benzoik atau natrium benzoat di Malaysia dibenarkan mengikut Jadual Keenam Peraturan Makanan 1985.

Jumlah yang dibenarkan ialah kira-kira 2,000 bahagian persejuta (bps) natrium benzoat di dalam pati minuman berperisa dan 350 bps bagi minuman ringan yang diminum terus.

Sehubungan itu, CAP meminta kerajaan menyemak semula kebenaran menggunakan bahan itu dan menghentikan penggunaan bahan pengawet berkenaan dalam industri minuman ringan secara berperingkat.

"Kementerian Kesihatan perlu menyemak semula penggunaan bahan pengawet ini termasuk peraturan yang membenarkan penggunaannya kerana ia menjejaskan kesihatan," katanya.

SM Mohamed berkata, akibat kesan negatif daripada penggunaan bahan pengawet itu, banyak persatuan pengguna di seluruh dunia melancarkan Kempen Antiminuman Ringan.

Friday 7 December 2007

Kerajaan Negeri Proaktif Martabatkan Generasi Muda

Hanya baca jika anda seorang yg berminat dgn pembinaan modal insan. Sekian.

Dipetik daripada Berita Harian, Jumaat, 7 Disember 2007

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

:: Rancangan Pembangunan Belia Negeri Sembilan pastikan remaja sebagai pemimpin pelapis tidak terpinggir arus pembangunan ::

SEREMBAN: Mat rempit, mat gian, bohsia, black metal dan kurang ajar! Itu antara label yang diberikan kepada remaja dan belia masa kini dan lebih menyedihkan status negatif itu lebih banyak merujuk kepada belia Melayu yang beragama Islam.

Apakah puncanya penularan gejala sedemikian dan apakah pula tindakan yang boleh diambil bagi menyelamatkan anak bangsa daripada terus khayal dalam dunia mereka sendiri daripada memikirkan masa depan. Menyedari hakikat itu, perancangan segera perlu dibentuk bagi mengelakkan remaja dan belia daripada terus hanyut dalam pembangunan global yang mendedahkan mereka kepada begitu banyak kepincangan hidup. Kerajaan Negeri Sembilan bertindak proaktif dan menjadikan usaha memartabatkan belianya sebagai agenda utama untuk memastikan generasi pelapis itu tidak terpinggir daripada arus pembangunan negeri dan negara.

Pelbagai usaha dilakukan, termasuk menggerakkan semua pertubuhan belia berdaftar supaya berfungsi dengan baik dan menjalankan tanggungjawab seperti diamanahkan. Bagi memastikan misi yang hendak dicapai berjaya, Rancangan Pembangunan Belia Negeri Sembilan (RPBNS) dibentuk dan dilancarkan tahun lalu berteraskan tiga aspek utama, iaitu kepemimpinan, keusahawanan dan kemahiran. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan adalah Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negeri dan menganggap tugasan itu sebagai amanah dan tanggungjawab yang amat penting. Ketika kali pertama mempengerusikan Majlis Perundingan Belia Negeri pada 2004, beliau menyarankan supaya digubal satu pelan tindakan pembangunan belia yang khusus untuk Negeri Sembilan supaya selaras dengan dasar pembangunan belia peringkat kebangsaan, tetapi diberikan terjemahan tempatan, supaya ia benar-benar sesuai dan relevan dengan cabaran serta keperluan setempat.

Akhirnya, RPBNS siap pada akhir 2005, diluluskan Majlis Perundingan Belia negeri dan mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 2006 dan pada Hari Belia Negara 2006 peringkat negeri, Menteri Besar mengumumkan pelaksanaannya.

Berdasarkan statistik masa kini, hanya antara 30,000 hingga 40,000 belia di Negeri Sembilan menyertai persatuan berbanding jumlah keseluruhan 300,000 orang, bermakna ramai lagi belia tempatan yang tidak berpersatuan. "Kerajaan negeri bimbang mereka terjebak ke kancah tidak sihat, jadi RPBNS memberi penekanan untuk menarik lebih ramai belia menyertai persatuan dan pada masa sama, melahirkan lebih ramai pemimpin belia berwawasan serta memastikan kita tidak ketandusan pemimpin pelapis," kata Menteri Besar. Beliau juga mahu belia di negeri ini meningkatkan keupayaan diri dengan menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi pemimpin sejati sesuai dengan tanggungjawab yang bakal digalas selaku pewaris kepada kepemimpinan negeri dan negara.

Bagi memastikan hala tuju belia tidak tersasar, kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa pembangunan belia peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menyusun dan menyelaraskan semua aktiviti berkaitan, termasuk membuat profil bagi memastikan maklumat lengkap berhubung jumlah dan pekerjaan golongan itu. Kerajaan negeri yakin penubuhan jawatankuasa pembangunan belia di setiap daerah di negeri ini yang baru dilaksanakan baru-baru ini akan dapat memastikan usaha menangani permasalahan dan membina masa depan generasi muda itu dilaksanakan dengan baik dan mampu mencapai kejayaan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Ir Jamlus Aziz, berkata kerajaan negeri merancang pelbagai usaha bagi memastikan kepentingan belia negeri ini dijaga dengan memantau perjalanan pertubuhan belia setempat dan mengumpul data mengenai golongan itu. "Data ini penting untuk memastikan kerajaan negeri dapat mengenal pasti dengan lebih terperinci jumlah sebenar belia dan mereka yang memerlukan bantuan sama ada dari segi kemahiran dan peluang pendidikan mahupun pekerjaan. "Melalui maklumat itu juga, kerajaan negeri dapat merangka program bersesuaian untuk mereka bagi membolehkan golongan berkenaan tidak tercicir daripada arus pembangunan negeri ini, sekali gus memudahkan kerajaan mengawal mereka," katanya.

Jamlus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gemas, berkata kerajaan sudah menyediakan peruntukan kewangan yang besar untuk golongan berkenaan dan bimbang tidak dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Presiden MBNS, Khaidir Jamal, berkata pihaknya antara lain sudah menyahut saranan kerajaan negeri dengan menjayakan pelbagai program pembangunan belia yang menjurus kepada pembangunan modal insan. Antaranya, ialah melalui konsep 'Think Tourism' dengan program Pelancongan Belia serta pendekatan agama melalui `Belia Islam Hadhari' bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (Jheains) untuk membina generasi belia yang berakhlak mulia dan positif. "Pada peringkat awal, program berkenaan membabitkan belia dari kawasan bandar dan kemudian diperluaskan ke kawasan kampung dan tanah rancangan Felda. Kita juga melancarkan program belia benci dadah untuk mengurangkan gejala itu yang sering dikaitkan dengan belia. "Menerusi Belia Islam Hadhari pula, kita fokus kepada usaha meningkatkan imej belia supaya mereka didekati dan dibimbing untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan serta dihormati masyarakat," katanya.

Kini, ramai belia negeri ini mencapai kejayaan seperti Rosromaizi Kamaruddin, 37, dari Kampung Titian Akar, Astana Raja, Rembau, sebagai usahawan tani cemerlang dengan pendapatan RM20,000 hingga RM30,000 sebulan menerusi tanaman jagung dan ternakan lembu secara komersial di kawasan tanah terbiar. Seorang lagi, Mohd Isam Mohd Isa, 36, dari Gemencheh yang berjaya dalam bidang pembinaan sehingga diiktiraf sebagai kontraktor berwibawa, manakala N Deeparani, 25, dari Seremban pula berbangga apabila perisian komputer ciptaannya digunakan jabatan kerajaan di luar negara.

FAKTA: Rancangan Pembangunan Belia Negeri Sembilan

*Berjalan selari dengan Misi Nasional dan pelbagai inisiatif pembangunan belia lain pada peringkat nasional serta dasar dan program kerajaan negeri

*Mengandungi tiga teras utama iaitu kepemimpinan, keusahawanan dan kemahiran.

*Bermatlamat membangunkan belia Negeri Sembilan dengan keperibadian seimbang menerusi dasar pembangunan belia komprehensif bagi meningkatkan keutuhan daya saing

*Bertujuan mewujudkan satu pandangan holistik dan nilai asas dalam pembangunan belia dengan mengenal pasti program sesuai

*Lima bidang utama dikenal pasti ke arah merealisasikan falsafah, matlamat dan objektif penubuhan rancangan ini

*Menekankan penyelarasan dan tambah nilai kepada program sedia ada, pengenalan program baru dan penilaian keberkesanan program.

Tuesday 4 December 2007

Cerita laptop

Laptop saya di tahan di wad I.C.U kerana serangan molekul-molekul air yg tidak disangka-sangka menyerang..

Kejadian berlaku tanpa diduga.Tanggal 2 Disember yg lalu ( tarikh yg akan ku ingat! ) sleeping beg yg saya letakkan di atas almari jatuh ke lantai.Sebelum ia mendarat di lantai dgn jayanya,ia telah merempuh seketul cawan berisi air yg berada dekat dgn laptop saya.Maka,bertebaranlah zarah-zarah dan molekul-molekul air memasuki ruang-ruang papan kekunci laptop dgn girangnya...

Ketika kejadian,saya tiada di bilik.Saya pun tidak pasti,entah berapa minit telah berlalu dlm keadaan laptop saya banjir dgn air itu sebelum saya masuk ke bilik.Pun,ketika masuk ke bilik,saya langsung tak sedar laptop saya memerlukan bantuan pernafasan.Bila mana terasa dahaga dan cuba menggapai cawan di atas meja,baru lah saya perasan kedudukan cawan itu yg telah terbalik dan mencurahkan seluruh isinya ke atas laptop...

Cuak...

Kelam kabut saya cuba mengeringkan air yg membanjiri laptop saya tu. Mak aiii..banyak nye air yg melimpahi laptop ku...hampir separuh gulungan tisu digunakan utk menyerap air yg masih bersisa di atas laptop.yang dah diserap ke dalam celahan papan kekunci tak tahu la banyak mana...hukhuk

Kini ia telah di masukkan ke wad I.C.U kerana kegagalan papan kekunci utk berfungsi dgn baik.Baru mendapat berita dari doktor laptop, ia mungkin akan ditahan dlm 3-4 hari lagi.Diri terpempan.Episod berkampung di library utk menyiapkan assignments,courswork dan lab reports hingga lewat mlm nampaknya akan berlarutan sehingga weekend ini...

Dlm diri cuba utk bertenang, seketika saya bermuhasabah. Kalau Allah nk tarik sesuatu nikmat tu,kejap je kan? Ujian Dia datang tanpa disangka. Moga diri saya menghadapi semua ini dari sudut yg positif dan terus sabar...

Sunday 2 December 2007

Notts Games 07 - A Lesson For Me

Alhamdulillah…dah selesai Notts Games 07 semalam tanggal 1 Disember.Maka lepas lah sudah 1 bebanan.Tinggal la benda lain plak yg berbaki utk di setelkan menjelang detik-detik terakhir sem 5 ni.

Awaiting tasks: Assignments (spot ‘s’= plural), lab reports (sport ‘s’ also), project interim report, MSSM coming 1st event,and on, and on….

Anyway,Notts Games tahun ni merupakan sejarah bagi saya.Ye sejarah.Sejarah sepanjang 3 tahun berturut-turut menyertai Notts Games selama dok kat UK ni yg tak berjaya membawa pulang apa-apa medal..terkilan juga.Sbb saya merasakan kekalahan itu adalah disebabkan saya.Huu..maaf kawan-kawan team volleyball saya…. :”(

Tapi bila difikir-fikir..betapa hikmah Allah mengaturkan yg demikian. Masya Allah…

Dgn tak berjayanya team saya ke peringkat semi final ( kalah tipis 18 vs 17 je dari team yg berjaya ke peringkat semi! isk ) , saya belajar bnyk benda sebagai Sport Secretary yg baru. Kalau team saya berjaya ke semi final,saya takkan sedar kelemahan-kelamahan yg wujud dan saya takkan belajar dari semua ini. Benar,”Life is about learning.”

Saya telah diamanahkan utk menjaga kontinjen Manchester bagi bus yg pertama.Mengikut plan asal,kontinjen Manchester dijadualkan bertolak pulang dari Notts pd jam 6pm smlm dari Portland Building,dan saya tlh mengarahkan group saya supaya berkumpul di Portland Building pd jam 5.30pm.Ketika saya bersama kawan-kawan berada di Portland Building lbh kurang jam 5pm utk makan-makan sambil berjumpa kawan-kawan lama, saya dihubungi oleh committee MSSM yg lain---keadaan jadi haghu kejap sbb bus-bus kami tidak dibenarkan memasuki pekarangan Portland Building utk pick-up semua orang. Kami semua perlu ke Sport Centre yg jaraknya agak jauh kerana semua bus berada di sana dan hanya akan bertolak pulang dari sana,bukan dari Portland Building seperti yg dirancang.

Masalah timbul dan keadaan kelam kabut bermula.Huh,camne nk contact semua org yg dah diberitahu supaya berkumpul di Portland Building agar tukar destinasi ke Sport Centre dalam waktu kritikal begitu? Jam menunjukkan pukul 5.30pm.30 minit utk mengumpulkan org,dan membuat perancangan semula sepantas mungkin.Maka bermulalah episod mak ayam kalut menghambat anak-anak ayam yg bertebaran di serata alam….~

Kawan saya yg sedang makan bersama saya di Portland Building tu cakap,”Wani,rileks wani…bertenang.” Beliau masih slamber makan nasik dengan rileksnya depan saya.Saya masa tu sibuk menerima panggilan dr committee members lain yg berada di Sport Centre,supaya kontinjen Manchester semua datang ke sana. Haih~mmg lelaki lebih cool daripada org perempuan…admitted… (-.-) dan saya belajar utk B.E.R.T.E.N.A.N.G. dlm keadaan kalut seperti itu…

Saya agak sedih sebab tak berkesempatan utk berjumpa dgn kawan-kawan yg menunggu saya di tingkat 1 Portland Building.Dalam kekalutan begitu yg menuntut komitmen saya sebagai orang yg mengurus, kehendak diri sendiri terpaksa dikorbankan...( inshaAllah panjang umur dan ada rezeki kita jumpa lagi ye korang... =) )

Alhamdulillah,semua org yg telah berkumpul di satu tempat di Portland Building berjaya di bawa ke Sport Centre menggunakan perkhidmatan shuttle bus yg disediakan percuma utk bergerak dari satu tmpt ke satu tmpt dlm kampus Nott Uni. ( Credits to Nottingham…=) )

Masa mmg rasa agak suntuk,tp syukurlah,kami dpt berkomunikasi dgn baik sesama committee lama dan baru,walaupun wujud juga percanggahan dari segi arahan. Hurm,ini lah perlunya sikap patuh kpd arahan ketua,jangan cuba bertindak sesuka hati.

(Teringat kisah perang Uhud yg umat islam kalah sbb tak patut pada arahan Rasulullah S.A.W )

Sampai di tempat bus menunggu,5 minit before 6pm.( Bus drivers yg sgt particular on time.Org puteh la katakan~ ) Ketika saya cuba memastikan bilangan ahli dlm bus cukup, saya menyedari satu kekurangan. Kemudian satu lagi. ( Tak pasti ada tak kelemahan 1 lagi..) Tapi benar. Kita akan belajar dari kesilapan. Ia tentang bilangan orang dlm bus.And Gavin ( the MSSM Treasurer) said,”Now we learned from the lesson.”

Utk berkongsi dgn pembaca sekalian,supaya bila berada di tempat saya nnti, tdk mengulangi kesilapan ini :

1. Bila anda diamanahkan utk mengepalai sesuatu group yg besar, adalah tindakan yg bijak utk memecahkan group besar anda kpd beberapa kumpulan yg kecil supaya pengurusan adalah lebih sistematik,dan melantik ketua bagi setiap kumpulan.( Dlm kes saya,kumpulan2 kecil ini merujuk kpd team setiap game dan ketua kumpulan adalah kapten setiap game.)

2. Pastikan bilangan orang yg dibawah tanggungjawab anda, supaya bila anda berkumpul kembali,anda tahu semua org di bawah tanggungjawab anda telah mencukupi.

3. Pastikan berapa orang yg tdk akan kembali bersama group anda setelah selesai program ( mungkin ingin stay di tmpt tersebut dan pulang sendiri ).Catat bilangan orang yg dijangka bersama anda di akhir program.

4. Pastikan setiap ahli mengetahui siapa ketua-ketua kumpulannya dan mereka mempunyai contact number ketua masing-masing, supaya jika ada apa-apa yg tdk dijangka terjadi, ahli hanya perlu menghubungi ketua kumpulannya.

5. Dan anda sebagai “big boss” kpd ketua-ketua kumpulan ini, pastikan anda mempunyai contact number SETIAP daripada mereka ini. Jika berlaku pertukaran plan dan sebagainya, hanya ketua-ketua ini yg perlu dihubungi dan menjadi tanggungjawab ketua-ketua ini utk menghubungi setiap ahli-ahli di bwh tanggungjawabnya,bkn anda.

6. Pastikan setiap ketua kumpulan mempunyai contact number SETIAP ahli dlm kumpulannya.

7. Sebagai tambahan,jika pembahagian kumpulan kecil telah dilakukan lebih awal sebelum hari program bermula,WAJIBKAN ketua group kecil ini utk mempunyai detail SETIAP ahli seperti nama,no.telefon,dan email.Anda sebagai “big boss” pastikan mempunyai semua detail ini sebagai rujukan daripada ketua-ketua kumpulan kecil di bawah anda.

8. Dan sebagai check-up,anda mungkin boleh mengambil tindakan ini: try tanya ahli kumpulan kecil secara rawak utk memastikan ketua kumpulan mereka BUAT keje iaitu berkomunikasi dgn ahli2nya,supaya mesej-mesej penting daripada pihak atasan sampai ke setiap ahli.

Huh,nmpk panjang, BUT this is really important. Communication is REALLY crucial in case of emergency and unexpected matter like in my case.Plus,the big boss at the same time is guiding other people to become effective leaders as well. By dividing tasks,everyone has his own job to do,and plus,learn to be R.E.S.P.O.N.S.I.B.L.E.

Pengalaman berada dlm team volleyball juga menunjukkan mmg perlu kapten mempunyai detail setiap ahlinya seperti email dan no.tipon.Senang nak bitau ape-ape,pasal praktis ker,pasal baju nk pakai kaler ape masa match nnti ker,pasal nak kena berkumpul kat mana-mana ker...di sinilah kita belajar berkomunikasi secara berkesan sesama manusia...

Saya belajar utk lebih teliti dalam melaksanakan tugas- get a very clear understanding on your tasks, tasks delegation and many more.

Alhamdulillah…saya bersyukur pd Allah yg tlh memilih saya utk urusan ini dan telah mentakdirkan saya melakukan kesilapan ini,agar dengannya saya B.E.L.A.J.A.R.

Indeed,you will learn from your mistakes,provided that,you know what are your mistakes and you are willing to improve.

Utk org-org yg berpengalaman seperti org-org MCOT , I am welcoming your says,your guidance,your experience for me to learn…tolong tunjuk ajar…~ ^_^


Semasa dalam perjalanan pulang ke Manchester ptg semalam, ketika diri sedang bermuhasabah dgn kelemahan-kelemahan diri, terngiang-ngiang di telinga saya,"Work S.M.A.R.T and act F.A.S.T."

:: Together we walk toward success ::