Akhirnya, basikal aku yang sangat lama tak dinaiki (sejak balik ke Malaysia cuti musim panas bulan Jun 2008 lepas) dikeluarkan semalam untuk di bawa ke "klinik" basikal. Lama tak naik kan, tayar pun pancit... Mujur lah aku membajet kedai tu tutup pukul berapa dengan betul...so sempat la sampai sana 10 minit sebelum dorang tutup kedai..
Aku menegur Paul- tuan punya Bicycle Boutique tu ketika pembantunya sedang mengepam tayar basikal ku.. Seronok berbual dengan Paul.. selama 2 tahun aku mempunyai basikal, sering kali aku ke kedainya... masalah yang biasa, sebab tayar pancit.. hehe.. sebab service free kan, so malas la aku nak beli pam tayar.. datang kedai Paul aje la senang... ^^
Dia dah cam dah aku ni... perempuan bertudung yang ada basikal warna kuning... Tapi sekarang basikal dah jadi warna biru, sebab yang kuning dah kena curi. Masa pertama kali aku bawa basikal warna biru ke kedainya untuk maintenance, dia mendekati aku dan bertanya,
" Where is your bicycle? This is not your bicycle.."
Aku yang sedang memegang basikal biru tu terkejut, lalu bertanya,"Ooh, you know my bicycle?"
"Of course I know you..and your bicycle is yellow, not blue.." balas Paul sambil tersenyum.
Hee... aku sengih.. tak sangka dia boleh cam. Agaknya aku sorang je kot perempuan bertudung yang ada basikal yang selalu datang ke kedainya...
"Em, my bicycle has been stolen last weekend." terang aku.
"Oh, sorry about that." kata Paul.
"Nevermind... and I just bought this blue bicycle from one of my friends.." sambung aku lagi. Paul tersenyum.
----------------------------------------------------------------------
Selepas basikal aku siap dipam, aku pun pun minta diri untuk pulang selepas mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua. Lama tak berbasikal di Manchester ni, kekok plak aku semasa pertama kali menaikinya semalam. Udara masih sejuk, mungkin tunggu pertengahan bulan 3 nanti baru best untuk berbasikal selalu. Teringat pulak aku kepada basikal aku di kampung. Basikal tu aku beli semasa aku pulang bercuti di Malaysia cuti musim panas lepas. Ganti basikal warna purple yang telah pun uzur sejak aku memilikinya ketika berumur 12 tahun. Basikal baru tu aku beli dengan harga RM 200. Warna kuning. =)
Pada awalnya mama macam tak percaya juga bila aku suarakan keinginan aku untuk membeli basikal baru. Pelik barangkali, dah besar pun nak berbasikal lagi. Hehe. Akhirnya mama akur dengan kemahuan anaknya ni yang masih suka berbasikal walaupun dah jadi anak gadis... risau tak de orang nak masuk meminang anaknya ni agaknya... haha. Whatever~ =p
Berpeluh juga berbasikal dalam cuaca bersuhu 8C. Sebelum sampai ke rumah, aku singgah sekejap di sebuah kedai telekomunikasi untuk unlock kan satu handphone. Handphone ni aku akan pos kan ke Malaysia untuk mama esok. Handphone mama rosak, tahu2 je ada pengganti akan menyusuli... ^^
No comments:
Post a Comment