Baru-baru ini aku membuat online test Petronas setelah menerima email daripada Petronas untuk berbuat demikian bagi melayakkan aku tersenarai sebagai calon temuduga di London hujung bulan ini. Aku bangun seawal 3 pagi untuk menjawab 2 jenis tests dan siap menjawab kesemuanya pada jam 8 pagi. Pengsan sekejap aku usai melepasi tahap ke-dua, menjawab 108 questionaires ...
Hehe.. bukan pengsan betul pun..saje merebahkan badan ke atas katil setelah 5 jam mengadap laptop. Beberapa saat berlalu, aku bangkit kembali untuk bersiap-siap ke Universiti. Hari yang padat, aku pulang lewat jam 7 malam hari itu.
Sebenarnya aku mahu berbicara tentang persaingan. Aku kira ramai yang tahu, tidak mudah untuk terpilih menjadi staff Petronas. Strategi pemilihannya sukar ditembusi, ujian personaliti yang teliti, semata-mata ingin memastikan calon yang terpilih menyertai syarikat mereka adalah "cream of the cream".
Aku teringat kata-kata seorang ahli kumpulan projek aku, seorang warganegara Cyprus. Katanya, dia tidak sukakan persaingan. Dia sukakan sesuatu yang sudah pasti untuk dia mendapatnya. Dia beruntung mendapat tajaan Siemens, dan telah pun mendapat tawaran bekerja di syarikat itu apabila tamat pengajian kelak. Gaji minimumnya dianggarkan £24,000 setahun. Best kan.. ?
Ada pula yang sukakan persaingan kerana bagi mereka persaingan membuatkan mereka dapat menguji kemampuan diri dan memenangi persaingan itu adalah kepuasan dan satu pencapaian peribadi. Zaman ekonomi gawat begini bukan mudah untuk mendapat kerja. Hanya orang-orang yang betul outstanding yang akan dilihat potensi dirinya dan terpilih. Ada yang mudah mengalah apabila telah banyak kali mencuba untuk mendapatkan sesuatu dalam persaingannya dengan orang lain. Ada pula yang masih kuat semangat, dan terus cekal mencuba kerana baginya itulah cabaran. Dalam proses ini, kesabaran dan ketahanan diri teruji.
Hakikatnya, kita berada di dunia ini pun adalah hasil kemenangan kita dalam persaingan. Persaingan berjuta-juta sperma untuk terpilih menembusi ovum, dan akhirnya hanya satu yang berjaya menawannya. Ovum disenyawakan dan terabadi, membesar peringkat demi peringkat, dan setelah cukup masanya, kita dilahirkan.
Ada orang mengatakan bahawa mereka yang terpilih untuk datang belajar ke luar negara adalah orang-orang yang telah pun menang dalam persaingan di kalangan beribu-ribu lagi pelajar yang memohon peluang yang sama ketika itu.
Aku tidak pernah menganggap aku menang dan merasakan aku bersaing untuk semua ini. Bagi aku, ini semua rezeki dan ketetapan dari Allah yang telah ditetapkan untuk aku, aku sekadar membuat apa yang terbaik sekadar kemampuan aku. Tapi selepas membuat online test Petronas tempoh hari, aku selalu terfikir-fikirkan persaingan yang bakal aku hadapi kelak... kehidupan sebenar yang penuh persaingan... kadang-kadang cuak memikirkan interview yang bakal dihadapi.
p/s: Ada orang yang tidak perlu susah-susah mencari kerja, isi borang itu dan ini, tidak perlu menghadiri temuduga yang mendebarkan; tetapi employer yang cari dia. Untung kan orang macam ni.. ?

No comments:
Post a Comment