Wednesday 25 July 2007

The beautiful Fayyoum,Egypt

Me and the sunflowers


These are some pictures taken when I visited Fayyoum,a place that I like very much for its greeny surrounding and environment.Fayyoum is really an agricultural place.There is a very huge and wide lake named Qarun Lake,Qarun's palace,the mango gardens,oasis and if you can believe it,waterfall too!

Welcome


The waterfall

From the time of Nabi Yusof a.s


Eating sweet mango at Fayyoum



The camel model =p




And the cute buffalos....


I miss Fayyoum too much now.I will certainly come back here one day (insyaAllah)...


Catatan dari Bumi Anbiya' II

Semalam Hakimah telah berangkat pulang ke UK.Sebak juga ketika memeluknya tanda selamat jalan.Tinggal lah kami berdua kini--saya dan Afni dalam meneruskan hari-hari kami dengan pengisian ilmu sebanyak mungkin.. (ameen)Hari ini klas Bahasa Arab dibatalkan lagi.Haih...asyik dibatalkan sesuka hati je nih,bila nak habeh klas gini?total jam kredit ialah 50 jam,insyaAllah ada 25 jam lagi utk di lalui...berada dalam klas selama hampir 5 jam setiap hari bisa membuatkan saya pening dan mahu muntah.Saya tak pernah berada dlm klas seperti klas tuisyen begini yg memerapkan diri saya selama 5 jam berturut-turut tanpa rehat...klas skolah biasa pun masuk pukul 8 pagi dan di selangi rehat sekitar pukul 10 pagi kan?itupun setiap subjek hanya satu jam paling lama.takpun gabung 2 period jadik 1 jam setengah atau 2 jam.itu pun dh naik kebas kaki dan punggung.rehat selama 30 minit atau 20 minit dah cukup memberi kesegaran utk meneruskan kembali pengajian sehingga jam 1 tengahari atau 2 ptg...so,logik la kalau saya katakan saya mmg nak muntah masuk klas bahasa arab yg bermula jam 8.30 pagi hingga jam 1 tengahari ni..Setiap hari bila jam melewati pukul 11 pagi,hati dan mula meronta-ronta utk balik.Huhu...

Kalau ikutkan sebetulnya,klas pengajian kami bermula jam 7 pagi dimana seawal jam 5 pagi dah bangkit utk bersolat,mandi dan bersiap-siap dan makan. Masa perjalanan ke Madrasah di Hayyu 'Asyir memakan masa lbh kurang 15 minit utk satu perjalanan pergi dan 15 minit perjalanan pulang.Itupun bergantung kpd adanya pengangkutan awam yg akan membawa kami ke sana..

Hmm..sedar tak sedar dah lebih sebulan saya di bumi Anbiya’ ini sejak hari pertama ketibaan saya dan kawan-kawan di sini pada 19 Jun yang lalu.Diri bertanya sendiri,apa yg telah saya dapat di sini selama sebulan lbh ini?Banyakkah ilmu yang berjaya saya ceduk?Atau saya hanya membuang masa,membiarkan diri menghadiri kelas-kelas ilmu tapi hati dan minda kosong tanpa berfikir?Terus terang saya katakan,diri ini masih tdk punya keyakinan utk bertutur dlm bahasa arab apabila bermu'amalah dgn masyarakat.Saya lbh senang berbahasa Inggeris.Hanya bila berada dlm klas sahaja saya cuba sedaya mungkin berkomunikasi dlm bahasa arab dgn Ustazah Marwah.Dan seperti biasa,beliau akan membetulkan kesalahan grammar dlm pertuturan saya.

Sepanjang berada di sini,sesungguhnya saya dapat simpulkan bahawa Kota Kaherah adalah kota yg sangat sibuk.Melihat gaya kehidupan masyarakat di Kaherah ini kadang-kadang membuatkan diri terasa sangat beruntung lahir di bumi Malaysia.Taraf kehidupannya pada hemat saya lbh kurang Malaysia jugak .Cuma apabila berbelanja daripada tukaran duit matawang Pound UK kepada Pound Egypt itu yang membuatkan diri terasa ‘mewah’.

Saya cuba mendidik diri supaya bijak berbelanja.Saya tidak betah utk boros sesuka hati bila terkenangkan keluarga di kampung.Jiwa rasa ‘sakit’ bila mengenangkan mama yang pernah bersusah payah mencari nafkah sejak ketiadaan ayah ketika kami adik beradik masih kecil.Saya cuba memahami kesusahan mama utk mendapatkan duit bagi menyara kami.Duit,ketika ada,jgn bersikap boros.Guna sehematnya.Beli apa yg perlu.Biar nampak bakhil dan kedekut utk membeli harta dunia,tapi pemurah utk belanja akhirat.Tidak mengapa berbelanja utk benda dunia jika ia adalah utk akhirat.Contohnya membeli kereta.Jika ia diniatkan utk kerja dakwah,insyaAllah ada kerberkatannya….jika membeli perabut mahal-mahal dan cantik-cantik utk berbangga-bangga,baik tak usah…..

Saya dapati masyarakat di sini tidak bersistem.Sistematik?Entah..kurang pasti adakah istilah itu sesuai digunakan.Lampu isyarat walaupun terpacak di simpang jalan tapi fungsinya tidak diendahkan.Kebajikannya juga tidak diambil peduli oleh pihak yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal lalu lintas.Lampu kuning aja yang berkelip-kelip walaupun wujud dua warna lain yg lazim bagi lampu isyarat.Polis yang hanya bergaji LE150 sebulan biasa kedapatan di setiap simpang jalan.Mahu hendaknya kesesakan lalu lintas yg teruk andai khidmat polis-polis yang bergaji rendah ini tdk digunakan…

Saya paling tak betah apabila tiba di simpang-T jalan.Terlalu jelas sikap pentingkan diri sendiri.Semua nak main redah.Hak dan keutamaan diketepikan.Kalau undang-undang di Malaysia,pemandu di jalan utama la yg punya keutamaan utk membelok ke simpang jalan,barulah kenderaan di simpang jalan tersebut boleh membelok masuk ke jalan utama.Tapi disini,semua orang merasakan dia punya keutamaan utk membelok masuk ke jalan yg dikehendakinya.Akibatnya,simpang-T selalu sesak,sesesaknya nafas saya ketika itu.

Dengan tenaga kerja manusia yg waktu kerja pejabatnya bermula jam 9 pagi hingga 2 petang sahaja sudah dapat dibayangkan bagaimana keadaan negaranya ...Baru-baru ini berkunjung ke Universiti Al-Azhar,universiti tertua di dunia.Menggeleng kepala apabila melihat keputusan-keputusan peperiksaan yang ditampal di dinding-dinding bangunan.Nama setiap pelajar dan pencapaiannya terpampang.Tulisan tangan.Markah juga banyak yang di potong-potong,dan dibuat pembetulan markah di atasnya.Tidak bersistematik.Kata salah seorang akhawat,Universiti tidak mahu menukar corak pentadbirannya kerana mahu mengekalkan identiti sebagai universiti tertua di dunia.Demi kemajuan dan peningkatan imej pun tdk mahu berubah..ibarat org tua dangkal yg enggan menerima teguran ke arah kebaikan.

Mempunyai identiti sendiri memang la perlu.Tapi,ada aspek-aspek yg perlu diubah mengikut keadaan semasa ke arah yg lbh baik.Meletakkan nombor ID sahaja sudah mencukupi jika keputusan peperiksaan mahu dipampang begitu.Takde la malu bila result kita dilihat orang.Hanya kita yg tahu no.ID kita.Saya tak biasa dgn sistem begini lantaran di universiti saya,keputusan peperiksaan adalah suatu yang bersifat ‘private and confidential’.Keputusan akan diberikan kepada pelajar tersebut secara terus dan personal,malah ada sesetengah tutor tidak bertoleransi langsung utk memberitahu keputusan peperiksaan tuteenya melalui e-mail sekalipun.Contohnya seperti tutor saya.Tutor orang lain mungkin tidak..

Terkenang pulak kepada Manchester apabila bercerita perihal universiti.Sememangnya saya amat merindui Manchester.Melebihi kerinduan pada bumi Malaysia mungkin.Menjelangnya tanggal 17 Ogos iaitu hari kepulangan kami ke Manchester (inshaAllah),hujung minggu yang masih berbaki sudahpun penuh dgn perancangan aktiviti.Hari-hari yang dipenuhi dgn aktiviti menimba ilmu tidak kira kelas yg berjadual atau jadual sendiri kadang-kadang membuatkan diri mahu bercuti semahu-mahunya utk sehari dua.Tapi bila terkenangkan kata-kata Ustaz Syeikh Abdul Kadir,diri cuba berdiri dan menapak dgn penuh tabah supaya TERUS berjuang dlm mencari sebanyak mana ilmu dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian serta memanfaatkan masa sebaik-baiknya…Ya Allah,berikan ku kekuatan…

Petua Sihat dan Cantik Selalu =)

Petikan daripada kata-kata Datin Sarimah Ahmad dalam majalah ANIS Julai 2002

Cantik dan anggun lbh bermakna dgn tubuh badan yg sihat.Kejelitaan yg terpancar dimulakan dgn mengikis segala sifat dan sikap negatif dalam diri.Jgn penuhkan hati dgn sifat hasad dengki dan sombong diri.Sebaiknya sentiasalah menjadi seorang yg pemaaf,selalu bersyukur dgn nikmat Allah dan apabila diberi dugaan hendaklah sentiasa redha.

Harta paling berharga ialah amal soleh yg boleh dilakukan pada setiap ketika dan waktu.Dan utk menjadi seorang yg anggun berwibawa,memerlukan azam yg kukuh,disiplin utk melakukan yg terbaik,keyakinan dan kesabaran.Segalanya ada dlm hati kita,jadi kitalah yg bertanggungjawab utk mencerna segala sesuatu dgn sebaik mungkin.

Wanita yg berkahwin perlu bersedia utk menjadi seorang kekasih dan kwn kpd suaminya dan seorang ibu.Kita juga harus mengasihi diri sendiri terlebih dahulu terutama dalam penjagaan kesihatan.Sentiasa melakukan apa juga perkara yg boleh membahagiakan diri sendiri sebelum berupaya utk membahagiakan org lain.

Petua :

1. Mandi air sejuk setiap pagi sebelum solat subuh.

2. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 30minit diwaktu pagi,sebaik sebelum subuh-antara lainnya boleh mengelakkan perut buncit

3. Setelah itu minum air suam

4. Jadikan amalan membaca Al-Quran sblm solat subuh dan banyakkan zikir-ubat paling mujarab atasi stress

5. Guna kain basahan bila mandi dan gosokkan salah satu hujung kain basahan pada seluruh badan

6. Setiap pagi sebaik bangun,bukalah semua tingkap yg ada dlm rumah,jgn lupa banyakkan bersyukur pd Allah

7. Semasa makan,nikmati dgn perlahan-lahan.Jgn makan bersulam air.Minum slps 15 hingga 30 minit

Selamat Beramal... =)

Jaulah sekitar Cairo sesi ke-3

Ahad,22 Julai 2007

Lama sungguh tdk meletakkan sebarang entry di blog saya ini.Sibuk?Hmm,mungkin.Dgn keterbatasan waktu dan ruang serta kemudahan internet yg terbatas mungkin boleh dijadikan alasan..

Hari ini tdk ke klas Bahasa Arab.Afni tidak berapa sihat lantaran kepenatan yg masih belum hilang.Kami berjaulah semalam di sekitar Cairo,melawat makam2 ahli bait ( ahli bait=keturunan Rasulullah ).Saya Cuma mampu bertahan sehingga tengahari sahaja.Tiba2 terasa tdk sedap badan,lantas saya membuat keputusan menarik diri dari meneruskan pengembaraan itu…

Dalam keadaan lemah tp terus melangkah jua pd pagi semalam,beberapa kisah ahlul bait sempat saya simpan dlm kotak memori.Kalau diikutkan mmg saya tak minat sejarah.Tugasan yg diberikan oleh Ustaz Lutfhi supaya saya bacakan buku pasal ahli-ahli bait ketika dalam kereta,saya serahkan pada Hakimah.Surrender awal2…huhu

Saya sempat melawat makam Saiyidah Zainab,Saiyidah ‘Atikah,Saiyidah Ruqaiyyah,Ibnu Sirrin,Sultan Hanafi dan beberapa ahli bait yg lain yg tak mampu saya mengingatinya.Secara ringkasnya,Saiyidah Zainab dan Saiyidah Ruqaiyyah merupakan cucu Rasulullah iaitu puteri-puteri Saiyidina Ali karramallahuwajhah.Dekat sungguh susur galur beliau bertemu dgn Rasulullah.Mendengar cerita dr Ustaz Lutfhi tentang Saiyidah Zainab,diri terasa kagum.Kata Ustaz,beliau jarang keluar rumah (atau tak langsung).Beliau keluar ketika peperangan masa zaman Saiyidina Hussein.Katanya,kemunculan beliau diibaratkan seperti matahari terbit.Ada yg mengatakan seperti bulan purnama.Betapalah agung dan mulia Saiyidah Zainab….

Dan beliau dtg ke Mesir kerana beliau mendapat tahu org islam di Mesir sgt memuliakan ahli bait.Buktinya jelas ketika kedatangan beliau,beliau di sambut oleh ramai orang,yg mengirinya dgn berkaki ayam sebagai tanda penghormatan.Saya tdk ingat cerita seterusnya,sama ada beliau di tempatkan di sebuah istana atau di sebuah rumah.Dan di situ beliau mengabdikan diri pada Allah.Makam beliau berada di dalam sebuah masjid,iaitu Masjid Saiyidah Zainab.

Sultan Hanafi pula ialah seorang wali dari kalangan sultan.Jarang sekali mendengar wali dari kalangan diraja.Makam baginda juga terletak dlm masjid yg diberi nama sempena nama beliau.Terdapat sebuah telaga di dalam masjid itu.Kami sempat merasa air telaga tersebut yg didakwa oleh penduduk tempatan sebagai telaga air zamzam.Airnya sgt jernih dan rasanya juga seolah-olah air zamzam.Saya tdk mengatakan ia 100% seperti air zamzam sbb rasa saya,ada perbezaan dari segi rasa antara kedua-dua air ini.Air dari telaga Masjid Sultan Hanafi ni terasa ‘berat’ dan payau,sdgkan seingat saya,air zamzam rasanya lbh ‘ringan’.Berat dgn zat galian agaknya…

Ibnu Sirrin pula ialah seorang yg mahir menafsir mimpi.Itu je yg saya ingat tntg beliau.

Pengembaraan diteruskan selepas menikmati hidangan tengah hari tetapi tanpa saya.Hakimah menceritakan tentang lawatan mereka ke makam seorang wali yg mana ibu bapa beliau masih hidup.Rupanya wali itu adalah seorang budak! Masa beliau meninggal,umurnya baru 4 tahun.Wah,bagaimanakah bdk berumur 4 tahun di iktiraf wali? Pada awalnya mcm tak percaya jugak,tp bila Hakimah mengatakan bahawa,bdk tersebut walaupun pada usia 4 tahun,telah mampu menghafal Al-Quran dan hadith,baru lah saya faham dan terasa kagum.Mmg sesungguhnya,karamah Allah itu diberikan pd sesiapa jua yg dikehendaki-Nya.Sedangkan Nabi Isa pun boleh bercakap semasa masih bayi…Allahu..


Monday 23 July 2007

InsyaAllah

Update seterusnya akan di upload kemudian...maaf atas ketergendalaan ...

Sunday 15 July 2007

Monday 2 July 2007

Hanya ucapan ini mampu ku lafazkan...

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...

Segala puji bagi Allah...

Hanya itu yang mampu saya ucapkan setelah mendapat berita gembira ini...berita yg saya tunggu-tunggu daripada tutor saya...Result exam...

Result sepenuhnya masih belum saya ketahui,saya sekadar bertanya beliau samaada saya perlu re-sit mana2 paper Ogos ini dalam email ringkas yang saya hantar kepada beliau semalam (tutor saya sangat strict,tak boleh diberitahu result exam melalui email..tak secure katanya...) . Petang ini,ditakdirkan Allah kat Rumah Perlis tempat saya menginap ni line wireless nye kuat sket,so terus saya membuka university webmail.Malas saya nak fikir tentang secure tak secure nya time-time camni.Saya sampai termimpi2 di waktu malam,mimpi buruk yang menggambarkan saya kena pulang untuk re-sit Ogos ini!

Berkali-kali saya membaca ayat beliau,"Although I am not allowed to tell you your result,I do not expect to see you before registration in September!"

Huh,betul kah? Betul kah apa yg saya baca ini? Betul kah maksud ayat ini ialah saya tak perlu re-sit Ogos ni?? Ya Allah...

Terus saya mengambil wudhuk dan memakai pakaian yang sesuai dan menutup aurat,lantas sujud menyembah Yang Maha Kudrat tanda kesyukuran yang tidak terhingga.Hati bergetar dan air mata terus mengalir laju..

Betapa aku benar-benar bersyukur Ya Allah...Terima kasih Ya Tuhan...Terima kasih Ya Allah,kerana telah melepaskan ketakutan yang selama ini bersarang dalam hatiku..terima kasih Ya Allah kerana telah melepaskan bebanan itu dari hati ini...

Hanya satu lagi yang perlu ku lakukan..bersabar menunggu formal script daripada university untuk mengetahui result sebenar bagi tahun ke-2 pengajianku di sana.Ya Allah,andai mampu ku sampaikan berita gembira dan mendengar suara kebahagiaan ahli keluargaku....