Saturday, 14 March 2009

Hambar..

Hari ni 9 to 9...masa digunakan semaksimumnya untuk tugasan di Universiti.. makan minum pun dah tak tentu..berhenti rehat hanya untuk solat dan kemudian terus menyambung kerja.. Allahu.. ini kah kehidupan bekerjaya nanti?

Sejak akhir-akhir ni aku sering terasa.. seperti kehilangan sesuatu dari hati..

Aku takut...jika dijauhkan daripada hidayah Allah.. tatkala tahu ada majlis ilmu, bukan kerana kekangan masa yang menghalang diri daripada hadir bersama ke majlis yang diberkati itu...tetapi... kerana hati yang tawar..

Hambar....

Merasakan diri telah cukup..

Astaghfirullahal 'azhim...!

Aku bimbang... jika keadaan ini berterusan, maka di mana sinarnya ... dek pautan yang makin lemah.. masa yang dikejar-kejar untuk keperluan dunia..kerana mengejar "garis mati" yang ditentukan manusia, yang diketahui bila waktu dan tarikhnya..

...sedangkan "garis mati" yang ditentukan Allah tiada siapa yang tahu melainkan Dia.. mungkin esok? mungkin lusa? atau mungkin beberapa minit ataupun beberapa saat dari sekarang?

...terkejar-kejar jugakah aku untuk sampai ke "garis mati" yang telah tertulis sejak aku belum lahir ke dunia ini.. ?

Wahai Allah.. bantu lah hamba-Mu ini.. agar dia tidak leka untuk sentiasa mensyukuri nikmat-Mu.. sentiasa memuji-Mu..

...berikanlah kesabaran kepadanya dalam menghadapi kesusahan yang ditimpakan ke atasnya.. ataupun ketika kesenangan datang menyapa.. agar dia tidak lupa.. bahawa segalanya dari-Mu Tuhan.. Yang Memiliki segala perbendaharaan langit dan bumi..

..kuatkan hatinya, ya Tuhan... kuatkan hatinya yang lemah ini...

No comments: