Tuesday 21 August 2007

Dillema


Akan ada waktunya dalam detik-detik kehidupan

kita dibawa oleh arus kehidupan ke suatu persimpangan...

Persimpangan yg meletakkan kita di antara dua rasa...

Dillema....

Yang memungkinkan kita

membuat keputusan yg tak di sangka-sangka...

Yang memungkinkan kita

mengambil tindakan tanpa di duga...

Yang memaksa kita

berkorban rasa,tenaga dan masa...

Juga wang...dan perasaan....

Demi sebuah kasih sayang...

Dan tanggungjawab...


Pada jiwa yang bertaut pada kasih-Nya

sedar akan kelemahan diri

tunduk pada kuasa Ya Illahi

memuji kebesaran Yang Maha Tinggi

Maha Mengetahui

Mohon petunjuk agar di suluhi

jalan yang benar dan pasti

yang membawa sinar bahagia

walau hanya gagah

mengukir secoret senyuman

di raut wajahnya

Walau hati lara

Walau adakala terluka

Mampukah..?

Bersediakah...?

Relakah...?

Ya Rabbi...hanya pada-Mu tempat aku kembali...

meminta sepenuh hati

mengangkat sepuluh jari

menadah sekelumit belas kasih-Mu

Tunjukilah aku

jalan manakah yang terbaik untuk ku...

Saturday 18 August 2007

Selamat tinggal bumi Mesir


Sebak...ketika kapal terbang mula meninggalkan bumi anbiya',saya tidak dapat menahan rasa sayu di hati.Air mata mengalir di pipi.2 bulan berada di sana banyak melakarkan kenangan indah yg sukar di peroleh di mana-mana.Kebaikan akhawat dan ikhwah di sana mengajar erti ukhwah yg terbina atas dasar akidah dan semangat persaudaraan islam,hanya kerana Allah...

2 bulan bukan lah waktu yg singkat..juga bukan waktu yg panjang.

Bukan waktu yg singkat yg telah di hiasi banyak kenangan-kenangan manis.Terlalu banyak.

Dan juga bukan waktu yg panjang utk kami menggarap sebanyak mungkin ilmu-Nya.Masih kurang...masih tdk cukup...

Mengutip ilmu2 Allah,melihat bukti2 peninggalan sejarah sejak zaman nabi dan juga tokoh-tokoh terkenal islam,juga melihat alam ciptaan Tuhan sebagai bukti kebesaran-Nya menjadi tujuan kami sejak mula kami meninggalkan bumi UK menuju ke Egypt.Kini,kami kembali.Membawa ilmu yg tdk seberapa,namun ilmu itulah yg kami harapkan dapat kami amalkan dlm kehidupan kami,mengambil pengajaran daripadanya dan berkongsi dgn rakan-rakan yg lain...insyaAllah..

Mengimbas kembali hari-hari terakhir kami di Kaherah..

Malam ke-dua terakhir kami di sana,Ustaz Lutfhi (mushrif kami yg terkenal dgn kebaikannya....hehe) dgn perancangan Kak Yana telah membawa kami ke sebuah restoran makanan segera utk menikmati makanan org Arab....Grand Dinner =).Keluar pun dh pukul 10.30 pm..masalah dgn org Arab punya pasal,so dapat la kereta tu lambat....lajak sungguh makan malam ku malam itu...huhu

Meriah...terasa mcm dlm satu family.Kak Yana sebagai mak,Ustaz Lutfhi sebagai ayah,Kak Matun sebagai kakak sulong,saya dan Afni seperti adik-adik kecil...hehe..Ustaz belanja kami halawiyat ( manisan org Arab ) dari Dumyat dan juga sewa kereta tu...halawiyat 2 kilo tuu..1 kilo utk Afni dan 1 kilo utk saya...sayang ustaz...^_^ [ Risiko diabetes menanti...hukhuk ]

Hari terakhir,Khamis 16 Ogos....sibuk menguruskan beberapa hal yg patut di selesaikan sblm pulang ke UK.Hari yg tdk mengenal erti kerehatan.Ke kelas tajwid utk hari terakhirnya pun mengantuk sangat-sangat...terasa sgt bersalah kat Ustazah Majdah...balik dari klas tajwid keluar pula membeli sedikit brg...yg penting,nak beli mangga kegemaran saya utk kali terakhir di sini...sungguh sihat petang itu,round Haiyyu Saabi' dgn hanya berjalan kaki...peluh yg tidak akan diperoleh bila pulang ke Manchester nanti...

Malam tu ramai ahli rumah yg tidur lambat.Meraikan malam terakhir kami,mungkin...=) Bermain-main..hehe.Tapi saya tak dapat turut serta sebab sibuk mengemas...sempat join sekejap-kejap je.Jam melewati hampir 1 pagi. Afni yg kepenatan bersedia utk tidur dah..Ye lah,esok kena bangkit awal,jam 6 pagi dah kena siap dan bertolak ke airport utk flight kami jam 8.35 pagi.Tiba-tiba seorang kakak memanggilnya dari ruang tamu utk teruskan permainan.Lantas dia menyahut,"Nak kena tidoq dah,esok skolah."Saya pun menyampuk,"Apenyer skolah esok,dh nak balik dah pun." Senyap.Tiada response darinya.Pada mulanya tak terasa apa-apa.Tapi tiba-tiba baru saya sedar.Mungkin dia sendiri terkedu dan sayu dgn jawapan spontan dari mulutnya.Kawan saya tu masih terasakan esok adalah seperti hari-hari biasa kami,perlu tido dan bangkit awal utk ke Madrasah Imam Syafi'e.Biasanya kami perlu bangkit paling lambat jam 6 pagi utk ke sana.

Dia masih ingin berada di bumi anbiya' ini.Pagi tadi dia menangis di Madrasah ketika bersalam-salaman dgn akhawat-akhawat yg sama-sama dtg ke Madrasah utk belajar ilmu Allah.Tempoh 2 bulan sejak Madrasah bermula telah mengeratkan hubungan kami.Saya tdk menangis.Entah la..saya pun tak pasti adakah saya gembira dgn kepulangan ini? Saya memang merindui Manchester.Amat..Tatkala melihatkan kesedihan rakan saya,saya terasa mungkin hatinya lbh ikhlas dari saya selama berada di sini.I.K.H.L.A.S .... satu benda yg kadang-kadang saya lupa akannya.Satu rasa yg kadang-kadang tak datang ke dlm hati saya tika mana melakukan sesuatu perkara.Saya kadang-kadang lupa,ikhlas la yg menentukan sama ada sesuatu amalan kita tu di terima Allah atau tidak.Ya Allah..ampunkan aku jika aku terlupa....

Pagi Jumaat 17 Ogos, kakak-kakak bangkit awal dan sibuk menyiapkan sarapan utk kami.Saya tidak sempat utk menjamah apa-apa kecuali sebiji mangga.Nak jugak...mangga terakhir dari bumi Mesir yg sememangnya menjadi kegemaran saya.Saya terpaksa makan dgn pantas kerana Ustaz Lutfhi telah menunggu di bawah.Setelah membawa turun beg-beg kami,kami bersalam-salaman dan berpelukan tanda ucapan selamat tinggal.Masa tu hati sedikit sebak.Terasa akan berpisah dgn kakak kandung sendiri....Ya Allah,Engkau Maha Mengetahui bahawa mereka ini telah banyak berjasa kepada kami....rahmati mereka Ya Rabbi....

Perjalanan ke airport tdk mengambil masa yg lama.Setelah urusan check-in berjalan lancar tanpa masalah muatan berlebihan ( berat yg dibenarkan 23 kg sahaja ) dan memberi isyarat "OK" kepada Kak Yana yg menanti di luar , kami menapak ke Gate 6 utk check-in seterusnya.Saya terpandang mata Afni yg berkaca.Saya faham akan kesedihannya...Dlm hati berkata-kata sendiri,"Sudah ketetapan-Nya hanya setakat ini sahaja kita di sini.."

Kami masuk ke pesawat British Airways agak awal.Dan waktu berlepasnya sgt tepat,tak seperti masa kami mahu ke Mesir dulu yg lewat hampir setengah jam...Ustaz Lutfhi dan Kak Yana menelefon kami sebelum kami berlepas.Terasa sungguh kasih sayang mereka seperti kakak dan abang sendiri...

Ketika kapal terbang mula naik ke udara,hati terasa sangat sayu.Doa mengiringi air mata yg menitis,moga Allah merahmati mereka semua ; sahabat-sahabat di rumah Perlis,Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM),kenalan-kenalan di Madrasah Imam Syafi'e,guru-guru dan kakitangan Sibawayh Language Centre dan sesiapa jua yg telah mempermudahkan urusan kami selama di sana.....teruskan perjuangan kalian..kebaikan kalian tak mampu kami membalasnya.Moga Allah jua lah yg memberi ganjaran dan melimpahi kalian dgn limpahan rahmat dan kasih sayang yg lebih baik dari apa yg kalian berikan kpd kami...moga ukhwah ini sentiasa berpanjangan....

Sesungguhnya,bumi kinanah Mesir akan menerima kunjungan saya lagi satu hari nanti..

Kata-kata mereka di sana,"Siapa yg minum air dari Sungai Nil,pasti akan kembali lagi ke sini."

Ye,saya pasti akan kembali....insyaAllah

Monday 13 August 2007

Ismailiah - Port Said - Dumyat - Mansurah

Jaulah lagi......yg ni paling seronok...pengalaman yg tak akan dpt dilupakan sepanjang hayat....dan ini la jaulah terakhir kami di bumi kinanah Mesir sebelum kembali ke Manchester 17 Ogos ini...

Perjalanan bermula jam 8 pagi,Jumaat 10 Ogos...group kali ni terdiri daripada saya,Afni,Kak Zana dan seorang Auntie (Melayu Singapore) yg menumpang di Rumah Perlis jugak.Destinasi pertama kami ialah Ismailiah...takde ape yg special ku kira di Ismailiah...

Seterusnya kami ke Port Said...sgt best...kat sini kami melantak nasi ayam arab,dan di temukan juga dgn 'Petaling Street' versi Egypt...hehe...rambang mata sekejap bila berada di sini...kiri kanan depan belakang penuh penuh dgn dunia yg berwarna-warni...hajat mahu membeli sehelai dua jubah terbantut akhirnya....sebab?sebab terlalu bnyk pilihan yg cantik-cantik....tak berdaya nak memilih....

Kemudian kami bergerak ke Dumyat.Dumyat sebuah bandar yg membangun.Kata Ustaz Lutfhi,tiada kesan atau tinggalan sejarah di sini.Walau pun kami tiba di sana ketika matahari sudah melabuhkan tirainya,namun jelas kelihatan pembangunan yg pesat di sana.Kehampaan dirasai apabila kedai halwa yg di katakan menyediakan halwa yg sedap di Dumyat di tutup pd hari tersebut-hari Jumaat.tak dapat la nk merasa manisan arab dari Dumyat... :(

Kami menuju ke tempat pertemuan Sg.Nil dan Laut Mediterranean.Ustaz Lutfhi pernah memberitahu kami,dahulunya jelas kelihatan garis pertemuan air sungai yg tawar dan air laut yg masin.Jika di celup jari di sebelah kanan garisan dan dirasai airnya,terasa payau air sungai.Bila dicelup tangan di sebelah kiri garisan pula,terasa kemasinan air laut.Subhanallah...Tapi kini,garisan tersebut sudah tidak kelihatan lagi.Entah la...sudah merajuk kah ia kerana manusia semakin berpusu-pusu membanjiri kediamannya lalu mengganggu ketenteramannya.....?

Sungguh ramai manusia di kawasan tersebut.Lagi-lagi setelah ia dimajukan sedemikian rupa-selesa,maju dan lengkap dgn infrastruktur.Bayu laut yg bertiup sepoi-sepoi bahasa amat menenangkan.Tak hairan lah manusia-manusia ini sanggup berlepak-lepak di situ sehingga subuh.Saya terasa kami mendapat perhatian ramai.Mungkin kerana pakaian kami yg agak berbeza dgn mereka,lantas kami mudah di cam sebagai orang luar.

Ustaz Lutfhi membuat kejutan dgn membeli pizza yg sgt besar utk kami berempat.Pizza yg namanya sahaja pizza,tp bukanlah pizza seperti di Manchester....pizza manis.macam roti canai gamaknya.Di taburi kismis,kacang tanah,kacang hazel,kepingan kelapa dan madu.Fuh...utk menghabiskannya memerlukan semangat jihad yg tinggi amat...huhu...

Kami bertolak dari Dumyat sekitar pukul 10 mlm.Destinasi seterusnya ialah Mansura,atau lebih tepatnya ialah Fayoumi - tempat yg sgt terkenal di Mansurah dgn keenakan aiskrimnya.Kami tiba di sana pada jam 12.30 mlm,semua org sgt mengantuk dan kepenatan.Melihatkan Ustaz Lutfhi yg beria-ia mengajak kami turun utk menikmati aiskrim,saya gagahkan jua diri utk turun dari kereta sebagai wakil.Walaupun waktu sudah tengah malam begitu,kedai tersebut masih bingit dengan suara pelanggan.Kagum.Kata Ustaz,Fayoumi beroperasi hingga menjelang subuh.Lumrah ler tu...orang Arab ni suka keluar malam pun....tang subuh baru balik....

Selepas menikmati santapan supper ,kami meneruskan perjalanan - menuju ke Kaherah.Mata hanya bertahan selama 10 minit sahaja selepas kereta mula meninggalkan Fayoumi,lalu lelap kembali.Tiba-tiba saya menyedari kereta kami tersadai di tepi jalan.Sunyi.Sepi.Nampaknya semua orang di ulit mimpi.Termasuk la driver kami (Ustaz Lutfhi).Huhu....kesian Ustaz.Penat amat agaknya tu..

Sedar-sedar,kami telah pun sampai ke perkarangan rumah Perlis.Alhamdulillah segalanya selamat di bawah lindungan Allah.Melihatkan jam di tangan,mata terbeliak.5 pagi..! Huhu...hampir 24 jam berjaulah...seusai membersihkan diri dan menunaikan solat subuh,mata ini tewas kembali,mahu meneruskan kembara ke alam mimpi....

Seriously jaulah kali ni agak best dr yg lain-lain kerana kami singgah di 4 daerah yg jarak antaranya agak jauh antara satu sama lain dalam masa 24 jam.Bila pulang ke Malaysia nanti,ada peluang tak utk buat begitu yer....? Teringin juga mengulangi episod kembara ini bila pulang ke Malaysia nanti...well~we'll wait and see..... =)