Sunday 30 September 2007

Episod Mari Lepaskan Geram

Hari ni tk tahu la tak kena kat mana.Kemarahan saya terlampias ketika menghubungi Customer Service O2 CarphoneWarehouse.Mana taknya,saya dah kena banyak kali.Dicaj tak pasal-pasal oleh dorang ni.Hari tu hampir 6 pound ker kalau tak silap.Yang ni plak 2 pound lebih.2 pound pun,hak mesti ditegakkan.Geram nak dengar apa reason dorang sesuka ati nak charge orang ni...

Mana lojiknya,dalam bil,saya dicaj kerana mengikut sistem dorang,saya membuat panggilan pada waktu-waktu dimana saya ketika itu berada di atas udara i.e on my flight.Terima dek akal ker?? Of course la dalam flight mmg swtiched off mobile phones sumer.Kalau pun switched on,buleh ke nk buat panggilan?Line coverage pun takde.

Lagi tak logik bila nombor yg di dail dlm bil tu ialah nombor saya sendiri! Nombor O2 yg satu lagi,Pay As You Go punye nombor.Kedua-dua handphones bersama saya ketika tu dan kedua-duanya dimatikan.Haa,mana lojiknya lagi saya nk buat panggilan dari nombor yg di off ke nombor yg jugak di off ??

Si operator tu plak dok nk betul dia je.Dia kata dlm sistem dorang mmg saya yg dail nombor tu.Apekah??Tak gheti-gheti ker org kata handphones dua-dua switched off dlm flight?Impossible la.Saya kata,"This is really stupid.How can I make a call during my flight when both of my mobile phones were switched off??to my own number??".He said,"I don't know.It's here in our system that you dialled the number."Agak agak ar encik.sistem yg tak betul pun nak ikut yg tu jgk.Guna kepala boleh tak?

Serius saya geram dgn CarphoneWarehouse.Bukan setakat kena Hidden Charge,kalau kita nk terminate contract pun mcm2 dia akan tanya kenapa nk terminate.Pastu mula lah nk offer itu ini,konon nk menarik minat kita supaya kita batalkan niat kita nk tamatkan kontrak ngan dorang.Saya pernah kena,mati akal dibuatnya nak bagi reason yg paling tepat kenapa nk terminate.Hampir je ckp,"Becoz CarphoneWarehouse always gives me A LOT OF TROUBLES!!".Kang tak pasai-pasai langsung tak dikasinya terminate,mahu tak naiya.Siap offer contract yg 5pound sebulan tuuu...ye lah,sbb kata yg 35pound sebulan mcm membebankan,dan mmg nk tukar kpd Pay As You Go punye je.Jimat.Bnyk songeh sungguh la org Carphone ni..

Saya paling setuju dgn taktik sahabat saya ni,bila ditanya kenapa nk terminate,dia jawab ape tau,"Because I want to go back to Malaysia FOR GOOD." Hah,amek kau.Mmg tak kata ape la org tu.Nak offer ape lagi kalau dh org nk balik FOOR GOOD.Menjadi sungguh la helah yg ni.Lenkali korang,guna taktik ni la ye seksok nk end service ngan orang CarphoneWarehouse ni.Senang citer.

Yg kelakar nye ( sebetulnya GERAM ) ,selepas beberapa hari yg saya call dorang mintak nk terminate tu,dh siap kasi address sumer dah utk saya hantarkan surat permohonan penamatan servis,dorang call lagi tau nk offer benda best kalau saya tak tamatkan kontrak tu.Hampeh punye org.Org dh tulis surat sume dh.Sekali jawab ape tau,"Ops,sorry.I've just sent the letter to the address given to terminate it."( Tak pos pun lagi sebenarnya,saje buat helah lagi).Dia pun cakap,"Oh,ok then."Haa,baru tau nak malu.Cuba jangan terhegeh-hegeh buleh tak?

Sekian wassalam.

Friday 28 September 2007

Berhentilah mengeluh

Lewat ini,banyak pelajar dibawah tajaan kerajaan menghadapi masalah sewa rumah/hall akibat pemansuhan sistem 60/40 berikutan kenaikan elaun sara diri pelajar sehingga 97%.Untuk pelajar di Manchester,anggaran kenaikan hanyalah sebanyak 50% sahaja.Hal ini mengakibatkan ramai yg cuba bertindak keluar dari hall yg diduduki kerana tidak mampu untuk membayar sewa bulanan yg terlalu mahal.Tidak kurang juga yg terpaksa terus tinggal di hall mereka secara paksarela kerana tidak dibenarkan membatalkan kontrak setelah menduduki hall tersebut selama seminggu atau kurang.

Hmmm...seperti yg dikeluhkan oleh kebanyakan pelajar,keburukan lebih banyak daripada kebaikan berikutan kenaikan elaun pelajar overseas ni.Tekanan demi tekanan.Yg dok umah kat Old Trafford tu misalnya takde masalah la.tapi berapa kerat sgt yg dok umah cemtu...rata-ratanya duduk hall atau flat atau umah bwh universiti.

Keluhan demi keluhan didengari...dalam mengenang nasib diri dan rakan-rakan yg lain,terkadang terlintas jugak,"Aku ni kira bertuah la ni dpt la jugak makan nasik lauk ayam,pakai baju cantik,tebal-tebal time sejuk-sejuk camni,gi skolah belajar ilmu hisab sumer.Bayaran rumah mahal pun,still dapat duduk rumah lagi.Ada jugak tempat berteduh.Masih ada org yg serba kekurangan di luar sana."

Bersyukurlah wahai diri..

Berhenti lah mengeluh dan bersungut..

Teringat kisah Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim.

Bilamana Nabi Ismail telah dewasa dan mendirikan rumah tangga,Nabi Ibrahim kembali ke tempat baginda meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail dulu.Dgn ilham dari Allah,Nabi Ibrahim tahu dimana rumah anaknya,lalu terus melangkah ke sana.

Nabi Ismail tiada di rumah.Keluar bekerja barangkali.Yang ada ialah isteri Nabi Ismail.Nabi Ibrahim memberi salam dan disambut oleh menantu baginda.Baginda bertanyakan Nabi Ismail tetapi malangnya Nabi Ismail tiada.Lalu Nabi Ibrahim bertanya kepada menantunya,"Bagaimanakah kehidupan rumahtangga kalian?".Menantunya menjawab,"Kehidupan kami serba kekurangan.Makan ala kadar.Rumah tak mewah." (begitu lah lebih kurang).Pendek kata,isteri Nabi Ismail banyak mengeluh depan tetamunya yg tidak diketahui adalah ayah mertuanya.Nabi Ibrahim mendengar dan mengangguk-angguk.Setelah beberapa ketika,Nabi Ibrahim minta diri utk pulang dan sempat meninggalkan pesanan utk Nabi Ismail melalui menantunya."Katakan pada suamimu,tukarlah tiang pintu rumah ini.Sesungguhnya ia akan mendatangkan keburukan kepada penghuni rumah ini."

Bila Nabi Ismail pulang,isterinya lantas menceritakan perihal seorang tetamu tua yg datang ke rumah mereka dan juga pesanan Nabi Ibrahim.Lalu berkata Nabi Ismail kepada isterinya,"Tahukah engkau siapa tetamu tua itu?Sesungguhnya dia adalah ayahku.Dan maksud pesananny adalah supaya aku menceraikan kamu."Maka tercerailah isteri Nabi Ismail oleh sebab tingkahlakunya yg suka mengeluh perihal rumahtangganya dan mengadu kepada org lain.

Hurm...moral of the story rasanya difahami kot..Jadi,kawan-kawan kaum hawa ( juga peringatan utk diri sendiri! ) ,zip mulut tu rapat-rapat bila esok-esok dh jadi isteri org.Jgn di hebah-hebahkan perihal umah tangga kita kat org.Pasal suami kita ker,makan pakai tak mudah ker,kesusahan hidup kita...sesungguhnya rumahtangga adalah suatu ujian utk pasangan yg berkahwin.Memang ia sebagai landasan mudah menuju syurga Allah,tapi ia juga tidak kurang juga sebagai platform yg boleh menyebabkan anda mudah ke neraka.Bagi suami yg tidak melaksanakan amanah,tanggungjawab dan peranan dgn sempurna terhadap isteri dan anak-anak,bersoal lah dgn Allah kelak.Juga kpd isteri yg tidak menjaga kehormatan diri dan suami,yg suka menceritakan keaiban dan keburukan suami kepada orang,yg tidak menjalankan tanggungjawabnya terhadap rumahtangga yg dibina,bersedialah dgn pertanyaan-pertanyaan Allah nanti.

Sesungguhnya ujian yg Allah timpakan kepada manusia adalah utk MENGUJI.Sejauh manakah kita ni sabar,kuat dan bertakwa kpd Allah.Berfikirlah secara positif,bahawa ujian tu semua adalah utk kita semua jadi KUAT.Kuat spiritual,rohani dan mental.Kelak kita akan berhadapan dgn mcm-mcm lagi cabaran.

"Allah timpakan ujian supaya kita jadi KUAT. "

That's the resolution.

I've been to that situation which was really shaking my nerve to be strong enough to stand and face it.As sumebody said,"The patience is indeed bitter and soooo painful but the result will be soooo sweeet." And I tried it.Tried to be so firm and 'kebal'.Indeed,it was so so so pain.But now,it is so so so sweet.....*Wink and smile~*

Ujian tu,kita gagal ker,kita lulus ker,yakinlah,selagi kita bertakwa pada-Nya,Dia akan tunjukkan jalan keluar dari masalah itu.Kan semua tu datangnya daripada Allah...?

"..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

(At-Talaq:2-3 )

Jadi,berhentilah mengeluh wahai hati..

Thursday 27 September 2007

Demam kerana mimpi

Ye..setelah sekian lama tak demam..hari ni nampaknya seakan-akan ada tanda akan demam...sungguh terasa tak sedap badan,loya-loya tekak ( bkn symptom2 mengandung ye..).

Teringat mimpi saya semalam.Mimpi buruk.Mimpi yg pelik.Dalam perjalanan ke sekolah saya teringat-ingat mimpi tu.Saya dh baca Al-Fatihah dan 3 Qul sebelum tidur semalam.Biasanya tak de mimpi pelik2 camni.

Saya mimpi saya terkena kuasa jahat.Macam dlm cerita Susuk kat TV3 tu.Ada 'benda' yg memburu saya.Di suatu ketika,'benda' tu menjelma.Masa tu saya bersama 2 orang rakan saya.Secara langsung,badan saya terasa sakit yg amat dahsyat.Terasa lumpuh tulang belakang di timpa oleh sesuatu yg maha berat,perit dan sakit yg amat.Apa yg mampu saya lakukan hanya menyebut,"Allah...Allah...Allah..." dan dgn sekuat tenaga yg ada cuba menahan kesakitan itu.Kesakitan tu bertahan beberapa ketika,lalu lesap beransur-ansur.

Lantas saya tersedar dari tidur.Gelap.Kelam.Pantas saya menyambar handphone utk melihat waktu ketika itu.2.30am.Masih awal utk sahur.Allahu...apa yg telah saya mimpikan tadi..?Astaghfirullahal 'azim...apakah tandanya mimpi ini...?

Hanya Allah yg Tahu....

Tuesday 25 September 2007

3rd Year Project

Hurmm...maka,rasmi lah menerima watikah pelaksanaan projek 3rd Year bagi kos Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.Mantap sungguh tajuk projek saya.Saya pun tak ingat dh masa pilih dulu,pilihan ke berapa kah tajuk ini.Main hentam je.Sebab masa tu mmg nak cepat,kat CC plak tu masa buat pilihan online.Sekarang ni,pasrah je la dapat yg mana pun...

"Optimal distribution network capacitor placement taking into account avoided CO2 emissions"

Tu die tajuk projek 3rd year saya...menarik tak?heh..


Blurr kejap...dlm hati berdoa sentiasa,moga2 dipermudahkan oleh-Nya akan urusan ini...

Sunday 23 September 2007

Ramadhan

Sudah masuk hari ke-11 berpuasa di bulan Ramadhan.Bagaimana kah anda rasa?Penat?Rasa lamanye bulan Ramadhan ni nak habis?Rasa siksanya menahan makan dan minum…? Hmm,kalau begitu la kita rasa,mmg kena check balik iman kita….

Saya sendiri pernah terlintas,”Baru seminggu berpuasa.Lamanya lagi Ramadhan…~”

Astaghfirullah..cepat-cepat saya beristighfar..Tak patut saya fikir camtu.Bulan Ramadhan ni lah peluang utk mengumpul pahala sebanyak mungkin,memohon keampunan Allah,mensucikan diri…

Terasa kelainan..berpuasa di Malaysia dan di UK.Secara jujurnya,saya rasa seperti hilang seri Ramadhan di tempat yg mana makhluk-makhluk yg mengingkari Allah lebih ramai di sini.Sungguh besar dugaan di bulan Ramadhan ni bagi kami semua.Menahan pandangan itu sungguh satu perjuangan di bulan puasa ni.Bukan setakat lelaki kena tahan pandangan,perempuan pun sama…seperti ayat Allah dlm surah An-Nur ayat 30 dan 31.

Saya amat rindukan puasa di Malaysia.Berbuka bersama keluarga,sembahyang terawih di surau atau masjid,gema takbir dan selawat bersahutan dari satu masjid ke satu masjid.Paling best jika sepanjang Ramadhan adalah cuti sekolah.Tidak dihambat kesibukan dunia.Waktu yg ada dapat digunakan dgn sebaik-baiknya utk beribadat.Tapi di sini,sunyi…siangnya terasa berlalu begitu aja.Malamnya tiada takbir atau kalimah Allah bersahut-sahutan di ruang udara.Lagi-lagi bila kelas bermula nanti,waktu siangnya akan cukup terbatas utk betul-betul menghayati Ramadhan.

Mungkin cara terbaik utk mendapat kebaikan Ramadhan ketika dihambat kesibukan dunia ialah melakukan setiap sesuatu diniatkan kerana Allah.Maka jadi ibadat la ia.Belajar jika diniatkan kerana Allah adalah ibadat.Mandi diniatkan kerana Allah adalah ibadat.Beriadhah jika diniatkan kerana Allah jua ibadat.Naik bas utk pulang ke rumah lepas kuliah jika diniatkan utk sama-sama berbuka bersama housemates lillahita’ala juga ibadat.Segala-galanya akan cukup bernilai di mata Allah..insyaAllah…


Manalah nilai puasa kita jika di mata orang kita nampak berpuasa,tak makan,tak minum..tp di mata Allah,puasa kita hanya hampas kosong…hanya mendapat lapar dan dahaga…?Aurat terbuka di sana sini.Perangai buruk tak juga dibaiki.Mengumpat sana sini..Peluang mendapat pahala berganda-ganda di sia-siakan.Sayang amat….

Moganya diriku dan sahabat-sahabat akan lebih mendalami erti puasa sebenarnya.Marilah mengejar cinta-Nya dalam masa berbaki lagi 19 hari.Banyakkan membaca Al-Quran,tadabbur ayat-ayat Allah,berzikir...jangan biarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja.Kosong.


Dan lakukanlah segalanya demi Allah..kerana Allah…

Friday 21 September 2007

Rindu

Ya..aku rindu..

Rindu yang menggunung tinggi..

Bagai purnama di langit yg kelam..

yang menyerlahkan malam..


Syukur ke hadrat Illahi

Walau sekejap cuma

waktu ku bersama dia

pada hari-hari yg lalu

walau aku terpaksa berkorban harta

utk ke pangkuannya

Aku rela

Aku redha

Kerana ku yakin

Allah memiliki segalanya

Pemberi rezeki terbaik

dan Dia Maha Tahu

apa dalam hatiku



Ampunkan ku ibu

andai ada kata yg mengguris hatimu

lantaran ketidaksabaranku tatkala itu

aku lantas menyesal

kerana ketelanjuran tutur bicaraku

ku menangisi keterlanjuranku

kerana ku takut murka Tuhanku


Ibu tetap ibu

yang sentiasa mengasihi anaknya

walau apa yg berlaku

Yang sentiasa beralah

demi anak

yg pernah dikandungnya

demi anak

yg pernah disusukannya

demi anak

yg pernah dipangkuannya

demi anak

yg sebahagian dari dirinya


Ku cuba patahkan keegoan diri

demi sebuah perjuangan

utk satu kemenangan



Aku bersyukur pada Illahi

kerana telah memberiku kekuatan

kata-kata mu ibu

sepeninggalanku

membuktikannya..

bahawa Allah telah membuka jalan

dan mempermudahkan

segala urusan


Dan aku,

puas...

gembira...

syukur...

namun sebak dan pilu

tetap mengatasi segalanya

kerana kau akan ku tinggalkan lagi

utk meneruskan perjuangan

yg masih belum selesai ini

Ku bawa kerinduan yg membungkam di dada

Tekadku akan ku bulatkan

Azamku akan ku kuatkan

Utk menggapai bintang kasihmu ibu

akan ku kembali ke sisi mu

andai masih ada peluang utk ku


Ibu,

iringi langkahku dgn doamu

agar aman dan tenang diri ini dlm meniti hari

mencari redha Illahi


Sesungguhnya

diriku amat merindui mu ibu.........

Monday 3 September 2007

Al ham dulillah =) [ Di edit semula ]

Alhamdulillah...segalanya berjalan lancar tanggal 31 Ogos yg lalu...nampaknya tarikh bersejarah buat negara kita itu juga menjadi tarikh bersejarah buat kakak tersayang[ editted version..lps ni jgn salah paham lagi..huhu ] Majlis pertunangan ala koboi..mana taknya,setiba di rumah pada jam 6 pagi setelah permusafiran selama hampir 12 jam dari Kuala Lumpur , kami terus memerah tenaga dan bertungkus lumus mempersiapkan segala kelengkapan dan keperluan serta persiapan hidangan utk rombongan seramai 15 orang yg dijangka tiba pd jam 3 ptg hari yg sama.

Kepala terasa berputar-putar sepanjang hari itu..terasa berada di awangan kerana tidur yg tdk sempurna sepanjang perjalanan pulang ke kampung.Ku gagahkan jua diri ini agar majlis ini tdk pincang di mana-mana....

Dan setinggi-tinggi syukur pada Illahi kerana telah mempermudahkan segala urusan....

Al ham dulillah.... al ham dulillah.. al ham dulillah... sahlah kini bergelar tunangan orang...moga dipanjangkan jodoh dan dilimpahi rahmat atas niat yg baik utk membina baitul muslim....ameen...*wink and smile*

**Tahniah juga buat sahabat terbaik ku,H yg telah melangsungkan pertunangannya pd 25 Ogos yg lalu...Moga segalanya kelak di permudahkan Allah...diriku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu teman....Love you always...** Smile....~ **