Monday 28 May 2007

Penangan Cocktail

Hmm,nampaknya saya terkena satu virus yg susah nk dinyahkan dr diri saya buat masa ini.iaitulah Cocktalis Virus tahap 4..huhu.tinggi tuh tahap kekronikannya.....=D cocktail yg selalu dibuat oleh flatmate kesayangan,kini menjadi kegilaan setiap hari...wadduh,gemok gini den....

Saya rasa kan,moral of the story dr penyakit ni ialah,jgn cuba belajar mcm mana nk buat sesuatu resipi yg kamu suuuuuukaaaaaaaa sgt akan dia.....nnti bila dh pandai buat tu kan,asyik nk buat la..So asyik nk makan jgk la kejenya.....~sigh~

Alhamdulillah,ada jugak la cara utk mengawal keadaan,iaitu,jgn buat cocktail tu dlm bekas yg besar.Kalau tidak,selagi tk habis,selagi tu la tk berhenti.Haiyaaa.....So skrg ni,dh ada caranya,iaitu lah,guna bekas yg sederhana,dan buat separuh aje.So,tkpe la kalau nk makan kerap pun,sket2 tapi kerap tk pe kan? ^_^

Saya selalu teringat ayat Allah dlm surah Muhammad:12

" Dan org2 kafir itu bersenang-senang (di dunia) dan mereka MAKAN seperti makannya BINATANG-BINATANG."

Takut bila memikirkan yg Allah mengandaikan org2 kafir tu camtu.So kita?Kalau kita makan dgn lahap jgk,sama lah cam org kafir....Otomatik,dpt pulak laknat Allah....aaaaaaa....tkmooo......

Harapnya,dpt la bermujahadah mengawal penangan cocktail ni...~

Wednesday 23 May 2007

Kembali...BERJUANG !

Lama bebenor tk mencoret ape2 kt blog.Skrg musim ekzem,tu yg tk berapa berkesempatan tu.

Hmm,sy rasa sy nk jot down je la note2 kt sini,tk nk hurai pnjg lebar sgt tntg sesuatu perkara...insyaAllah...=)

* Beskal kesayangan (walaupun tk cantik dan tk berkilat) dh pun dibaiki dan diganti tayar blkg yg pancit.So buleh la berkayuh ke sana ke mari slps ni...Eii,seronoknya musim2 bunga + panas camni leh ber'cycling'....^_^

*Org2 kat Mesia tu ramai bebenor menghitung masa dan waktu,tunggu nk naik pelamin...org2 yg terdekat dgn ku,3 org yg nk bina Baitul Muslim ujung bln 5 dan awal bln 6 ni.Ape la korang,nk kahwin pun time org ngah pekse lagih....hish.....tensi tul....

*Pagi td selesai paper ke-2 out of 5.Ya Allah,punya lah sy ni tkde smgt langsung nk gi jwb ekzem paper subjek ni..serious sy rasa cam tk tahu paper,camne la nk jwb soklan...hampir 5 hari mentela'ah,menstadikan diri,mengulangkaji,mengkaji,still sy tk punya sebarang keyakinan utk menghadapi paper subjek Control System I ni...pg td sy tido blk lps smyg subuh n tgk2 sket soklan lbh kurang kol 6am.set jam nk bgn kol 8am.sy smpai termimpi yg sy terlajak tido,sedar2 dh kol 11.45am ! Ya Allah,seb baik ia bkn realiti...fuh~ sy sdr pukul 8 lbh,ada org tlg kejut lak tu..hehe,terharu..~ ^_^

hampir sy buat kptsn,sy nk msk dwn ekzem je,tk nk jwb sungguh2,sbb sy tk tahu....sy tk tahu ape2....(teruknya sy ni kan?) dh la pagi td sakit perut sgt2,pegi dwn pekse pun cam lemah je.hmpir sj mengalah.

Dalam kepala dok berperang sama sendiri:

Pihak A : Saya nk buat dek je,sy tk nk jwb betul2.saya tk reti Control System I...saya nk bertawakkal je kt Allah...saya dh usaha dah....

Pihak B : Takkkan la nk bertawakkal je tanpa usaha?

Pihak A : Ye,sy dh usaha,sy dh usaha mengulangkaji....sy dh usaha la tu..

Pihak B : Tapi awk tk usaha pun lg utk jwb soalan2 tu dgn semampu upaya awk.awk tk berusaha dan berjuang dgn erti kata sebenar lagi! Ingt lah ms perang Badar,kaum muslimin yg kecil jmlahnya berbanding org kafir,tp Allah kata "Dan siapkan lah utk menghadapi mereka dgn kekuatan APA SAJA yg kamu SANGGUPI dan dari kuda-kuda yg ditambat utk berperang...." (Al-Anfaal : 60 ).

dlm ayat ke-62 Allah berkata lagi," Dan jika mereka bermaksud hendak menipumu,maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu).Dia lah yg MEMPERKUATKAN dgn PERTOLONGAN-NYA dan dgn para mukmin,dan yg MEMPERSATUKAN HATI mereka."

Allah suruh kita bersiap dgn segala kekuatan yg kita ada,selebihnya,serahkan pd Allah.Allah yg memperkuatkan dgn pertolongan-Nya.bukan kah masa perang Badar itu,jumlah tentera muslimin hanya 300++ je?mereka kelihatan ramai,kerana Allah dtgkan tentera2-Nya.Allah yg menambah dan mempercukupkan bilangan,memberi kejayaan kpd kaum muslimin.

Ayat ke-65 pula Allah berkata,"Hai Nabi,kobarkanlah semangat para mukmin utk BERPERANG."Berperang atau berjihad kita sebagai pelajar ialah di medan ilmu...di medan peperiksaan.tdkkah mahu kamu memperoleh pahala JIHAD ini?

Pihak A : *Berfikir dan menghayati kisah perang Badar*

Ye betul.Saya kena buat yg terbaik.Saya hanya diberi masa 1 jam setengah je utk BERTEMPUR,di dwn yg selesa.berperang yg hanya menggunakan sedikit kekuatan mental.sedangkan kaum muslimin di medan Badar,berperang menggunakan kekuatan fizikal,mereka tdk diperuntukkan waktu 1 jam setengah seperti saya.mereka berjuang sehingga habis musuh2 Allah mereka perangi,yg tempoh peperangan tdk diketahui,yg jumlah musuh lbh ramai,yg kelengkapan perang musuh melebihi kelengkapan perang mereka.mereka berjuang kerana Allah,walaupun syahid,mereka rela.tp saya?takkan baru sedikit ini sy mahu mengalah?Tak nak!Sy tk nk mengalah!Saya nk BERUSAHA!Saya tahu Allah akan bantu saya! Saya nk Allah bantu saya kerana saya berusaha.Allah takkan bantu saya kalau sy tk bantu diri saya dulu..

Pihak B : Ok!Selamat BERJUANG! Allah akan bersama kamu...... =)

*** Begitulah al kisahnya perdebatan si A dan si B.Dan akhirnya,si B berjuang.....dan diakhirnya,alhamdulillah...sy mampu tersenyum... =) drpd 3 soalan besar yg punya anak2 sebanyak 5 atau 6 itu,hny 1 je soalan kecik yg sy tk dpt jwb.tkpe lah,sy dh berusaha semampu sy dh,itu aje yg ku mampu Ya Allah.Dan soalan selebihnya,alhamdulillah dpt jwb dgn baik...moga2 keputusannya nnti juga baik....akan ku titipkan doa pd Dia yg Maha Menentukan,Maha Pemurah,mudah2an ada berita gembira yg akan kusampaikan pd keluargaku nnti....ameeennn.....

Still have 3 more to go....Let's FIGHT!

Friday 4 May 2007

S.A.B.A.R

Tertarik dgn response daripada Prof Madya Maznah Daud, Pengerusi Mawaddah terhadap permasalahan seorang wanita berkenaan konflik antara beliau dgn adiknya sehingga mengganggu gugat keharmonian rumahtangga beliau serta menyebabkan kematian ibunya lantaran ibu beliau kecewa atas tindakan wanita tersebut meminta adiknya berpindah keluar daripada rumah.Kisah adik yg tak mengenang budi pun ye jgk la kot.....anyway,kata2 Prof Madya Maznah Daud ni banyak mengandungi maksud tersirat,yg perlu di telusi dan di fahami dgn mendalam...dan yg penting,di praktikkan...Mampukah?

************************************************************************************

DALAM menghadapi apa juga masalah, dua asas penting perlu diyakini dan dihayati iaitu setiap perubahan bermula daripada diri kita sendiri seperti termaktub dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka.”

Kedua, ketika berhadapan dengan manusia, walau siapapun mereka, kita mesti ingat bahawa manusia adalah makhluk yang tidak sunyi daripada kelemahan dan mempunyai pelbagai harapan yang tidak mungkin dipenuhi dan dicapai kesemuanya.

Dalam hal ini terdapat satu ungkapan berbunyi, ‘mengharap keredaan semua manusia itu adalah satu matlamat yang tidak mungkin dicapai’.

Berlandaskan dua asas tadi, puan boleh hadapi masalah ini daripada dua perspektif iaitu pertama, melihat ke dalam. Maksudnya lihat kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri.

Terima segala kesulitan yang dihadapi sebagai ujian. Hidup ini memang medan ujian. Ujian diturunkan sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesusahan. Jika kita sabar menghadapi ujian kesusahan, dosa kita diampuni, darjat kita diangkat tinggi. Begitu juga jika kita bersyukur menerima ujian kesenangan.

Kedua, melihat ke luar. Maksudnya setiap manusia ada hak dan tanggungjawab terhadap satu sama lain. Seorang wanita apabila berkahwin wajib memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap suami dan rumah tangga.

Jika seseorang wanita taat kepada suami dengan ikhlas, dengan niat mematuhi ketentuan Allah dan Rasul, hidupnya diberkati dan diredai Allah. Kisah yang berlaku pada zaman Nabi SAW boleh dijadikan iktibar.

Seorang wanita tidak pulang menziarahi ayahnya yang sakit tenat kerana suaminya tiada di rumah dan dia tidak berupaya menghubunginya untuk meminta izin sehingga ayahnya meninggal dunia.

Lantaran ketaatan berpegang teguh pada ketentuan Allah itu, Allah mengampunkan dosa ayahnya dan dimasukkannya ke dalam syurga.

Jangan harapkan perubahan berlaku serta-merta. Allah amat mengetahui dan akan menunjukkan kepada kita sama ada yang baik atau buruk, sama ada kita suka atau benci.

Kadangkala kita terlalu cepat menghukum. Apabila kita mendapat berita duka, kita pantas berkata, ini tidak bagus. Tetapi benarkah itu tidak bagus? Mungkin itu bagus. Cuma kita belum tahu hikmah di sebaliknya.

Setiap yang berlaku dalam kehidupan kita mesti mempunyai sebab. Kita lahir di dunia mempunyai sebab. Cuma kita mungkin kurang sabar. Kita mahukan jawapan atau perubahan berlaku dengan serta-merta.

Kita perlu bersabar dan bijak membuat keputusan supaya tidak menimbulkan masalah pada masa depan. Hidup perlu diteruskan!

************************************************************************************

Petikan Berita Harian,Jumaat 4 Mei 2007