Dah sampai Juma'at lagi.. cepat kan masa berlalu...?
Alhamdulillah semalam 6 Printed Circuit Boards (PCBs) baru yang perlu di test untuk Final Year Project (FYP) berjaya dilakukan setelah melalui beberapa peringkat dalam mengenalpasti kesilapan dalam litar PCB tersebut. Bukan mudah, ia amat menuntut kesabaran yang tinggi. Kita tidak selalunya tahu di mana kesilapan pada litar-litar fizikal yang dibina setelah simulation menggunakan software tertentu menunjukkan tiada apa-apa kesalahan pada litar tersebut.
Apabila litar elektronik yang siap dibina tidak berfungsi, setiap litar di atas PCB tu perlu dikenal pasti telah disambung dengan betul kepada komponen-komponen yang sepatutnya. Ada juga sambungan yang tidak sepatutnya ada, tersambung antara dua atau lebih komponen yang boleh menyebabkan berlakunya litar pintas. Maka tidak hairan lah litar boleh "bersikap aneh".

PCB layout di atas adalah salah satu layout yang perlu diperiksa setiap sambungannya oleh aku untuk mencari dan mengenalpasti sebarang kesalahan pada litar. Setelah begitu tekun memeriksa setiap sambungan selama hampir 30 minit, akhirnya aku berjaya menemui dua sambungan yang salah dan juga kesilapan pada nilai komponen yang digunakan.
Aku dan seorang teman satu kumpulan denganku yang juga dari Malaysia, bersama-sama berusaha untuk membuat pengubahsuaian pada semua PCBs baru yang dibina ini untuk melihat kesannya. Tekanan yang dihadapi oleh kawan aku ini kerana sejak dari semester I lagi beberapa PCBs yang dia perlu test tidak berjaya dikenalpasti kesilapannya di mana, akhirnya sedikit terlepas apabila 6 PCB baru yang dipertanggungjawabkan kepada kami berdua untuk check and test ini berjaya di"well-behaved" kan.
Ketika dalam perjalanan pulang dari Uni lewat jam 6.45 petang semalam, kawan aku tu berkata,
"Wani, lega gilaaa aku circuit dah menjadiii... Lega nak mati..!"
Aku tergelak dan mengusiknya,
"Kalau dulu circuit tak jadi pun, tension nak mati jugak...dah jadi pun, lega nak mati jugak. So bila time yang tak nak mati nyer.. tak paham aku..~"
Haha.. kami sama-sama tergelak...
Moga hari-hari seterusnya akan dipermudahkan oleh Allah dan lebih maju ke hadapan... ameen...
No comments:
Post a Comment