Friday, 27 February 2009

Aduhai....

Petang tadi seperti minggu-minggu yang lain, aku dan 6 lagi ahli kumpulan aku untuk Final Year Project ada Management Meeting dengan dua orang Project Supervisors kami. Satu ungkapan daripada Professor Andrew Forsyth betul-betul membuatkan aku tergamam sejenak :

“…time disappears very quickly now…”

Betul, masa terasa berlalu sangat cepat. Esok dah pun hari Juma’at, hari terakhir persekolahan untuk minggu ni, dan juga minggu terakhir bulan Februari.. dah nak masuk bulan Mac dah… makin menghampiri ke penghujungnya…

Cuak…

Tetapi kadang-kadang gembira…

Cuak sebab memikirkan projek, dan juga study dengan 2 modul yang padat…

Kadang-kadang gembira, bila memikirkan dah nak habis belajar dah… nanti boleh balik Malaysia jumpa orang-orang tersayang yang dirindui…

Aku terkenang satu hadith Nabi yang menyatakan, salah satu tanda-tanda Kiamat itu makin hampir ialah masa yang berlalu sangat cepat…

Adakah ia disebabkan Bumi berputar makin pantas menuju kemusnahannya…?

…atau kita makin disibukkan dengan urusan dunia hingga kita tidak sedar masa itu berlalu dengan pantas…?

Kesibukan dunia… yang menyebabkan kita kadang-kadang alpa untuk bersibuk juga membuat perbekalan ke alam seterusnya…

Astaghfirullahal’azhim… diri ini sering alpa dan terlupa…

GADUH

Sejak dua menjak ni aku kerap menyaksikan pergaduhan di depan mata aku. Peristiwa ketika Manchester Games 2009 pada hari Sabtu lepas merupakan satu insiden yang aku tak sangka ia boleh berlaku. Ketika kejadian, aku sedang duduk-duduk sambil makan di kawasan kaunter Sugden Sports Centre. Takdirnya, aku menoleh ke sebelah kanan secara spontan dan tidak semena-mena aku ternampak melalui dinding kaca, sekumpulan manusia menyerbu keluar dari salah satu pintu kecemasan kebakaran bangunan itu. Pergaduhan berlaku dan aku dapat melihat seorang dari kalangan mereka terjatuh dan disepak oleh beberapa orang yang lain. Tergamam aku dibuatnya..

Peristiwa kedua ialah pergaduhan dua ekor angsa di Plattfiled baru-baru ni. Huhu… walaupun hanya melibatkan dua ekor haiwan, tapi pergaduhan itu memakan masa hampir 3 minit tanpa kedua-duanya mahu mengalah.. aku hanya berdiri berdekatan mereka tanpa mampu berbuat apa-apa… mampu ambil gambar je ... angsa yang tak bergaduh pun aku takut nak hampiri, inikan pula yang sedang hebat bertelingkah…

Peristiwa ketiga berlaku petang tadi ketika aku dalam perjalanan pulang ke rumah. Terdapat sekumpulan manusia yang prihatin sedang berdemonstrasi secara statik di depan BBC tentang isu orang-orang Palestine di Gaza. Aku melintasi mereka dan berhenti lebih kurang 10 meter daripada mereka untuk menunggu bas di perhentian bas berdekatan. Tiba-tiba seorang lelaki yang aku fikirkan perempuan pada mulanya kerana berambut panjang melalui kumpulan ini lalu berhenti di hadapan seorang lelaki berumur 50-an yang sedang mengedarkan satu risalah demo. Lelaki berambut panjang itu marah-marah kepada lelaki tua tersebut.

Beberapa lelaki lain dari kumpulan itu datang ke arah mereka berdua, mungkin untuk meleraikan pergaduhan, tetapi lelaki berambut panjang itu kelihatannya sangat baran. Jadilah pertikaman lidah …1 lawan 4. Aku tidak mendengar butir-butir perdebatan mereka, cuma dapat menyaksikan pergaduhan mulut tu sahaja. Akhirnya lelaki berambut panjang itu beredar, tetapi masih jelas tampak amarah dan ketidak puasan hatinya sambil masih tertoleh-toleh ke belakangnya.

Hmm, pergaduhan antara siapa lagi selepas ini yang bakal aku saksikan pula...?

No comments: