Sunday, 4 January 2009

London trip; Penutup 2008 dan pembuka 2009.

Alhamdulillah, selamat kembali ke Manchester pada 2 Januari lepas setelah 3 hari bercuti di London.

Train ke London bertolak tepat jam 5.55am pada 30 Disember yang lalu. Walaupun agak kelam kabut pagi itu kerana terbangun lambat daripada yang dirancang, tapi alhamdulillah aku dan housemate sempat tiba di Manchester Piccadilly train station 10 minit lebih awal daripada waktu bertolak. Fiuh~

Kami tiba di London lebih kurang jam 8.45am dan terus menaiki bus 68 menuju ke rumah seorang kawan yang akan kami tumpang selama 2 malam untuk meletakkan beg. Rumahnya yang terletak di Champion Hill, berdekatan dengan King's College memakan masa lebih kurang 30 minit perjalanan dari London Euston Train Station.

Sepanjang 3 hari di London, aku menghabiskan lebih kurang £45 hanya untuk makan sahaja. Setiap hari, kami akan mengunjungi mana-mana restoran untuk menikmati hidangan yang orang kata, betul-betul makan. Makan beria~ Aku bersetuju juga dengan teori housemate aku:

"Bila kita pergi holiday ke tempat orang, makan makanan kat tempat tu. Jangan makan meggi, kebab dan burger aje. Kalau pergi Italy, rasa makanan orang Italy. Pergi China, rasa makanan orang Cina. Baru betul kata nak kenal budaya orang kan.."

Setuju. Walaupun memang menelan belanja jugak sebab makan kat London kan (bayangkan lah makan kat KL camne ), tapi memang puas hati jugak lar.

Hari pertama kami ke restoran Korea, hari kedua kami ke restoran Italy (kalau tak silap aku), hari ketiga kami ke restoran Italy dan juga Asian. Makan di restoran Asian yang diberi nama Kiasu terletak di Bayswater, London tu adalah yang paling aku puas hati...walaupun, kesedapan Kuew Teaw soup with prawns and fishballs ala Singaporean nya aku yakin, ditambah perisa MSG. Sedap tak terkata. Lepas makan tu terasa,"Uh, badanku penuh dengan toksik MSG~"

Aku tak expect pun pergi ke London untuk meraikan tahun baru 2009 sebenarnya. Rupanya ia telah pun ada dalam perancangan housemate aku dan kawan-kawannya. Nak tak nak, aku menurut sahaja. Aku hampir memutuskan untuk tidak turut serta, kerana aku memang tak biasa dengan keadaan yang sesak-sesak begitu, dan pastinya, hingar bingar. Tapi kerana keadaan tidak mengizinkan untuk aku pulang seorang diri, lantas aku terpaksa akur.

Housemate aku dan rakan-rakannya iaitu seorang dari Ireland, manakala seorang lagi dari Jerman ingin melihat fireworks di kawasan London Eye sempena menyambut tahun baru 2009. Kami tiba di kawasan London Eye lebih kurang jam 10.45pm. Penuh sesak dengan orang ramai, dan sejuk! Best ni kalau bawa duvet (selimut tebal)ke sana~

Sejam menunggu dalam kesejukan dan rasa mengantuk yang ditahan-tahan, akhirnya detik itu tiba. Countdown beramai-ramai dari saat ke 5...4...3...2...1...Boom! Sorakan bergema."Happy New Year!!!" Fireworks dilepaskan ke udara. Boom! Boom!

Cantik. Aku kagum melihat suasana yang tak pernah aku lihat secara live. Tidak lupa untuk aku mengabadikan memori ini sebagai rakaman video dalam kamera aku. Aku memang (inshaAllah!) takkan datang lagi kot untuk acara begini. Ini pun secara paksa rela~ Teringat pula detik sewaktu abang iparku melafazkan akad ketika menikahi kakak ku dulu, lupa terus untuk rekod video upacara tu. He, sori kak..~ =p

Tepat jam 12.10am upacara fireworks tu tamat. Kami bergerak beramai-ramai keluar dari pekarangan itu. Sesak. Stesen tube Waterloo (yang paling hampir dengan kawasan London Eye) di tutup. Maka kami semua terpaksa berjalan ke stesen tube Elephant & Castle untuk menaiki bas pulang.

Tetapi keadaan tidak semudah yang disangkakan. Dengan manusia yang sangat ramai dan kemudahan bas yang sangat terhad ku kira, ia adalah amat sukar untuk mendapatkan bas. Setiap bas yang lalu penuh dengan penumpang, nampak macam tin sardin. Sungguh!

Jam menghampiri ke angka 2 pagi, tapi kami masih di tepi jalan menunggu bas dengan penuh harapan. Aku sangat mengantuk dan cuak. Aku tak pernah berada di luar rumah sehingga ke waktu begini. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang walaupun tidak berapa pasti tentang jarak antara tempat kami berada dengan Champion Hill. Kalau jauh, pasrah aje lah. Daripada tunggu bas sampai ke pagi kan~

Tiba-tiba kelihatan bas, lantas kami terus berlari-lari ke bus stand dan terus melompat masuk dan menyelit-nyelit. Fuh, selamat~ Tobat pasni tak nak buat dah..+_+

Esoknya kami mulakan tahun baru dengan menaiki London Eye. Tiket untuk orang dewasa ialah £13.65. Adalah dinasihatkan kepada mereka yang nak menaiki London Eye untuk membeli tiket secara online. Selain mendapat potongan sebanyak 10%, kita juga dapat mengelakkan beratur yang sangat panjang di Ticket Office. Serius beratur panjang!

Flight kami ialah pada jam 11.30am. Flight selama 30 minit tu kami gunakan untuk menangkap gambar sepuas-puasnya, sambil melihat-lihat pemandangan kota London dari atas.

Tak banyak aktiviti kami lakukan pada 1 Januari. Cuma menghabiskan masa berborak-borak bersama kawan, makan-makan. Waktu untuk berjalan-jalan di musim sejuk seperti ini adalah sangat terhad kerana cuaca yang sejuk dan malam yang cepat berlabuh iaitu seawal jam 4.15pm. Waktu musim panas adalah waktu yang ku kira sesuai untuk berjalan-jalan, dapat memaksimumkan masa siang yang panjang untuk mengunjungi tempat-tempat yang menarik.

Palestin

Tidak lupa juga untuk aku titipkan di sini ingatan untuk kita sama-sama membantu saudara-saudara Palestin kita di Gaza yang sedang berhadapan dengan kemelut kezaliman tentera zionis Israel laknatullah. laknatullah. laknatullah. Sumbangkan lah apa sahaja untuk mereka, seringan-ringan bantuan ialah doa dan harapan kepada Allah, moga Dia memberi pertolongan ke atas umat Islam di sana, moga diberi kekuatan hati dan kesabaran kepada mereka dalam menempuhi situasi ini.

Ameen.

1 comment:

afidalina said...

salam wani, ey, jemput2la dtg oxford b4 wani back for good ok?! london tu dh dekat dgn oxford tau! =D