Friday, 16 January 2009

Konvokesyen itu kesaksian palsu?

*Artikel ini telah melalui sedikit pengeditan dan ditambah sedikit info tambahan daripada artikel yang sebelumnya.*
---------------------------------------------------------------------------------

Aku berYM dengan seorang kawan malam tadi asalnya ingin bertanyakan tentang penyertaannya dalam trip umrah yang akan dianjurkan oleh satu badan jema'ah Islam di sini yang dirancang akan dilaksanakan pada Jun 09 nanti.

Dipertengahan perbualan, dia bertanya tentang bilakah hari konvokesyen aku. Aku menyatakan ia mungkin pada minggu pertama atau kedua bulan Julai nanti, tapi aku katakan padanya, aku tak rasa pun nak pergi hari konvo tu.

Dia bersetuju dengan kenyataan/pendirian aku. Aku bertanya padanya, kenapa dia bersetuju. Dia mengatakan bahawa dia mendapat pendedahan tentang hukum berkonvokesyen ketika mengikuti satu program di musim Winter baru-baru ni. Menurut kawan aku tu, ustazah yang memberikan pengisian tersebut menghuraikan satu hadith yang menyatakan, orang beriman tidak membuat kesaksian palsu. Dia mengaitkan tentang "sijil" yang diperolehi ketika berada di atas pentas pada hari konvo di kebanyakan institusi pengajian tinggi yang hanya lah kertas kosong sahaja. Itu lah yang dipanggil kesaksian palsu yang menyalahi hukum Islam.

Kedua, kata kawanku lagi, tentang isu riak. Naik ke pentas untuk menerima "sijil" penganugerahan Ijazah/Master/PhD menyebabkan mungkin akan timbul sikit sebanyak rasa riak di hati kita lantaran telah menyempurnakan pembelajaran dan beroleh keputusan yang cemerlang.

"Sijil dari University XYZ tuuu~~"

(University XYZ sebagai contoh salah satu universiti terkemuka di dunia.)

Riak ( dan juga 'ujub iaitu bangga diri) adalah salah satu sifat syirik (kecil) yang tersembunyi, dan ia menghapus amal.


BUANG MASA


Aku terkenangkan seorang ustaz yang pernah memberi pengisian dalam satu program yang pernah aku hadiri. Ustaz tersebut menyatakan, beliau tidak pernah hadir ke mana-mana hari konvokesyennya sejak dia lulus Ijazah sehinggalah peringkat PhD. "Buat apa? Buang masa je. Baik dok rumah baca buku, lagi berfaedah. " kata ustaz sambil tersengih.

Aku berterima kasih pada kawan aku tu kerana berkongsi satu ilmu baru denganku malam ini. Aku katakan padanya, aku tak pernah tahu tentang hal ini. Pendirian aku serasa tidak mahu turut serta pada hari konvokesyen itu sebenarnya atas sebab yang sama seperti kata ustaz, ia membuang masa. Dan aku juga sebenarnya tak suka keadaan yang crowded ketika hari konvo tersebut. Cukuplah apa yang aku dah rasai dan lalui ketika berada di London menyambut tahun baru 2009 baru-baru ni (seperti yang aku katakan dalam entry "London Trip: Penutup 2008 dan Pembuka 2009", aku terpaksa akur untuk turut serta bersama kawan-kawan aku kerana keadaan yang tidak mengizinkan aku pulang seorang diri walaupun hati memberontak) . Ketidakselesaan berada dalam crowd yang ramai; berasak-asak lelaki dan perempuan seumpama itu lah yang merupakan sebab mengapa aku tidak mahu turut serta berdemonstrasi di mana-mana tempat; di Manchester mahupun di London tentang isu Israel-Gaza.

Bagi aku, biarlah para mujahidin lelaki yang turun padang, bukan kaum wanita. Sememangnya kita sebagai orang Islam tidak kiralah lelaki atau wanita, pasti berasa marah, geram serta membuak-buak perasaan kita untuk menyatakan/melaungkan tentangan terhadap kekejaman Zionist Israel yang sangat melampaui batas terhadap rakyat-rakyat Palestine di Gaza. Tapi cukuplah Allah yang menilai usaha kita masing-masing; setakat mana sumbangan kita untuk menghentikan kezaliman Zionist Israel.

Demonstrasi merupakan salah satu cara bantahan; ada yang mahu turut serta, ada yang tidak mahu, masing-masing punya alasan tersendiri. Sama ada ia berhasil atau tidak untuk menghentikan kekejaman tentera Zionist Israel, Allah yang tentukan. Benar bukan hasil yang perlu dipandang, tetapi usaha kita. Walaupun sebesar zarah, tetapi ia tetap satu usaha tanda kita masih prihatin dan ia tetap ada balasan daripada Allah SWT.

AKU DAN SUKAN

Aku sentiasa cuba mengingatkan diriku tentang "Sebaik-baik wanita adalah yang lebih banyak masanya di rumah, hanya keluar untuk hal-hal yang perlu sahaja." walaupun aku juga sering keluar berjogging di taman berdekatan rumah ku di sini. Jika berada di kampung halaman, aku sering ke kawasan rekreasi di USM Kubang Kerian untuk berjogging; atas faktor keperluan menjaga kesihatan dan menghirup udara nyaman di luar serta melihat-lihat alam ciptaan Tuhan. Kebiasaannya begitu lah rutin hidup aku, beriadhah diwaktu petang, tetapi kesibukan di tahun akhir pengajian di UK ni membuatkan aku dah sangat kurang beriadhah. Nanti dah kerja lagi la takde masa kot..Sigh~

Hmm, setiap orang ada pendapat dan pandangan tersendiri tentang apa-apa perkara; tentang demonstrasi ker, tentang boikot ker, tentang sukan ker, apa-apa sahaja. Aku pernah aje ditegur tentang keterlibatan aku dalam mixed volleyball beberapa tahun kebelakangan ini. Itu pengalaman aku, aku punya pendirian tersendiri mengapa aku turut serta bermain bersama lelaki dalam satu gelanggang. InshaAllah Manchester Games 2009 akan berlangsung 21 Februari 2009 nanti dan pembaharuan yang tidak pernah ada dalam mana-mana Manchester Games sebelum ni ialah adanya mixed volleyball dalam acara-acara yang dipertandingkan.

Umpan untuk aku bermain (mixed) volleyball lagi. Tapi cukup lah aku rasa. Aku tidak mahu lagi turut serta bermain. Aku fikir, sudah tiba masanya untuk aku berundur dari mixed volleyball.

Aku pun tak tahu tentang masa depanku nanti, mungkin banyak masaku bukan di rumah lantaran kerja sebagai (bakal) jurutera kelak. Tapi, inshaAllah, aku tetap akan memilih cabang kerja yang lebih sesuai dengan statusku sebagai seorang wanita.

Apa-apa pun, moga hatiku tetap untuk tidak berkonvokesyen (menaiki pentas, bersalam dengan lelaki mat salleh itu, dan menerima sijil palsu), walaupun bergambar-gambar itu adalah part yang seronok tentang hari konvo sebagai kenang-kenangan.

p/s: Kadang-kadang terasa juga nak buat bisnes buka gym untuk kaum hawa beriadhah secara eksklusif dan private.

No comments: