Monday, 29 December 2008

Cheshire Oaks dalam kenangan.

EKSPLORASI KE CHESHIRE OAKS
Alhamdulillah, selamat tiba di rumah dari Cheshire Oaks pada jam 9.30pm. Hari ni cuaca baik; tidak hujan, cuma sejuk yang melampau hingga terasa sakit jari-jemari walaupun dah pakai gloves.

Kami bergerak meninggalkan rumah seawal jam 7 pagi untuk menaiki bas yang dijadualkan akan melalui kawasan rumah kami pada jam 7.09 pagi. Pengalaman pada hari Boxing Day yang lalu betul-betul memberi pengajaran berguna.

Kami memutuskan untuk berjalan lebih ke hadapan untuk menunggu di perhentian bas ke-2 dari rumah kami yang jaraknya lebih kurang 300 meter daripada perhentian bas pertama yang paling hampir dengan rumah kami. Senaman berjalan kaki di awal pagi. Eheh. Setibanya kami di situ, tiba-tiba, "Alamak! Tertinggal railcard pulak dah~!" aku berkata, cemas. "Isk, takde railcard ni, mahu kena caj lebih pulak kang. Tunggu sini ek, Wani balik sat amek railcard."

"Are you sure nak balik ambil railcard? Beberapa minit lagi bas nak sampai ni. Sempat ker?" tanya teman serumah aku.

"Erm, takpe. Kalau terlepas yang ni pun, 7.25am ada sebijik bas lagi. InshaAllah sempat. Gamble ah.." balas aku sambil tersengih.

"Ok. Bak sini beg Wani." pintanya.

"Orite." balas aku sambil memberinya beg sandangku. Lebih mudah untuk berlari.

Aku pantas memulakan langkah, berlari sepantas yang boleh. Dah la baru je lepas breakfast, berlari plak tu. Dah la lama dah tak berlari, sangat lama meninggalkan rutin berjogging sejak berada di tahun akhir pengajian ni. Berlari dalam sejuk plak tu pagi tadi. Memang senaman pagi sungguh~

Sampai di depan pintu rumah, pantas aku membuka kunci pintu rumah dan bergegas masuk ke bilik. Otak berputar ligat, "Di manakah railcard??" Oh, dalam laci.

Dalam masa 10 saat, aku pantas keluar semula dari bilik dan bergegas menyarungkan semula kasutku, keluar dari rumah, dan meneruskan semula larian ku. Semput macam ape. Ape-ape pun, aku kena juga sampai balik ke bus-stand tadi sebelum bas melalui kawasan tu!

Alhamdulillah, 2 minit selepas ketibaan aku di bus-stand tersebut, kelihatan kelibat bas. Fuh~ mujur lah rumah dekat. Dan mujur jugak lah aku ni masih berstamina. Eheh.

Kami menaiki bas dan turun berdekatan stesen keretapi Oxford Road untuk menaiki keretapi dari situ menuju ke Ellesmere Port. Keretapi ini akan berhenti di Liverpool Lime Street, seterusnya kami perlu menukar laluan di Liverpool Central Train Station menuju ke Ellesmere Port. Memandangkan ada kerja-kerja penyelenggaraan landasan sedang dilakukan di laluan tersebut, kami terpaksa berhenti di stesen Rock Fery dan menaiki replacement bus ke Ellesmere Port. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Bertolak dari Manchester pada jam 7.45am dan tiba di Ellesmere Port pada jam 10.45am ~

Berpandukan GPS dari Blackberry Bold 9000 milik housemateku, jarak dari Ellesmere Port ke Cheshire Oaks tidak lah jauh, boleh aje berjalan kaki. Kami pun terus mengeksplorasi jalan menuju ke Cheshire Oaks dari situ.

Melangkah dan terus melangkah dalam kesejukan yang amat. Nak salji kah? Pandang ke langit nan biru dan berawan indah, macam tiada pulak tanda-tanda mahu salji. Fros kelihatan di permukaan rerumput di padang dan juga di permukaan jalan. Bahaya, boleh tergelincir jika tidak berhati-hati.

20 minit berlalu. "Mana sign Cheshire Oaks ni?" getus aku. "Tu lah. Takde pulak." balas housemateku. Kami terus berjalan ke hadapan, sambil melihat-lihat ke kanan dan ke kiri jika ada signboard yang tertulis "Cheshire Oak". Tiada.

35 minit berlalu.

"Jap, jap." kata housemate ku sambil mengeluarkan Blackberry nya. "Ok, lepas ni ada roundabout. Ambil pukul 9."

"Ok." balas ku pendek.

10 minit kemudian..

"Wujud ker roundabout ni? Macam takde tanda-tanda mahu kelihatan roundabout je. Huhu." kata aku setelah kaki ku berasa penat berjalan.

"Ermm...supposedly ada la kalau ikut GPS ni." balas housemateku pula.

Akhirnya kenampakan la kelibat roundabout yang dimaksudkan. Kami masuk ke arah kiri lalu ternampak lah gugusan kedai-kedai yang berderetan.

"Ini ker Cheshire Oaks, Wani?" tanya housemateku yang tidak pernah sampai ke situ.

"Hurm, macam tak." balas ku pendek sambil meninjau-nijau keadaan sekeliling. "Ini Coloseum. Ker salah jalan ni?" tanya ku pula sambil memandang ke arahnya. "Eh taklah. Dah betul daaa." jawab housemate aku pula sambil mengeluarkan Blackberry nya untuk memastikan kesahihan panduan GPS.

Dia memeriksa kembali peta melalui GPS. "Kalau ikutkan, memang kita dah dekat dah dengan kawasan Cheshire Oaks." katanya sambil menunjukkan di mana kami berada dan juga lokasi Cheshire Oaks dalam peta yang terpapar di skrin Blackberry nya.

"Ok...eh, that's it! Look, that things, the square thingy and the big Christmas tree overthere. There is Cheshire Oaks outlet village." kataku gembira. Nasib baik la pernah sampai ke situ, so tahu la jugak sign segiempat yang menjadi trademark Cheshire Oaks ni~

Kami mengira-ngira jalan yang paling dekat untuk merentas menuju ke sana. Alhamdulillah, akhirnya kami tiba di perkampungan outlets Cheshire Oaks lebih kurang jam 11.45 am setelah 1 jam berjalan kaki. 1 jam! Huhu. Hari Ahad yang paling dimanfaatkan untuk pembakaran kalori. Sungguh, satu eksplorasi.

Kami masuk ke outlets yang menawarkan tawaran promosi hebat dan menarik. Meninjau-nijau barangan yang menarik untuk dibeli. Jika tiada apa-apa, kami keluar dan masuk ke kedai lain pula.

Keadaan di setiap kedai yang kami masuki tidak lah sesibuk mana, mungkin dah agak kurang dibandingkan pada hari "Boxing Day" pada 26 Disember yang lalu. Kadang-kadang terserempak juga dengan beberapa orang Melayu dari Malaysia lalu berbalas-balas senyuman. Kata seorang teman yang ke Cheshire Oaks pada hari "Boxing Day" yang lalu, sangat ramai orang Melayu yang kelihatan di sekitar kawasan situ, terasa seperti Midvalley pulak katanya. Huhu.

Favourite shop kami pada hari ini ialah Samsonite. =) Masing-masing membeli sesuatu dari kedai Samsonite; housemate aku membeli beg backpack jenama Timberland, dan aku pula membeli sebuah, eh, sekaki payung. Payung jenama Samsonite. Potongan harga sebanyak 50%, daripada harga £36 kepada £18. Tu dia~ sales punya pasal kan, beli aje ler walaupun aku memang tak pernah beli payung yang berjenama. Mahal tapi berkualiti takpe ler~ Janji tahan lama. Asyik beli payung £1 je, sekali angin kuat bertiup, patah riuk payung. Maka nak tak nak, terpaksa lah menamatkan riwayat payung tersebut ke dalam tong sampah. Mempunyai ciri-ciri tahan lasak dan unik serta slim, harap-harapnya payung Samsonite berwarna biru laut yang dilabelkan dengan ciri "Quick Dry" ni boleh berjasa kepadaku paling kurang untuk tempoh 5 tahun akan datang~ ameen!

Kedai-kedai tutup awal hari ni, iaitu pada jam 5 petang. Kami terus menuju ke bus stand untuk menaiki bas ke pekan Ellesmere Port. Tambang bas £1 untuk turun di perhentian bas Ellesmere Port, kemudian perlu berjalan kaki ke stesen keretapi Ellesmere Port. Aduh, lenguh betul kaki ku, tambah-tambah lagi ketika memanjat anak tangga jejantas untuk menyeberangi platform di stesen keretapi tersebut.

Kami bertolak dari Ellesmere Port ke Liverpool Lime Street lebih awal dari waktu yang dijadualkan seperti dalam jadual perjalanan tiket kami. Jam menunjukkan pukul 6 petang. Sesampainya di Liverpool Lime Street, kami melangkah keluar dari stesen, mahu mencari kedai makan. Lapar tahap gaban. Mujurlah ada juga kedai makan halal di bandar kecil Liverpool, alhamdulillah.

BUKAN KEBIASAAN

Selesai menikmati makan malam, kami kembali ke stesen keretapi tersebut. Masih ada 1 jam sebelum menaiki keretapi ke Manchester yang dijadualkan pada jam 8.22 pm. Untuk mengisi waktu yang ada, housemateku mengajak masuk ke WH Smith. Katanya ingin membeli sesuatu. Aku menurutinya dari belakang.

Aku yang pada awalnya hanya menuruti housemateku masuk ke WH Smith dan tidak berhajat membeli apa-apa, akhirnya berhabis sebanyak £11.30 untuk dua buah majalah. Housematku pula tidak membeli apa-apa. Haih~ Terbalik pulak. Tapi, kenyataannya ialah, aku telah pun berbelanja melebihi £20 untuk majalah sahaja dalam tempoh 2 minggu kebelakangan ini. Satu perbelanjaan yang agak besar bagi aku. Bukan kebiasaan.

Aku jarang sangat membeli apa-apa majalah di sini selama 3 tahun di UK. Tiada masa nak membelek-belek majalah. Belek buku pelajaran pun tak sempat nak habis. T_T Tapi, mungkin kerana waktu cuti selama sebulan yang terasa lapang, aku tidak teragak-agak untuk membeli beberapa buah majalah yang bagi aku, amat sarat dengan ilmu pengetahuan. Aku tidak suka membeli majalah seperti ELLE atau COSMOPOLITAN, bagi aku mereka adalah majalah picisan. Aku tertarik dengan dua majalah ini dan tidak teragak-agak untuk membelinya. "Switch to Mac!" dan "Phsychologies". =)





Ketika waktu masih berbaki 30 minit sebelum menaiki keretapi, aku mencari tempat untuk duduk yang mempunyai pencahayaan yang baik dan dengan penuh minat, mula membaca majalah "Switch to Mac!". Dengan harga £7.99, ia sememangnya sangat padat dengan info menarik dan berguna sebagai panduan untuk orang yang baru nak berjinak-jinak dengan Mac seperti aku. Setiap mukasurat tidak terlepas untuk dibaca.

Reasons kenapa aku membeli majalah "Psychologies"? Sebenarnya aku memang dah lama mencari buku berunsur psikologi ni, dan aku tertarik dengan beberapa topik seperti yang tertera di muka hadapan majalah itu. Majalah itu dibalut kemas dengan plastik lutsinar, disertakan bersama satu buku journal kecil percuma. Topik "Make It Happen: How to Turn Your Dreams Into Actions" dan "Emotions:My Jealousy is Out of Control" adalah antara daya tarikan untuk aku memiliki majalah ni.

Ok. Setakat ini sahaja. Jam pun sudah menunjukkan hampir jam 1 pagi. Esok adalah hari cuti dari bershopping. 30 Disember akan bertolak ke London untuk berjalan-jalan di sana pula dan akan pulang ke Manchester pada 2 Januari 2009, inshaAllah.

p/s: Salam Ma'al Hijrah 1430 untuk semua.

No comments: