Asalnya aku nak sponsor mama sorang je datang UK, tapi tiba-tiba nak juga adik perempuan kecilku yang berada di darjah 2 tahun ini datang bersama mama. Rindunya..Walaupun aku tahu penghujung Mac bukanlah waktu cuti sekolah. Hu. Otai sungguh kakaknya ni merelakan adiknya ponteng sekolah selama 2 minggu. =D Tapi, kesian la pula dia ditinggalkan mama selama 2 minggu tu nanti, dengan
tiada siapa-siapa menemaninya di rumah selain ayah dan kucing-kucingnya. Tapi, mungkin ini bukan satu perkara yang akan dipersetujui oleh mama. Obviously!
Adik begitu ingin bermain salji. Di beberapa tempat di UK, salji masih turun walaupun telah pun masuk bulan April iaitu musim bunga. Aku pernah merasainya ketika berada di Sheffield bulan April tahun lalu. Lebat sungguh saljinya, sehingga membuatkan aku cemburu (lagi) bila membandingkan dengan Manchester. Sigh~
Pemandangan dari tingkat 1 ketika berada di Sheffield, April 2008.
PROS DAN KONS
Sebenarnya kami punya beberapa pilihan selain bulan Mac tetapi kons yang lebih banyak dari pros membuatkan bulan Mac difikirkan waktu yang lebih sesuai.
Mac 2009
Pro 1: Aku cuti 3 minggu sempena Easter, so boleh la bawa mama jalan-jalan sepanjang 14 hari mama di sini.
Pro 2: Masih punya tempat penginapan yang selesa untuk mama. Dapatlah mama tinggal di rumah tempat anaknya menumpang teduh ni. Jadi soal tempat tinggal bukan menjadi satu masalah.
Kon 1: Bukan cuti sekolah. Adik terpaksa ditinggalkan di rumah sahaja dengan ayah. Kesian adik.
Jun/Julai 2009
Pro 1: Mama boleh datang sempena hari konvokesyen aku bulan Julai nanti.
Pro 2: Masih juga punya tempat penginapan yang selesa di rumah sewa ku ini selagi kontrak rumah belum tamat.
Kon 1: Kakak dijangka bersalin anak sulungnya pada minggu ke-3 bulan Mei nanti (inshaAllah). Jadi bulan Jun/Julai adalah waktu berpantangnya selama 2 bulan, yang mana dia lebih memerlukan mama untuk uruskan dirinya dan bayinya nanti.
Kon 2: Bukan cuti sekolah juga. Adik kena tinggal di Malaysia.
Ogos 2009
Pro 1: Waktu cuti sekolah dari 22-31 Ogos. Jadi boleh la mama datang dengan adik.
Kon 1: Hmm, elok-elok umat Islam mula berpuasa. Ia bukan lah pilihan yang baik nak berjalan-jalan ketika musim berpuasa.
Kon 2: Walaupun siangnya panjang yang memungkinkan waktu berjalan-jalan dioptimumkan, tapi pukul 4pm waktu UK mesti mama dan adik dah menguap-nguap kemengantukan. Jetlag. Hu. Biasanya seminggu jetlag nih, baru nak habis jetlag, dah kena balik Malaysia~
Kon 3: Kontrak rumah sehingga 31 Ogos, jadi seminggu terakhir sepatutnya sibuk dengan aktiviti kemas-mengemas barang, jadi, bila masa nak pergi berjalan-jalannya pula? Isk.
Kon 4: Bulan 8 adalah penghujung musim panas, jadi tiada lah bezanya dengan cuaca di Malaysia. Tak dapat lah mama nak rasa angin sejuk UK.
Disember 2009
Pro 1: Cuti sekolah yang panjang. Musim sejuk, adik boleh datang dengan mama, dan dapat bermain salji. =)
Kon TERBESAR: Visa tamat tempoh 31 Oktober 2009!
Allah Yang Maha Menentukan
Tapi, kita hanya mampu merancang, Allah yang Maha Menentukan. Beberapa halangan menyebabkan mama terpaksa membatalkan hasrat untuk meneruskan rancangan kami walaupun aku tahu, hatinya sedih dengan keputusan itu. Pada awalnya mama sangat gembira dan teruja ketika aku menyatakan hajatku itu melalui panggilan
telefon minggu lalu. Mama tidak pernah keluar dari Malaysia dan berita ini sudah pasti menggembirakannya.
Namun disebabkan oleh kesihatan ayah yang tidak mengizinkan beberapa hari ini, mama terpaksa mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan kami. Menurut mama, mata ayah dimasuki serpihan kayu ketika menebas semak-samun di belakang rumah beberapa hari lepas dan memerlukan pembedahan di matanya yang dijadualkan bulan 3 nanti. Adik juga ada ujian bulan 3 tu, jadi mama ingin pastikan adik belajar betul-betul untuk cemerlang dalam ujian tersebut.
Aku sedih dengan tidak tercapainya impian ini, namun apakan daya...hajat di hati nak sangat mama datang sini. Mungkin suatu hari nanti bila aku menyambung pengajianku di peringkat Master atau PhD di UK (lagi), maka impian ni akan tercapai. Tapi, entah bila kan......allahua'lam.
No comments:
Post a Comment