Aku terkenang lagi pada hari aku ditinggalkan bersama adik di rumah, mama ada hal di luar yang perlu dibereskan. Aku jarang memasak ketika menghabiskan cuti di rumah. Mama yang selalunya masak. Hari tu, aku terpaksa lah masak hidangan makan tengahari untuk adik kerana mama dijangka pulang lewat petang. Adik perlu ke kelas mengaji Quran pada jam 4 petang dan ke kelas Qiraati pula pada jam 5 petang.
Aku melihat-lihat apa yang ada dalam peti ais. Hurm, nak kena putuskan nak masak apa. Akhirnya, lauk paling simple aku buat. Ikan kayu masak singgang! Heh.
Lauk singgang ni aku tak tahu la orang bandar atau orang negeri lain panggil apa. Tapi memang sangat simple. Kalau kat UK ni ada dijual tumbuhan yang bernama lengkuas, maka lauk ni la hari-hari aku masak masa musim exam ni kot. Oh, tapi disebabkan ikan adalah mahal di sini, maka seringkali juga la sup ayam dijadikan lauk paling simple dikala exam ni~
Hari tu, dengan penuh tawakkal, aku campak aje apa yang aku rasa perlu di bubuh dalam periuk bersama dengan beberapa ketul ikan kayu yang aku temui di dalam peti ais tu. Ikan kayu ni ada beberapa nama panggilan. Ia dipanggil ikan aya (disebut "ayow" di Kelantan. Pandai-pandai la korang sebut, tak reti pronounce, tanya mana-mana orang Kelantan. Hu..).
Wallaaah! Siap.
Satu perkara best kalau makan nasi berlaukkan ikan singgang di Kelantan ni ialah bila dikombinasikan dengan budu. Fuh, tak terkata sedapnya, hingga menambah nasi 3 pinggan pun tak sedar! Tengahari tu, aku hidangkan untuk adik satu pinggan lauk ikan singgang, satu piring kecil budu bersama satu mangkuk nasi. (Dia ada mangkuk khas untuknya. He). Aku ajak dia makan di dapur. Biasanya adik ni akan usung pinggan nasinya ke ruang tamu dan makan sambil tengok kartun. Sambil menemaninya makan, aku pun tumpang la sekaki.
Fakta lagi tentang adik aku ni ialah kalau makan nasi, jarang nak habiskan. Mesti ada nasi berbaki. Asyik kena marah oleh mama. Padan la dengan tubuhnya yang kecik tu, sebab dia memang kurang makan nasi. Tapi tengahari tu, dia makan dan makan...habis satu pinggan...lepas tu dia mintak tambah! Wah, lauk simple dimple aje, tapi dia mintak tambah~ Aku tak pernah tengok dia menambah bila makan bersama-sama dengan keluarga.
Bila mama pulang, aku menceritakan apa yang terjadi tengahari tu. Mama tergelak. Aku pun. Haha. Adik yang sangat terkenal dengan skim kurang makan nasi tu boleh menambah nasi, hanya dengan penangan ikan singgang dan budu! Dia makan sangat banyak tengahari tu. Lauk ikan singgang aje pun, tapi mak aih~ Mabruk! Mabruk! ^_^
Sebenarnya aku rasa puas. Puas kerana aku berjaya membuatkan adik makan banyak tanpa perlu dipaksa. Puas kerana dapat hidangkan makanan yang sedap untuk orang yang kita sayang walaupun hanya kanak-kanak. Betul la ungkapan, memberi itu lebih baik daripada menerima; seperti juga slogan Ustaz Hasrizal di laman webnya saifulislam.com , "Erti Hidup Pada Memberi."
Memberi sebenarnya mendatangkan kepuasan; tidak kiralah memberi dari sudut apa sekali pun; memberi dari segi tenaga berupa bantuan dan pertolongan ker, memberi dari sudut harta benda ker, memberi perhatian dan kasih sayang ker, memberi atau berkongsi ilmu ker, atau paling kurang, memberi doa (mendoakan) kepada orang. Paling penting ialah memberi ni bila dilakukan ikhlas dan diniatkan kerana Allah SWT, maka mendapat pahala.
Satu perkara aku nak kongsikan di sini ialah, bilamana kita mendoakan orang, malaikat akan mendoakan kita sama seperti apa yang kita doakan untuk orang itu. Malaikat; makhluk yang tidak berdosa, makhluk yang dimuliakan oleh Allah SWT; apabila berdoa, sudah pasti Allah kabulkan. Jadi, senang-senang lah untuk kita mendoakan orang lain jika mahu malaikat mendoakan kita jua.. =)
"Dan mereka berkata, "Tuhan Yang Maha Pemurah telah mengambil (mempunyai) anak." Maha Suci Allah. Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan."
"mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintahNya."
"Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka (malaikat) dan yang di belakang mereka, dan mereka tiada memberi syafa'at melainkan kepada orang yang diredhai Allah, dan mereka itu selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya."
[Al-Anbiyaa': 26-28]
No comments:
Post a Comment