Monday, 17 November 2008

Keliru

Dalam keadaan cuba untuk memahami situasi dan bersikap adil serta membantu semampu dan seadanya, aku diapit dengan rasa perlunya untuk bersikap pentingkan diri sendiri. Orang-orang di sekeliling aku, semuanya seolah-olah membenarkan sikap sedemikian atas nama kebenaran. Benarkah ia atas nama kebenaran?

Kadang-kadang kebenaran itu tidak perlu ditegakkan, malah bersikap tolak ansur dan mengalah walaupun kita berada di pihak yang benar lebih membuatkan kita sebenarnya menang.

Cuma, dalam keadaan di mana hanya aku seorang yang cenderung untuk mengalah kerana lebih pentingkan ukhwah, tapi tidak orang lain membuatkan aku termangu sendiri. Jiwa aku ini mudah berasa kasihan dan mudah untuk membantu orang. Kerana itu kadang-kadang aku menolak ke tepi kepentingan diri sendiri.

Tapi bak kata pepatah, “Buat baik berpada-pada.”

…dan sekarang, aku keliru…

No comments: