Friday, 28 November 2008

Keadaan politik dan percutian anda?

Topik yang hangat diperkatakan di dada-dada akhbar tempatan di Malaysia sekarang ni ialah tentang kegawatan keadaan politik di Thailand. Aku sebenarnya tak minat sangat nak ambik tahu pasal ni, tapi hati tergerak jugak nak baca kisahnya petang tadi. Kesian pulak kat pelancong-pelancong asing yang memasuki pintu masuk negara itu yang kini terkandas di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok berikutan ditawan oleh rakyat-rakyat yang anti kerajaan Thailand.

Mengikut berita, lebih kurang 3,000 pelancong asing yang terperangkap di lapangan terbang tersebut, terputus bekalan makanan dan minuman; tidak mampu keluar dari tempat tersebut. Penerbangan keluar masuk dari lapangan tersebut pun banyak yang dibatalkan kerana sistem kawalan tidak lagi terurus; semua kakitangan di kaunter telah melarikan diri apabila puak-puak anti kerajaan ni masuk menyerbu lapangan terbang tersebut. Kata seorang rakan, tak profesional langsung.

Kejadian ni sebenarnya bagus juga agar kita beringat di masa depan terutamanya diri aku sendiri umpamanya, tidak terfikir pun nak tahu keadaan politik sesebuah negara yang aku nak pergi sebagai destinasi percutian. Apa yang aku nak tahu bila merancang ke sesuatu tempat untuk bercuti ialah tiket ke sana yang murah, cuaca ok, ada tempat nak menginap yang harganya berpatutan, makanan halal mudah ker tidak untuk di dapati; jauh sekali nak ambil tahu hal-hal politik negara tu dan kesannya ke atas percutian aku nanti. Tapi kejadian yang melanda Thailand ni betul-betul pengajaran yang berguna. Terutamanya menjelang musim cuti sejuk yang akan menjelma kurang sebulan lagi dari sekarang tika mana ramai orang sedang berkira-kira merancang percutian ke pelbagai destinasi.

p/s: Menunggu-nunggu Ryanair buat promosi tiket pergi balik 2 pence ke Dublin lagi tahun ni. Kenapa la suka sangat pergi Dublin neyh..ade daya tarikan nampaknya. Ermm..tapi, Dublin/Ireland takde masalah politik kan sekarang? huhu.

No comments: