Wednesday, 24 October 2007

Sengsara Kerana Cinta

Terpandang buku “Rabiatul Adawiyah & Cinta” ketika saya mengulangkaji pelajaran di waktu dinihari ini.Telah lama tidak ditatapi bait-bait ayatnya …Sungguh,bila membacanya,terserap satu macam perasaan…perasaan kagum terhadap perasaan seorang hamba…yg menolak cinta manusia dan keduniaan hanya kerana cintanya pada Allah semata-mata…

Memetik ayat-ayat yg terkandung di dalam buku tersebut:

“Pernah pada suatu hari beberapa org salih datang berziarah ke rumah Rabi’ah.Ketika itu terjadilah tanya jawab di antara Rabi’ah dgn tetamu berkenaan dgn masalah menyembah Allah.Salah seorang mereka ditanya Rabi’ah:

“Mengapa anda menyembah Allah?”tanya Rabi’ah.

“Kerana saya takut akan api neraka.”jawab orang itu.

“Mengapa anda menyembah Allah?” Rabi’ah bertanya pula kepada tetamu yg lain.

“Saya menyembang Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurga-Nya.”jawab tetamu itu.

Rabi’ah menarik nafas panjang kemudian berkata:

“Alangkah buruknya seorang hamba yg menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka.”

Sejurus Rabi’ah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka.Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan:

“Sekiranya syurga dan neraka tidak ada,apakah kamu tidak menyembah Allah?”

Hadirin saling berpandangan sesama mereka.Tidak menyangka kalau-kalau pertanyaan seperti itu akan dikemukakan Rabi’ah.Agak lama tidak seorang pun di antara mereka berani menjawab.Salah seorang daripada mereka memecahkan kesunyian itu bertanya kepada Rabi’ah:

“Kalau begitu,tolong jelaskan kepada kami,mengapa anda menyembah Allah?”

“Saya menyembah Allah adalah kerana-Nya.Nikmat yg dianugerahkan-Nya kepada saya sudah cukup menggerakkan hati saya untuk menyembah-Nya!”

Demikian jawapan Rabi’ah,ringkas tetapi padat.Dan dgn jawapan ini,Rabi’ah sekaligus telah menjelaskan mengapa ia menyembah Allah dan di tahap mana kedudukannya dalam penyembahan ini.”

[ “Rabi’atul Adawiyah & Cinta” oleh Abdul Mun’im Qindil:halaman 79 & 80 ]

Dan doa Rabi’ah ketika bermunajat kepada Allah SWT ketika selesai menunaikan solat Subuh:

“Tuhanku,kini malam telah berakhir dan siang sudah bermula.Engkau terimakah malamku (ibadatku malam tadi).Jika engkau menerimanya,aku sangat bahagia.Dan jika Engkau menolaknya,aku akan bersabar.Aku akan terus bersungguh-sungguh menghadapkan diriku kepada-Mu selagi Engkau masih memberi hidup untukku.Aku akan mendatangi-Mu dan sentiasa berusaha supaya aku sampai di pintu-Mu.Sekiranya Engkau mengusir dan menghalau aku,aku tidak akan meninggalkan-Mu,kerana aku amat mencintai-Mu,Tuhanku.”

[ “Rabi’atul Adawiyah & Cinta” oleh Abdul Mun’im Qindil:halaman 44]

Sementara dalam doanya yg lain,Rabi’ah mengungkapkan cinta dan kerinduannya pada Yang Esa:

“ Wahai Tuhanku,jika menyembah-Mu kerana takut akan neraka-Mu,maka bakarlah aku dengannya.Jika aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga-Mu,haramkanlah aku memasukinya.Tapi jika aku menyembah-Mu semata-mata kerana cintaku kepada-Mu,maka janganlah kecewakan aku,janganlah tutup diri-Mu dari pandanganku.”

Rabi’ah tidak berkeinginan memasuki syurga kecuali itu sahaja cara dan jalannya yg dapat dilalui untuk dapat menyaksikan wajah Allah yang menjadi tujuan,harapan dan cita-cita Rabi’ah.

Tingkat iman yg melebihi iman org awam ialah,anda beribadah bukan kerana wajibnya ibadah tersebut ke atas diri anda,tetapi kerana anda sesungguhnya perlukan ibadah itu,sebagai penyerahan diri setulusnya kepada Dia Tuhan yg Maha Agung,yg mana Dia lah yg seharusnya disembah dgn sepenuh keikhlasan dan rasa perhambaan yg berakar umbi dari rasa CINTA pada Rabbul ‘Izzati…

Adakah iman kita telah sampai ke tahap ini…?

“Sesungguhnya ada di antara hamba-Ku yg engkau (syaitan) tidak dapat mempengaruhinya.”

(Al-Quran,Al-Hijr:42)

“Loving you Allah makes me suffering.Truely,love is really painful….”

No comments: