Sunday, 7 October 2007

Ramadhan akan berlalu

Allahu...rindu yg sangat sarat dlm hati...yg tak dapat ditahan...

Dan bulan mulia Ramdhan akan berlalu pergi dlm beberapa hari lagi..

3 situasi yg boleh difikirkan bersama :

* Jika anda menantikan kedatangan hari raya sebagai pelepasan dari puasa di siang hari selama sebulan,anda sesungguhnya mengharapkan Ramadhan itu berlalu pergi

*Jika anda menghitung hari detik-detik terakhir Ramadhan kerana sedih ia akan meninggalkan umat islam,sesungguhnya anda memahami rahmat Allah yg satu ini kpd umat islam seluruhnya

*Jika anda tdk berasa apa-apa,puasa hanya sekadar puasa,tidak mengisinya dgn bacaan Al-Quran,tdk memperbanyakkan mengingati-Nya,tdk memperbanyakkan doa-doa diwaktu-waktu mustajab,sesungguhnya anda membiarkan Ramadhan berlalu dgn sia-sia

Rasulullah menangis ketika ingin memasuki Ramadhan dan di akhir Ramadhan.Kenapa? Sebab,Baginda terharu Allah masih memberi peluang kpdnya utk berada dlm bulan Ramadhan.Baginda menangis di penghujung Ramadhan kerana,akan berlalu lah sudah bulan penuh kemuliaan yg didalamnya ada mlm yg lbh baik drpd seribu bulan,bimbang tdk berkesempatan lagi bertemu dgn Ramadhan pd tahun berikutnya..

Lagikan Nabi kita yg telah dijanjikan syurga bersungguh-sungguh dlm ibadatnya kpd Tuhan Pemilik Kerajaan langit dan bumi,di mana pula kita yg belum tahu destinasi terakhir tertempatnya kita di akhirat kelak sama ada di neraka atau di syurga..?

Bagi siapa yg menghayati puasanya di siang hari Ramadhan,hati sentiasa mengingati Dia Pemilik segala cinta,yang merasai nikmatnya membaca ayat-ayat cinta-Nya yakni Al-Quran,sesungguhnya moga hati-hati itu tetap disinari cahaya Kalamullah,disuburkan cahaya iman dlm jiwa-jiwanya,dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya,hingga ke hujung nyawanya...

Ameen...Ya Rabbal 'alamin...

No comments: