Aku meminta seorang rakan untuk merakamkan video sepanjang sesi pembentangan kumpulan kami menggunakan kamera Olympus aku sebelum pembentangan kumpulan kami bermula. Walaupun tidaklah bertujuan untuk membuat rakaman profesional (kerana terlupa bawa tripod dan juga kualiti video yang tidak lah sehebat jika menggunakan videocam/camcoder), tapi cukuplah kami dapat melihat persembahan masing-masing.
Banyak juga soalan-soalan yang diajukan untuk tajuk yang aku bentangkan iaitu tentang aspek "Hardware", terutamanya aspek sensors yang digunakan dalam projek Electric Go-Kart kami. Selamat aku dapat jawab... ~
4th Year [MEng] Electric Go-kart
Selepas hampir 20 minit bersoal jawab, akhirnya sesi itu berakhir dengan mendapat tepukan daripada semua yang hadir. Kami merakamkan gambar kenangan bersama-sama Supervisors dan semua ahli kumpulan yang hadir.
Berdiri di belakang, dari kiri: Prof. Forsyth (Supervisor 1), Owen, Steve, Chris, Ripon, Dr. Nigel (Supervisor 2).
Berdiri di hadapan, dari kiri: Aku, Am.
DEMO
Malam ni aku teruja nak berkongsi sesuatu yang baru sebenarnya. Seperti kakak senior aku yang teruja untuk menunjukkannya pada aku, aku pun betul-betul teruja untuk menunjukkan dan memberitahu orang lain..sebab aku percaya, tak ramai yang dah tahu tentang ini, macam aku dulu..hehe.
Korang tahu tak sebenarnya ada cara khas untuk makan puding gula hangus yang dibeli di kedai (yang siap di pek dalam bekas plastic kecil). Dahulunya aku terus je makan puding tu dari bekasnya selepas mengoyak penutup atas pek tu.. air manisan gula hangus yang terletak paling bawah adalah yang paling akhir dapat dirasa. Patut lah rasa macam tak kena je, rupanya bukan begitu cara makannya.. huhu..
Jadi, mari belajar cara yang betul makan puding gula hangus yang dibeli di kedai.. ^_^
1. Koyakkan penutup atas terlebih dahulu..
2. Ambil piring kecil, tutup permukaan atas pek puding. Kemudian telangkupkan. Sekarang base berada di atas.
3. Perasan tak pelekat di tengah-tengah base tu? Cabut pelekat kecil tu..
4. Tanggalkan pek..
Tadaaa…puding gula hangus siap dihidang di dalam piring dengan air manisannya bersama..
He..selamat mencuba.. =p
No comments:
Post a Comment