Wednesday, 25 February 2009

Plattfield..


Alhamdulillah...talian Internet di rumah dah disambungkan sejak Isnin lepas...cepat 2 hari dari tarikh yang dijangkakan... mekasih BeBox... (",)

Aku gembira melihat keriangan teman-teman serumah apabila aku mengkhabarkan sambungan Internet dah kembali beroperasi di rumah kami petang itu... kembali berseri dan ceria...Tapi bila difikir-fikirkan semula, sebenarnya aku terasa juga kebaikan yang aku lalui sepanjang 4 hari tiada Internet ni:

~rasa produktif bila belajar dengan laptop off...

~lebih banyak masa dimanfaatkan di luar rumah untuk menyiapkan kerja....

~dan juga dapat duduk-duduk berkumpul dan berborak dengan teman serumah....

He... ye lah, bila ada Internet, semua orang lebih suka berada di dalam bilik masing-masing, layan drama ker, tulis blog macam aku ni ker, baca online newspapers atau blog-blog orang lain ker, buat keje sekolah ker, chatting ker... dan sebagainya... takde Internet ni, bila datang rasa bosan tu berkumpul la kami semua yang sama-sama kebosanan ni untuk saling menceriakan hidup masing-masing... kan bersosial sikit tu... he~ Well, technology (most of the times) makes people lazy (prefer to use the escalators rather than the stairs) and anti-social (prefer to be in front of the laptops or PCs for long time rather than going out with friends)... right..?

JALAN-JALAN DI PLATTFIELD

Ahad lepas aku keluar ke taman yang agak besar berdekatan rumah bersama housemateku...saje nak merehatkan minda dan menghirup udara segar... 2 hari berhujung minggu di rumah aje mahu tak tepu...lagipun housemate aku yang baru je tiba di Manchester sebulan yang lepas tak pernah datang lagi ke Plattfield... so saje bawa dia jalan-jalan melihat angsa... =)

Lama betul dah tak ke Plattfield..seingat aku, kali terakhir aku ke sana ialah sebelum balik bercuti musim panas di Malaysia pada 28 Jun 08 dulu... lama dah kan... ? semester I yang lepas langsung tak pergi... biasanya aku ke sana untuk beriadhah, tapi kesibukan semester lepas dan juga dek kerana musim sejuk yang tidak membuatkan aku ingin bermain-main dalam suhu mencapai 3C atau lebih rendah, maka aku sekadar membiarkan sahaja petang-petang hariku berlalu tanpa aktiviti fizikal... ok, betul, tubuh aku dah mengumpulkan toksin yang banyak sehingga hari ini... (-.-)...

Kami berjalan-jalan sambil mengambil gambar......selamba membuat aksi-aksi poyo... berpura-pura seperti pelancong yang baru je sampai dari Malaysia.. hehe...


... Eceh 1...


... Eceh 2...

Snap.. Kak Fiza... (",)



Angsa-angsa putih kelaparan menunggu makanan dari kami.


Tasik di Plattfield dan model-modelnya... (",)

2 ekor angsa sedang bergaduh sebab berebutkan roti kami. Huhu...



This is where Swan Stabillo got it's brand name.. ^_^

Sunset at Plattfield

A view during Winter...


UJIAN ALLAH


Hari ni masuk hari ke-6 aku kurang sihat.. ujian Allah... moga digolongkan dalam kalangan orang-orang yang sabar.. aku memang tak mengamalkan makan ubat kalau kurang sihat atau sakit.. aku hanya mengamalkan makan madu beserta doa iaitu ayat 69 surah An-Nahl ini:



yang bermaksud: " kemudian makan lah dari tiap-tiap macam buah-buahan dan tempuh lah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan bagimu. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang-orang yang memikirkan."

[ An-Nahl: 69 ]

Selamat beramal... =)

No comments: