Sunday, 28 December 2008

Shopping lagi..di Trafford Centre pula.

27 Disember 2008, hari seterusnya untuk bershopping. hehe.

Hari ini dimulakan dengan mengunjungi kedai pakaian NEXT di Arndale. Jualan mega bermula seawal 5.30am. Kami tiba di sana lebih kurang jam 7.40am, kelihatan sungguh ramai orang di dalam mahupun di luar NEXT, masing-masing tidak mahu melepaskan peluang membeli-belah pada hari jualan mega yang sedang berlangsung ini. Cafe yang terletak betul-betul berhadapan dengan NEXT penuh sesak, kerusi semuanya penuh diduduki orang. Mahu bersarapan pagi barangkali, atau sekadar duduk-duduk untuk menghilangkan penat bershopping sambil mengenakan secawan kopi panas.

Aku dan teman serumahku melangkah masuk dengan penuh ceria dan bersemangat, lantas terus menuju ke tingkat 2 iaitu ruang jualan pakaian wanita. Ramai benar orang. Aku tiba-tiba tak tahu nak beli apa. Oh, yea, seluar dan beg.

Bergerak dari satu rak ke satu rak, membelek-belek seluar dan baju. Aduh, banyaknya, tak larat nak membelek-belek. Aku scan secara rambang. Akhirnya aku menjumpai seluar yang aku kehendaki, £8; harga asal ialah £18. Ape lagi..Hehe.

Kemudian aku berjalan lagi ke ruang seterusnya. Mataku tertangkap sehelai baju yang menarik perhatian. Cantik. £10. Harga asal £15. Aku ambil dan meneruskan eksplorasi, meninjau-ninjau di bahagian lain pula.

Tidak banyak aku berbelanja di NEXT, ada lah dalam £23 untuk 3 barang. Kemudian, kami ke Marks & Spenser (M&S). Di sini tak banyak sales. Kata housemate aku, "Jangan beli barang yang tak de sales." Memang betul pun, kalau tak, rugi lah.

Kami tidak berbelanja banyak di M&S, aku hanya menghabiskan sebanyak £1.50 untuk satu tight. Kemudian kami ke Selfridge pula. Aku hanya menemani housemate aku bershopping, tidak berminat untuk melihat-lihat apa yang menarik. Tangan aku bermain-main dengan handphoneku sambil menunggunya di suatu sudut.

Housemate aku membeli sepasang kasut. Gembira sungguh dia kerana mendapat kasut yang sangat superb. Superb maksud aku dari segi penjimatan harga. Harga asal £185, harga yang dibayar pula ialah £48 (kalau tak silap aku). Mana tak gembira.

Kami keluar dari Selfridge dan masuk pula ke French Connection. Aku hanya melihat-lihat pakaian yang bergantungan dan dipamerkan dengan pandangan kosong. Bukan taste untuk orang macam aku. Hmmm.

Kemudian kami ke kedai kasut pula, tidak membeli apa-apa, cuma melihat-lihat. Destinasi seterusnya; H&M. Takde la sales sangatpun kat H&M ni. Ok, jom keluar.

Kami pulang sebentar ke rumah untuk housemate aku menukar sepatunya. Katanya, kakinya tak selesa memakai but. Setelah selesai solat zohor dan makan tengahari ala kadar, kami keluar semula untuk ke Manchester Piccadilly Train Station untuk mengambil tiket ke Cheshire Oak pada esok hari. £7.45 tiket pergi balik. Murah. =) Shopping lagi esok~ hehe.

Seterusnya kami mengambil bas 250 ke Trafford Centre, pusat membeli belah terkenal di Manchester. Sebenarnya dah setahun aku tak mengunjungi Trafford Centre. Sangat besar dan mengagumkan, Trafford centre mengandungi lebih kurang 230 buah kedai yang menjual pelbagai barangan. Pendek kata, 1 hari pun tak cukup nak masuk ke semua kedai-kedai yang terdapat dalam Trafford Centre ni.




Kedai pertama yang dimasuki ialah Zara. (Zara lagi... ~) Aku hanya menurut housemate aku, tidak berniat nak beli apa-apa di sini kerana bagi aku, Zara tiada apa-apa yang menarik. Aku memicit-micit handphone ku lagi, sambil menunggu housemate aku bershopping. Dia kemudiannya ke tingkat atas. Aku malas nak ikut dia ke tingkat atas juga, lalu mengambil keputusan untuk melihat-lihat apa yang menarik di tingkat itu sahaja.

Aku meninjau-nijau sambil membelek-belek. Tiba-tiba aku ternampak satu himpunan beg. Penjimatan sebanyak hampir £20 setelah potongan. Boleh tahan. Aku menggaya-gayakan satu beg yang aku berkenan di hadapan cermin. Hmm, menarik juga beg ni. Boleh la beli. Zara Collection tu~ harga asal £49. Harga promosi £29.99. ^_^

Aku berjalan-jalan lagi, membelek-belek pakaian pula. Setelah hampir 20 minit meninjau-ninjau, aku mengambil keputusan untuk membeli 2 helai baju (tidak termasuk dalam senarai barang keperluan pun, tapi macam best untuk dibeli. huhu). Tak sangka pula Zara di Trafford Centre lebih menarik dan banyak pilihan daripada Zara di Market Street di Manchester City. Kami keluar dari kedai Zara dengan riang selepas membayar barang masing-masing. Total harga untuk barang-barang yang aku beli ialah £48.97. Takpe, bukan selalu pun. hehehe.

Kedai seterusnya yang menjadi pilihan housemateku ialah Skechers. Aku tak pernah tahu pun tentang kedai kasut ini sebenarnya. Sangat best rupanya. Ye lah, orang macam aku ni bukannya reti benda-benda berjenama ni. Kata housemate, kat Malaysia, kasut-kasut di kedai Skechers sangatlah mahal. Melebihi RM 200 dan ke atas. Sesuai la dengan design kasut-kasutnya yang memang berjaya memukau mataku. Aku tak pernah tengok kedai kasut yang mempunyai banyak designs yang menarik seperti di kedai ini. Serius.



Kami mencuba-cuba beberapa kasut yang menjadi pilihan. Aku betul-betul teruja untuk membeli sepasang kasut ni. Potongan harga daripada £50 kepada £24. Siapa tak nak beli~ akhirnya, setelah lama menimbang-nimbangkan warna apa yang lebih sesuai dan menarik, aku memilih sepasang sneakers berwarna coklat tua. Oh, aku jatuh cinta pada Skechers. Tapi cinta bermusim aje lah, bila ada sales sahaja. Heheh.

Masuk kedai, keluar kedai. Tak larat dah nak pusing 1 Trafford Centre ni, maka pada jam 5pm, kami mengambil keputusan untuk pulang. Ketika dalam bas, aku terkagum sendiri apabila terpandang banyak betul bangunan-bangunan yang tidak pernah aku lihat sebelum ini tersergam megah di sekitar Trafford Centre; tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Dalam masa setahun sahaja pemandangannya sudah sangat berubah. Dikelilingi oleh bangunan-bangunan yang besar-besar. Hebat.

Esok ke Cheshire Oak pula. Seawal 7am dah kena bertolak. Aku mengambil keputusan untuk terus ke Sainsbury's, membeli beberapa barang keperluan dan bahan-bahan untuk membuat sandwich sebagai bekalan untuk dibawa esok. Mana tahu tak sempat sarapan pagi jika kedua-duanya bangun lewat. Tak pun, boleh dibuat bekalan untuk makan tengahari ekspres. Esok hari Ahad, waktu operasi kedai-kedai di Cheshire Oak sangat pendek, iaitu dari jam 10am-5pm sahaja berbanding hari-hari biasa iaitu 10am-9pm. Jadi masa yang ada perlu digunakan seoptimum mungkin. Tiada lagi masa untuk duduk makan-makan sambil berlepak-lepakan seperti di Starbucks Coffee cafe semalam.

Ok, sampai di sini sahaja. Eksplorasi seterusnya ialah di Cheshire Oak esok. InshaAllah. =)

No comments: