*Awas! Entri ini tiada unsur-unsur pengisian rohani, tetapi lebih kepada perkongsian aktiviti aku di hari ini. Anda tidak perlu meneruskan pembacaan jika anda sebenarnya mencari pengisian rohani dalam entri ini. Terima kasih. *
*************************************************
Hari ini, 26 Disember adalah Boxing Day di UK. Aku tak pernah ber"Boxing Day" di Manchester sepanjang 3 tahun berada di bumi Britain ini. Setiap tahun ada sahaja program luar yang dihadiri ketika tarikh ini. Jadi tahun ini, sebagai tahun akhir (inshaAllah) aku di sini, maka ingin juga merasa kemeriahan dan kesesakan manusia yang berpusu-pusu ingin merebut peluang di waktu jualan mega ni.
Tahun pertama di UK dulu aku pernah bersama-sama beberapa orang rakan ber"Boxing Day" di London. Uh, pening aku dibuatnya. Sangat ramai manusia yang berpusu-pusu bagaikan masyarakat semut yang berkeliaran. Tahun ini aku akan merasainya sekali lagi di London, tapi pada 30 Disember nanti (inshaAllah), bukan pada 26 Disember yang secara formal berlangsungnya Boxing Day. Tapi aku rasa, suasana adalah lebih kurang sama juga seperti apa yang aku lalui pada 26 Disember 2005 dulu. Lagi hebat kot. Ye lah, menuju ke penghujung tahun di mana jualan mega berlangsung. Dan tahun kegawatan ekonomi UK sekarang ni, kerajaan British sangat (ingin) menggalakkan rakyatnya berbelanja untuk penjanaan wang dalam negara.
Pengalaman menunggu bas di pagi hari tadi selama 1 jam benar-benar menguji kesabaran aku dan teman serumahku. Kami berdua menunggu bus seawal jam 7 pagi, dalam kesejukan di musim dingin. Ni lah akibatnya tidak merancang perjalanan. Sebenarnya masing-masing terlupa nak check jadual perjalanan bas di hari ber"Boxing" ni. Pengajarannya: Esok-esok, ingat, bas pada hari Boxing Day ialah sebiji sahaja setiap 1 jam. Biasanya jalan Oxford Road ini boleh mempunyai lebih daripada 20 buah bas dalam satu masa dalam jarak 1 km! Jalan tersibuk dengan bas di Eropah.
Bas akhirnya sampai setelah tepat 1 jam menunggu. Bus sangat penuh, tapi mujur kami dapat menyelit-nyelit juga. Tak nak aku berputih mata setelah sejam menunggu bas.
Kami tiba di bandar lebih kurang jam 8.30 am. Bandar Manchester masih lengang dikala itu. Mula-mula kami menuju ke Debenham. Banyak betul sales. Tapi aku, biasalah, tengok-tengok aje. Bukan spisis yang suka bershopping sebenarnya, cuma nak tengok-tengok la jugak apa yang menarik yang boleh dibeli. Dalam kepala ni dah set dah sebenarnya nak beli apa.. nak beli kasut, seluar, beg dan beberapa buah tangan. Dah lama tak shopping. Maklumlah, shopping adalah dikala keperluan dan ketika sales sahaja. =)
Setelah menaiki dan menjelajah setiap tingkat dalam Debenham yang sebanyak 4 tingkat itu, akhirnya aku keluar dari bangunan besar Debenham dan menuju ke kedai pakaian bernama Zara. Kelihatan manusia berkumpul di luar pintu masuk Zara. Belum buka lagi rupanya. Jam menunjukkan 5 minit ke jam 10am. Aku mengagak Zara akan dibuka tepat jam 10am, maka kami pun berborak-borak kosong di luar pintu masuk.
Apabila pintu masuk dibuka pada jam 10am, semua orang menerjah masuk. Wah,wah..berebut-rebut, berasak-asak. Aku tak pasti apakah yang menarik di Zara, designs semuanya nampak biasa-biasa je bagi aku. Harga bukanlah murah. Tempat orang-orang elit bershopping. Bukan taste orang macam aku.
Setelah melihat-lihat dan menjelajah setiap tingkat di Zara, aku meminta diri dari housemate untuk ke Marks & Spenser ketika housemate aku masih sibuk dalam pencarian jaket barunya di Zara. Eh, tak bukak pula Marks & Spenser hari ini. Aku pun melangkah ke Selfridge yang terletak bersebelahan dengannya. Mak aih, ramainya orang. Barang Gucci ada promosi hebat nampaknya. Semua perfumes diberi potongan separuh harga. Pusing-pusing. Jalan-jalan. Tengok-tengok. Naik ke tingkat atas, dan atas lagi. Jalan-jalan tengok barang. Kemudian aku turun semula ke tingkat bawah setelah mendapati tiada apa-apa yang menarik. Sekali lagi, bukan taste untuk orang macam aku.
Aku melangkah keluar dari bangunan Selfridge lalu mencari tempat untuk aku melabuhkan punggung sebentar. Penat pula berjalan-jalan. Dahaga juga. Sambil duduk-duduk, aku memandang ke hadapan. Manusia sedang beratur panjang untuk bayar kat kaunter, sampai keluar daripada bangunan. Wah, mantap, mantap. Sabar sungguh mereka. Inilah sebab mengapa membawa sebuah buku ketika ber"Boxing Day" adalah satu tindakan yang bijak. Aku mengambil 2 keping gambar manusia yang sedang beratur itu. Peluang melihat barisan panjang sebegini bukan selalu dapat dilihat.
Aku melangkahkan kaki menuju ke Arndale pula. Setelah memaklumkan housemate ku tentang keberadaan aku di Arndale, aku berjalan-jalan lagi, melihat-lihat apa yang menarik. Masuk kedai, keluar kedai. Urmm, tiada apa-apa yang menarik minatku. Lantas aku melangkah ke TK Max. TK Max bukan lah tempat favourite aku selalunya, sebab barang-barangnya boleh tahan jugak mahal. Tapi tak salah nak masuk tengok-tengok juga..
Aku ke tingkat bawah di mana kasut-kasut dipamerkan. Banyak betul pilihan kasut yang (kelihatan) menarik. Melilau mataku mencari rak kasut bersaiz kakiku, tapi aku hampa kerana tiada pun kasut yang menarik hatiku. Hampir berputus asa dalam pencarian kasut baru, tapi aku terus berpusing-pusing di kawasan itu. Lantas ternampak rak yang tersusun kasut-kasut yang agak mencuri perhatian ku. Aha.. nampak macam best.
Aku memilih 3 pasang kasut untuk dicuba. Setelah mengenakan ketida-tiganya di kaki ku dan membelek-belek kesesuaiannya di cermin yang disediakan, berjalan-jalan ke sana ke mari untuk mengetahui keselesaanya, akhirnya aku memutuskan untuk membeli 2 pasang kasut sahaja. Total ialah £33 untuk 2 pasang kasut. Hehe. Tak apa, bukannya selalu. ^_^
Setelah membayar di kaunter, aku berhenti seketika di hujung laluan keluar untuk memasukkan barang-barang tadi ke dalam beg sandangku. Aku mengamati resit yang diberi oleh jurujual tadi. Eh, ada satu benda jurujual tu terlupa nak kira. Aku cepat-cepat bergegas semula ke kaunter itu dan memaklumkan tentang kesilapannya. Dia berkata,"Oh,it's ok. I forgot it. Just take it."
Tergamam.
"Err?" dengan muka kehairanan.
Dia membalas,"Yes. I give it to you.... as a gift. Just take it." sambil dia tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepalanya.
"Oh, thank you very much." tersenyum lagi dengan muka ceria yang sebenarnya muka tidak percaya. Aku pun berlalu dengan gembira. Emm, untung badan. ^_^
Setelah berjanji untuk bertemu housemateku di Boots, kami kemudiannya sepakat melangkah ke Starbuck Coffee. Masa untuk mengisi perut. ^_^ Lama kami berborak-borak di sana. Dah la dapat tempat duduk yang eksklusif, rasa tak nak bangun je. Hampir 40 minit berlepak-lepakan sambil makan-makan dan minum, borak-borak, memperkatakan pengalaman masing-masing ketika membeli-belah. Banyak betul housemateku ini bershopping. Paper begs kiri kanan. Memang nampak lar gaya perempuan ber"shopping". Tak macam aku ni. Huhu.
Kami bertolak pulang pada jam 3.20pm. Alhamdulillah bas sudah tersedia menunggu di perhentian bas, tidak perlu menunggu lama seperti pagi tadi. Nasib baik juga dapat tempat duduk. Kami tidak berborak panjang dalam perjalanan pulang, housemateku lebih senang melayan muzik daripada iPod nya ketika di dalam bas, katanya, jika tidak, dia akan mabuk bas.
Baiklah. Esok pula, ekspedisi menjelajah NEXT, Trafford Centre, Marks & Spenser dan H&M pula. Dengarnya sales di NEXT bermula seawal jam 5.30 pagi. Huhu. Dasyat betul. Hari Ahad nanti akan ke Cheshire Oak pula. Cheshire Oak adalah tempat shopping outlets yang terkenal di UK. Inilah eksplorasiku di musim cuti. Bershopping di situ sini. Sebenarnya tidak lah beli sangat pun barang, maka tidaklah sesuai dipanggil "shopping". Ia lebih sesuai dipanggil "eksplorasi". ^_^
Nantikan kesinambungannya. =)
Saturday, 27 December 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment