Saturday 15 December 2007

Maraton + Air bergas = ?

Alhamdulillah...akhirnya cuti pun tiba..pelepasan dari bebanan akedemik buat seketika. Saya rasa kegembiraan paling dirasai oleh sahabat-sahabat pelajar Chemical Engineering setelah penat bermaraton dgn courseworks yg saling berlumba-lumba nak smpai ke garisan penamat.

Teringat kata-kata seorang ukhti pelajar Chemical Engineering, "Tak sabar nak bangun pagi pada 15 hb Disember, bila membuka mata, tidak lagi perlu memikirkan tentang coursework mana yg perlu di siapkan. Aah, gembiranya..!!" Mabruk, mabruk utk kalian yg merasakan situasi seperti ini bila tanggal 15 Disember bermula hari ini.. ( tidak untuk diri sendiri..huu~)

Walaupun demikian, ye saya bersyukur (Alhamdulillah..segala puji bagi Allah) , terasa sedikit bebanan hati telah diangkat oleh Allah. Pun, tanggal 15 Disember bukanlah bermakna apa-apa utk saya, org yg akan meneruskan maraton dgn pelbagai aktiviti di musim cuti ini, baik aktiviti pembangunan kendiri atau pun akademik. Masih. Masih akan terus berlari-lari mengejar masa.

Semalam meeting committee MSSM, keputusan disepakati, Manchester Games 2008 akan diadakan pada 9 Februari 08. Wah..seminggu sebaik habisnya musim exam ! Ye. Memang. Exam dijangka habis pada 28 Januari (bagi kebanyakan course di University of Manchester saya kira). Dan itu juga bermakna musim peperiksaan saya akan menjadi begitu sibuk ( hidup macam lipas lagi), bukan setakat sibuk untuk exam, tapi jugak sibuk dgn komitmen untuk menganjurkan Manchester Games pada tahun 2008. Pertaruhan akan bermula, untuk maraton musim ke-2.

Ok lah, tutup cerita pasal maraton. Just nak share info tentang...."Air berkarbonat punca cepat tua" yg dipetik daripada Berita Harian hari ini. Bagi saya yg mengamalkan gaya hidup sihat (chehh..~), saya mmg tak terkejut atau kecewa dengan berita ini. Malah saya akan lagi bermotivasi untuk terus mengatakan "TIDAK" pada minuman bergas. Saya mula menjauhi minuman bergas ni selepas saya menonton satu program TV pendidikan,( bagus betul program TV camni yg berjaya mempengaruhi pemikiran saya yang ketika itu berumur 10 tahun rasanya) yang mengatakan dalam minuman itu mengandungi lebih kurang 9 sudu gula! Sejak itu saya mula menjauhi minuman berkarbonat ni. Bukan lah tak minum langsung, kadang-kadang minum jugak, dengan peratusan yang sangat kecil untuk ia berlaku. Tapi, saya takkan mampu untuk menghabiskan even separuh tin air bergas itu, (terima kasih kepada perut saya yang mula meragam bila air bergas menyinggah masuk).

Haa, bagi yang tak nak nampak tua sebelum usia, jom baca..!

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman

GEORGETOWN: Jutaan rakyat negara ini yang menggemari minuman ringan termasuk yang berkarbonat dan pati minuman berperisa, berisiko menghidap penyakit sirosis hati, parkinson dan cepat tua.

Ia kerana minuman itu mengandungi Natrium Benzoat E211 iaitu sejenis bahan pengawet yang digunakan di dalam industri minuman berkarbonat bagi mencegah minuman ringan daripada berkulat.

Natrium Benzoat juga boleh menyebabkan kanser kerana apabila bercampur dengan Vitamin C dalam minuman ringan akan membentuk benzena iaitu sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, pada sidang media di sini, semalam.

CAP mendedahkan perkara itu berdasarkan hasil kajian seorang profesor bidang molekul biologi dan bioteknologi dari Universiti Sheffield, Britain, Prof Peter Piper.

SM Mohamed berkata, kajian itu mendapati bahan pengawet berkenaan berupaya merosakkan bahagian penting asid deoksiribonukleik (DNA) dalam badan seseorang.

Natirum benzoat iaitu sejenis derivatif asid benzonik akan memusnahkan atau melumpuhkan `sumber kuasa' sel DNA manusia yang dikenali sebagai mitochondria.

Mitochondria adalah sel yang berfungsi membekalkan oksigen ke seluruh badan, sekali gus memberi tenaga kepada manusia dan jika dimusnahkan akan menyebabkan kegagalan fungsi tubuh yang serius.

Kemusnahan mitochondria menyebabkan gangguan pada DNA yang mendorong kepada punca penyakit parkinson, penyakit otak dan mempercepatkan proses penuaan,” katanya.

“Bahan pengawet itu juga boleh menyebabkan kerosakan sel yang serius dan kesan kepada kanak-kanak, serta dikaitkan dengan masalah hiperaktif," katanya.

SM Mohamed berkata, meskipun boleh mendatangkan risiko penyakit, penggunaan asid benzoik atau natrium benzoat di Malaysia dibenarkan mengikut Jadual Keenam Peraturan Makanan 1985.

Jumlah yang dibenarkan ialah kira-kira 2,000 bahagian persejuta (bps) natrium benzoat di dalam pati minuman berperisa dan 350 bps bagi minuman ringan yang diminum terus.

Sehubungan itu, CAP meminta kerajaan menyemak semula kebenaran menggunakan bahan itu dan menghentikan penggunaan bahan pengawet berkenaan dalam industri minuman ringan secara berperingkat.

"Kementerian Kesihatan perlu menyemak semula penggunaan bahan pengawet ini termasuk peraturan yang membenarkan penggunaannya kerana ia menjejaskan kesihatan," katanya.

SM Mohamed berkata, akibat kesan negatif daripada penggunaan bahan pengawet itu, banyak persatuan pengguna di seluruh dunia melancarkan Kempen Antiminuman Ringan.

No comments: