Alhamdulillah.... Alhamdulillah... Alhamdulillah....
*Smile* =)
Syukur kerana masih diberi peluang untuk hidup pada hari ini, pada ketika ini yang sedang menitip beberapa lembaran kata untuk dikongsi bersama.
Hurm... cerita terbaru?
Manchester Malaysian Night 2008
MNite baru berakhir Sabtu lepas, dengan meninggalkan seribu kenangan kepada crews yang terlibat. "What a fantastic event!" puji seorang hadirin setelah berakhirnya pementasan. Saya tak dapat nak cerita banyak tentang play yang di adakan di Dancehouse Theatre itu sebab saya tak masuk ke dalam auditorium untuk melihat. Saya hanya masuk apabila sesi terakhir yang dipanggil Curtain Call (acara kemuncak barangkali). Itupun berada di tepi pentas, terlindung di balik tabir tika mana semua crews, pelakon, penari berada di atas pentas menghadap hadirin. Segan...
Dan satu peristiwa kelakar.. bila nama saya disebut oleh MC bersama seorang rakan setugas sebagai memperkenalkan barisan Organizing Committee yang bertanggungjawab terhadap Hospitality & Logistic, saya terus terlupa untuk keluar menonjolkan diri di atas pentas. Tampil lah rakan setugas berseorangan. Beberapa kenalan bertanya selepas acara Curtain Call, "Why you didn't come out when your name was called??". Sambil tersengih saya menjawab,"I forgot to come out." Huhu....~
Well, indeed it was a great event of ours-MSSM committee-after about 2 months of efforts to make it a reality. Terutamanya barisan crews yang terlibat dengan play. Boleh dikatakan tiap-tiap hari berlatih, menghabiskan banyak masa dan tenaga di tempat latihan. Mana tak gembira apabila semuanya telah berakhir dan mendapat pujian ramai... Congrates to all the production crews... =)
Berakhirnya MNite 08, maka bermulalah sesi menggempur. Exam dah dekat! Tahun ni mula dan habis exam awal. Terpana saya bila melihat jadual exam yang telah dikeluarkan baru-baru ni. Mak aiii, sebulan tu jarak masa nak tunggu balik Malaysia. Lantas terus terlintas,"Apa aku nak buat sebulan free nih?? Hmmm...~"
Well, that's the other story. Will be back to it, with a good plan. A month; enough time to finish reading some books and polish cooking skill ( cannot wait to apply it at home and say to my mom,"Mom, sit there. Do your work and do not bother about cooking. Let me cook for the family today." And my mom surely will be proud of me and say to herself.."Hmm, my daughter is taking my job at the kitchen now~ what a surprise..~" Yes mom, wait for the precious moment. Your daughter is no longer the one who is tak reti masak... hehe ) *Wink*Wink* ^_^
D.I.E.T
Kadangkala sesetengah orang malu untuk nyatakan tentang ini, takut kena perli. Tapi kali ni saya serius. Dan saya tak malu nak katakan,"Ye..saya sedang berdiet.. ". Dah bosan dah saya dengan pola pemakanan yang tak menentu sejak cuti Easter hari tu. Akibatnya berat dah naik beberapa kg. (Haih~) Need to get back to a healthy lifestyle. Beberapa minggu sebelum cuti Winter tahun lepas, saya berjaya menurunkan hampir 4 kg, dengan beberapa peraturan pemakanan dan senaman rutin. Target saya ialah untuk Nottingham Malaysian Games 07 yang berlangsung pada 1 Disember 2007 (main volleyball). Selepas je event tu dah tak diet dah. Akibatnya memang naik sikit la. Lepas cuti Easter adalah saat yang paling membimbangkan saya. "Enough is enough Wani. Keep everything under CONTROL. Start dieting from now please."
As a result, I came out will a full plan of dieting, making it into 8 phases, starting 14 April till 6 June. 1 phase means 1 week. This 8 phases will be the 1st chapter. Second chapter will come after it, and will be end on the day I am leaving for Malaysia soon. A challenge that I will take it! Surely.
Ahad ni, inshaAllah saya akan berBBQ bersama rakan usrah di Plattfield. Apabila di beritahu demikian oleh seorang sahabat, lantas saya berkata:"Ok. Nanti saya bawak ikan 4 ketul." dengan niat untuk menggantikan ayam sebagai langkah berdiet yang sihat. Pantas dia membalas,"Oh,baiknya." (Dia ingatkan saya nak sponsor ikan...huhu) . Lalu saya membalas,"Saya tengah berdiet.So saya nak ganti ayam dengan ikan. Yeah2, ikan sihat..!" ^_^
Dia pulak berkata,"Lar,deit apenye dah kurus kering camtu?? Saya ni yang gemok, makan tak control pun..huuu"
Aiseh...
Saya pun cakap kat dia," Mana der saya ni kurus. Awak tu yang kurus kering saiz zero." (Betul per? hihi ). Then saya sambung,"Saya serius ni. Saya berdiet.Kita tgk by the end of this semester." *Wink*
To all people around me, take a note that this diet thing is seriously taken as a commitment by me. Please do not offer any chicken, beef, cheese, cakes, ice-creams and all the unhealthy food to me. (Serius tak bunyinya? Huhu...Anyway, betul ni, tak tipu.Saya serius.)
Ada orang tanya,"Kenapa nak berdiet??". Hurm..kesihatan itu penting dan perlu dijaga. Kalau tak sihat, semua kerja tak leh buat. Darah perlu mengalir dengan sempurna di dalam kapilari darah, tanpa sekatan oleh lemak-lemak dan juga kolestrol. Dan bagi orang seperti saya yang mementingkan stamina dan kecergasan, semua ni penting. Memang akhirnya kita semua akan mati; orang yang gemok ker, yang kurus ker, yang sihat ker, yang memang berpenyakit ker...tapi sepanjang masa-masa meniti hari menuju ke penghujung usia kita, kita nak ker hari-hari dimana kita sakit terlantar di atas katil, oleh sebab kesalahan diri sendiri:
...tak kawal pengambilan gula-bayangkan pada umur 40 tahun dah kena diebetes;
...tak kawal pengambilan garam-di umur 35 tahun dah kena darah tinggi;
...tak kawal penggunaan minyak dan suka makanan bergoreng-naik tangga ke tingkat 4 dah semput cam tak cukup oksigen;
...suka makan benda berlemak tinggi dan tak suka bersenam-muda muda lagi dah kena serangan jantung.
Kita mampu mengubahnya..
Dan kepada sesiapa yang nak memanfaatkan masa petang yang indah di waktu Spring + Summer dengan keluar berjogging di Plattfield, mari join saya. Saya dah mengaktifkan kembali rutin berjogging, atau secara umumnya, beraktiviti selama paling kurang 30 minit sehari dan paling lama ialah 1 jam. Waktu beriadhah ialah 5.30-6.30pm.
Sebagai memotivasikan diri sendiri dan orang lain juga:
"Duduk-duduk lebih baik daripada baring-baring atas katil...
"Berdiri lebih baik daripada sekadar duduk-duduk...
"Buat kerja rumah lebih baik daripada berdiri sahaja...
"Keluar berjalan-jalan lebih baik daripada setakat buat kerja rumah...
"Berlari-lari anak (berjogging) lebih baik daripada sekadar berjalan...
"Variasikan aktiviti lebih baik daripada keluar berjogging setiap hari...
And the result....
wait and see by the end of this semester. =)
Dare to take this challenge?
Wednesday, 16 April 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Aih, segan saya... *blush*
Betul, kena jaga makan, kalau tak, nanti kena penyakit macam2 yang dasat2.
Kamon kamon! Saya sokong!
P.S.: Saya pun dah berjaya masuk size 0 ni sebab menjaga pemakanan dan senaman. Hehe. Tapi bila balik Manchester, godaan makanan yang pelbagai berjaya melupakan saya kepada pengawalan makanan seketika.
Wah,mantap! Akan saya jadikan anda sebagai idola saya cik sakura. Jaga pemakanan + senaman = saiz zero. hihihi....Hari ini kita akan berBBQ.Uh,sesungguhnya aku berlindung dari godaan makanan yg sedap2..=D
Post a Comment