Lewat ini, industri perfileman negara sering menimbulkan kekecohan dan mengundang rasa "mual" lantaran penerbitan filem atau drama yang "murahan dan sampah". Filem "Anak Halal","Sepek","Mohsin","Gubra" dan "Akhirat" adalah antara filem yang menerima kritikan hebat , bukan setakat tiada nilai moral yang diketengahkan bahkan memaparkan aksi yang tidak langsung bermoral ( baca: sampah). Sekarang ni, timbul pula drama/filem COMOLOT yang memang "comot". Saya bukanlah seorang yang mengikuti perkembangan industri perfileman mahupun industri seni negara. Saya tahu tentang filem COMOLOT ni pun apabila menerima satu mesej di Yahoo Messenger (YM) daripada seorang kenalan di Mesir yang berbunyi :
"Saya Hairul Nizam sangat BERBANGGA dengan filem COMOLOT yang berjaya dihasilkan bagi menanam rasa tidak bersalah masyarakat Melayu Islam terhadap GAY. Saya berharap usaha ASWARA dalam menerbitkan filem-filem gay akan semakin meTIDAKMENGAPA kan tindakan gay dalam kaca mata masyarakat akan terus meningkat. TERUSKAN yer dan kalian yang menjayakan filem CUKUP BERMORAL ini akan dipersoalkan di hadapan mahkamah Allah di Mahsyar kelak..Sila bersedia dengan jawapan yang bernas untuk kalian kemukakan di hadapan ALLAH...teruskanlah ya kalau kalian menyangka murka ALLAH itu adalah umpama murka si nyamuk yang tiada ertinya... Yer, berahi memang tidak memiliki sempadan (tambahan: tema filem COMOLOT), CUMA azab ALLAH juga tiada sempadan...Teruskan untuk mengGAYkan masyarakat Melayu...Anda hebat.."
Huh, sungguh sinis bukan? -Clap-Clap-Clap-
Daripada perbualan dengan seorang teman lain yang berada di Malaysia pula, response terhadap status mesej saya di YM:
Status mesej : Apa nak jadi dengan orang M'sia ni?? Rosak, rosak...cerita COMOLOT pulak timbul. Nak muntah saya.
Teman: ermm....kenapa dengan orang Malaysia? (baca: orang di Malaysia)
Teman: ada masalah ker?
Saya: pembikinan, penerbitan, tayangan filem COMOLOT
Saya: yang comot
Teman: maksud awak?
Teman: betul ker ada wayang macam tu yang dorang nak buat?
Saya: awak boleh pegi kat Youtube, taip Comolot, dan tengok sendiri result yang keluar. Klik mana-mana yang awak nak tengok, dan saksikan sendiri.
(Nasihat tambahan: Tengok sekadar-kadarnya sahaja ye korang.)
Saya: geli dan nak muntah
Saya: ape dah tak de benda lagi berfaedah ke nak buat ye...buat filem yang sampah mcm tu?
Teman: sabar
Teman: pentingnya sabar dalam segala urusan.
Saya: langsung tak bermoral..takde nilai-nilai yang elok untuk dibawa kepada masyarakat
Teman: okay, let me see first
-Setelah beberapa ketika-
Teman: gay film
Teman: knp marah sgt? terkejut dgn keadaan iman rakyat Malaysia?
Teman: keji dan hina?
Saya: masyarakat kita dah parah. memang saya marah. kecewa.
Teman: sabar .....
Teman: itulah dan banyak lagi awak akan berhadapan kelak
Teman: sebaiknya awak sabar
Saya: Saya tak sabar nak balik sebenarnya
Teman: untuk? bercuti?
Saya: bercuti? tak lah
Saya: bercuti itu maksudnya pergi ke suatu tempat untuk melapangkan fikiran, tidak berbuat ape-ape
Saya: saya tak balik ke Malaysia untuk bercuti
Teman: then? nak pukul orang2 Malaysia? *emoticon musykil*
Saya: tidak seganas itu
Saya: saya nak balik dan berada sendiri dalam masyarakat saya, cuba selami masalahnya di mana, dan bersama-sama mereka yang nak perbaiki keadaan masyarakat kita...
Saya: Saya ada plan ....
Teman: pasal apa yang berlaku, awak doakan agar segala maksiat yang belaku , ALLAH ambil kembali dari bumi ALLAH
Teman: itu yang sebaiknya selain dari apa yang awak ingin lakukan ...
Jika industri perfileman dan seni negara menayangkan perkara-perkara yang ada nilai moral yang baik untuk masyarakat, itu usaha yang baik. Saya sendiri (tidak mahu menidakkan ke"addiction" saya terhadap sebuah drama di TV3 sekarang =D) , cuba mencari nilai di sebalik drama yang saya tonton. Komen saya: Saya sangat suka drama tu. Best sangat ^_^. Kita ambil lah pengajaran dan teladan di sebalik babak-babak yang dibawakan sebagai panduan dan teladan di kemudian hari. (p/s: Bila tengok drama tu, jadi berminat nak jatuh cinta dengan lelaki Cina. Jeng jeng..drama apakah itu...? =D )
Terpandang status mesej seorang teman di satu daerah di bumi UK ini, yang menunjukkan dia sangat addicted dengan drama Bella dan Vice Versa yang sedang hangat di TV3. Dengan rasa ingin mengetahui apelah sangat yang diminatkan dengan drama Bella tu - siapa pelakonnya, apa jalan ceritanya; saya pun berjaga lah di pagi dinihari untuk menontonnya- dengan niat awal:"Semoga aku tak addicted dengan cerita ni lepas tengok beberapa bahagian daripada episod drama ni nanti." ( dan sekarang sakit perut kerana berjaga di malam hari- salah satu sebab kenapa saya bukan spisis stay-up malam-malam. +_+ )
Saya sangat suka part "Pak Long" apabila beliau berada di rumah; sangat gentleman dan bersifat sangat kebapaan terhadap anaknya "Bella". Dalam suasana genting yang berlaku antara "Bella" dan ibunya, "Pak Long" masih mampu merendahkan suara, meredakan suasana dan bertutur dengan nada yang baik, suara yang kendur dan memujuk ("Pak Long" masa tu cuba memujuk "Bella" untuk memberitahu sesuatu yang "Bella" cuba sembunyikan daripada pengetahuan kedua-dua orang tuanya).
Ini lah salah satu nilai yang punya harga yang boleh dipelajari yang sememangnya sangat bagus dipertontonkan kepada masyarakat . Menjadi seorang ayah, pemimpin keluarga, pencari nafkah, ahli perniagaan yang bijak, seorang Muslim yang tidak lupa menambah ilmu agama walaupun telah berusia dan sibuk dengan perniagaan (terpandang buku agama di tangan "Pak Long" yang dibacanya ketika beliau menunggu kepulangan "Bella" di ruang tamu rumahnya pada suatu malam); watak "Pak Long" membuatkan suatu perasaan yang sukar ditafsirkan meresap jauh di lubuk hati saya..
.....andai, ku punya peluang untuk merasainya dahulu.......
Wednesday, 23 April 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment