Wednesday, 30 January 2008

Berhajat mengenali Christianity

Semester 2 untuk tahun ke-3 pengajian saya di bumi UK ini telah bermula. Banyak lompong-lompong kosong kelihatan dalam jadual saya. Nampaknya ada ujian menanti di situ. Ujian sama ada saya dapat memanfaatkan masa dengan sebaiknya atau tidak.

Hadiah

Semalam saya dihadiahkan sebuah buku berwarna pink terang. Ya, buku yang dianggap kitab suci orang-orang Kristian. Permintaan saya sebenarnya, untuk dia carikan Holy Bible yang bagus untuk saya. Tidak sangka pulak dijadikannya hadiah.

Mula-mula membelek buku kecil yang comel itu, terdetik di hati saya, "Wah, banyaknya nak kena baca..!" Tulisannya kecil-kecil dan rapat. Setiap helai kertasnya sangat lah nipis, yang jika terkena air, memang habis la...

Kawan Kristian saya tu mencadangkan saya memulakan pembacaan dengah I John. Bila saya bertanyakan kenapa, dia hanya tersenyum dan berkata, "Just start with it, ok." Dan senyum lagi.

Saya memulakan pembacaan dengan membaca pendahuluannya dahulu. Ye lah, karang terus terjun ke I John tu kang pening pulak.

Membaca I John yang dikategorikan di bawah New Testament banyak menimbulkan tanda tanya. Tak kurang jugak pengetahuan baru untuk saya. Apa yang saya boleh rumuskan daripada pembacaan yang sedikit tu ialah, dalam agama Kristian, semua orang dianggap "Children of God". Semua orang yang tidak melakukan benda-benda yang di larang adalah dianggap hidup dengan Tuhan di dalam tubuh/jiwanya.

Apabila bersesi soal jawab dengan panjang lebar dengan kawan saya tu di telefon semalam selepasa selesai membaca I John, saya membuat satu kesimpulan... atau, jawapan mungkin. Jawapan, kenapa ramai dan mudah sangat umat Islam sekarang memilih untuk menganut agama Kristian.

Kenapa?

It's about LOVE.

Ya, cinta. Perasaan ingin disayangi, dicintai, dihargai oleh orang yang kita sayangi adalah fitrah setiap manusia yang normal. Dalam ajaran Kristian, Love God and Love The People Created By God adalah 2 elemen penting yang cuba diterapkan. Dengan menganggap semua penganut Kristian adalah "Children of God", ia mewujudkan rasa dipunyai oleh seorang "Father" yang hebat, "Father" yang sangat menyayangi mereka, dan kerana sayangnya "Father" terhadap manusia,"Father" telah mengutus Jesus untuk membawa mereka ke jalan yang benar dan telah berkorban dirinya untuk semua manusia di muka bumi untuk membersihkan dosa-dosa mereka... ( Maha Suci Allah daripada semua ini..! )

Sebelum saya melelapkan mata semalam, saya terfikir, adakah Islam kurang dengan apa yang dikatakan LOVE ni? Sampai begitu ramai yang berpaling? Malah, terlintas juga di hati saya, "Ooo..patut la. Sebab dalam Christianity ada konsep LOVE tu yang mampu menarik hati". Seakan-akan Islam ni kurang atau tiada elemen LOVE ni, yang membawa maksud, Islam tidak sempurna. Astaghfirullahal'zhim..! Astaghfirullahal'zhim! (walau seribu kali mengucapkannya, lakukan lah!)

"Tiada satu pun yang kurang dalam Islam...."

Saya teringat kata-kata seorang sahabat, "Sebenarnya kalau kita berasa sesuatu yang kurang, ia adalah diri kita yang kurang, bukan Islam yang kurang. Allah dah jadikan Islam itu cukup SEMPURNA. Tiada satu pun kurang, walau di mana-mana."

Anda pernah jumpa di mana kurangnya Islam berbanding agama lain?

Saya bangkit pagi ini dengan perasaan takut. Sebelum menunaikan solat subuh, berkali-kali saya cuba kembali kan hati saya pada Allah. Takut saya jika hati saya mengakui adanya agama lain yang lebih sempurna daripada Islam! Dan takutnya juga hati saya jika ia mengakui adanya Tuhan lain yang Lebih Penyayang daripada Allah! Maha Suci Allah daripada ini semua...

Usai solat subuh berjemaah dengan sahabat, saya berkongsi rasa dengannya. Sesi tazkirah dan perbincangan. Saya ceritakan kepadanya tentang pembacaan saya, berkongsi sedikit cerita dan sejarah. Saya katakan padanya, saya takut untuk meneruskan pembacaan saya terhadap Bible ni, sebab saya takut hati saya terpesong atau mempercayai sesuatu yang saya tidak patut mempercayainya, atau walau terdetik cuma, seperti halnya semalam. Kita kena ingat, tidak kurang jumlahnya orang-orang yang layak dipanggil ustazah pun mampu dan dengan mudah berpaling, ini kan pula orang macam saya yang tidaklah sedalam mana ilmunya.

Saya rasa, tidak wajar untuk saya cuba mempelajari agama Kristian ini, sedangkan saya ada tanggungjawab lain yang lebih utama, iaitu mempelajari agama saya sendiri. Perlunya orang Islam yang tahu tentang Islam adalah lebih utama daripada orang Islam yang tahu tentang agama Kristian tapi kurang pengetahuan tentang agamanya sendiri.

Kenali lah siapa yang punya kuasa paling hebat

Ya, anda boleh melakukannya seiring, mempelajari agama anda, dalam masa yang sama, belajar juga tentang agama lain. Cuma pesan saya, berhati-hati lah. Apabila hati anda terdetik sesuatu yang tidak baik, cepat-cepatlah kembali kepada Allah. Cari kawan yang boleh sedarkan anda kembalik, mungkin kata-katanya akan terkesan di hati anda.

Kenali lah Allah terlebih dahulu sebelum kita berusaha mengenali agama lain. Kenali lah siapa Tuhan kita yang Maha Sempurna...siapa Rasul-Nya yang mulia itu. Banyakkan membaca sejarah Nabi-Nabi, terutamanya Nabi Muhammad SAW, kerana dari situ, kecintaan itu dapat dipupuk. MasyaAllah, hati saya banyak kali tersentuh bila membaca sejarah Nabi Muhammad. Betapa saya rasa, saya amat merindui kekasih Allah yang satu ini..

Sesungguhnya hati adalah objek yang mudah berbolak balik. Berhati-hatilah jika anda ingin membaca Bible yang didakwa kalam Tuhan itu, agar hati anda tidak terdetik sesuatu yang boleh membawa kepada syirik tanpa anda sedari. Na'uzhubillahi min zaalik...

FAHAM dan LARUT dalam Islam dahulu

Perbincangan pagi tadi juga mengupas tentang adanya orang-orang Islam yang tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar, seperti mendedah aurat, melambat-lambatkan solat, mengelakkan diri daripada majlis-majlis ilmu dan sebagainya. Kenapa ye? Saya memberi pendapat, sebab, mereka tidak betul-betul mengenali Allah, tidak larut dan islam tu sendiri. Mereka tidak mengenali Dia, yang membawakan rasa cinta pada-Nya. Setuju atau tidak, kalau kita sayangkan / cintakan seseorang tu, kita akan rasa cenderung untuk melakukan sesuatu yang dia suka kan? Contohnya kalau kita sayang mak ayah kita, kita sentiasa cuba nak gembirakan hati dorang, make them pleased with us.

Jadi, samalah kesnya. Kalau kita kenal siapa Allah, betapa sayangnya Allah kat kita, melebihi sayangnya seorang ibu kepada anak ( Kalah sayangnya "Father" kat Son seperti dalam Bible tu ) ; betapa sabarnya Allah..terhadap orang-orang yang kafir, yang menyembah Tuhan selain daripada-Nya, yang mengatakan Tuhan ada anak; betapa pemurahnya Allah dengan menurunkan hujan berupa rintik-rintik, yang dengannya kita tidak berasa sakit jika hujan mengenai kita, bukan seperti simbahan air seperti kita menyimbah sebaldi air ke kereta yang nak di basuh (heh), dan lagi..dan lagi... saya percaya, cinta pada Allah tu akan lahir dengan sendiri. Kesediaan melakukan apa sahaja demi Allah...

Saya membawakan isu tentang "Utamakan isi kandungan daripada jenama" yang saya peroleh daripada seorang teman. Islam is just a name. You can name it what you want. But it is about the substances that should be looked at. The VALUES that Islam has. Imagine a big, wealthy house, with people but has no happy living, no love, no understanding and no affection amongst the family members, would you like to be in that house?

So, people, instill the VALUES of what Allah wants to be within you.

Anda rasa anda sudah cukup tahu tentang Islam?

Kami juga berbincang tentang adanya golongan yang menghindari majlis ilmu. Rasa diri dah baik, dah tak perlu kan orang untuk memberi peringatan. Aduhai... jangan kita hindari diri kita daripada majlis-majlis seperti ini. Peringatan itu perlu, seperti mana Tuhan yang Maha Besar telah berkata:

"Oleh sebab itu, berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfa'at."

"Orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran."

"Orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya."

[ Al-A'laa: 9-11 ]

Saya rasa, orang-orang yang celaka seperti dalam ayat ke-11 di atas, bukan lah dimaksudkan orang kafir yang tidak tahu apa itu Islam semata-mata, tetapi juga orang Islam yang memang TAK NAK Islam tu sendiri. Kalau dah tak nak Islam, ajak la camane pun, mereka akan menjauhinya.

Saya risau. Orang Islam yang menjauhi peringatan, majlis-majlis ilmu, bagi saya, adalah mereka yang tidak merasai dalam hatinya akan perlunya Allah, perlunya kefahaman yang lebih dalam mengenali agama ini. Mereka merasa dirinya telah cukup.

"Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas."

"Kerana dia melihat dirinya serba cukup."

[ Al-'Alaq: 6-7 ]

Peringatan bersama lah kiranya, moga kita sama-sama tidak berputus asa daripada terus mengajak orang-orang camni ke majlis-majlis ilmu, atau kita sendiri mungkin, memberi ilmu dan peringatan kepadanya. Haih, memang tak mudah~ Bukan semua orang senang menerima teguran. Tapi, jangan difikirkan hasil, tapi yang penting, "Apa telah engkau lakukan?". Jangan di tinggalkan saudara seagama kita.. Dekati dengan cara kasih sayang. Kita tak nak masuk syurga sorang kan..?

Maka, berilah manfaat kepada orang lain, dan ajaklah kearah kebaikan, cegahlah kemungkaran.

Walau sedikit....walau sedikit......

Sesungguhnya, semua ini adalah peringatan kepada diri saya sendiri terutamanya...dan juga untuk semua...

Wallahua'lam... Allahu Yaa Kareem...Allahu Yaa Rabbi...



2 comments:

afidalina said...

assalamualaikum wani..sekadar perkongsian.. akak dulu masa di uni, ada juga attend courses organized by Saba' Islamic Media, on comparative religion... membuatkan akak memahami Islam dan betapa korupnya agama2 itu yg telah diputarbelit oleh mereka2 yg sesat...tak salah utk tahu/belek Bible, tp kena under guidance orang yg pakar dalam Comparative Religion, supaya kita lebih memahami Islam dan tahu apa salahnye agama mereka.. boleh tgk website nih:http://www.irf.net/irf/main.htm, anything buzz me dear? =)

thefourtharif said...

Hmmhh... setuju dgn komen afidalina tumian. We need guidance to really understand the concept. Sebabnya, mcm kita juga in Islam, we have ulama yang akan mentafsirkan ayat quran and its totally wrong untuk mendengar terjemahan tersebut dr org yang tidak pakar or in other words bg dkt kawan2 kita or kita sendiri untuk tafsir. Y? Sebab Bible n Kuran menggunakan ayat2 berzaman2 lamanya dan TIDAK SAMA dengan ayat2 yang kita guna sekarang samada dari segi susunan ayat, diksi mahupun tone. I would suggest you to read interpreted bible or kajian bible yang ditulis oleh orang2 kristian @ paderi sendri if you are really interested because the interpretation would shock you. My uncle is a christian priest that I get a lot of infos from him. .... Hihih nice to read ur blog