Thursday 17 January 2008

Exam: 3rd Year Sem I

Here is my exam list for this semester:

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tuesday, 15/1
[Paper 1] EEEN 30002T Engineering Analysis [ Done ]


Wednesday, 16/1
[Paper 2] EEEN 30047T Power Systems:Analysis [ Done ]


Monday, 21/1
[Paper 3] EEEN 30048T Power Systems: Plant, Condition
Monitoring and Protection


Wednesday, 23/1
[Paper 4] EEEN 30049T Systems Engineering


Friday, 25/1
[Paper 5] EEEN 30042T Power Electronics


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Catatan hari ini, kertas ke-2. Peperiksaan ialah pada jam 9.45am. Saya terlelap di meja study ketika jam menghampiri 9.05am, dan tersedar 5 minit lagi ke jam 9.45am!!!! Ya Allah....!!

Huh, cuak, cuak....

Pantas saya mengenakan tudung dan mengambil apa yang patut, lantas terus meluru keluar. Mahu je membuka langkah seribu, menjana stamina di awal pagi tika kenderaan berderet-deret di jalan raya. Tapi memandangkan saya mengambil kira tahap kesemputan yang mungkin kronik apabila sampai ke dewan peperiksaan dan akan menyukarkan saya menjawab soalan dengan baik, maka niat tersebut terpaksa dibatalkan. Lalu, perhentian bas terdekat dituju dengan langkah seperti lipas.

Saya tahan bas Stagecoach yang memang terkenal dengan tambang yang mahal. Lantak lah, yang penting, saya nak masuk exam! Hati berselawat dan berzikir banyak-banyak dalam perjalanan yang terasa seperti jarak dari rumah saya ke tempat kejadian seperti berbatu-batu. Sedangkan dekat je sebenarnya, dalam keadaan biasa, 15 minit boleh sampai ke Roscoe Building tu. Cuma keadaan lalu lintas yang memang sentiasa teruk di awal pagi, bas yang saya naiki terasa bergerak seperti siput. Haih, kalau saya berlari ni, 5 minit dah sampai ~

Apabila bas berhenti di depan Student Union, terus saya meluru turun lalu membuka langkah bak pelari marathon. Wahduh, dah la terlupa nak pakai jam, saya tak tahu la saya dah terlambat berapa minit. Apa jadi nanti kalau saya tak dibenarkan masuk dewan peperiksaan? Ya Allah, jauhkan lah...

Terus saya meluru ke Roscoe Building, melepasi bilik 2.22. Terpandang bilik 2.23, cuba membuka pintu...berkunci!!! Aduh! Pantas saya bergegas ke pintu satu lagi di depan sana, bilik 2.24... juga berkunci! isk...

Saya tak putus asa. Saya cuba pintu yang mula-mula sekali, bernombor 2.22. Fuh, tak kunci..

Saya menebalkan muka. Cepat-cepat menanggalkan jaket, dan mengambil bekas alat tulis dari dalam beg, terus mencari tempat duduk. Seorang pengawas perempuan berbangsa Cina meluru ke arah saya dan bertanya nombor tempat duduk saya. Pantas saya berkata," Twenty-five". Beliau memandu saya ke meja tersebut. Beliau pula kelihatan cuak melihat saya begitu. Huhu..

Beliau tercegat berdiri di sisi meja saya, menunggu saya mengisi slip kedatangan untuk diperiksa sebelum beliau beredar. Dengan pantas saya mengisi butir-butir diri dalam slip putih kecil itu. Setelah selesai, saya meletakkannya di bucu kiri meja. Pengawas tersebut lantas mengambilnya dan menyemak butiran yang telah saya tulis di atasnya. Sebelum beliau beredar, beliau sempat bertanya, " Are you ok?". Saya mengangkat muka sedikit dan tersenyum, menjawab dengan pantas,"Yes, I'm ok."

Saya memandang jam di dinding depan yang kelihatan samar-samar. Ya Allah.. 20 minit telah berlalu.

Cepat saya membuka kertas soalan dan melihat setiap soalan untuk memilih yang terbaik. Setelah pemilihan dibuat, saya lantas menjawab dengan pantas setiap soalan sehabis mampu yang boleh. Sesekali mendongak melihat jam di depan sana yang terasa berlalu dengan sangat cepat.

Akhirnya peperiksaan berakhir. Setelah kertas-kertas jawapan dipungut, saya terus melangkah pulang. Saya lebih selesa berjalan daripada menaiki bas. Mengambil angin sambil melegakan otot-otot kaki. Dalam perjalanan pulang, saya berfikir. Apa akan terjadi, kalau Allah sedarkan saya dari lena saya tadi tu pukul 10.15am? atau 10.30am? Sudah pasti saya tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan tu. Na'uzubillah...

Saya hanya mampu bersyukur. Walaupun saya terasa seperti saya tidak membuat dengan baik (tak tahu kenapa rasa camni), tapi, setidak-tidaknya, saya dah berusaha dari apa yang terbaik daripada saya. Dan kini hanya pada Dia saya bertawakkal...

Jadi, daripada kisah ni, pengajaran yang boleh diambil ialah:

1. Tidur awal kalau esoknya ada exam!

2. Stamina memang sangat diperlukan saat-saat kecemasan begini. Jadi, amalkan gaya hidup sihat. ^_^

3. Jangan cemas. Cuba bertenang, walau keadaan ketika itu sangat meruncing.

Ok, mari kembali ke pangkal jalan. Waktu untuk mengulangkaji ~

Sekian.

1 comment:

thefourtharif said...

alah... sedihnya... semoga sukses..