Friday 28 September 2007

Berhentilah mengeluh

Lewat ini,banyak pelajar dibawah tajaan kerajaan menghadapi masalah sewa rumah/hall akibat pemansuhan sistem 60/40 berikutan kenaikan elaun sara diri pelajar sehingga 97%.Untuk pelajar di Manchester,anggaran kenaikan hanyalah sebanyak 50% sahaja.Hal ini mengakibatkan ramai yg cuba bertindak keluar dari hall yg diduduki kerana tidak mampu untuk membayar sewa bulanan yg terlalu mahal.Tidak kurang juga yg terpaksa terus tinggal di hall mereka secara paksarela kerana tidak dibenarkan membatalkan kontrak setelah menduduki hall tersebut selama seminggu atau kurang.

Hmmm...seperti yg dikeluhkan oleh kebanyakan pelajar,keburukan lebih banyak daripada kebaikan berikutan kenaikan elaun pelajar overseas ni.Tekanan demi tekanan.Yg dok umah kat Old Trafford tu misalnya takde masalah la.tapi berapa kerat sgt yg dok umah cemtu...rata-ratanya duduk hall atau flat atau umah bwh universiti.

Keluhan demi keluhan didengari...dalam mengenang nasib diri dan rakan-rakan yg lain,terkadang terlintas jugak,"Aku ni kira bertuah la ni dpt la jugak makan nasik lauk ayam,pakai baju cantik,tebal-tebal time sejuk-sejuk camni,gi skolah belajar ilmu hisab sumer.Bayaran rumah mahal pun,still dapat duduk rumah lagi.Ada jugak tempat berteduh.Masih ada org yg serba kekurangan di luar sana."

Bersyukurlah wahai diri..

Berhenti lah mengeluh dan bersungut..

Teringat kisah Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim.

Bilamana Nabi Ismail telah dewasa dan mendirikan rumah tangga,Nabi Ibrahim kembali ke tempat baginda meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail dulu.Dgn ilham dari Allah,Nabi Ibrahim tahu dimana rumah anaknya,lalu terus melangkah ke sana.

Nabi Ismail tiada di rumah.Keluar bekerja barangkali.Yang ada ialah isteri Nabi Ismail.Nabi Ibrahim memberi salam dan disambut oleh menantu baginda.Baginda bertanyakan Nabi Ismail tetapi malangnya Nabi Ismail tiada.Lalu Nabi Ibrahim bertanya kepada menantunya,"Bagaimanakah kehidupan rumahtangga kalian?".Menantunya menjawab,"Kehidupan kami serba kekurangan.Makan ala kadar.Rumah tak mewah." (begitu lah lebih kurang).Pendek kata,isteri Nabi Ismail banyak mengeluh depan tetamunya yg tidak diketahui adalah ayah mertuanya.Nabi Ibrahim mendengar dan mengangguk-angguk.Setelah beberapa ketika,Nabi Ibrahim minta diri utk pulang dan sempat meninggalkan pesanan utk Nabi Ismail melalui menantunya."Katakan pada suamimu,tukarlah tiang pintu rumah ini.Sesungguhnya ia akan mendatangkan keburukan kepada penghuni rumah ini."

Bila Nabi Ismail pulang,isterinya lantas menceritakan perihal seorang tetamu tua yg datang ke rumah mereka dan juga pesanan Nabi Ibrahim.Lalu berkata Nabi Ismail kepada isterinya,"Tahukah engkau siapa tetamu tua itu?Sesungguhnya dia adalah ayahku.Dan maksud pesananny adalah supaya aku menceraikan kamu."Maka tercerailah isteri Nabi Ismail oleh sebab tingkahlakunya yg suka mengeluh perihal rumahtangganya dan mengadu kepada org lain.

Hurm...moral of the story rasanya difahami kot..Jadi,kawan-kawan kaum hawa ( juga peringatan utk diri sendiri! ) ,zip mulut tu rapat-rapat bila esok-esok dh jadi isteri org.Jgn di hebah-hebahkan perihal umah tangga kita kat org.Pasal suami kita ker,makan pakai tak mudah ker,kesusahan hidup kita...sesungguhnya rumahtangga adalah suatu ujian utk pasangan yg berkahwin.Memang ia sebagai landasan mudah menuju syurga Allah,tapi ia juga tidak kurang juga sebagai platform yg boleh menyebabkan anda mudah ke neraka.Bagi suami yg tidak melaksanakan amanah,tanggungjawab dan peranan dgn sempurna terhadap isteri dan anak-anak,bersoal lah dgn Allah kelak.Juga kpd isteri yg tidak menjaga kehormatan diri dan suami,yg suka menceritakan keaiban dan keburukan suami kepada orang,yg tidak menjalankan tanggungjawabnya terhadap rumahtangga yg dibina,bersedialah dgn pertanyaan-pertanyaan Allah nanti.

Sesungguhnya ujian yg Allah timpakan kepada manusia adalah utk MENGUJI.Sejauh manakah kita ni sabar,kuat dan bertakwa kpd Allah.Berfikirlah secara positif,bahawa ujian tu semua adalah utk kita semua jadi KUAT.Kuat spiritual,rohani dan mental.Kelak kita akan berhadapan dgn mcm-mcm lagi cabaran.

"Allah timpakan ujian supaya kita jadi KUAT. "

That's the resolution.

I've been to that situation which was really shaking my nerve to be strong enough to stand and face it.As sumebody said,"The patience is indeed bitter and soooo painful but the result will be soooo sweeet." And I tried it.Tried to be so firm and 'kebal'.Indeed,it was so so so pain.But now,it is so so so sweet.....*Wink and smile~*

Ujian tu,kita gagal ker,kita lulus ker,yakinlah,selagi kita bertakwa pada-Nya,Dia akan tunjukkan jalan keluar dari masalah itu.Kan semua tu datangnya daripada Allah...?

"..dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

(At-Talaq:2-3 )

Jadi,berhentilah mengeluh wahai hati..

1 comment:

afidalina said...

dik, kita hanya akan 'belajar' bila kita hadapi keperitan dalam kehidupan. akak pegang pada ini, jadi apa2 ujian pun, take it as a challenge for strong fighters like us. in the end, you'll cherish life better!