Saturday, 2 May 2009

Towards the final....

Alhamdulillah... aku telahpun selesai menduduki peperiksaan terakhir pengajian ku di University of Manchester ni... kini aku terasa baru lah aku betul-betul menjadi orang.. bukan pelajar yang terikat dengan peperiksaan setiap semester lagi... lega....

Perkara terakhir untuk disudahkan menjelang hari terakhir persekolahan iaitu pada 12 Jun nanti ialah...Final Year (MEng) Group Project... Aku telah pun membuat jadual seperti di sebelah kanan ni..membahagikan kepada 3 fasa... dan perkara-perkara penting selepas 12 Jun yang akan menyusul... Aah, tak sabarnya nak balik Malaysia... (",)

UK bercuti selama 3 hari di hujung minggu ini... Isnin ini cuti, hari cuti umum yang dipanggil Bank Holiday... aku pun tidak jelas bagaimana Bank Holiday ni boleh wujud sebagai cuti umum... mungkin sebagai pelepasan bagi orang-orang yang bekerja di bank untuk lari sekejap dari masalah-masalah kewangan dengan manusia ni ... hehe...

Dan hujung minggu ini terasa seperti hari yang kosong... maksud aku, kosong tanpa perancangan aktiviti yang padat... tidak seperti sebelum ini (secara jelasnya sebelum peperiksaan akhir) , hujung minggu aku sentiasa penuh dan tersusun dengan aktiviti... jika tidak mengulangkaji, pasti ada aktiviti sampingan lain yang ingin dibuat..

Biasanya pada Juma'at malam aku akan duduk di meja tulis dan merancang aktiviti di hujung minggu... tapi semalam, bila aku mengambil sehelai kertas kosong lalu membahagikan kepada 3 bahagian mewakili hari Sabtu, Ahad dan Isnin, aku dapati aku gagal mengisi ruang-ruang kosong untuk hari Ahad dan Isnin... Aktiviti untuk hari Sabtu ku hanya penuh di waktu pagi sahaja... sekarang pun baru jam 9.20am... dan aku telah hampir melaksanakan separuh aktiviti yang aku senaraikan untuk hari ini...

Ini baru selesai peperiksaan akhir... Final project masih ada untuk diselesaikan.. aku tak dapat bayangkan apabila tiba hari 12 Jun...selepas itu, hidup ini pasti lagi rasa tidak tahu nak buat apa.. dah selesai.... habis.... moga terpimpin untuk membuat sesuatu yang bermanfa'at antara 12 Jun hingga 30 July...

Wani, jangan malas!

3 comments:

amaLina rusLi said...

salam kak wani!!
maseh kenal amalina, memeber nik??
da abes da study??

jeles2~
isk,,
JELES!!!!!!!!!
hahaha

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum,

Moga tercapai segala yang dicita-citakan...

Wasalam,

Dr. Umi Kalthum Ngah
PPK Elektrik & Elektronik
USM Kampus Kej.
Nibong Tebal

Anonymous said...

aii awk ada buat gokart untuk final projek juga
sya nak minta tlg awk
awk ada
design punya awk go krt kan
bg sya sikit idea
sya dah buntu hendak membuat nyaaaaa