Thursday, 2 April 2009

Interview Tips ?

Alhamdulillah... 2 hari lepas aku dapat offer dari UniKL untuk sambung belajar... huhu.. ingatkan tak dapat dah sebab aku cakap tempoh hari masa interview, aku tak bersedia pun lagi nak sambung buat PhD... aku nak sambung MSc dulu... baru lah buat PhD... tapi dapat la pulak... rezeki... alhamdulillah~ =)

Yang bestnya kalau students MARA dapat sambung belajar buat MSc or PhD dibawah tajaan UniKL ni ialah, if kena bayar balik pinjaman say 5%, bila keje dengan UniKL nanti tak perlu bayar balik 5% tu.. sebab UniKL adalah universiti bawah MARA so kiranya kita berkhidmat balik untuk MARA... gaji juga tidak akan dipotong untuk bayaran balik 5% tu... confirm... =)

Anyway... entry ni just nak share sedikit sebanyak apa yang aku dah lalui masa interview dengan ExxonMobil tempoh hari..

Orang selalu kata, apa yang interviewer nak tengok masa sesi temuduga tu ialah tahap keyakinan kita, pengetahuan kita, kemahiran bertutur... betul la semua tu... confidence especially is really important... even though what you are saying is not right at all, but at least you are showing your firm stand..give reasons to support your stand... and that's what I gave them... (",)

Daripada entry yang lepas...

Q : Where do you see yourself in 5 years time?

A : I see myself as a professional engineer.

Q : What about in 10 years time?

A : I want to be a lecturer after 10 years.

Q : Then why do you choose to be an engineer in ExxonMobil??

A : (In whisper) [ I did not choose ExxonMobil but ExxonMobil chose me for this interview.]

Huhu... ~

Well actually benda ni betul2 berlaku... aku memang cakap aku nak jadi lecturer in 10 years time...walaupun benda ni tak teli dengan application dan interview untuk jadi engineer kat ExxonMobil ni tapi aku bagi je reasons.. reasons yang aku bagi untuk support statement aku tu ialah sebab aku nak experience dulu jadi engineer, keje dulu...kemudian aku nak share knowledge ngan orang lain dengan menjadi lecturer.. aku nak inspire other people untuk jadi engineer jugak dan ajak dorang, "Come and join us in engineering!". Bagi aku, students mesti la suka dan memang nak tahu tentang real engineering life... aku memang tak nak mengajar setakat mengajar, tapi aku nak share the life experience juga...

Tahu apa yang company tu mahu pun penting juga... kalau company tu ialah company yang perlukan employee yang suka aktiviti lasak dan aktif, banyak melibatkan benda-benda hands-on (praktikal), perlukan orang-orang yang berfikiran ke hadapan dan jenis yang "I plan my work and I work my plan", jadi tunjukkan la kat dorang kita adalah orang yang begitu... macam mana nak tunjuk? ia adalah dengan memberi contoh.. mention kat dorang apa yang dapat membuktikan statement kita yang kita ni jenis yang tahan lasak... pernah daki gunung Kinabalu ker... selalu masuk lumba basikal ker... apa-apa sahaja yang berkaitan...

Kalau transcript exam kita ada menunjukkan result yang teruk.. well, let them see it... and if they want to comment, let them comment... give reasons why the result was like that... then bagi la judgement, kalau modul tu kita wajib ambil untuk 2 semester, jika result yang semester ke-2 adalah lebih baik daripada yang semester 1 punya, katakan lah kita ni dah improved.. sebab kita belajar dari kesalahan dan kita telah berusaha keras untuk dapatkan markah yang lebih baik... well, that's showing you have been working hard for improvement, right? (",)

Ape-ape pun, kepetahan bercakap itu memang penting.. especially in English... bagi pelajar-pelajar di universiti tempatan Malaysia yang sering berhadapan dengan masalah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, berkawan lah dengan orang-orang yang positif yang sama-sama ingin memperbaiki diri... jangan manjakan diri, tapi gilap potensi diri... k... berkawan lah dengan orang Cina ker... India ker... atau bangsa lain.. yang belajar di universiti yang mempunyai pelajar-pelajar antarabangsa seperti di UIA, UM, USM; lagi best kalau dapat berkawan dengan international students ni kan? =)

Kemahiran "menggoreng" pun penting juga... hehehe... well, it's actually kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK), digabungkan dengan kemahiran bertutur dengan lancar.. pastu "menggoreng" la dengan penuh bergaya... hehe... tapi serius... siapkan lah minda dan fikiran untuk sama-sama berhempas pulas semasa sesi interview tu nanti... ada nye soalan KBKK ni... contoh: " What do you do in your area of work, how you do that and what are the results?" . Haa.. fikir jangan tak fikir....~ huhu...

All in all, persediaan dan kesediaan tu penting... persediaan ialah preparation yang kita buat sebelum menghadapi temuduga tu... buat sikit research pasal company tu... sediakan sijil-sijil dan transcripts yang berkaitan untuk dibawa ke sesi temuduga... pakaian yang kemas dan sesuai... manakala kesediaan pula ialah rasa bersedia untuk di temuduga ketika kaki melangkah ke tempat temuduga tu... bersiap sedia lah.. sama ada anda di "goreng" atau anda yang "menggoreng"...

Hehe... ok, selamat maju jaya... =)

No comments: