Wednesday 25 July 2007

Jaulah sekitar Cairo sesi ke-3

Ahad,22 Julai 2007

Lama sungguh tdk meletakkan sebarang entry di blog saya ini.Sibuk?Hmm,mungkin.Dgn keterbatasan waktu dan ruang serta kemudahan internet yg terbatas mungkin boleh dijadikan alasan..

Hari ini tdk ke klas Bahasa Arab.Afni tidak berapa sihat lantaran kepenatan yg masih belum hilang.Kami berjaulah semalam di sekitar Cairo,melawat makam2 ahli bait ( ahli bait=keturunan Rasulullah ).Saya Cuma mampu bertahan sehingga tengahari sahaja.Tiba2 terasa tdk sedap badan,lantas saya membuat keputusan menarik diri dari meneruskan pengembaraan itu…

Dalam keadaan lemah tp terus melangkah jua pd pagi semalam,beberapa kisah ahlul bait sempat saya simpan dlm kotak memori.Kalau diikutkan mmg saya tak minat sejarah.Tugasan yg diberikan oleh Ustaz Lutfhi supaya saya bacakan buku pasal ahli-ahli bait ketika dalam kereta,saya serahkan pada Hakimah.Surrender awal2…huhu

Saya sempat melawat makam Saiyidah Zainab,Saiyidah ‘Atikah,Saiyidah Ruqaiyyah,Ibnu Sirrin,Sultan Hanafi dan beberapa ahli bait yg lain yg tak mampu saya mengingatinya.Secara ringkasnya,Saiyidah Zainab dan Saiyidah Ruqaiyyah merupakan cucu Rasulullah iaitu puteri-puteri Saiyidina Ali karramallahuwajhah.Dekat sungguh susur galur beliau bertemu dgn Rasulullah.Mendengar cerita dr Ustaz Lutfhi tentang Saiyidah Zainab,diri terasa kagum.Kata Ustaz,beliau jarang keluar rumah (atau tak langsung).Beliau keluar ketika peperangan masa zaman Saiyidina Hussein.Katanya,kemunculan beliau diibaratkan seperti matahari terbit.Ada yg mengatakan seperti bulan purnama.Betapalah agung dan mulia Saiyidah Zainab….

Dan beliau dtg ke Mesir kerana beliau mendapat tahu org islam di Mesir sgt memuliakan ahli bait.Buktinya jelas ketika kedatangan beliau,beliau di sambut oleh ramai orang,yg mengirinya dgn berkaki ayam sebagai tanda penghormatan.Saya tdk ingat cerita seterusnya,sama ada beliau di tempatkan di sebuah istana atau di sebuah rumah.Dan di situ beliau mengabdikan diri pada Allah.Makam beliau berada di dalam sebuah masjid,iaitu Masjid Saiyidah Zainab.

Sultan Hanafi pula ialah seorang wali dari kalangan sultan.Jarang sekali mendengar wali dari kalangan diraja.Makam baginda juga terletak dlm masjid yg diberi nama sempena nama beliau.Terdapat sebuah telaga di dalam masjid itu.Kami sempat merasa air telaga tersebut yg didakwa oleh penduduk tempatan sebagai telaga air zamzam.Airnya sgt jernih dan rasanya juga seolah-olah air zamzam.Saya tdk mengatakan ia 100% seperti air zamzam sbb rasa saya,ada perbezaan dari segi rasa antara kedua-dua air ini.Air dari telaga Masjid Sultan Hanafi ni terasa ‘berat’ dan payau,sdgkan seingat saya,air zamzam rasanya lbh ‘ringan’.Berat dgn zat galian agaknya…

Ibnu Sirrin pula ialah seorang yg mahir menafsir mimpi.Itu je yg saya ingat tntg beliau.

Pengembaraan diteruskan selepas menikmati hidangan tengah hari tetapi tanpa saya.Hakimah menceritakan tentang lawatan mereka ke makam seorang wali yg mana ibu bapa beliau masih hidup.Rupanya wali itu adalah seorang budak! Masa beliau meninggal,umurnya baru 4 tahun.Wah,bagaimanakah bdk berumur 4 tahun di iktiraf wali? Pada awalnya mcm tak percaya jugak,tp bila Hakimah mengatakan bahawa,bdk tersebut walaupun pada usia 4 tahun,telah mampu menghafal Al-Quran dan hadith,baru lah saya faham dan terasa kagum.Mmg sesungguhnya,karamah Allah itu diberikan pd sesiapa jua yg dikehendaki-Nya.Sedangkan Nabi Isa pun boleh bercakap semasa masih bayi…Allahu..


No comments: