Wednesday, 25 July 2007

Catatan dari Bumi Anbiya' II

Semalam Hakimah telah berangkat pulang ke UK.Sebak juga ketika memeluknya tanda selamat jalan.Tinggal lah kami berdua kini--saya dan Afni dalam meneruskan hari-hari kami dengan pengisian ilmu sebanyak mungkin.. (ameen)Hari ini klas Bahasa Arab dibatalkan lagi.Haih...asyik dibatalkan sesuka hati je nih,bila nak habeh klas gini?total jam kredit ialah 50 jam,insyaAllah ada 25 jam lagi utk di lalui...berada dalam klas selama hampir 5 jam setiap hari bisa membuatkan saya pening dan mahu muntah.Saya tak pernah berada dlm klas seperti klas tuisyen begini yg memerapkan diri saya selama 5 jam berturut-turut tanpa rehat...klas skolah biasa pun masuk pukul 8 pagi dan di selangi rehat sekitar pukul 10 pagi kan?itupun setiap subjek hanya satu jam paling lama.takpun gabung 2 period jadik 1 jam setengah atau 2 jam.itu pun dh naik kebas kaki dan punggung.rehat selama 30 minit atau 20 minit dah cukup memberi kesegaran utk meneruskan kembali pengajian sehingga jam 1 tengahari atau 2 ptg...so,logik la kalau saya katakan saya mmg nak muntah masuk klas bahasa arab yg bermula jam 8.30 pagi hingga jam 1 tengahari ni..Setiap hari bila jam melewati pukul 11 pagi,hati dan mula meronta-ronta utk balik.Huhu...

Kalau ikutkan sebetulnya,klas pengajian kami bermula jam 7 pagi dimana seawal jam 5 pagi dah bangkit utk bersolat,mandi dan bersiap-siap dan makan. Masa perjalanan ke Madrasah di Hayyu 'Asyir memakan masa lbh kurang 15 minit utk satu perjalanan pergi dan 15 minit perjalanan pulang.Itupun bergantung kpd adanya pengangkutan awam yg akan membawa kami ke sana..

Hmm..sedar tak sedar dah lebih sebulan saya di bumi Anbiya’ ini sejak hari pertama ketibaan saya dan kawan-kawan di sini pada 19 Jun yang lalu.Diri bertanya sendiri,apa yg telah saya dapat di sini selama sebulan lbh ini?Banyakkah ilmu yang berjaya saya ceduk?Atau saya hanya membuang masa,membiarkan diri menghadiri kelas-kelas ilmu tapi hati dan minda kosong tanpa berfikir?Terus terang saya katakan,diri ini masih tdk punya keyakinan utk bertutur dlm bahasa arab apabila bermu'amalah dgn masyarakat.Saya lbh senang berbahasa Inggeris.Hanya bila berada dlm klas sahaja saya cuba sedaya mungkin berkomunikasi dlm bahasa arab dgn Ustazah Marwah.Dan seperti biasa,beliau akan membetulkan kesalahan grammar dlm pertuturan saya.

Sepanjang berada di sini,sesungguhnya saya dapat simpulkan bahawa Kota Kaherah adalah kota yg sangat sibuk.Melihat gaya kehidupan masyarakat di Kaherah ini kadang-kadang membuatkan diri terasa sangat beruntung lahir di bumi Malaysia.Taraf kehidupannya pada hemat saya lbh kurang Malaysia jugak .Cuma apabila berbelanja daripada tukaran duit matawang Pound UK kepada Pound Egypt itu yang membuatkan diri terasa ‘mewah’.

Saya cuba mendidik diri supaya bijak berbelanja.Saya tidak betah utk boros sesuka hati bila terkenangkan keluarga di kampung.Jiwa rasa ‘sakit’ bila mengenangkan mama yang pernah bersusah payah mencari nafkah sejak ketiadaan ayah ketika kami adik beradik masih kecil.Saya cuba memahami kesusahan mama utk mendapatkan duit bagi menyara kami.Duit,ketika ada,jgn bersikap boros.Guna sehematnya.Beli apa yg perlu.Biar nampak bakhil dan kedekut utk membeli harta dunia,tapi pemurah utk belanja akhirat.Tidak mengapa berbelanja utk benda dunia jika ia adalah utk akhirat.Contohnya membeli kereta.Jika ia diniatkan utk kerja dakwah,insyaAllah ada kerberkatannya….jika membeli perabut mahal-mahal dan cantik-cantik utk berbangga-bangga,baik tak usah…..

Saya dapati masyarakat di sini tidak bersistem.Sistematik?Entah..kurang pasti adakah istilah itu sesuai digunakan.Lampu isyarat walaupun terpacak di simpang jalan tapi fungsinya tidak diendahkan.Kebajikannya juga tidak diambil peduli oleh pihak yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal lalu lintas.Lampu kuning aja yang berkelip-kelip walaupun wujud dua warna lain yg lazim bagi lampu isyarat.Polis yang hanya bergaji LE150 sebulan biasa kedapatan di setiap simpang jalan.Mahu hendaknya kesesakan lalu lintas yg teruk andai khidmat polis-polis yang bergaji rendah ini tdk digunakan…

Saya paling tak betah apabila tiba di simpang-T jalan.Terlalu jelas sikap pentingkan diri sendiri.Semua nak main redah.Hak dan keutamaan diketepikan.Kalau undang-undang di Malaysia,pemandu di jalan utama la yg punya keutamaan utk membelok ke simpang jalan,barulah kenderaan di simpang jalan tersebut boleh membelok masuk ke jalan utama.Tapi disini,semua orang merasakan dia punya keutamaan utk membelok masuk ke jalan yg dikehendakinya.Akibatnya,simpang-T selalu sesak,sesesaknya nafas saya ketika itu.

Dengan tenaga kerja manusia yg waktu kerja pejabatnya bermula jam 9 pagi hingga 2 petang sahaja sudah dapat dibayangkan bagaimana keadaan negaranya ...Baru-baru ini berkunjung ke Universiti Al-Azhar,universiti tertua di dunia.Menggeleng kepala apabila melihat keputusan-keputusan peperiksaan yang ditampal di dinding-dinding bangunan.Nama setiap pelajar dan pencapaiannya terpampang.Tulisan tangan.Markah juga banyak yang di potong-potong,dan dibuat pembetulan markah di atasnya.Tidak bersistematik.Kata salah seorang akhawat,Universiti tidak mahu menukar corak pentadbirannya kerana mahu mengekalkan identiti sebagai universiti tertua di dunia.Demi kemajuan dan peningkatan imej pun tdk mahu berubah..ibarat org tua dangkal yg enggan menerima teguran ke arah kebaikan.

Mempunyai identiti sendiri memang la perlu.Tapi,ada aspek-aspek yg perlu diubah mengikut keadaan semasa ke arah yg lbh baik.Meletakkan nombor ID sahaja sudah mencukupi jika keputusan peperiksaan mahu dipampang begitu.Takde la malu bila result kita dilihat orang.Hanya kita yg tahu no.ID kita.Saya tak biasa dgn sistem begini lantaran di universiti saya,keputusan peperiksaan adalah suatu yang bersifat ‘private and confidential’.Keputusan akan diberikan kepada pelajar tersebut secara terus dan personal,malah ada sesetengah tutor tidak bertoleransi langsung utk memberitahu keputusan peperiksaan tuteenya melalui e-mail sekalipun.Contohnya seperti tutor saya.Tutor orang lain mungkin tidak..

Terkenang pulak kepada Manchester apabila bercerita perihal universiti.Sememangnya saya amat merindui Manchester.Melebihi kerinduan pada bumi Malaysia mungkin.Menjelangnya tanggal 17 Ogos iaitu hari kepulangan kami ke Manchester (inshaAllah),hujung minggu yang masih berbaki sudahpun penuh dgn perancangan aktiviti.Hari-hari yang dipenuhi dgn aktiviti menimba ilmu tidak kira kelas yg berjadual atau jadual sendiri kadang-kadang membuatkan diri mahu bercuti semahu-mahunya utk sehari dua.Tapi bila terkenangkan kata-kata Ustaz Syeikh Abdul Kadir,diri cuba berdiri dan menapak dgn penuh tabah supaya TERUS berjuang dlm mencari sebanyak mana ilmu dan mengaplikasikan dalam kehidupan seharian serta memanfaatkan masa sebaik-baiknya…Ya Allah,berikan ku kekuatan…

No comments: