Wednesday, 25 April 2007

Ukhwah itu....

Hari ini 25 April 2007.Dah tk lama lagi nk exam..kesibukan dunia yg membuatkan diri mengabaikan pengisian agama terhadap diri sendiri...

Kerana tekanan dunia juga membuatkan diri saya menyepi daripada kawan baik saya.Percaya atau tidak,sudah 2 hari saya sengaja tdk mengangkat panggilan telefonnya,sebab saya tertekan.Pergi sekolah,balik,terperap dalam bilik.Cuba belajar tapi tk masuk ape2..mesejnya tdk berbalas,kerana kesibukan.Pagi2 lagi kawan baik saya tu dh call,tp saya masih enggan utk menjawab panggilan..teruk kan saya?

Ptg tadi saya teringat akan dia.Sudah 2 hari tdk bertanya khabar,menyepikan diri.Lantas saya menelefonnya.Memberi salam yg dijawab dgn panjang lebar smbil dia menyebut nama Allah berulang-ulang,dgn lembut nada suaranya membuat saya tersenyum..Dia mengeluh tp dgn gaya yg lembut...."Ya Allah,wani....wani....." .Dia mengulang-ulang nye..Saya tahu,dia tensyen ngan saya,sbb saya buat camtu kat dia,telefon tk diangkat,mesej tk berbalas...

Saya meminta maaf padanya atas sikap saya tu,dan menerangkan betapa saya tertekan.Rupa-rupanya dia juga menceritakan benda yg sama kat saya.Dia juga tertekan dgn study.Tiba-tiba saya rasa bersalah padanya.Saya pentingkan diri sendiri.Disebabkan saya tertekan,saya tk menjwb panggilan telefonnya,walaupun berkali-kali dia cuba menghubungi saya.Lalu saya terfikir,dia tertekan lalu dia cuba menghubungi saya utk meluahkannya (mungkin),tapi saya tak respon pun.Kesian dia....

Maafkan diri ini wahai teman...kerana diri ku tdk lah sempurna,cuba mencari kekuatan diri dalam kelemahan sendiri...Moga ukhwah ini akan sentiasa subur,disirami nilai2 kasih sayang...dan menjadi kekuatan utk kita mengharungi kehidupan ini...semoga Allah sentiasa merahmati-Mu teman...

Ikhlas,
Wani

No comments: