Wednesday, 22 April 2009

Hari untuk senyum...(",)...

" Maintain composure ... dah dapat the offer tuh, tinggal nak maintain performance jer .. sikit lagi jer...orait..."

Itu kata-kata perangsang dari seorang senior yang telah menjadi "tutor tidak rasmi" aku (hehe) setelah aku khabarkan satu berita padanya... yang aku telah berjaya dalam interview Petronas tempoh hari... alhamdulillah... (",)... syukur setinggi-tinggi pujian ke hadrat Illahi....

Allah is Great...

Aku baru je sampai di London pada 28 Mac lalu ketika jam menghampiri ke angka 11.30 pagi... interview aku telah dijadualkan semula, sepatutnya pada jam 2.45pm tetapi kemudiannya diawalkan kepada jam 12.30 tengahari...bergegas aku mencari alamat tempat interview yang diberikan. Aku tiba di tempat interview 15 minit ke pukul 12.30 tengahari... fuh, selamat~

Kemudian aku diberikan sehelai kertas tertulis case study yang bertajuk "Online Job" untuk aku cakna... hey, case study ni takde soalan...apa aku nak jawab nih sebenarnya...? aiyak...

Aku pun tulis je la apa-apa yang terlintas di fikiran aku berkenaan case ni di atas sehelai kertas putih yang diberikan.... Dia kata 10 minit untuk buat case study ... pukul 2.00pm baru aku dipanggil masuk untuk ditemuduga. Cuba tolak jap... pukul 2.00pm dengan 12.30pm... bukan ker 1 jam 30 minit ker tu ... ? Haih... sabar je lah...

Aku melangkah menuju ke bilik yang ditetapkan... mengetuk pintu dan memberi salam... dan senyum... dan mendudukkan diri di depan seorang panel lelaki dalam bilik sempit itu...

So interview bermula... terus kepada pembentangan case study.. bla, bla, bla...

Setelah itu, dia tanya satu soalan berkaitan... then aku jawab... kemudiannya, dia tanya pula beberapa soalan mudah... seperti, kalau dapat kerja dengan Petronas, ada nak particular state ker? Aku jawab, tak kisah... kemudian, ada satu soalan KBKK... "Describe a situation that you tried to solve something but you were not successful."

Aku meminta masa untuk berfikir.. hurm.. nak bagi contoh apa ni... fikir, fikir...

Then aku pun buka mulut... aku ceritakan tentang misi aku dulu ketika menjadi Sport Secretary Malaysia Students Society of Manchester (MSSM) untuk mengadakan volleyball game berasingan lelaki dan perempuan ketika Manchester Games 08 dulu.. bukan mixed volleyball seperti sebelumnya... tetapi kerana kekangan masa, tempat dan juga kos maka misi itu tidak dapat direalisasikan...

Kemudian, panel tu berkata, "Ok, that's it for today."

Terkedu. Aku tengok jam, pukul 2.15pm. Eh, dah ker??

Aku interview dengan ExxonMobil hari sebelumnya pun 15 minit nak cukup sejam.. ini 15 minit aje pulak.. Satu je tu pulak soalan KBKK, tak macam ExxonMobil nyer interview, sampai tak larat aku nak jawab... huhu... aku pun bertanya, " Are we finished? Why is it so short?" Huhu... sambil sengih...

Panel tu kata, "Well, it doesn't mean if the interview is long then you will get the job."

Hurm.. apa-apa aje la encik... baiklah, saya akur... ~ (dalam hati je nih... )

Aku melangkah keluar dari bilik tu... dengan perasaan "tak tahu nak kata apa".. kejap nyer interview~ +_+ Sedih juga bila mengenangkan...macam panel tu tak berminat je dengan aku ni... so buat kejap-kejap je sudah la dengan budak ni.. gitu la gamaknya.... sedih kan..?

Semua orang yang aku ceritakan tentang interview yang sekejap tu terkejut.. ape benda interview kejap sangat ni..~ dah nak wat camne... that's true lah... ~ i'm not joking lah... ~ wuwu......~

Lepas peristiwa tu, aku memang tak mengharapkan apa-apa daripada Petronas.. ye lah.. orang lain interview 15 minit hampir sejam atau 15 minit lebih daripada sejam, aku ni pulak terbalik... tak dapat kot.... tak pe lah... aku dah buat yang terbaik..... dah dia tak nak kat aku... (macam gaya frust bercinta lak ye... ehe )

Tapi dengan tidak disangka-sangka, 2 hari yang lepas aku mendapat email daripada Petronas... memberitahu yang aku berjaya interview tu... eh, eh.. ? Terkedu lagi aku... Petronas ni kan.... memang selalu buat lawak la.. huhu..

Ape-ape pun... Alhamdulillah.. (",) ...kejap je pulak resultnya... baru 3 minggu... Langsung aku khabarkan kepada semua ahli keluarga ku... mereka semua gembira.. semua orang terutama Abang Long sangat nak aku dapat Petronas tu... aku banyak bertasbih, bertahmid dan bertakbir sepanjang hari tu... dan sujud syukur tanda terima kasih padanya, dengan linangan air mata yang bercucuran... lama aku duduk di sejadah usai solat Asar hari tu... terus mengalirkan air mata terharu... sambil memuji-muji Dia.... Allah.... aku tidak tahu ungkapan apa yang terbaik lebih daripada ini untuk aku ucapkan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga kepada-Mu.... sesuatu yang tidak diduga telah Engkau beri....

Benar... "Allah akan tambah rezeki bagi orang-orang yang bersyukur... " moga ada kegembiraan lagi nanti.. bila aku berjaya mendapat keputusan yang baik di akhir pengajian, bulan 7 kelak... inshaAllah..ameen!

Ok peeps, that's the update for today.. doakan moga aku berjaya sehingga ke garisan penamat ye... exam ada satu paper aje lagi...iaitu Selasa depan.. dan sebulan lebih lagi berbaki untuk berhempas pulas dengan Final Year Project (FYP) yang akan menentukan keputusan terakhir pengajian aku... 60 kredit untuk FYP daripada keseluruhan 120 kredit maaa... wuhu, hebat Manchester... ~

"Ya Allah, berikanlah kecemerlangan kepada Aswani... dalam pelajarannya, dalam urusan kehidupannya di dunia dan di akhirat... ameen."

Terima kasih Allah... terima kasih... juga terima kasih semua atas doa...(",)... hari untuk senyum... dan terus tersenyum syukur... alhamdulillah...indeed, Allah is Great... He gave me something I totally expect I wouldn't get... how sweet my God is... (",) ... Allahuakbar...!

Friday, 3 April 2009

SPA...

Hari ni aku mengambil keputusan untuk tidak pergi ke temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi hari ni.. Biar lah.. aku rasa aku dah tetap pendirian untuk tidak masuk menyertai kerajaan awal-awal begini selesai pengajian aku di sini.. aku mahukan cabaran bekerja dengan syarikat swasta... biarkan potensi diri aku diuji dan digilap agar lebih tabah dan kuat... bagi aku, selagi umur masih muda, gunakanlah tenaga dan potensi diri seoptimum mungkin...

"Moga Allah permudahkan urusan Aswani.. dan keluarganya... ameen.." (",)

Thursday, 2 April 2009

Interview Tips ?

Alhamdulillah... 2 hari lepas aku dapat offer dari UniKL untuk sambung belajar... huhu.. ingatkan tak dapat dah sebab aku cakap tempoh hari masa interview, aku tak bersedia pun lagi nak sambung buat PhD... aku nak sambung MSc dulu... baru lah buat PhD... tapi dapat la pulak... rezeki... alhamdulillah~ =)

Yang bestnya kalau students MARA dapat sambung belajar buat MSc or PhD dibawah tajaan UniKL ni ialah, if kena bayar balik pinjaman say 5%, bila keje dengan UniKL nanti tak perlu bayar balik 5% tu.. sebab UniKL adalah universiti bawah MARA so kiranya kita berkhidmat balik untuk MARA... gaji juga tidak akan dipotong untuk bayaran balik 5% tu... confirm... =)

Anyway... entry ni just nak share sedikit sebanyak apa yang aku dah lalui masa interview dengan ExxonMobil tempoh hari..

Orang selalu kata, apa yang interviewer nak tengok masa sesi temuduga tu ialah tahap keyakinan kita, pengetahuan kita, kemahiran bertutur... betul la semua tu... confidence especially is really important... even though what you are saying is not right at all, but at least you are showing your firm stand..give reasons to support your stand... and that's what I gave them... (",)

Daripada entry yang lepas...

Q : Where do you see yourself in 5 years time?

A : I see myself as a professional engineer.

Q : What about in 10 years time?

A : I want to be a lecturer after 10 years.

Q : Then why do you choose to be an engineer in ExxonMobil??

A : (In whisper) [ I did not choose ExxonMobil but ExxonMobil chose me for this interview.]

Huhu... ~

Well actually benda ni betul2 berlaku... aku memang cakap aku nak jadi lecturer in 10 years time...walaupun benda ni tak teli dengan application dan interview untuk jadi engineer kat ExxonMobil ni tapi aku bagi je reasons.. reasons yang aku bagi untuk support statement aku tu ialah sebab aku nak experience dulu jadi engineer, keje dulu...kemudian aku nak share knowledge ngan orang lain dengan menjadi lecturer.. aku nak inspire other people untuk jadi engineer jugak dan ajak dorang, "Come and join us in engineering!". Bagi aku, students mesti la suka dan memang nak tahu tentang real engineering life... aku memang tak nak mengajar setakat mengajar, tapi aku nak share the life experience juga...

Tahu apa yang company tu mahu pun penting juga... kalau company tu ialah company yang perlukan employee yang suka aktiviti lasak dan aktif, banyak melibatkan benda-benda hands-on (praktikal), perlukan orang-orang yang berfikiran ke hadapan dan jenis yang "I plan my work and I work my plan", jadi tunjukkan la kat dorang kita adalah orang yang begitu... macam mana nak tunjuk? ia adalah dengan memberi contoh.. mention kat dorang apa yang dapat membuktikan statement kita yang kita ni jenis yang tahan lasak... pernah daki gunung Kinabalu ker... selalu masuk lumba basikal ker... apa-apa sahaja yang berkaitan...

Kalau transcript exam kita ada menunjukkan result yang teruk.. well, let them see it... and if they want to comment, let them comment... give reasons why the result was like that... then bagi la judgement, kalau modul tu kita wajib ambil untuk 2 semester, jika result yang semester ke-2 adalah lebih baik daripada yang semester 1 punya, katakan lah kita ni dah improved.. sebab kita belajar dari kesalahan dan kita telah berusaha keras untuk dapatkan markah yang lebih baik... well, that's showing you have been working hard for improvement, right? (",)

Ape-ape pun, kepetahan bercakap itu memang penting.. especially in English... bagi pelajar-pelajar di universiti tempatan Malaysia yang sering berhadapan dengan masalah berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, berkawan lah dengan orang-orang yang positif yang sama-sama ingin memperbaiki diri... jangan manjakan diri, tapi gilap potensi diri... k... berkawan lah dengan orang Cina ker... India ker... atau bangsa lain.. yang belajar di universiti yang mempunyai pelajar-pelajar antarabangsa seperti di UIA, UM, USM; lagi best kalau dapat berkawan dengan international students ni kan? =)

Kemahiran "menggoreng" pun penting juga... hehehe... well, it's actually kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK), digabungkan dengan kemahiran bertutur dengan lancar.. pastu "menggoreng" la dengan penuh bergaya... hehe... tapi serius... siapkan lah minda dan fikiran untuk sama-sama berhempas pulas semasa sesi interview tu nanti... ada nye soalan KBKK ni... contoh: " What do you do in your area of work, how you do that and what are the results?" . Haa.. fikir jangan tak fikir....~ huhu...

All in all, persediaan dan kesediaan tu penting... persediaan ialah preparation yang kita buat sebelum menghadapi temuduga tu... buat sikit research pasal company tu... sediakan sijil-sijil dan transcripts yang berkaitan untuk dibawa ke sesi temuduga... pakaian yang kemas dan sesuai... manakala kesediaan pula ialah rasa bersedia untuk di temuduga ketika kaki melangkah ke tempat temuduga tu... bersiap sedia lah.. sama ada anda di "goreng" atau anda yang "menggoreng"...

Hehe... ok, selamat maju jaya... =)