Wednesday, 7 November 2007

Response tntg isu Mixed Volley yg saya respect =)

Suka saya letakkan response yg diambil dari MCOT mailinglist ini di blog saya.Saya bangga dan saya respect.Saya setuju dgn semua isi dlm response ini dan sbb itu saya nk letak kat sini.Email asal telah diedit sedikit,membuang ayat2 yg tdk perlu.Harap tuan punya penghantar email tak kisah... =)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

- apa guna TAHU andainya tiada MAHU -

hopefully apa yang nak ditulis ni akan memberi kesedaran kepada diri
aku sendiri terutamanya. .. diakui jua bahawa aku bukanlah antara orang
yang terbaik atau ter'power' di kalangan korang... banyak kesilapan dan
keganasan di sana sini..

best jugak bila baca respon2 orang berkenaan topik mixed volley time
malaysian games kat uk ni, tak terhad untuk Notts je... sampai ada yang
mengungkit tentang tazkirah sempena sesi berdansa malaysia night ..

aku membuat andaian bahawa majoriti listers dalam yahoo groups ni
adalah muslims, so boleh berbincang secara terbuka... bila aku kata
berbincang secara terbuka, bukanlah bermaksud berbincang tanpa ada
batasan... sebab sebagai muslim, there will always be limits... even
within these limits there are various issues which can and should be
discussed, but some muslims still choose to transgress, either
purposely or accidentally. .. maka di sinilah terpaparnya keindahan
Islam, bila ada di antara kita yang tersilap, ada saja muslim yang lain
akan datang menegur...

Seindah firman Allah yang bersumpah dengan Ciptaan-Nya. ..

"Demi masa; sesungguhnya semua manusia itu berada di dalam kerugian;
melainkan orang2 yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan2
dengan kebenaran, dan yang berpesan2 dengan kesabaran" (Al-'Asr 103:1-3)

isu2 blockoffice dan blockbuster macam ni memang dah biasa dibangkitkan
sejak bertahun2 lamanya, even sebelum zaman dr. mael xpdc and dr. hanep
datang uk lagi isu2 sebegini dah selalu diperbincangkan oleh masyarakat
malaysia beragama Islam, yang PRIHATIN dengan pelaksanaan cara hidup
ISLAM bukan setakat untuk diri sendiri, tetapi juga untuk masyarakat
yang di sekeliling mereka... bak kata Cikgu Ali ex-officer MSD, kita
kena "sayang semua orang"... dan antara cara untuk menampilkan kasih
sayang kita kepada masyarakat ialah untuk memastikan semua orang berada
di bawah rahmat dan keberkatan Allah pada setiap masa dan keadaan...

berkenaan isu2 macam ni, aku tak nak la cakap siapa yang salah and
siapa yang betul... tapi kadang2 tu kenyataannya, bak kata
orang, "sudah terang lagi bersuluh", but still nafsu kita masih
cenderung untuk still pilih dan buat something yang akan menjejaskan
kesihatan iman kita...

the best method untuk memastikan apa2 yang korang buat tu betul atau
salah adalah seperti berikut (nasihat untuk diri sendiri terutamanya) :-

1. istighfar sebanyak-banyaknya; lafazkan dan baharui syahadah kita

2. bayangkan kita tengah buat benda yang kita nak buat tu, and
bayangkan jugak junjungan kita Nabi Muhammad (peace be upon him) tengah
tengok kita buat benda tu, agaknya adakah baginda akan bersetuju atau
tidak dengan perbuatan kita? Kalau rasanya baginda ok je, maka teruskan
lah, insha allah mendapat ganjaran mengikut sunnah... tapi kalau rasa
baginda benci, elok ditinggalkan saja perbuatan tu, takut2 menyukarkan
kita untuk mendapat syafaat dari baginda di mahsyar nanti...

3. seterusnya, bayangkan lagi yang kita tengah buat benda yang kita nak
buat tu, and then tiba2 nyawa kita dijemput pergi oleh Allah,
bagaimanakah keadaan mati kita ketika melakukan perbuatan tersebut?
kalau rasanya kita akan mati dalam keredhaan Allah, maka teruskanlah. ..
tapi kalau agak2 kita mati time buat benda tu dalam keadaan hina di
sisi Allah, elok sangatlah kita pilih benda lain untuk diperbuat bagi
menggantikan perbuatan yang asal itu...

buleh direnungkan satu lagi keindahan firman Allah,

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan
(ingatlah), Allah jualah Yang Maha Mengetahui (semuanya itu), sedang
kamu tidak mengetahuinya. " (Al-Baqarah 2:216)

in short, aku takde masalah kalau ada orang still nak berpegang kepada
prinsip "it's my life and it's my choice", janji kita semua sedar
bahawa life itself adalah pinjaman dari Allah... kawan2 kita yang
bersahabat dengan kita dan menyayangi diri kita ini kerana Allah,
mereka akan terus memberi nasihat dan berdoa supaya segala tindak-
tanduk kita berlandaskan apa yang Allah suka... tetapi kami sebagai
kawan/sahabat tidak mampu berbuat apa2 kalau kawan kami itu masih
memilih untuk mengikuti jalan yang lain, yang tidak menuju ke redha
Allah...

bak firman Allah lagi,

"... sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah, maka dialah yang berjaya
mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkan-Nya maka engkau tidak
sekali2 akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan
yang benar) kepadanya." (Al-Kahfi 18:17)

so aku berseru kepada kawan2 dan diri aku sendiri, sama2 lah kita tegur-
menegur antara satu sama lain esp. kalau ada benda yang kita rasakan
tidak kena... tak ada istilah "menjaga tepi kain orang" di dalam
menjalankan amar ma'aruf dan nahi munkar... semoga kita semua tergolong
dalam masyarakat yang dirahmati dan disayangi Allah, amiin...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~ I smile.... ~

No comments: