Kalau ikutkan hati,bnyak sgt yg nk ditulis kali ini berikutan bnyk nya perkara yg berlaku di sekeliling saya sejak akhir-akhir ni.Yg tak berlaku di sekeliling saya seperti isu BERSIH tu pun,tak kurang menarik keinginan sy utk menitipkan sepatah dua kata sebagai pandangan peribadi.Walaupun umur baru seusia jagung (baru layak mengundi org kata~) tapi isu BERSIH ni secara langsung melibatkan kita sebenarnya,generasi-generasi muda ni.Bak kata org2 lama,generasi muda ni la pelapis..pewaris negara.Dah tu,mahu lagi ditolak tepi isu2 yg membabitkan masa negara ni..?
Ada yg mengatakan,"Di usia ini,tok usahlah dok main2 politik.Tok usah lah dok highau mende2 politik ni.Kicik agi.Belajau lu biar sudah.Pastu ko nk masuk politik ker,nk masuk ape ker,lantak pi la."
Bkn ker dgn mengambil tahu isu politik ni adalah sebahagian drpd proses pembelajaran?Belajar utk menjadi rakyat yg endah,jadi rakyat yg tahu,yg mempunyai buah fikiran,yg bkn dungu atau sekadar mengikut secara membabi-buta.Cuma limit nye ialah,jgn terlibat secara langsung ke kancah politik dikala tuntutan sebagai pelajar lbh utama di usia ini.Harap ianya jelas.Membezakan antara mengambil tahu dan terlibat secara total.
Terdapat perbezaan pendapat antara yg membenarkan perhimpunan 'haram' itu dan yg menentangnya.Perhimpunan itu adalah perhimpunan aman pun,bkn nk wat protes atau tunjuk perasaan ape-ape pun,cuma nk serah memorandum kat Agung je.Pihak berkuasa tak patut guna kekerasan utk halang perhimpunan tu.Rakyat yg join tu tak buat kecoh pun,tapi polis yg start dulu,sembur air la,gas pemedih mata la.Mana la org ramai tak bertindak balas.Mmg tak patut..Sepatutnya kewujudan polis dan FRU tu hanya utk mengawal keadaan supaya tak berlaku perkara-perkara yg tak diingini,kalau itu kehendak mereka yg mengadakan perhimpunan tu--utk serahkan memorandum--pastikan lah tujuan mereka tu dpt dilakukan dgn aman dan mudah.Ini tidak,buat malu je.Malu bila tgk byk video-video kat YouTube tu pasal apa yg berlaku 10 Nov lps.Haih..~
Hurmm..sebut psl peduli ni jugak,smlm berlangsung
1. Kononnya Student Union Universiti Al-Najah mengadakan Minggu Shuhada' utk meraikan tindakan 19 bekas pelajar universiti itu yg tlh melakukan pengeboman berani mati dan membunuh org ramai yg tak bersalah---> ini di kira sebagai terrorisme oleh mereka yg ingin membatalkan twinning Manchester-Al-Najah.
2. Pada 23 September 2001,keadaan di sebuah restaurant pizza Sbaro yg tlh dibom di reka semula utk menunjukkan keadaan bagaimana kesan pengeboman oleh puak-puak yg dianggap pengganas ni,dgn membuat replika restoran tu yg sebesar bilik,perabot2 yg pecah berserakan,darah2 manusia dan anggota badan manusia yg palsu serta kepingan2 pizza yg bertaburan di merata tempat.---> Konon tindakan ini dilihat sebagai tindakan org2 Palestine yg ingin membangkitkan semangat rakyatnya utk menjadi pengebom berani mati!
Saya sendiri seperti berdiplomasi dgn diri sendiri sblm diri ini betul2 membulatkan tekad utk sama2 menyertai rakan-rakan yg lain ke Student Union.Pada mulanya,diri seperti tdk mahu terlibat sama dgn alasan,"Ah,ape la sgt kesannya,aku dtg ke,tak dtg ker,ramai lg kot org lain yg leh support utk dorang."Plus,saya mmg penat + ngantuk masa pulang dr klas smlm..buktinya,klas yg hny seketul dr jam 10-11am,saya tidur spnjg lecture,tak paham ape2 pun lecturer aje.Otai sungguh saya...isk
General Meeting itu akan bermula jam 1.30pm.Slps menunaikan solat zuhur pd jam 1pm,hati masih berkira-kira antara mahu turut serta atau tidak.Menjelang 1.10pm,hati tiba-tiba rasa terpukul.Meresap satu perasaan,"Jika aku buat tak endah begini dgn nasib org2 islam di Palestine,ape akan jadi once kalau org2 islam kat Malaysia kelak memerlukan sokongan begini?Adakah yg ingin membantu?Allah akan bantu ker?Ape akan jadi kalau Allah pun buat tak hirau nnti ngan org2 islam kat Malaysia?"
Saya cuba mengingati balik sejarah Palestine.Jujur saya katakan,sblm ni saya tdk lah mengambil tahu sgt isu-isu Palestine ni.Tdk la seperti beberapa golongan yg sanggup berjuang mati-matian demi Palestine.Saya masih belum tergolong dlm golongan itu.Cuma saya tahu,org islam di Palestine di tindas oleh org2 Israel laknatullah,diperlakukan dgn kejam,dinafikan hak mereka sebagai manusia dan sebagainya.Saya agak kagum dgn kawan-kawan bdk Medic yg tlh didedahkan dgn isu-isu Palestine ni sehingga mereka sanggup utk turun padang,sama-sama menyertai misi kemanusiaan ke sana,walaupun diri mungkin diancam bahaya dgn peluru-peluru hidup dan bom-bom tentera Zionis.Semangat jihad yg tinggi yg mmg patut ada pd setiap diri umat islam yg cintakan agama Allah ini.[ Merenung diri sendiri... ]
Dlm kesempatan yg hanya tinggal beberapa minit sahaja sblm diri betul2 tekad utk ke Student Union yg hanya mengambil masa lbh kurang 10 minit perjalanan kaki,saya mengimbau tntg sejarah Nabi-nabi yg bnyk di Palestine.Kalau tak silap saya,Nabi Ibrahim,Nabi Ishak,Nabi Ya'qub,Nabi Yusuf dan beberapa lagi,ramai yg berasal dr Palestine.Palestine ialah bumi bertuah,di sana terletak masjid ke-3 suci bagi umat Islam iaitu Masjidil Aqsa.Teringat detik ketika saya berada di bumi Mesir pd cuti musim panas yg lepas,kami tdk dapat menjejak kaki ke bumi Palestine,walaupun kami tlh hampir dgn sempadannya.Palestine adalah bumi umat islam,tp sekarang hak kita dinafikan.Palestine adalah bumi anbiya' juga,tak mahukah sy kembalikan sejarah itu?Kalau nak Palestine bangkit sebagai negara umat islam,org2 Palestine perlu celik ilmu.Namun,berilmu sahaja tanpa ada kesempatan atau peluang utk membina negara mereka sendiri,apelah guna.Jadi,umat islam di luar Palestine perlu bertindak!
Allah menimpakan hal sedemikian ke atas umat Islam utk melihat siapakah antara hamba-Nya yg sanggup mengorbankan harta dan jiwa mereka demi islam,membantu umat-umat islam yg lain.Tak mahu kah saya tergolong dlm golongan yg berjihad di jln Allah..?Tak mahu kah? Berkali-kali saya bertanya pd diri sendiri.Akhirnya saya mengambil keputusan utk turut serta.Walaupun terpaksa berkorban masa yg sepatutnya digunakan utk membuat lab report,project research,tutorial dsb.Org lain pun bnyk kije jgk,buleh je turut sama.Mana tahu,kita berkorban masa kita demi membantu org Palestine,kelak Allah permudahkan kita dlm kita nk buat coursework kita tu nnti ke..dlm ape2 jua hal..Allah Maha Adil...Allah Maha Membantu..saya tak mahu di akhirat kelak,saya terpinggir drpd golongan yg berjuang demi umat islam yg lain.Betapa ruginya saya nanti!Sepantas kilat saya bersiap dan melangkah turun dari rumah.
Alhamdulillah sy sempat masuk sblm pintu bangunan Student Union ditutup.Manusia sgt la ramai dan bersesak-sesak;semua dgn semangat perjuangan masing-masing.Ada yg datang dgn semangat nk menang Motion 1 (iaitu menyokong pembatalan twinning tu),ada yg nk vote down.Tiba-tiba terlintas,"Begini la agaknya di Padang Mahsyar kelak,manusia berasak-asak,ramai,tdk mempedulikan satu dgn yg lain,menunggu masa utk dihisab oleh Allah SWT." Ngeri seketika bila membayangkan kelak,manusia akan tenggelam dgn air peluh setinggi leher.Na'uzhubillah...
Manusia beratur dgn sabarnya.Tak kurang jgk ada yg give up.Ye lah,dah lebih 1 jam dlm keadaan begitu,bergerak pun mcm siput je..mengengsot-engsot.Dlm hati saya berdoa,"Ya Allah,teguhkan hati-hati kami yg ingin berjihad di jalan-Mu,agar tdk mengalah sblm penentuan diputuskan."Saya menghitung-hitung sendiri,antara kesabaran org bkn islam dan org islam yg berasak-asak dlm kelompok manusia yg ramai tu.Kesabaran org bkn islam yg hanya inginkan kemenangan dunia,yg sudah pasti tiada apa2 saham di sisi Allah.Tp kesabaran org islam yg inginkan kebaikan utk saudara seislam yg lain,diniatkan kerana Allah,pasti Allah mengganjarinya di akhirat kelak.Walau sebesar zarah...
Setelah 1jam setengah berasak-asak begitu,akhirnya saya dan beberapa kawan sy yg lain tiba di hadapan pintu dewan utama tmpt perbahasan diadakan.Malangnya pintu itu tlh ditutup,menafikan kemasukan org ramai yg selebihnya di luar ini.Yg masih menunggu diluar, ada sebahagiannya sekadar ingin mengetahui keputusan.Saya membuat keputusan utk pulang,memandangkan pada fikiran saya,tiada lg peluang utk turut sama mengundi.Dalam hati hanya berserah pd Allah,moga kemenangan berpihak kepada umat islam.
Saya mengajak adik-adik junior yg turut tdk dpt masuk ke dewan utk solat asar berjemaah di sebuah dewan yg kosong ditingkat atas.Seusainya kami menghadap yg Esa,tiba-tiba datang seorang lelaki mat saleh meminta kami kosongkan dewan itu utk diadakan General Meeting sesi ke-2.Huh,sesi ke-2?Ada jugak ek...?
Kami menurut seperti yg diminta,lalu melangkah kembali ke hadapan dewan utama.Ketika kami tiba di sana,pintu dewan itu rupanya telah dibuka yg membolehkan kami mendengar perdebatan yg sedang berlangsung.Dgn jarak yg agak jauh,saya tidak dpt menangkap dgn jelas butir-butir percakapan org yg berada di hadapan hadirin.Tiba-tiba seorang lelaki mat salleh yg lain shout,sape yg nk join undi,sila ikut dia.Maka berpusu-pusu la manusia di situ melangkah naik ke tingkat atas utk ke dewan tersebut.
Dewan ke-2 penuh sesak.Kami terpaksa menunggu hampir 20 minit,barulah org yg bertanggungjawab menguruskan General Meeting tu tampil ke hadapan dan menguruskan perjalanan majlis.The guy asked,"Who want to ammend Motion 1,please raise your hands!" Zruuuppp,hampir semua hadirin dlm dewan ke-2 tu angkat tgn.Kagum.Bangga.Setelah bbrp org AJK membuat kiraan,that guy asked again,"Now,who want to be against the ammendments?" Ciput je angkat tgn.Subhaanallah...senyum terukir di wajah2 kebanyakan daripada kami..=)
Undian itu bkn lah drpd org2 islam semata-mata saya kira,ada ramai juga org2 bkn islam yg turut vote down Motion 1.Nyata,rasa perikemanusiaan di kalangan hadirin yg bkn drpd golongan org islam juga tdk pudar,mahu hak kemanusiaan rakyat Palestine di tegakkan.
Hati sangat gembira.Ketika kaki melangkah pulang,terngiang-ngiang di telinga akan ayat Allah yg berbunyi:"Apabila tlh dtg pertolongan Allah dan kemenangan.." [An-Nasr:1] smile~~ =)
Sungguh,kemenangan itu di pihak Allah..
Subhaanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mengimbau juga sedikit perbualan antara saya dan seorang rakan sebaya,bersama seorang rakan satu batch--salah seorang org kuat MCOT =)
Kawan 1:"Wani,tak nak bertanding ker AGM MSSM?"
Wani:"Huh..?"
Salah sorg org kuat MCOT:"Masuk la Wani.Jadi Naib Pres ker.."
Wani:"Apekah?Jadi Sport Officer dah la kot.Wani kan nak fight utk women only volleyball.." (Smile)
Wani:"Emm,tak kot.Ada org yg lbh layak.(Smile) Lagipun,wani tak sure lagi sbnrnya nk join MSSM ke tak.Tak berani jgk.Dh masuk 3rd year,dah la percentage amek besau gile utk degree,50% masa 3rd year,50% masa 4th year."
Kwn 1:"If you really determine for it,just go for it."(Merujuk kpd psl nk fight utk women only volley ) I pun tgh buat istikharah sama ada nk masuk bertanding ke tak.Wani buat la istikharah jgk."
Saya kata kat kawan saya,"Tgk la dulu camne.But,even Wani tak jadi Sport Officer pun,Wani tetap akan berusaha utk usulkan cadangan tu (women only volley) melalui Sport Officer baru,supaya link kan dgn Notts punye Malaysian Society."InshaAllah...
Suara rakyat~~kan? Medium kena la ada..
Ok guyz,wait for it,women only volley in Manchester and no more mixed volleyball in Nott Games! *Wink* Saya tak menjanjikan perubahan,tapi saya akan cuba.
No comments:
Post a Comment