Sunday, 25 November 2007

.......MSSM Sport Secretary 07/08....a great challenge to come.....

Entry ini ditulis pada hari Khamis,22 Nov 07,12.05am....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Segala puji-pujian hanya bagi Allah,Tuhan yg Maha Agung…

Miracle…

Itu lah yg wajar sy katakan..apabila saya akhirnya terpilih utk memegang jawatan Female Sport Secretary of Malaysian Students Society of Manchester (MSSM).

Saya tidak maksudkan istilah “terpilih” utk menang. Tetapi,terpilih utk ke hadapan. Terpilih utk menyahut cabaran,dgn menolak ke tepi tentang kemenangan.That’s not the point of making sudden decision to run for the post for the very last minute of chance.

Menceritakan detik-detik keajaiban yg berlaku…..

Sehari sebelum menjelangnya Annual General Meeting (AGM) iaitu semalam,male Sport Secretary (Sport Sec) menghubungi saya,requesting for my commitment to run for the female sport sec post.Katanya,tak ramai org melayu yg nk bertanding.5 posts tertinggi dah di kuasai oleh org Cina,which is dh tak de peluang dh kalau nk run any 5 top posts tu sbb dah lepas daa deadline utk hantar manifesto.Tapi yg posts bawah2 ni,boleh je kalau nak masuk bertanding,tak yah manifesto..nak terjengul kat depan on the spot masa AGM nnti pun buleh,menurut kata ex-sport sec laa..saya terfikir,”aih,ade jgk lagu tu yek..?sesuka ati je nak terjengul gitu…huhu” tapi ia benar…

Saya sangat tertekan smlm.Keputusan yg perlu dibuat secara drastic.Memang saya nak post tu,sbb saya aktif sukan,dan saya nak contribute sumthing to Malaysian here in Manchester,especially issue mixed volleyball yg turun temurun tak selesai2.Tapi,ada beberapa perkara yg buat saya berat hati sangat nak mengatakan YES.Akhirnya smlm,saya beritahu ex-sport sec,saya taknak masuk bertanding.

Hari ni,Allah takdirkan saya “terpilih” ke AGM MSSM,utk kasi sokongan kpd rakan-rakan Melayu yg bertanding.Sekali lagi,ex-Sport Sec bertanya saya bila melihat saya masuk ke dewan,”Wani,betul tak nak run?” I said,”Betul.Tak nak.”(smile).He said,”Think first ok.Then let me know if you change your mind.” I just smiled and nodded my head.

Masa tu calon Vice President yg ke-2 sdg menyampaikan manifestonya.Sesi soal jawab di lakukan setelah kedua-dua selesai berucap.Saya paling tertarik dgn pertanyaan ex-Pres MSSM 2 tahun lps,Shahrin ( Arin ).Soalannya berbunyi:”Come on guys!Make us confident enough to choose you as our new Vice-President.What do you wanna do to make the gap closer amongst the members?Can you see the gap here?(while pointing the vacant seats,separating audience who sat at the front and at the back).”Saya nampak dia mcm kecewa dgn calon-calon yg ada di hadapan audience. Mereka mungkin tidak seperti yg diharapkannya. Ex-Pres sesi tahun lps juga nampak kecewa.Apabila soalan Arin cuba dijawab oleh calon-calon di hadapan, saya menoleh ke belakang sekali lagi.Nampak Arin sedang tunduk sambil mengurut-ngurut dagunya.Kelihatan memikirkan sesuatu. Mungkin juga gelisah.

Manusia mencari manusia yg berkualiti utk memimpin dan melaksanakan kerja.…pengharapan dari orang-orang yg ingin dipimpin kepada org yg bakal memimpin..berkaliber..yg berketerampilan… mungkin kerana itu,ex-Presidents berasa tidak puas hati dgn calon-calon yg akan mengambil alih tampuk pemerintahan MSSM bagi sesi baru ni.

Kualiti manusia tu abstrak.Dan ia perlu dibentuk.Jika tidak dgn satu langkah,manakan jadi langkah yg seribu..? Jika tiada permulaan,bilakah akan terbentuk kualiti itu..?

Seorang demi seorang keluar menyampaikan manifesto,bermula daripada jawatan Vice Presiden (Presiden takde sape berani nak bertanding..this is a big issue to think..hurm..),Secretary,Treasurer,Assistant Treasurer,Welfare Officer,Events Co-ordinators, dan tiba lah giliran utk post Female Sport Secretary.Sepanjang majlis berlangsung,ramai yg approached saya,”Wani,run la Sport Sec” tak kurang juga yg bertanya saya personally,”Kenapa tak nak run Sport Sec?Awak boleh la,Wani..”.Hurmm..a hard question to answer.

When it came to Events Co-ordinator post, I was inspired by someone named Jee.He is a Chinese guy that I first knew him 2 weeks ago, at volleyball tryout. That was the first time I saw him.Today,he was really impressing.Full of nerve and encouragement. I was totally inspired when he shouted,”Malaysia Boleh!” at the end of his speech.Fuh,gema satu dewan.

There was only one Malay girl amongst the people who ran for the overall posts,she was running for the Events Co-ordinator.I was knocked. What will happen when she is the only Muslim Malay girl in the committee..? Where are the others?? Where??

The ex-Sport Sec kept encouraging me to run the post.He was really full of hope.But I still refused.Until the time came...Female Sport Sec candidate to give her speech.The Chinese girl was just coming up ,without any manifesto preparation,standing there and gave speech promptly. Suddenly I felt like motivated to go out at the front as well.In other word,YES,I’m willing to run for the post.Just before she finished her speech,I stood up abruptly,and looked back,searching for the ex-Sport Sec.Fortunately he was just not too far from me and he noticed me.I walked towards him and say,”I want to run for the post.” He was amazed,”Are you serious?”.”YES”,I replied,firmly.

He moved to the front quickly,telling the MC that another girl was willing to give her speech and run for the post.What a drastic decision I made.There I was,in front of the audience,willing to speak,but with nothing in my mind,no preparation at all.

But,as the saying goes,”Miracle does happen…” yes,it did happen…

He gave me the strength to speak in the front whereas it is my ultimate weakness ( I think) to stand up before audience and give public speaking.Usually my heart will be beating faster, about to drop from it’s place,I will be so so so nervous that even I could not utter a word out of my mouth.But it was indeed a miracle,how Allah has made it easy for me…

Definitely there was lacking in my speech, since I did not prepare at all.. In fact,I planned just to talk in Malay,since it would be easy for me to convey what I wanted to talk about.But,it just went like that.The encouragement and brave flowed gently in my heart.When Allah wills,nothing can stop it…=)

Alhamdulillah..I managed to deliver my speech,if not good,at least ok. Thanks to Allah that He gave me the ideas how to answer those asked questions.Alhamdulillah..

Here I am, with a new task awaiting. MSSM Sport Secretary for new session 07/08.Time is deprived now..no more main-main… but lots of main soon to come…that’s what sport excos have to do rite…? to promote health and active life to the society..so,come on everybody,let’s be with me.Activate Your Life! *Wink wink* =)

Thursday, 15 November 2007

Isu-isu:BERSIH,General Meeting:Twinning Uni.of Manchester & Al-Najah Uni,Palestine ..and..women only volley in Manchester?

Lama tak menulis.Masa seperti suntuk amat kebelakangan ni.Ini pun mencuri-curi waktu ketika diri sepatutnya bersibuk-sibuk dgn tutorial.Jam menunjukkan angka 5,di pagi yg hening dan damai (dan juga sejuk bangat) ini...

Kalau ikutkan hati,bnyak sgt yg nk ditulis kali ini berikutan bnyk nya perkara yg berlaku di sekeliling saya sejak akhir-akhir ni.Yg tak berlaku di sekeliling saya seperti isu BERSIH tu pun,tak kurang menarik keinginan sy utk menitipkan sepatah dua kata sebagai pandangan peribadi.Walaupun umur baru seusia jagung (baru layak mengundi org kata~) tapi isu BERSIH ni secara langsung melibatkan kita sebenarnya,generasi-generasi muda ni.Bak kata org2 lama,generasi muda ni la pelapis..pewaris negara.Dah tu,mahu lagi ditolak tepi isu2 yg membabitkan masa negara ni..?

Ada yg mengatakan,"Di usia ini,tok usahlah dok main2 politik.Tok usah lah dok highau mende2 politik ni.Kicik agi.Belajau lu biar sudah.Pastu ko nk masuk politik ker,nk masuk ape ker,lantak pi la."

Bkn ker dgn mengambil tahu isu politik ni adalah sebahagian drpd proses pembelajaran?Belajar utk menjadi rakyat yg endah,jadi rakyat yg tahu,yg mempunyai buah fikiran,yg bkn dungu atau sekadar mengikut secara membabi-buta.Cuma limit nye ialah,jgn terlibat secara langsung ke kancah politik dikala tuntutan sebagai pelajar lbh utama di usia ini.Harap ianya jelas.Membezakan antara mengambil tahu dan terlibat secara total.

Terdapat perbezaan pendapat antara yg membenarkan perhimpunan 'haram' itu dan yg menentangnya.Perhimpunan itu adalah perhimpunan aman pun,bkn nk wat protes atau tunjuk perasaan ape-ape pun,cuma nk serah memorandum kat Agung je.Pihak berkuasa tak patut guna kekerasan utk halang perhimpunan tu.Rakyat yg join tu tak buat kecoh pun,tapi polis yg start dulu,sembur air la,gas pemedih mata la.Mana la org ramai tak bertindak balas.Mmg tak patut..Sepatutnya kewujudan polis dan FRU tu hanya utk mengawal keadaan supaya tak berlaku perkara-perkara yg tak diingini,kalau itu kehendak mereka yg mengadakan perhimpunan tu--utk serahkan memorandum--pastikan lah tujuan mereka tu dpt dilakukan dgn aman dan mudah.Ini tidak,buat malu je.Malu bila tgk byk video-video kat YouTube tu pasal apa yg berlaku 10 Nov lps.Haih..~

Hurmm..sebut psl peduli ni jugak,smlm berlangsung
University of Manchester Student Union's General Meeting. Aim kitorang ialah nk vote down Motion 1 which is dorang ni nak batalkan isu twinning Student Union Uni.of Manchester dgn Student Union Al-Najah Uni di Palestine.Motion ni dh berjaya masa General Meeting bln Mac lps,tp nmpknya ia ditimbulkan balik berikutan beberapa perkara yg berlaku:

1. Kononnya Student Union Universiti Al-Najah mengadakan Minggu Shuhada' utk meraikan tindakan 19 bekas pelajar universiti itu yg tlh melakukan pengeboman berani mati dan membunuh org ramai yg tak bersalah---> ini di kira sebagai terrorisme oleh mereka yg ingin membatalkan twinning Manchester-Al-Najah.

2. Pada 23 September 2001,keadaan di sebuah restaurant pizza Sbaro yg tlh dibom di reka semula utk menunjukkan keadaan bagaimana kesan pengeboman oleh puak-puak yg dianggap pengganas ni,dgn membuat replika restoran tu yg sebesar bilik,perabot2 yg pecah berserakan,darah2 manusia dan anggota badan manusia yg palsu serta kepingan2 pizza yg bertaburan di merata tempat.---> Konon tindakan ini dilihat sebagai tindakan org2 Palestine yg ingin membangkitkan semangat rakyatnya utk menjadi pengebom berani mati!

Saya sendiri seperti berdiplomasi dgn diri sendiri sblm diri ini betul2 membulatkan tekad utk sama2 menyertai rakan-rakan yg lain ke Student Union.Pada mulanya,diri seperti tdk mahu terlibat sama dgn alasan,"Ah,ape la sgt kesannya,aku dtg ke,tak dtg ker,ramai lg kot org lain yg leh support utk dorang."Plus,saya mmg penat + ngantuk masa pulang dr klas smlm..buktinya,klas yg hny seketul dr jam 10-11am,saya tidur spnjg lecture,tak paham ape2 pun lecturer aje.Otai sungguh saya...isk

General Meeting itu akan bermula jam 1.30pm.Slps menunaikan solat zuhur pd jam 1pm,hati masih berkira-kira antara mahu turut serta atau tidak.Menjelang 1.10pm,hati tiba-tiba rasa terpukul.Meresap satu perasaan,"Jika aku buat tak endah begini dgn nasib org2 islam di Palestine,ape akan jadi once kalau org2 islam kat Malaysia kelak memerlukan sokongan begini?Adakah yg ingin membantu?Allah akan bantu ker?Ape akan jadi kalau Allah pun buat tak hirau nnti ngan org2 islam kat Malaysia?"

Saya cuba mengingati balik sejarah Palestine.Jujur saya katakan,sblm ni saya tdk lah mengambil tahu sgt isu-isu Palestine ni.Tdk la seperti beberapa golongan yg sanggup berjuang mati-matian demi Palestine.Saya masih belum tergolong dlm golongan itu.Cuma saya tahu,org islam di Palestine di tindas oleh org2 Israel laknatullah,diperlakukan dgn kejam,dinafikan hak mereka sebagai manusia dan sebagainya.Saya agak kagum dgn kawan-kawan bdk Medic yg tlh didedahkan dgn isu-isu Palestine ni sehingga mereka sanggup utk turun padang,sama-sama menyertai misi kemanusiaan ke sana,walaupun diri mungkin diancam bahaya dgn peluru-peluru hidup dan bom-bom tentera Zionis.Semangat jihad yg tinggi yg mmg patut ada pd setiap diri umat islam yg cintakan agama Allah ini.[ Merenung diri sendiri... ]

Dlm kesempatan yg hanya tinggal beberapa minit sahaja sblm diri betul2 tekad utk ke Student Union yg hanya mengambil masa lbh kurang 10 minit perjalanan kaki,saya mengimbau tntg sejarah Nabi-nabi yg bnyk di Palestine.Kalau tak silap saya,Nabi Ibrahim,Nabi Ishak,Nabi Ya'qub,Nabi Yusuf dan beberapa lagi,ramai yg berasal dr Palestine.Palestine ialah bumi bertuah,di sana terletak masjid ke-3 suci bagi umat Islam iaitu Masjidil Aqsa.Teringat detik ketika saya berada di bumi Mesir pd cuti musim panas yg lepas,kami tdk dapat menjejak kaki ke bumi Palestine,walaupun kami tlh hampir dgn sempadannya.Palestine adalah bumi umat islam,tp sekarang hak kita dinafikan.Palestine adalah bumi anbiya' juga,tak mahukah sy kembalikan sejarah itu?Kalau nak Palestine bangkit sebagai negara umat islam,org2 Palestine perlu celik ilmu.Namun,berilmu sahaja tanpa ada kesempatan atau peluang utk membina negara mereka sendiri,apelah guna.Jadi,umat islam di luar Palestine perlu bertindak!

Allah menimpakan hal sedemikian ke atas umat Islam utk melihat siapakah antara hamba-Nya yg sanggup mengorbankan harta dan jiwa mereka demi islam,membantu umat-umat islam yg lain.Tak mahu kah saya tergolong dlm golongan yg berjihad di jln Allah..?Tak mahu kah? Berkali-kali saya bertanya pd diri sendiri.Akhirnya saya mengambil keputusan utk turut serta.Walaupun terpaksa berkorban masa yg sepatutnya digunakan utk membuat lab report,project research,tutorial dsb.Org lain pun bnyk kije jgk,buleh je turut sama.Mana tahu,kita berkorban masa kita demi membantu org Palestine,kelak Allah permudahkan kita dlm kita nk buat coursework kita tu nnti ke..dlm ape2 jua hal..Allah Maha Adil...Allah Maha Membantu..saya tak mahu di akhirat kelak,saya terpinggir drpd golongan yg berjuang demi umat islam yg lain.Betapa ruginya saya nanti!Sepantas kilat saya bersiap dan melangkah turun dari rumah.

Alhamdulillah sy sempat masuk sblm pintu bangunan Student Union ditutup.Manusia sgt la ramai dan bersesak-sesak;semua dgn semangat perjuangan masing-masing.Ada yg datang dgn semangat nk menang Motion 1 (iaitu menyokong pembatalan twinning tu),ada yg nk vote down.Tiba-tiba terlintas,"Begini la agaknya di Padang Mahsyar kelak,manusia berasak-asak,ramai,tdk mempedulikan satu dgn yg lain,menunggu masa utk dihisab oleh Allah SWT." Ngeri seketika bila membayangkan kelak,manusia akan tenggelam dgn air peluh setinggi leher.Na'uzhubillah...

Manusia beratur dgn sabarnya.Tak kurang jgk ada yg give up.Ye lah,dah lebih 1 jam dlm keadaan begitu,bergerak pun mcm siput je..mengengsot-engsot.Dlm hati saya berdoa,"Ya Allah,teguhkan hati-hati kami yg ingin berjihad di jalan-Mu,agar tdk mengalah sblm penentuan diputuskan."Saya menghitung-hitung sendiri,antara kesabaran org bkn islam dan org islam yg berasak-asak dlm kelompok manusia yg ramai tu.Kesabaran org bkn islam yg hanya inginkan kemenangan dunia,yg sudah pasti tiada apa2 saham di sisi Allah.Tp kesabaran org islam yg inginkan kebaikan utk saudara seislam yg lain,diniatkan kerana Allah,pasti Allah mengganjarinya di akhirat kelak.Walau sebesar zarah...

Setelah 1jam setengah berasak-asak begitu,akhirnya saya dan beberapa kawan sy yg lain tiba di hadapan pintu dewan utama tmpt perbahasan diadakan.Malangnya pintu itu tlh ditutup,menafikan kemasukan org ramai yg selebihnya di luar ini.Yg masih menunggu diluar, ada sebahagiannya sekadar ingin mengetahui keputusan.Saya membuat keputusan utk pulang,memandangkan pada fikiran saya,tiada lg peluang utk turut sama mengundi.Dalam hati hanya berserah pd Allah,moga kemenangan berpihak kepada umat islam.

Saya mengajak adik-adik junior yg turut tdk dpt masuk ke dewan utk solat asar berjemaah di sebuah dewan yg kosong ditingkat atas.Seusainya kami menghadap yg Esa,tiba-tiba datang seorang lelaki mat saleh meminta kami kosongkan dewan itu utk diadakan General Meeting sesi ke-2.Huh,sesi ke-2?Ada jugak ek...?

Kami menurut seperti yg diminta,lalu melangkah kembali ke hadapan dewan utama.Ketika kami tiba di sana,pintu dewan itu rupanya telah dibuka yg membolehkan kami mendengar perdebatan yg sedang berlangsung.Dgn jarak yg agak jauh,saya tidak dpt menangkap dgn jelas butir-butir percakapan org yg berada di hadapan hadirin.Tiba-tiba seorang lelaki mat salleh yg lain shout,sape yg nk join undi,sila ikut dia.Maka berpusu-pusu la manusia di situ melangkah naik ke tingkat atas utk ke dewan tersebut.

Dewan ke-2 penuh sesak.Kami terpaksa menunggu hampir 20 minit,barulah org yg bertanggungjawab menguruskan General Meeting tu tampil ke hadapan dan menguruskan perjalanan majlis.The guy asked,"Who want to ammend Motion 1,please raise your hands!" Zruuuppp,hampir semua hadirin dlm dewan ke-2 tu angkat tgn.Kagum.Bangga.Setelah bbrp org AJK membuat kiraan,that guy asked again,"Now,who want to be against the ammendments?" Ciput je angkat tgn.Subhaanallah...senyum terukir di wajah2 kebanyakan daripada kami..=)

Setelah menunggu beberapa ketika,akhirnya keputusan keseluruhan undian utk Motion 1 diumumkan.Keputusan yg sgt menggembirakan kami.Kami yg vote down Motion 1 menang almost 600 against 200!Takbir..! Allahuakbar..!

Undian itu bkn lah drpd org2 islam semata-mata saya kira,ada ramai juga org2 bkn islam yg turut vote down Motion 1.Nyata,rasa perikemanusiaan di kalangan hadirin yg bkn drpd golongan org islam juga tdk pudar,mahu hak kemanusiaan rakyat Palestine di tegakkan.

Hati sangat gembira.Ketika kaki melangkah pulang,terngiang-ngiang di telinga akan ayat Allah yg berbunyi:"Apabila tlh dtg pertolongan Allah dan kemenangan.." [An-Nasr:1] smile~~ =)

Sungguh,kemenangan itu di pihak Allah..

Subhaanallah..Alhamdulillah..Allahuakbar..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mengimbau juga sedikit perbualan antara saya dan seorang rakan sebaya,bersama seorang rakan satu batch--salah seorang org kuat MCOT =)

Kawan 1:"Wani,tak nak bertanding ker AGM MSSM?"

Wani:"Huh..?"

Salah sorg org kuat MCOT:"Masuk la Wani.Jadi Naib Pres ker.."

Wani:"Apekah?Jadi Sport Officer dah la kot.Wani kan nak fight utk women only volleyball.." (Smile)

Salah sorg org kuat MCOT:"Haa,bagus lah.Tapi,try la dpt kan Naib Pres tu,ada kuasa lbh sikit kalau nk ubah ape2."

Wani:"Emm,tak kot.Ada org yg lbh layak.(Smile) Lagipun,wani tak sure lagi sbnrnya nk join MSSM ke tak.Tak berani jgk.Dh masuk 3rd year,dah la percentage amek besau gile utk degree,50% masa 3rd year,50% masa 4th year."

Kwn 1:"If you really determine for it,just go for it."(Merujuk kpd psl nk fight utk women only volley ) I pun tgh buat istikharah sama ada nk masuk bertanding ke tak.Wani buat la istikharah jgk."

Wani:"Emm,tgk dulu camne."

Ketika dlm perjalanan pulang,saya berbincang-bincang dgn seorang kawan tntg isu ni.Hurm..honestly,sy ni takde la berminat nk main-main politik,lagi-lagi MSSM (ada unsur sensitif di sini yg tdk boleh di dedahkan...).Tapi saya setuju dgn kata-kata kwn saya tu,kalau kita nk bawa perubahan dlm MSSM,kita tak boleh bergerak seorang diri dlm tu.Kena ada back-up people.

Saya kata kat kawan saya,"Tgk la dulu camne.But,even Wani tak jadi Sport Officer pun,Wani tetap akan berusaha utk usulkan cadangan tu (women only volley) melalui Sport Officer baru,supaya link kan dgn Notts punye Malaysian Society."InshaAllah...

Suara rakyat~~kan? Medium kena la ada..

Ok guyz,wait for it,women only volley in Manchester and no more mixed volleyball in Nott Games! *Wink* Saya tak menjanjikan perubahan,tapi saya akan cuba.
Hanya Allah sebagai Penentu...sama-sama kita doakan.. =)


Wednesday, 7 November 2007

Response tntg isu Mixed Volley yg saya respect =)

Suka saya letakkan response yg diambil dari MCOT mailinglist ini di blog saya.Saya bangga dan saya respect.Saya setuju dgn semua isi dlm response ini dan sbb itu saya nk letak kat sini.Email asal telah diedit sedikit,membuang ayat2 yg tdk perlu.Harap tuan punya penghantar email tak kisah... =)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

- apa guna TAHU andainya tiada MAHU -

hopefully apa yang nak ditulis ni akan memberi kesedaran kepada diri
aku sendiri terutamanya. .. diakui jua bahawa aku bukanlah antara orang
yang terbaik atau ter'power' di kalangan korang... banyak kesilapan dan
keganasan di sana sini..

best jugak bila baca respon2 orang berkenaan topik mixed volley time
malaysian games kat uk ni, tak terhad untuk Notts je... sampai ada yang
mengungkit tentang tazkirah sempena sesi berdansa malaysia night ..

aku membuat andaian bahawa majoriti listers dalam yahoo groups ni
adalah muslims, so boleh berbincang secara terbuka... bila aku kata
berbincang secara terbuka, bukanlah bermaksud berbincang tanpa ada
batasan... sebab sebagai muslim, there will always be limits... even
within these limits there are various issues which can and should be
discussed, but some muslims still choose to transgress, either
purposely or accidentally. .. maka di sinilah terpaparnya keindahan
Islam, bila ada di antara kita yang tersilap, ada saja muslim yang lain
akan datang menegur...

Seindah firman Allah yang bersumpah dengan Ciptaan-Nya. ..

"Demi masa; sesungguhnya semua manusia itu berada di dalam kerugian;
melainkan orang2 yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan2
dengan kebenaran, dan yang berpesan2 dengan kesabaran" (Al-'Asr 103:1-3)

isu2 blockoffice dan blockbuster macam ni memang dah biasa dibangkitkan
sejak bertahun2 lamanya, even sebelum zaman dr. mael xpdc and dr. hanep
datang uk lagi isu2 sebegini dah selalu diperbincangkan oleh masyarakat
malaysia beragama Islam, yang PRIHATIN dengan pelaksanaan cara hidup
ISLAM bukan setakat untuk diri sendiri, tetapi juga untuk masyarakat
yang di sekeliling mereka... bak kata Cikgu Ali ex-officer MSD, kita
kena "sayang semua orang"... dan antara cara untuk menampilkan kasih
sayang kita kepada masyarakat ialah untuk memastikan semua orang berada
di bawah rahmat dan keberkatan Allah pada setiap masa dan keadaan...

berkenaan isu2 macam ni, aku tak nak la cakap siapa yang salah and
siapa yang betul... tapi kadang2 tu kenyataannya, bak kata
orang, "sudah terang lagi bersuluh", but still nafsu kita masih
cenderung untuk still pilih dan buat something yang akan menjejaskan
kesihatan iman kita...

the best method untuk memastikan apa2 yang korang buat tu betul atau
salah adalah seperti berikut (nasihat untuk diri sendiri terutamanya) :-

1. istighfar sebanyak-banyaknya; lafazkan dan baharui syahadah kita

2. bayangkan kita tengah buat benda yang kita nak buat tu, and
bayangkan jugak junjungan kita Nabi Muhammad (peace be upon him) tengah
tengok kita buat benda tu, agaknya adakah baginda akan bersetuju atau
tidak dengan perbuatan kita? Kalau rasanya baginda ok je, maka teruskan
lah, insha allah mendapat ganjaran mengikut sunnah... tapi kalau rasa
baginda benci, elok ditinggalkan saja perbuatan tu, takut2 menyukarkan
kita untuk mendapat syafaat dari baginda di mahsyar nanti...

3. seterusnya, bayangkan lagi yang kita tengah buat benda yang kita nak
buat tu, and then tiba2 nyawa kita dijemput pergi oleh Allah,
bagaimanakah keadaan mati kita ketika melakukan perbuatan tersebut?
kalau rasanya kita akan mati dalam keredhaan Allah, maka teruskanlah. ..
tapi kalau agak2 kita mati time buat benda tu dalam keadaan hina di
sisi Allah, elok sangatlah kita pilih benda lain untuk diperbuat bagi
menggantikan perbuatan yang asal itu...

buleh direnungkan satu lagi keindahan firman Allah,

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu,
dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan
(ingatlah), Allah jualah Yang Maha Mengetahui (semuanya itu), sedang
kamu tidak mengetahuinya. " (Al-Baqarah 2:216)

in short, aku takde masalah kalau ada orang still nak berpegang kepada
prinsip "it's my life and it's my choice", janji kita semua sedar
bahawa life itself adalah pinjaman dari Allah... kawan2 kita yang
bersahabat dengan kita dan menyayangi diri kita ini kerana Allah,
mereka akan terus memberi nasihat dan berdoa supaya segala tindak-
tanduk kita berlandaskan apa yang Allah suka... tetapi kami sebagai
kawan/sahabat tidak mampu berbuat apa2 kalau kawan kami itu masih
memilih untuk mengikuti jalan yang lain, yang tidak menuju ke redha
Allah...

bak firman Allah lagi,

"... sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah, maka dialah yang berjaya
mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkan-Nya maka engkau tidak
sekali2 akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan
yang benar) kepadanya." (Al-Kahfi 18:17)

so aku berseru kepada kawan2 dan diri aku sendiri, sama2 lah kita tegur-
menegur antara satu sama lain esp. kalau ada benda yang kita rasakan
tidak kena... tak ada istilah "menjaga tepi kain orang" di dalam
menjalankan amar ma'aruf dan nahi munkar... semoga kita semua tergolong
dalam masyarakat yang dirahmati dan disayangi Allah, amiin...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~ I smile.... ~

Sunday, 4 November 2007

:: The Challenge Has Begun ::


Huh,semangat2...!! Less than 4 week, pertandingan akan bermula.Tak sabar rasanya nak hentam bola.Begini la perasaan org yg kemaruk.Kemaruk volley!

Gaya hidup aktif dan sihat pun bermula..nampaknya tiap2 hari kena paksa diri makan ini :


dan ini :


Huhu...sihat~ Cabaran utk Nottingham Games telah bermula.Ayuh,tingkatkan stamina..!

Friday, 2 November 2007

Mixed Volleyball Issue


First of all I would like to say,this is my personal blog that I can write anything I want.If you think it is wasting your time to read this,please do not proceed.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Isu mixed volleyball dlm mana-mana Malaysian Games kat UK yg sering diperkatakan dan tak putus-putus mendapat komen,teguran daripada pelbagai pihak.

For me as a volleyball player since I was kid until now,personally I saw this matter,first when I knew that is how Malaysian Societies in the UK have it for Malaysian Games,is a stunning issue.I haven’t been in mixed team before.Nevertheless, because of my great passion in this filed,I don’t mind at all.

I love volley so much.My statement,”It’s my life.It’s my choice.” became an issue instead.People say I am such a liberal person.Say what you want to say.In fact,all the matches like football,badminton,swimming in SUKMA,SEA Games,or whutever,all are worldly things.Liberalisme.Then,no more watching Man U vs Chelsea after this.No more watching any movies in YouTube or at any cinemas.That’s nothing to do with your akhirat life.

Saya rasa seperti hak asasi saya sebagai manusia dinoda.Mereka tdk berada di tempat saya.Apa mereka tahu hanya nak tegur itu ini.Teguran mereka ada asasnya berdasarkan konsep Hayaa’ (malu) seperti yg cuba disampaikan oleh seorang akhi.Baguslah kalau niat mereka menegur sbb utk membetulkan apa yg salah di mata mereka,apa yg salah di fikiran mereka,apa yg mereka fikir lari daripada jalan Islam.

Jika isu malu yg diketengahkan,fine.Malu is about that particular people.Soal memilih jalan mana yg seseorang nak, bkn ditentukan oleh sesiapa,melainkan org tu sendiri.Islam tak tegah pun nak main sukan,tp meletakkan malu sebagai dinding.Kalau sy nk pilih utk terlibat dlm sukan ni,it’s on my own shoulder,it’s my choice.Not involving anybody else.Saya bknnya dedah aurat pun which is saya tahu adalah larangan Allah.Sefaham saya,Allah tak larang pun kita nk buat ape yg kita suka,kalau benda tu bkn la benda yg jelas di larang oleh agama dan jaga batas syari’at.

Timbul pulak antara “‘Azimah dan Rukhsah”.Hurm,indeed,if you choose jalan taqwa,you will choose ‘Azimah.Otherwise,Rukhsah.It depends on a person.Syurga ada banyak,mengikut tahap iman masing-masing.In fact,syurga adalah rahmah dari Allah,bkn diberikan kpd manusia yg hanya kuat beribadat semata-mata.

Kalau mixed football confirm saya tak masuk encik.Nampak sgt la haghu nyer main mixed football camtu.Saya pun tahu malu dan segan jugak.But I can’t help myself when it comes to volley since it has been my passion and part of myself for ages.For those who know me since school or college,they know how keen I am in sport,especially volley.Saya sanggup pertaruhkan SPM saya hanya kerana minat yg mendalam terhadap volley,utk teruskan perjuangan membawa nama sekolah ke peringkat nasional.Perlanggaran mmg akan berlaku masa permainan.Tapi takde lah kerap.Awak bukannya selalu langgar team mate awak masa main tu.Kalau ye,tu namanya games yg kacau.

Saya faham,point nye ialah isu mixed tu je.Bkn isu volley as a game.Kalau ada women only punye volley,sure takde masalah.Cuma,saya tak nak biarkan keingingan saya terpendam gitu aje hanya disebabkan isu mixed volley.Dah tu je yg ada utk Malaysian Games.Nak fight utk women only volley siapalah saya.Bkn geng MSSM pun.At least saya membantu guyz yg lain utk masuk games tu.Minimum 2 girlz should be in each team.Kalau takde,tak leh main.Kesian plak kpd yg mmg berbakat tu,sbb takde girlz yg join team,semua tak dpt masuk competition.Anyway,it’s juz a small part of it.Really small…apa org boleh kata tu,”Alasan~”.Huh,kata lah ape2 aje….

Hendak tak hendak,kita kena terima jugak yg manusia ni pelbagai.Kalau semua manusia corak pemikiran dia sama je,tak unik la seseorang tu.Dunia ni kalau satu kaler je warna merah,hidup sgt la bosan.Takde sistem lampu isyarat kat jalan tu.Lembu pun tk tahu mana rumput.Kepelbagaian manusia dlm berfikir dan membuat keputusan adalah anugerah.Tak semua org akan pilih jalan yg sama.Dan,tak semua org akan buat benda yg betul.Ok kalau dorang nk kata cara sy salah,fine Saya terima.Tapi,sy tetap saya.Berpegang pd prinsip sendiri tak apa.Kita kena tegas dgn pendirian kita.Tapi ada je org nk argue prinsip kita.Kalau bukak tudung atas prinsip hidup,”It’s my own life,it’s my choice” mmg la totally salah.Sbb jelas dan terang lagi bersuluh prinsip tu melanggar apa yg Allah dah wajibkan.Tp bersukan tak salah pun,cuma caranya je sket tak betul serta melibatkan soal hati dan taqwa je.

One who wants to bring himself close to Allah will do something that Allah like,and avoid something that Allah doesn’t like.Maybe this is a way that Allah doesn’t like.That doesn’t mean I don’t want to bring myself closer to Allah.But as I said,every people has his own choice.Let’s look at people who dress up.Allah like this particular dressing code,but people still put on what they like according to what they desires,their keen…what can you say to these people?You can’t determine what people should put on their bodies,definitely no! What you can do is just tell them what is good and what is not.And the rest is up to them,which one they want to opt.

Life is about experiencing and exploring.If some people can choose to go to cinema theatre to spend his leisure time,to go to Alton Tower for fun and entertainment, why can’t I opt to choose my own path of life for my own leisure?! That’s not fair! Sama je sbnrnya,awak pegi panggung wayang tu,campur laki pompuan dok dlm satu ruang tu,bergelap pulak tu, atau pegi Alton Tower hanya utk suka-suka,it’s about your worldly life jgk kan...?

Saya pernah berkata kpd seorang kakak yg mmg tak setuju jgk sy terlibat dgn mixed volley ni,”Tgk la kak.Bila sy dh dapat hidayah Allah utk betul2 berhenti dr sukan volley ni,sy quit.Selagi peluang ada utk match,sy takkan beralah.” Ada nada gurau jgk.Ramai yg ckp itu ini,keluar nas-nas,dalil-dalil semua,baik…that’s good.I appreciate it.If you are such people who wants to say that to me,and you are right in front of me,guess what will I do?I will hug you ( if only you are a girl of course!) with a warm smile on my face and say,”Thanks dear for your good advice.But it’s my life dear,I want to put my own colour in my life.”

Saya dah malas nak berbalas-balas email di mailinglist.Daripada sy memenuhkan inbox org dan mungkin membengangkan org dgn “Balik balik isu ni.Balik balik pasal mixed volley,takde benda lain dah ker?.”,baik sy lps geram atau comment kat blog saya sendiri.Nak baca,sila.Tak nak baca,tak yah.Tiada melanggar hak asasi sesiapa.As you can’t survive without shopping once a month (utk kaki shopping tu) or without going to cinema to watch movies that you like (utk yg kaki panggung tu), so do I.

To conclude,please do not try to determine the colour of my life.If it were to change,it will come from my inner self.Sekian wassalam.