Friday, 29 June 2007

Kura-kura yang cerdik =)

Hah...ape tu..?Kura-kura yg cerdik?? Hee...itu lah title yg Ustazah Marwah berikan pada saya....Cumil jugak bila di ingat2.....nk tahu kenapa dapat title ni? =)

Sebab.....L.A.M.B.A.T buat latihan dalam kelas....ekekeke...Yg jadiknya lambat buat keje tu pasalnya saya bnyk bertanya perkataan2 baru kat ustazah.Keje yg ditugaskan lambat2 dibuatnya.Hee..takpe la,yg penting,masa bersama ustazah ni saya nk guna semanfaat yg mungkin...hanya 2 bulan di sini....tanya la apa saja sementara ada kesempatan...tak gitu..? ^_^

Actually dah start klas bahasa Arab bermula Selasa yg lepas.Klas bermula seawal 8 pagi hingga 1 tengahari.5 hari seminggu.Ada 2 kali break yg setiap kali break ialah 15 minit...

Afni,Hakimah dan saya share dok satu klas,hanya bertiga.Nasib baik dpt guru perempuan...Al bajet pulak ustazah saya ni paham bahasa Arab.Dia slamber speaking Arabic,ape lagi..terkebil2 la mata...encik kening pun berkerut2...then pass kat kepala plak amek turn geleng2.Seb baik ustazah ni penyabar jugak orangnya.Bila dia tgk saya dah kerut2 kening tu,dia pun speaking English la nk explain..at least,tahu jgk la speaking English..~kalau tak mmg hancus la ...huhu

Semalam dan hari ni sesi pembelajaran di mulai dgn cerita kami.Ustazah nk tahu apa yg kitorang buat lps habis skolah smpai la kitorang tidur malam tu.Tergagap2 saya nk speaking Arabic smlm.Adeh....

Hari ni panjang benor cerita saya drpd Kimah dan Afni.Yang bestnya,ustazah jadik translator.Saya speaking English,ustazah translate Arabic..hehe...Macam2 la plak ustazah tanya saya-ape yang saya baca dlm majalah ptg smlm,saya pegi jogging bape lama,beli buah plum kaler ape...Pengayaan bahasa..~~ ehe.Terpaksa lah saya recall balik apa yg dah saya baca semalam.Actually baca pasal tanggungjawab dan hak-hak pengguna.Cam mengulangkaji subjek Kemahiran Hidup Tingkatan 3 jek....huhu

Bermula semalam,saya mula keluar petang utk beriadhah di sekitar kawasan sini.Begitulah saya,ptg tak boleh berada di rumah,WAJIB keluar utk beriadhah,keluarkan peluh.Tapi,masalah udara yg berdebu,cuaca yg panas,keadaan jalan yg sesak dan sentiasa sibuk,taman yg kena bayar kalau nak masuk - semua ni menghalang saya daripada bermain dgn riang ria di waktu petang.Alahai...kura-kura sangat rindukan Manchester...sangat rindukan beskal kuningnya...~ =(

Wajar saya kira utk mengadakan pusat sukan utk wanita.Boleh la wanita beriadhah dgn bebas di pusat tu tanpa kehadiran lelaki,tanpa udara yg tercemar,tanpa ancaman kemalangan dan sebagainya...kan?

Ok,esok kura-kura nak ke Alexandriah seawal jam 7 pagi.Di sana ada pantai yg indah,yg bersatu dgn Laut Mediterranean...kura-kura akan bertemu pantai..~ seronoknya... ^_^

Monday, 25 June 2007

Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia

InsyaAllah,mari kita berkongsi ilmu hari ini...saya cuma nak mengajak teman2 sama2 fikirkan,dan berkongsi rasa.Bagi saya,kawan yg tdk mengejutkan kawannya yg lain utk solat subuh (jika tinggal serumah atau sebilik) adalah PENTINGKAN DIRI SENDIRI.Dan seorang kawan yg bangkit utk solat subuh,lalu mengejutkan rakannya utk bangun menunaikan solat subuh juga,tetapi dia lantas solat sendirian (tdk menunggu rakannya utk berjamaah),juga MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI.

Tidak mahukah kalian pahala yg lbh baik dari seisi langit dan bumi...pahala yg tlh dijanjikan Allah 27 kali darajat utk solat berjamaah,drpd 1 darajat sahaja utk solat sendirian,yg belum tentu kita mendapatnya sepenuhnya lantaran kurang khusyuk dlm solat...?

Renung2kan....

************************************************************************************
RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh. Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.” Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas lah bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

Petikan Berita Harian :Isnin 25 Jun 2007

************************************************************************************

Mari kawan2ku,kuatkan hatimu utk bangkit meninggalkan tempat tidurmu demi menegakkan suruhan Allah Yang Esa.Kejutkan sahabat2mu utk menunaikan solat subuh berjamaah.Sesungguhnya,ganjaran di sisi Allah lbh baik daripada kekayaan dan keindahan seisi dunia...

Moga istiqomah....Allahu Ya Rabbi

Wednesday, 20 June 2007

Cairo,here I come...

Alhamdulillah,setinggi2 kesyukuran dipanjatkan kpd Allah..akhirnya smpai jugak ke bumi Egypt...setelah melalui ujian dan halangan semasa nk check-in kt Heathrow Airport pd 18 jun tempoh hari....

Sejak bila nk masuk Egypt kena ada visa ni?Adeii...Kami diberi pilihan,samada tunda tarikh penerbangan ke Egypt smntara dptkan visa Egypt dari Egyptian Embassy di London,atau kalau nk masuk Egypt gak pd hari berkenaan,kami kena tukar tarikh pulang ke UK.kemasukan ke Egypt tanpa visa hny dibenarkan utk tempoh berada di Egypt less than 15 days je.Wadduh...dua-dua choices memerlukan pengorbanan,at least kena bayar GBP 50 utk penukaran tarikh....kalut di buatnya...mula2 kami diberitahu,charge utk tukar tarikh tiket ialah GBP 75.Wadduh....

Daripada tak dpt pi langsung ke Egypt,kami pun sepakat la,bayar je lar GBP 75 tu,tukar tarikh balik ke UK.Tapi alhamdulillah,bila kali ke-2 berurusan di kaunter utk penukaran tiket,caj hanya lah GBP 50.Daripada plan asal nk dok 3 bulan,jadik lar dok 9 hari jek.sadis tak..?hukhuk...

Kelam kabut jgk lar,sbb queue punye la pnjang kat kaunter nk tukar tiket tu.Pastu nk check-in lagih.Dlm masa 1 jam sblm flight,nasib baik semua smpat..

Smpai kt Cairo Airport pd jam 12.30 pagi wktu tempatan.perjalanan ke tmpt penginapan sngt mengingatkan tntg malaysia.Suhu mlm nya,suasana jalannya...dlm perjalanan tu,nmpk org tgh main bola.pukul 1.30 pagi!!! huhu....akk2 ckp,begitu lah org sini,siangnya panas,mana best main.siang tido,mlm br keluar...

Hati sgt terpaut apabila melihat masjid yg tersergam gah di spnjang jalan menuju ke rumah penginapan.Subhanallah...dah lama tk tgk masjid..rupanya org2 Kritian kt sini pun nk tunjuk hebat jgk..di binanya gereja yg sgt besar,blkg masjid je..senibinanya sgt berbeza dgn senibina gereja kt UK..Kalau kt UK,boleh dikatakan rata2 gereja mmg yg di 'preserve'kan...nampak seni2 bina yg klasik...tp kt sini,gereja di bina dgn simen semata2..mmg tk lawa...huhu,smpat lak mengutuk...=p

Kami di bawa ke Rumah Penginapan Perlis...pelajar2 adalah anak2 negeri Perlis.huh,loghatnya mak aiii.....sampai saya pun terikut2 dah loghat Perlisnya..theheee...

Selepas menjamah nasi sedikit sekadar mengalas perut,kami merehatkan diri...pagi esoknya(19 Jun),kami terus ke Pejabat Imigresen,utk memohon visa.Sape nk dok 9 hari je dowh..paling minimum pun kami nk dok sebulan.Lps mohon visa utk 3 bulan,plan seterusnya nk kena tukar tarikh pulang ke UK sekali lagi.daripada 27 jun kpd tarikh asal masing2..hehe..taktik nk masuk ke Egypt...=p Mula2 tukar tarikh balik ke UK so that dorang ingat kita mmg nk stay within 15 days je..lps dh masuk tu,br setel psl visa...Tapi tu lar,sekali lagi kena berkorban..keluar lagi GBP 50 utk tukar blk tarikh pulang ke UK..itu yg plg minimum...huhu.Duit dah ibara cam air,keluar mengalir dan mengalir camtu je....ni masuk tahun 3 pengajian nnti,kompem kena kerja ni...cover balik....

Kami tak start lagi klas belajar Bahasa Arab.masih dalam perancangan cuti2 Egypt.hehe..insyaAllah esok dan luse akan jalan2 Cairo.Nnti akan ke Sinai (tmpt Nabi Musa terima wahyu pertama dan berckp dgn Allah),Fayyoum (tmpt ni ada air terjun kt tengah2 pdg pasir-mengikut akk2 kt sini..boleh byg tak?) and ada la bbrp tmpt lagi.itu perancangan manusia,Allah jua punya perancangan-Nya tersendiri...kan?inshaAllah,dgn izin dari-Nya jua,kami akan melawat tmpt2 tersebut...

Kat sini panas,tk tahu la mcm Malaysia atau lbh panas dr Malaysia..tp kesabaran itu lah yg akan teruji..kepanasan begini lah yg akan mengingatkan kita pd akhirat..kan?kepanasan yg lagi dahsyat di Padang Mahsyar kelak....na'uzubillah...

Kesibukan jalan raya nya sungguh 'mengerikan'..serius tk tipu...kalau kt UK tu,bleh sesuka hati jek nk lintas jalan kot.Pemandu2 kt UK sgt baik dan bertimbang rasa,bagi jek kita nk cross jalan,dorang akan berhentikan kereta with pleasure.Kat sini,cam nk terus langgar kot....huhu...suasana kt Malaysia pun tak horror camni....

Yang kitorang tak tahan (dan mungkin jadi bahan gelak ketawa jgk kot),pemandu2 kt sini sgt suka bunyikan hon..99% kenderaan kt atas jalan raya tu dok pong,peng...pong..peng....adakah boleh disimpulkan bahawa pemandu2 di sini semuanya panas baran dan kurang bersabar? Utk menyedapkan hati,saya berkata kpd kawan saya,"Rasanya hon tu adalah cara berkomunikasi di atas jalan raya ni kot di kalangan pemandu2..." Mungkin betul jgk...sbb apa yg sy dpt perhatikan,pemandu2 teksi akan sentiasa membunyikan hon utk menarik pelanggan.Dahla teksinya bnyk kt jalanan,maka anda bayangkan lah bunyi hon yg seperti keadaan pasar ikan la gamaknya....

Tapi mmg jauh benar bezanya ng UK...kat UK tu nk dengar bunyi hon pun susah..sangat best la kt UK...rindu lak..

Kat sini keadaannya berdebu...pernah jgk terdetik kt hati masa mula2 dtg,kenapa persekitaran dia nmpak kelam2,udara dia cam tk clear..?baru teringat yg Egypt ni mostly padang pasir...so patut la kan..?

Kat sini,akses internet sgt terhad.Saya hny boleh berinternet di Cyber Cafe sahaja.maka,update hanya akan di lakukan pd ruang masa yg sgt terhad.moga2 istiqamah...

Sunday, 17 June 2007

.: Bahagia :.

Alhamdulillah,dgn nikmat pendengaran yg Allah berikan,dpt aku mendengar suara org yg aku rindui di corong telefon,nun jauh dari bumi Malaysia.Seorang sahabat yg tlh lama terputus hubungan...mungkin kerana kejahilan dan ketidakmatangan diriku di waktu dulu,aku seakan2 ingin memutuskan silaturrahim itu.Astaghfirullah...Tika ini,ku sedar,walau siapa pun dia,walau jahat dan buruknya dia,jgn dipisahkan dan jgn diputuskan ukhwah itu.Jadilah seorang kawan dan sahabat yg sentiasa memberi kebaikan walau racun dan bisa yg dibalas...Allahu rahman...

Aku bersyukur,sahabatku itu tlh pun mendirikan rumahtangga dgn jejaka pilihan keluarga.Dan Maha Suci dan Maha Besar Allah yg tlh menurunkan limpah rahmat-Nya kpd sahabatku itu,yg tlh membuka hatinya utk menerima suaminya walau tdk berapa kenal di awal pertunangan mereka.Mereka berkahwin setelah hampir 5 bulan mengikat tali pertunangan,tanpa betul2 mengenali antara satu sama lain.Demi maruah,mereka terus sepakat melangkah ke alam rumah tangga....Allahu ya rahim...

Apabila mendengar ceritanya sekejap tadi di corong telefon,hati ku terdetik.Benarlah,wanita itu punca fitnah.Perkahwinan bisa menutup pintu fitnah itu.Kini,mungkin terjawab sudah persoalan yg sering bermain di benakku,mengapa begitu drastik keputusan mengakhiri zaman solonya?Dgn org yg tdk dikenalinya...?Sedangkan dia masih di alam pengajian,dan suaminya nun jauh di Sarawak sana,jarak yg memisahkan....

Bila ku bertanya,"So mcm mana lps kahwin?Bahagia?",pantas dia menjawab,"Oh,bahagia....".Dan dia tergelak kecil,riang.Aku tumpang gembira.Katanya,"Betul la.Bercinta slps kahwin itu lbh manis.Jangan la kapel2,buang masa,buang duit."Aku tersenyum.Allahu ya latif.... =)

Dia tdk smpat merasai kemanisan perkahwinan itu betul2,apabila suaminya terpaksa pulang ke Sarawak utk meneruskan tugas sebagai seorang pendidik,dan sahabatku pula meneruskan praktikalnya.Katanya,"Tak sempat la nk merasa betul2 alam perkahwinan."Aku tersenyum lagi dan berkata,"Tak pe.Sabar ye.Nanti Allah akan berikan kemanisan yg lbh lagi di waktu akan datang." Dan aku pasti,waktu itu akan dtg.....moga Allah permudahkan dan mencucuri rahmat ke atasnya,ke atas keluarganya.... Allahu rabbana...

Dia sering bertanya,bila aku mahu pulang.Dan dia merancang sudah,ingin ke Sarawak bila dia sudah tamat belajar kelak (April 2008) bersama ku nanti,bila ku pulang ( inshaAllah bulan Jun 2008).Ah,manis sungguh bila terkenang kan.Dan dia berkata,"Tak puas lah ckp kt tefon je,nak tgk muka."Dan aku menjawab,"Yg ckp kat tefon gini pun dan berjam2,lagikan kalau jmpa betul2 nnti kan,sehari tk cukup.Ada2 aje nk di borakkan....huhu." Itu lah kami...dikala itu aku bersyukur,moga kasih sayang dan ukhwah ini akan sentiasa disulami keikhlasan dan sentiasa mekar sentiasa....ameen...

Utk sahabatku,aku syg sama kamu.Moga kita dpt memberi kebaikan kpd satu sama lain,sentiasa.Dan katanya juga,"Nanti dh gi Egypt tu,leh la ajar2 org yg dh kawen ni..." Ehehe,kelakar...org yg dh kawen tu pun nnti leh la ajar ilmu yg org tk kawen lagi ni tk tahu...ye tak? *wink*

Sesungguhnya ukhwah itu indah...bila didasarkan cinta kpd Allah...

Segala puji hanya bagi Allah...*Smile*=)

Saturday, 16 June 2007

Perjalanan bermula

Alhamdulillah,tlh selamat tiba di London.teringat semalam yg penuh kelam kabut,saat2 terakhir sblm mengosongkan hall utk berangkat ke London.Fuh...~ ucapan terima kasih yg tak terhingga kpd sahabat,Hakimah yg tlh membantu meringankan beban saya.Moga Allah membalas kebaikanmu dgn sesuatu yg lbh baik...ameen...=)

Perjalanan selama 5 jam di dalam bas penuh dgn debaran.Saya selalu begitu.Takut apa2 berlaku di perjalanan.Alhmdulillah smlm tak mabuk bas.Dalam perjalanan itu,ternampak kelibat2 kambing,biri2 dan lembu di padang2 yg luas.Teringat kata2 Kak Mum,balik Mesia nk bela kambing.huhu...untung tuu...kembali kpd sejarah Rasulullah,jadik penggembala kambing..hee...

Melihat padang2 gandum ( ke padi?) yg terbentang luas,ada yg menguning,ada yg masih menghijau,melihat langit yg dihiasi awan2 yg indah,bumi yg disirami hujan sebagai penyubur,teringat maksud ayat2 Allah yg mengatakan,bahawasanya segala itu adalah dgn kuasa Allah jua.Dialah yg mengatur dan mengawal semua itu.Kita tiada kuasa menurunkan hujan,kita tiada kuasa menghidupkan tumbuh-tumbuhan,kita tiada kuasa menyuburkan tanah,semuanya atas kurniaan Allah...Maha Suci Allah...

************************************************************************************

"Maka terangkanlah kepadaku tentang yang kamu tanam?
"Kamukah yang menumbuhkannya ataukah Kami yang menumbuhkannya?
"Kalau Kami kehendaki, benar-benar Kami jadikan dia kering dan hancur; maka jadilah kamu heran tercengang.
"(Sambil berkata): Sesungguhnya kami benar-benar menderita kerugian,
bahkan kami menjadi orang yang tidak mendapat hasil apa-apa.

"Maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kamu minum.
"Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan?
"Kalau Kami kehendaki niscaya Kami jadikan dia asin, maka mengapakah kamu tidak bersyukur?

"Maka terangkanlah kepadaku tentang api yang kamu nyalakan (dari gosokan-gosokan kayu).
"Kamukah yang menjadikan kayu itu atau Kamikah yang menjadikannya?
"Kami menjadikan api itu untuk peringatan dan bahan yang berguna bagi musafir di padang pasir.

"Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

[ Al-Waqi'ah :63-74 ]

************************************************************************************
Dan segala puji bagi Allah..Tuhan semesta alam....

Sunday, 10 June 2007

Kepulangan

Kehidupan slps exam rupanya lagi sibuk dr masa exam.Kesibukan yg memanjang....

Dan musim summer yg siangnya lagi panjang.subuh pukul 2.30am,sunrise pukul 4.40am,maghrib pukul 9.30pm,sila bayang....

Semalam,alhamdulillah,tlh berjaya memunggah hampir 70% brg2 ke rumah baru,tp still tkleh masuk lagi umah tu,kontrak start 1 Julai.Bilik mcm tongkang pecah kjp..ye lah,bila semua brg bawak keluar...

Hari ni,10 jun..bumi Manchester akan menjadi sunyi.Kawan2 tlh pulang ke tanah air.tika saya menulis entry ni,masih ada 8 minit lg sblm kapal terbang mereka berlepas.Saya tertinggal...tertinggal utk pegi hntr dorang...

Sedih bila dgr suara sahabat di corong telefon,kesedihannya sbb saya tk dpt dtg ke airport.Kerana masa yg suntuk,saya redha.tak mengapalah...moga dia dan yg lain2 selamat dlm perjalanan.dan bergembira di samping keluarga masing2 nnti.Kita hny mampu merancang,Dia yg tentukan...

*Ya Allah,segala kesyukuran ku ucapkan pada-Mu,atas ketentuan-Mu,dan limpah rahmat-Mu yg tk terhingga.....satukan lah hati2 kami,dan eratkan lah ukhwah kami,pd jalan-Mu....amin*