Jaulah lagi......yg ni paling seronok...pengalaman yg tak akan dpt dilupakan sepanjang hayat....dan ini la jaulah terakhir kami di bumi kinanah Mesir sebelum kembali ke Manchester 17 Ogos ini...
Perjalanan bermula jam 8 pagi,Jumaat 10 Ogos...group kali ni terdiri daripada saya,Afni,Kak Zana dan seorang Auntie (Melayu Singapore) yg menumpang di Rumah Perlis jugak.Destinasi pertama kami ialah Ismailiah...takde ape yg special ku kira di Ismailiah...
Seterusnya kami ke Port Said...sgt best...kat sini kami melantak nasi ayam arab,dan di temukan juga dgn 'Petaling Street' versi Egypt...hehe...rambang mata sekejap bila berada di sini...kiri kanan depan belakang penuh penuh dgn dunia yg berwarna-warni...hajat mahu membeli sehelai dua jubah terbantut akhirnya....sebab?sebab terlalu bnyk pilihan yg cantik-cantik....tak berdaya nak memilih....
Kemudian kami bergerak ke Dumyat.Dumyat sebuah bandar yg membangun.Kata Ustaz Lutfhi,tiada kesan atau tinggalan sejarah di sini.Walau pun kami tiba di sana ketika matahari sudah melabuhkan tirainya,namun jelas kelihatan pembangunan yg pesat di sana.Kehampaan dirasai apabila kedai halwa yg di katakan menyediakan halwa yg sedap di Dumyat di tutup pd hari tersebut-hari Jumaat.tak dapat la nk merasa manisan arab dari Dumyat... :(
Kami menuju ke tempat pertemuan Sg.Nil dan Laut Mediterranean.Ustaz Lutfhi pernah memberitahu kami,dahulunya jelas kelihatan garis pertemuan air sungai yg tawar dan air laut yg masin.Jika di celup jari di sebelah kanan garisan dan dirasai airnya,terasa payau air sungai.Bila dicelup tangan di sebelah kiri garisan pula,terasa kemasinan air laut.Subhanallah...Tapi kini,garisan tersebut sudah tidak kelihatan lagi.Entah la...sudah merajuk kah ia kerana manusia semakin berpusu-pusu membanjiri kediamannya lalu mengganggu ketenteramannya.....?
Sungguh ramai manusia di kawasan tersebut.Lagi-lagi setelah ia dimajukan sedemikian rupa-selesa,maju dan lengkap dgn infrastruktur.Bayu laut yg bertiup sepoi-sepoi bahasa amat menenangkan.Tak hairan lah manusia-manusia ini sanggup berlepak-lepak di situ sehingga subuh.Saya terasa kami mendapat perhatian ramai.Mungkin kerana pakaian kami yg agak berbeza dgn mereka,lantas kami mudah di cam sebagai orang luar.
Ustaz Lutfhi membuat kejutan dgn membeli pizza yg sgt besar utk kami berempat.Pizza yg namanya sahaja pizza,tp bukanlah pizza seperti di Manchester....pizza manis.macam roti canai gamaknya.Di taburi kismis,kacang tanah,kacang hazel,kepingan kelapa dan madu.Fuh...utk menghabiskannya memerlukan semangat jihad yg tinggi amat...huhu...
Kami bertolak dari Dumyat sekitar pukul 10 mlm.Destinasi seterusnya ialah Mansura,atau lebih tepatnya ialah Fayoumi - tempat yg sgt terkenal di Mansurah dgn keenakan aiskrimnya.Kami tiba di sana pada jam 12.30 mlm,semua org sgt mengantuk dan kepenatan.Melihatkan Ustaz Lutfhi yg beria-ia mengajak kami turun utk menikmati aiskrim,saya gagahkan jua diri utk turun dari kereta sebagai wakil.Walaupun waktu sudah tengah malam begitu,kedai tersebut masih bingit dengan suara pelanggan.Kagum.Kata Ustaz,Fayoumi beroperasi hingga menjelang subuh.Lumrah ler tu...orang Arab ni suka keluar malam pun....tang subuh baru balik....
Selepas menikmati santapan supper ,kami meneruskan perjalanan - menuju ke Kaherah.Mata hanya bertahan selama 10 minit sahaja selepas kereta mula meninggalkan Fayoumi,lalu lelap kembali.Tiba-tiba saya menyedari kereta kami tersadai di tepi jalan.Sunyi.Sepi.Nampaknya semua orang di ulit mimpi.Termasuk la driver kami (Ustaz Lutfhi).Huhu....kesian Ustaz.Penat amat agaknya tu..
Sedar-sedar,kami telah pun sampai ke perkarangan rumah Perlis.Alhamdulillah segalanya selamat di bawah lindungan Allah.Melihatkan jam di tangan,mata terbeliak.5 pagi..! Huhu...hampir 24 jam berjaulah...seusai membersihkan diri dan menunaikan solat subuh,mata ini tewas kembali,mahu meneruskan kembara ke alam mimpi....
Seriously jaulah kali ni agak best dr yg lain-lain kerana kami singgah di 4 daerah yg jarak antaranya agak jauh antara satu sama lain dalam masa 24 jam.Bila pulang ke Malaysia nanti,ada peluang tak utk buat begitu yer....? Teringin juga mengulangi episod kembara ini bila pulang ke Malaysia nanti...well~we'll wait and see..... =)
Monday, 13 August 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment