Wednesday, 30 January 2008
Berhajat mengenali Christianity
Hadiah
Semalam saya dihadiahkan sebuah buku berwarna pink terang. Ya, buku yang dianggap kitab suci orang-orang Kristian. Permintaan saya sebenarnya, untuk dia carikan Holy Bible yang bagus untuk saya. Tidak sangka pulak dijadikannya hadiah.
Mula-mula membelek buku kecil yang comel itu, terdetik di hati saya, "Wah, banyaknya nak kena baca..!" Tulisannya kecil-kecil dan rapat. Setiap helai kertasnya sangat lah nipis, yang jika terkena air, memang habis la...
Kawan Kristian saya tu mencadangkan saya memulakan pembacaan dengah I John. Bila saya bertanyakan kenapa, dia hanya tersenyum dan berkata, "Just start with it, ok." Dan senyum lagi.
Saya memulakan pembacaan dengan membaca pendahuluannya dahulu. Ye lah, karang terus terjun ke I John tu kang pening pulak.
Membaca I John yang dikategorikan di bawah New Testament banyak menimbulkan tanda tanya. Tak kurang jugak pengetahuan baru untuk saya. Apa yang saya boleh rumuskan daripada pembacaan yang sedikit tu ialah, dalam agama Kristian, semua orang dianggap "Children of God". Semua orang yang tidak melakukan benda-benda yang di larang adalah dianggap hidup dengan Tuhan di dalam tubuh/jiwanya.
Apabila bersesi soal jawab dengan panjang lebar dengan kawan saya tu di telefon semalam selepasa selesai membaca I John, saya membuat satu kesimpulan... atau, jawapan mungkin. Jawapan, kenapa ramai dan mudah sangat umat Islam sekarang memilih untuk menganut agama Kristian.
Kenapa?
It's about LOVE.
Ya, cinta. Perasaan ingin disayangi, dicintai, dihargai oleh orang yang kita sayangi adalah fitrah setiap manusia yang normal. Dalam ajaran Kristian, Love God and Love The People Created By God adalah 2 elemen penting yang cuba diterapkan. Dengan menganggap semua penganut Kristian adalah "Children of God", ia mewujudkan rasa dipunyai oleh seorang "Father" yang hebat, "Father" yang sangat menyayangi mereka, dan kerana sayangnya "Father" terhadap manusia,"Father" telah mengutus Jesus untuk membawa mereka ke jalan yang benar dan telah berkorban dirinya untuk semua manusia di muka bumi untuk membersihkan dosa-dosa mereka... ( Maha Suci Allah daripada semua ini..! )
Sebelum saya melelapkan mata semalam, saya terfikir, adakah Islam kurang dengan apa yang dikatakan LOVE ni? Sampai begitu ramai yang berpaling? Malah, terlintas juga di hati saya, "Ooo..patut la. Sebab dalam Christianity ada konsep LOVE tu yang mampu menarik hati". Seakan-akan Islam ni kurang atau tiada elemen LOVE ni, yang membawa maksud, Islam tidak sempurna. Astaghfirullahal'zhim..! Astaghfirullahal'zhim! (walau seribu kali mengucapkannya, lakukan lah!)
"Tiada satu pun yang kurang dalam Islam...."
Saya teringat kata-kata seorang sahabat, "Sebenarnya kalau kita berasa sesuatu yang kurang, ia adalah diri kita yang kurang, bukan Islam yang kurang. Allah dah jadikan Islam itu cukup SEMPURNA. Tiada satu pun kurang, walau di mana-mana."
Anda pernah jumpa di mana kurangnya Islam berbanding agama lain?
Saya bangkit pagi ini dengan perasaan takut. Sebelum menunaikan solat subuh, berkali-kali saya cuba kembali kan hati saya pada Allah. Takut saya jika hati saya mengakui adanya agama lain yang lebih sempurna daripada Islam! Dan takutnya juga hati saya jika ia mengakui adanya Tuhan lain yang Lebih Penyayang daripada Allah! Maha Suci Allah daripada ini semua...
Usai solat subuh berjemaah dengan sahabat, saya berkongsi rasa dengannya. Sesi tazkirah dan perbincangan. Saya ceritakan kepadanya tentang pembacaan saya, berkongsi sedikit cerita dan sejarah. Saya katakan padanya, saya takut untuk meneruskan pembacaan saya terhadap Bible ni, sebab saya takut hati saya terpesong atau mempercayai sesuatu yang saya tidak patut mempercayainya, atau walau terdetik cuma, seperti halnya semalam. Kita kena ingat, tidak kurang jumlahnya orang-orang yang layak dipanggil ustazah pun mampu dan dengan mudah berpaling, ini kan pula orang macam saya yang tidaklah sedalam mana ilmunya.
Saya rasa, tidak wajar untuk saya cuba mempelajari agama Kristian ini, sedangkan saya ada tanggungjawab lain yang lebih utama, iaitu mempelajari agama saya sendiri. Perlunya orang Islam yang tahu tentang Islam adalah lebih utama daripada orang Islam yang tahu tentang agama Kristian tapi kurang pengetahuan tentang agamanya sendiri.
Kenali lah siapa yang punya kuasa paling hebat
Ya, anda boleh melakukannya seiring, mempelajari agama anda, dalam masa yang sama, belajar juga tentang agama lain. Cuma pesan saya, berhati-hati lah. Apabila hati anda terdetik sesuatu yang tidak baik, cepat-cepatlah kembali kepada Allah. Cari kawan yang boleh sedarkan anda kembalik, mungkin kata-katanya akan terkesan di hati anda.
Kenali lah Allah terlebih dahulu sebelum kita berusaha mengenali agama lain. Kenali lah siapa Tuhan kita yang Maha Sempurna...siapa Rasul-Nya yang mulia itu. Banyakkan membaca sejarah Nabi-Nabi, terutamanya Nabi Muhammad SAW, kerana dari situ, kecintaan itu dapat dipupuk. MasyaAllah, hati saya banyak kali tersentuh bila membaca sejarah Nabi Muhammad. Betapa saya rasa, saya amat merindui kekasih Allah yang satu ini..
Sesungguhnya hati adalah objek yang mudah berbolak balik. Berhati-hatilah jika anda ingin membaca Bible yang didakwa kalam Tuhan itu, agar hati anda tidak terdetik sesuatu yang boleh membawa kepada syirik tanpa anda sedari. Na'uzhubillahi min zaalik...
FAHAM dan LARUT dalam Islam dahulu
Perbincangan pagi tadi juga mengupas tentang adanya orang-orang Islam yang tidak mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar, seperti mendedah aurat, melambat-lambatkan solat, mengelakkan diri daripada majlis-majlis ilmu dan sebagainya. Kenapa ye? Saya memberi pendapat, sebab, mereka tidak betul-betul mengenali Allah, tidak larut dan islam tu sendiri. Mereka tidak mengenali Dia, yang membawakan rasa cinta pada-Nya. Setuju atau tidak, kalau kita sayangkan / cintakan seseorang tu, kita akan rasa cenderung untuk melakukan sesuatu yang dia suka kan? Contohnya kalau kita sayang mak ayah kita, kita sentiasa cuba nak gembirakan hati dorang, make them pleased with us.
Jadi, samalah kesnya. Kalau kita kenal siapa Allah, betapa sayangnya Allah kat kita, melebihi sayangnya seorang ibu kepada anak ( Kalah sayangnya "Father" kat Son seperti dalam Bible tu ) ; betapa sabarnya Allah..terhadap orang-orang yang kafir, yang menyembah Tuhan selain daripada-Nya, yang mengatakan Tuhan ada anak; betapa pemurahnya Allah dengan menurunkan hujan berupa rintik-rintik, yang dengannya kita tidak berasa sakit jika hujan mengenai kita, bukan seperti simbahan air seperti kita menyimbah sebaldi air ke kereta yang nak di basuh (heh), dan lagi..dan lagi... saya percaya, cinta pada Allah tu akan lahir dengan sendiri. Kesediaan melakukan apa sahaja demi Allah...
Saya membawakan isu tentang "Utamakan isi kandungan daripada jenama" yang saya peroleh daripada seorang teman. Islam is just a name. You can name it what you want. But it is about the substances that should be looked at. The VALUES that Islam has. Imagine a big, wealthy house, with people but has no happy living, no love, no understanding and no affection amongst the family members, would you like to be in that house?
So, people, instill the VALUES of what Allah wants to be within you.
Anda rasa anda sudah cukup tahu tentang Islam?
Kami juga berbincang tentang adanya golongan yang menghindari majlis ilmu. Rasa diri dah baik, dah tak perlu kan orang untuk memberi peringatan. Aduhai... jangan kita hindari diri kita daripada majlis-majlis seperti ini. Peringatan itu perlu, seperti mana Tuhan yang Maha Besar telah berkata:
"Oleh sebab itu, berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfa'at."
"Orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran."
"Orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya."
[ Al-A'laa: 9-11 ]
Saya rasa, orang-orang yang celaka seperti dalam ayat ke-11 di atas, bukan lah dimaksudkan orang kafir yang tidak tahu apa itu Islam semata-mata, tetapi juga orang Islam yang memang TAK NAK Islam tu sendiri. Kalau dah tak nak Islam, ajak la camane pun, mereka akan menjauhinya.
Saya risau. Orang Islam yang menjauhi peringatan, majlis-majlis ilmu, bagi saya, adalah mereka yang tidak merasai dalam hatinya akan perlunya Allah, perlunya kefahaman yang lebih dalam mengenali agama ini. Mereka merasa dirinya telah cukup.
"Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas."
"Kerana dia melihat dirinya serba cukup."
[ Al-'Alaq: 6-7 ]
Peringatan bersama lah kiranya, moga kita sama-sama tidak berputus asa daripada terus mengajak orang-orang camni ke majlis-majlis ilmu, atau kita sendiri mungkin, memberi ilmu dan peringatan kepadanya. Haih, memang tak mudah~ Bukan semua orang senang menerima teguran. Tapi, jangan difikirkan hasil, tapi yang penting, "Apa telah engkau lakukan?". Jangan di tinggalkan saudara seagama kita.. Dekati dengan cara kasih sayang. Kita tak nak masuk syurga sorang kan..?
Maka, berilah manfaat kepada orang lain, dan ajaklah kearah kebaikan, cegahlah kemungkaran.
Walau sedikit....walau sedikit......
Sesungguhnya, semua ini adalah peringatan kepada diri saya sendiri terutamanya...dan juga untuk semua...
Wallahua'lam... Allahu Yaa Kareem...Allahu Yaa Rabbi...
Friday, 18 January 2008
:: Manchester Games 08 ::
Yes, Manchester Games is coming again this year! Organized by Malaysian Students' Society of Manchester (MSSM), Manchester Games 08 will be held on Saturday, 9th February 08. Yes, it's soon! So, come, let's join us! =)
Thursday, 17 January 2008
Exam: 3rd Year Sem I
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tuesday, 15/1
[Paper 1] EEEN 30002T Engineering Analysis [ Done ]
Wednesday, 16/1
[Paper 2] EEEN 30047T Power Systems:Analysis [ Done ]
Monday, 21/1
[Paper 3] EEEN 30048T Power Systems: Plant, Condition
Monitoring and Protection
Wednesday, 23/1
[Paper 4] EEEN 30049T Systems Engineering
Friday, 25/1
[Paper 5] EEEN 30042T Power Electronics
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Catatan hari ini, kertas ke-2. Peperiksaan ialah pada jam 9.45am. Saya terlelap di meja study ketika jam menghampiri 9.05am, dan tersedar 5 minit lagi ke jam 9.45am!!!! Ya Allah....!!
Huh, cuak, cuak....
Pantas saya mengenakan tudung dan mengambil apa yang patut, lantas terus meluru keluar. Mahu je membuka langkah seribu, menjana stamina di awal pagi tika kenderaan berderet-deret di jalan raya. Tapi memandangkan saya mengambil kira tahap kesemputan yang mungkin kronik apabila sampai ke dewan peperiksaan dan akan menyukarkan saya menjawab soalan dengan baik, maka niat tersebut terpaksa dibatalkan. Lalu, perhentian bas terdekat dituju dengan langkah seperti lipas.
Saya tahan bas Stagecoach yang memang terkenal dengan tambang yang mahal. Lantak lah, yang penting, saya nak masuk exam! Hati berselawat dan berzikir banyak-banyak dalam perjalanan yang terasa seperti jarak dari rumah saya ke tempat kejadian seperti berbatu-batu. Sedangkan dekat je sebenarnya, dalam keadaan biasa, 15 minit boleh sampai ke Roscoe Building tu. Cuma keadaan lalu lintas yang memang sentiasa teruk di awal pagi, bas yang saya naiki terasa bergerak seperti siput. Haih, kalau saya berlari ni, 5 minit dah sampai ~
Apabila bas berhenti di depan Student Union, terus saya meluru turun lalu membuka langkah bak pelari marathon. Wahduh, dah la terlupa nak pakai jam, saya tak tahu la saya dah terlambat berapa minit. Apa jadi nanti kalau saya tak dibenarkan masuk dewan peperiksaan? Ya Allah, jauhkan lah...
Terus saya meluru ke Roscoe Building, melepasi bilik 2.22. Terpandang bilik 2.23, cuba membuka pintu...berkunci!!! Aduh! Pantas saya bergegas ke pintu satu lagi di depan sana, bilik 2.24... juga berkunci! isk...
Saya tak putus asa. Saya cuba pintu yang mula-mula sekali, bernombor 2.22. Fuh, tak kunci..
Saya menebalkan muka. Cepat-cepat menanggalkan jaket, dan mengambil bekas alat tulis dari dalam beg, terus mencari tempat duduk. Seorang pengawas perempuan berbangsa Cina meluru ke arah saya dan bertanya nombor tempat duduk saya. Pantas saya berkata," Twenty-five". Beliau memandu saya ke meja tersebut. Beliau pula kelihatan cuak melihat saya begitu. Huhu..
Beliau tercegat berdiri di sisi meja saya, menunggu saya mengisi slip kedatangan untuk diperiksa sebelum beliau beredar. Dengan pantas saya mengisi butir-butir diri dalam slip putih kecil itu. Setelah selesai, saya meletakkannya di bucu kiri meja. Pengawas tersebut lantas mengambilnya dan menyemak butiran yang telah saya tulis di atasnya. Sebelum beliau beredar, beliau sempat bertanya, " Are you ok?". Saya mengangkat muka sedikit dan tersenyum, menjawab dengan pantas,"Yes, I'm ok."
Saya memandang jam di dinding depan yang kelihatan samar-samar. Ya Allah.. 20 minit telah berlalu.
Cepat saya membuka kertas soalan dan melihat setiap soalan untuk memilih yang terbaik. Setelah pemilihan dibuat, saya lantas menjawab dengan pantas setiap soalan sehabis mampu yang boleh. Sesekali mendongak melihat jam di depan sana yang terasa berlalu dengan sangat cepat.
Akhirnya peperiksaan berakhir. Setelah kertas-kertas jawapan dipungut, saya terus melangkah pulang. Saya lebih selesa berjalan daripada menaiki bas. Mengambil angin sambil melegakan otot-otot kaki. Dalam perjalanan pulang, saya berfikir. Apa akan terjadi, kalau Allah sedarkan saya dari lena saya tadi tu pukul 10.15am? atau 10.30am? Sudah pasti saya tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan tu. Na'uzubillah...
Saya hanya mampu bersyukur. Walaupun saya terasa seperti saya tidak membuat dengan baik (tak tahu kenapa rasa camni), tapi, setidak-tidaknya, saya dah berusaha dari apa yang terbaik daripada saya. Dan kini hanya pada Dia saya bertawakkal...
Jadi, daripada kisah ni, pengajaran yang boleh diambil ialah:
1. Tidur awal kalau esoknya ada exam!
2. Stamina memang sangat diperlukan saat-saat kecemasan begini. Jadi, amalkan gaya hidup sihat. ^_^
3. Jangan cemas. Cuba bertenang, walau keadaan ketika itu sangat meruncing.
Ok, mari kembali ke pangkal jalan. Waktu untuk mengulangkaji ~
Sekian.
Monday, 14 January 2008
Edisi Musim Peperiksaan
Peperiksaan saya akan secara rasminya bermula esok, Selasa 15 Januari 2008 dan akan berakhir pada 25 Januari 2008, iaitu sebanyak 5 kertas semuanya (Give me 5! Huhu ).Penyakit tidak boleh tidur malam, atau lebih dikenali dengan istilah INSOMNIA, juga tanpa diundang, telah datang bertandang. Tak mengambil kaffein pun terkena jugak bias penyakit ni..Haih~
Dalam kesibukan diri menela’ah pelajaran, diri saya sentiasa bermuhasabah; kita sentiasa akan menyiapkan diri untuk menghadapi sesuatu yang kita pasti akan terjadi, yang telah tetap bila akan terjadi, dan hasil daripada persediaan kita serta daripada pertolongan Allah lah yang akan menentukan natijahnya, sama ada baik atau pun tidak. Ini jelas bila kita akan menghadapi peperiksaan, kita tahu bila ia akan terjadi, dan kita tahu takat mana yang akan ditanya dalam kertas peperiksaan itu nanti, lalu kita membuat persediaan untuk menghadapinya, dengan penuh ketekunan, kesungguhan, sehingga berjaga malam untuk menghabiskan sukatan pelajaran, menjawab soalan-soalan tutorial, kertas-kertas peperiksaan tahun-tahun sebelumnya; sehingga melupakan makan dan minum, sehingga waktu rehat semakin berkurang, hanya kerana, ingin mencapai yang terbaik dalam peperiksaan dunia itu.
Moga hati ini dan hati-hati kalian semua sentiasa dipandu oleh-Nya menuju jalan yang benar dan diredhai serta sentiasa cenderung melakukan perkara kebaikan dan menjauhi kemungkaran. InshaAllah…ameen….
Sunday, 6 January 2008
MADU vs DEMAM
"Tentang ape tu ye?"
Tentang cara nak merawat demam or ape-ape la sakit yg melanda.
"Camne tu?"
Caranya ialah, makan la MADU =)
Menurut Rasulullah SAW, setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda:
Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua."
(Hadith riwayat Abu Daud)
Rasulullah SAW juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran. Baginda bersabda:
Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."
(Hadith riwayat Ibnu Majah)
Di samping itu, madu juga seringkali digunakan untuk sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah SAW juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadith Baginda yang berbunyi:
Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."
Di samping itu, dengan memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradidional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika disapukan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh ( lecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Di samping itu, banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat (bagus untuk yang tengah selesema tu =) ), anak yg kencing malam dan sesuai utk kanak-kanak damit yang baru lahir.
Sumber: http://tualangkedah.tripod.com/madu.htm
Pengalaman dan amalan sendiri:
Saya memang tidak sihat ketika saya menghadiri PUISI 07 di Ireland. Di sana saya makan ubat yang dibekalkan oleh AJK dari kotak First Aid Kit dorang, dengan membetulkan niat, bukan lah ubat ini yg menyembuhkan saya, melainkan Allah jua. Kita perlu berhati-hati,kebergantungan dengan ubat dengan mempercayai ubat yg kita makan itu lah yg menyebabkan kita sembuh adalah salah satu cabang syirik khafi (syirik tersembunyi).Betulkan niat sebelum mengambil ape-ape ubat ye.
Sepanjang saya di sana dan mengambil dos mengikut peraturan, setiap pagi,tengahari dan malam, langsung tidak menunjukkan kesan yg baik. Sungguh saya sangat tertekan, sebab saya tak mampu menemui madu ketika di sana. Saya ada bertanya pada AJK, namun mereka jua tidak mampu mendapatkannya. Saya menahan diri, cuba bersabar sehingga pulang ke Manchester. Mata ini pernah menitiskan air mata, kerana rindu. Rindu kan madu dan sunnah Nabi-Nya.Saya rasa sangat bersalah, tatkala diri ini sentiasa berpesan kepada ahli keluarga, kawan-kawan yg tidak sihat supaya mengambil madu sebagai penawar, saya sendiri yg tidak mengamalkannya ketika saya sendiri tidak sihat.Aduuh...
Ok, berbalik kepada cerita pengalaman saya:
Bila saya pulang ke Manchester, saya terus tolak tepi ubat paracetamol yg saya amal selama hampir seminggu yg langsung tak memberi kesan dan menggantikan dengan madu 100%. Saya makan dengan konsisten setiap pagi sebanyak satu sudu besar dengan membaca ayat ke-69 Surah An-Nahl:
Maksudnya: “Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.”
( Surah An-Nahl:69 )
dan selawat kepada Baginda serta diakhiri dengan Basmalah, dengan mengharapkan kesembuhan daripada Allah SWT. Saya mengambil madu 3 kali sehari, satu sudu besar di waktu pagi, satu sudu teh pada waktu tengahari, dan satu sudu teh sebelum tidur (waktu di mana tubuh berehat dan biarkan madu bertindak).MasyaAllah.Alhamdulillah.Allahuakbar.
Akhirnya Allah telah memberi kesembuhan kepada saya. Sungguh, janji-Nya itu benar. =)
Bagi yg tidak menyukai madu, mungkin kerana ia terlalu manis atau rasanya yang bagi sesetengah orang adalah "pelik", cuba lah cari alternatif. Boleh masukkan dalam hot chocolate kegemaran, atau teh, atau masukkan dalam campuran cereal + susu masa breakfast. Takkan tak nak amal ubat yang Allah sendiri cakap ia adalah penawar bagi manusia? =)
Cubalah cari madu yg terbaik, yg tidak dicampurkan peratusan gula yg banyak. Agak susah jugak sebenarnya nak jumpa yg betul-betul asli. Tapi kalau di botol dia ada tulis "Neutral" tu, boleh la tu, percayalah ia adalah asli.Takkan nak masuk sendiri hutan sebab nak yg betul-betul pure kan? =)
Tapi saya nak tekankan di sini, ape-ape pun, kekuatan dalaman kita juga penting. Lawan rasa tak sihat tu, jangan mengalah dengannya. Dan teruskan amalkan madu, disertai doa syifaa' di atas ( dan juga ayat-ayat syifaa' yg lain sebagai sampingan. Sila check surah Yunus:57 dan surah Israa':82 ) serta keyakinan pada Allah SWT.
Walaupun dah sembuh nanti, teruskan lah amalkan madu sebagai amalan harian, paling kurang pun setiap pagi masa sarapan. Madu ni banyak khasiatnya ( boleh check di internet ), bagi yg nak kulit yg lawa tu, haa, boleh la amalkan selalu. Eheh...
Ok, selamat mengamalkannya bagi yg tak sihat, juga yg sihat-sihat aja tu pun, boleh amalkan juga sunnah Rasulullah ni. Saya doakan semua orang diberi kesihatan yg baik menjelangnya exam ni.. =)
Mari sambung belajar~
Sunday, 30 December 2007
>> C.S.E. PMS 07 <<
Jaulah saya di mulai dgn aktiviti ber PMS.PMS=Perhimpunan Musim Sejuk atau juga dikenali dgn Winter Retreat.Tahun ini dibuat di Loughborough, satu tempat yg tak plak saya tahu ada ramai jugak org Malaysia di di situ rupanya..huhu...PMS bermula pada 17 Disember hingga 19 Disember, dan pada 20 Disember, kami sama-sama menyambut Hari Raya Aidil Adha beramai-ramai.Seronok~~~sbb dpt makan-makan...hehe
Lagu yang sedang kedengaran ini adalah lagu tema PMS 07, "Mimpi Yang Indah" nyanyian kumpulan Mestica.Bila mendengar lagu ni, kerinduan pula mula bertandang. Ah, rindunya berada bersama ramai orang, kawan-kawan baru dan lama..
Entry ini akan berkongsi input-input yg saya perolehi sepanjang PMS kali ini. Tema PMS 07 ialah CSE,C=Control, S=Shift, E=Enter..
>> Control Your Whims
>> Shift Your Paradigm
>> Enter A New Beginning
Mari kita lihat ape input-input yg telah di ketengahkan oleh Ustaz Mazrul ketika mengupas tema "Control Your Whims"....
- Menghayati Al-Quran : Bertadabbur ( menghayati, meneliti maksud ayat-ayat Al-Quran, bukan setakat membacanya sahaja tanpa mengerti maksud ayat-ayat Allah.. )
- Bagi Muslim, Al-Quran lah yg membezakan antara baik & buruk akan sesuatu, tetapi bagi org kafir, mereka menggunakan akal utk membezakan antara baik dan buruk sesuatu perkara.
- Akal tidak boleh digunakan sebagai rujukan tertinggi utk menentukan baik & buruk. Akal telahpun menipu org kafir agar terus melakukan benda yg salah tetapi dianggap baik & betul oleh mereka ( seperti pengubahsuaian isi kandungan Injil )
- Al-Quran sebagai al-Furqan ( pembeza antara baik dan buruk )
- Sedar tak sedar, sebenarnya tindakan kita yang menjustifikasikan bahawa Allah itu dongeng! Apa yg Allah suruh kita buat, kita tak buat. Apa yg Allah larang kita buat, kita buat. Jadi, Allah seakan-akan tak wujud dlm kehidupan kita, sedangkan Dia sentiasa memerhati kita.
- Sehebat-hebat ilmu sains ( tahu bila akan berlaku gerhana matahari/bulan berdasarkan kiraan dan pusingan kitaran alam ), tapi tak dapat cipta komponen dalam badan manusia (seperti darah). Walaupun jantung buatan telah dicipta,ia masih tidak dapat berfungsi exactly seperti jantung buatan Allah..kan?
- Manusia = roh + jasad.
"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja."[Al-Isra':85]
- Makanan >> Jasad & Rohani
Makanan Jasad-jgn makan seperti org kafir yg makan seperti haiwan ternakan ( maksud ayat Quran). Niatkan makan utk dapatkan tenaga, supaya dapat belajar, dapat beribadah, memenuhi tuntutan Fardhu Ain dan melakukan perkara-perkara yg baik, kerana Allah Ta'ala.
Makanan Rohani-berzikir pada Allah, sentiasa ingat Allah.
- Belajar >> untuk bekerja atau kerana kerana kewajipan yg diwajibkan oleh Allah?
-Belajar engineering tapi kerja petani, akhirnya dpt menghasilkan mesin tuai,kan bagus tu..? ^_^
Tapi kalau belajar engineering, then kerja bawah org sebagai engineer, tak ke mana jugak.. ( alamak, kena kat diri sendiri ni, pelajar engineering...~ )
- Allah suka orang yg melakukan sesuatu dgn penuh kesungguhan
- Kenapa kita masih terjebak dlm maksiat,walaupun kita dah ada Quran yg lengkap dan islam yg syumul?? >>> sbb takde KESEDARAN
- Bagaimana nak menang dalam tarik menarik antara nafsu dan hawa'? ( Hawa' ialah keinginan yg membawa kepada kejahatan )
* Kesedaran ( yg bertitik tolak dari kefahaman )
* Ilmu - tahu akan perkara-perkara yg mengikut syari'at Allah, tahu hukum-hakam, tahu batas-batasnya
* Kehendak yg tinggi - jihad, iaitu kemampuan utk melawan kecenderungan yg boleh membawa kpd benda yg tak elok
* Hidayah daripada Allah - apa-apa pun yg kita usahakan, segalanya akan berbalik kpd hidayah Allah jua.Contohnya, kisah Abu Talib yg hidupnya selalu membantu Nabi dlm menyebarkan islam,tetapi akhirnya mati sebagai org kafir.
============================================
" Shift Your Paradigm" by Ummu Jihad
Saya mengambil isi-isi ceramah oleh Ummu Jihad melalui catitan seorang sahabat.Berikut adalah point-point yg diperkatakan:
-The importance of knowledge, honor Islam and make it a mission in life
-Work hard to achieve your aims
-The materialistic life is not our aim, live life as a traveler
-Protect muslims everywhere
-Dedication in working for Islam
-Face the challenges
-Put faith in action
-Aware of ummah’s problems
-Sisterhood and brotherhood
-Become organized and achieving
-Charity is part of us
-Use mind, think and invent
==========================================
"Enter A New Beginning" by Ustazah Marhamah
* Manusia diberi pilihan, kita bertanggungjawab membuat keputusan.
*Perubahan yg dilakukan kerana kesedaran & kehendak sendiri adalah lebih baik daripada perubahan yg dipaksa
:: Perubahan Diri:Model ADKAR ::
-Awareness of the need to change
- Desire to participate & support to change >> Penghayatan tanggungjawab dakwah
- Knowledge of how to change ( & what the change look like) >> Tarbiyah bersumberkan Quran & Sunnah
- Abillity to implement the change on a day-to-day basis
-Reinforcement to keep the change in place >> Penubuhan Dakwah Islamiyah
- Ilmu: Aqal, Jasad, Prasarana
- Alat: Perhatian Allah.
- Teman: Individu lain, persatuan.
- Azam
- Tawakkal
:: INSAN RABBANI ::
+ Aqidah yg sejahtera
+ Ibadah yg sahih
+ Akhlak yg mulia
+ Mampu berusaha menghasilkan produk-sesuatu yg bermanafaat utk org lain
+ Menambah ilmu sepanjang hayat
+ Bertenaga/memlihara kesihatan
+ Kuat azam/motivasi yg tinggi
+ Berdisiplin
+ Menjaga masa/bijak urus masa
+ Memberi manfaat kpd org lain
==========================================
Moga kita dapat merenung setiap bait-bait kalimahnya, menerapkan ke dalam minda, menghayatinya dengan jiwa dan mengamalkan semampunya dengan anggota badan kita.InshaAllah...
Friday, 28 December 2007
Winter In My Soul
Mana taknya, bila menjejakkan kaki ke Manchester Airport pada malam 22 Disember lepas, terus saya teringat detik-detik kepulangan ke Malaysia musim cuti panas yg lepas. Terus tangan ini menggapai handset dan menekan-nekan keypad, menyatakan kerinduan kepada orang di Malaysia. Huu,sayunya hati..~
Saya belom dapat lagi nak mengupas isi kandungan PUISI 07 yg saya hadiri kerana masa yg agak terhad buat masa ini. Sekarang di PC Cluster, jam menunjukkan jam 9 mlm.Perlu menyelesaikan beberapa perkara sebelum esok pagi bertolak ke Liverpool pula.Kata seorang kawan," Wah,bukan main kau berjalan-jalan cuti ni yek. Dah study belom? " Saya sengih.Heee...sabor ler dulu. Sat-sat lagi belajor lerw...~ jalan puas-puas dulu. Hehe...
Setelah lama tak ditimpa musibah berupa nikmat kesihatan yg ditarik oleh Allah, winter kali ini betul-betul menguji kekuatan hati saya bila diri saya mula menunjukkan tanda-tanda akan jatuh sakit selesai ber'Winter Camp' di Loughborough.Hari terakhir di Loughborough memang sejuk yg teramat, dgn kabus yg tebal sejak di awal pagi. Pergi ke PUISI 07 di Dublin pun dengan membawa amaran berjaga-jaga.
Dengan semangat nak menuntut ilmu daripada Ustaz Hasrizal yg menjadi kesayangan ramai, yg datang dari jauh dari Malaysia utk program PUISI 07, saya cuba melawan, sentiasa mengatakan,"Kuat Wani, kuat!" kepada diri sendiri, agar tidak mudah tewas. Alhamdulillah, semua slot bersama Ustaz Hasrizal tak pernah saya ponteng. Cumanya, ada la yg tertido sket-sket disebabkan tido malam yg tak berapa selesa kerana keadaan yg tidak berapa sihat.
Di kesempatan ini, sebelum saya berhenti dan kembali kepada kerja saya, sekadar ingin berkongsi kata-kata dari Ustaz Hasrizal..
" Sesungguhnya hidup kita ni akan sentiasa dilambakkan dgn kesibukan.Jika sekarang anda seorang pelajar, anda sibuk dengan tugasan seorang pelajar. Bila anda sudah berkerjaya, anda sibuk pula dgn urusan kerja anda. Bila sudah berumahtangga kelak, sibuk pulak dgn urusan keluarga. Anda hanya akan terlepas dari kesibukan dunia bila anda sudah berada 7 kaki di bawah tanah. Tapi di sana, anda akan sibuk pula dgn soal-jawab malaikat di alam kubur."
Maka,kata-kata saya pula ialah:" Agi idup agi ngalaban, selagi hidup, mari bersibukan."
Sekian.

