Monday 30 April 2007

Cope with Stress When The Exam is Just Around The Corner...

Yeap,the exam a.k.a the war is coming again...!!! As usual,the pressure hits me.what i can say is,my body sometimes reflects so much on such pressure which i easily fall sick...i can feel it now as the exam's approaching...

Let's read this..i hope that i can manage this stress so that i won't be lying on bed when other people is busy revising in the library...

************************************************************************************

What can you do to try and stay on top of the stress so it doesn't affect your health, happiness, or waistline?
  1. Exercise. Amen for endorphins. Believe me, they've helped me many days with my perspective. If you have to work out, then go take a brisk walk and get that blood flowing. It isn't about working out to lose weight -- it's about being healthy and staying sane.

  2. Eat the real stuff. Crappy food (fast, processed, and loaded with sugar) doesn't help your chemical brain and body handle stress. Living food, real food, helps support your mind and body while it's trying to deal with the million things coming its way. Every time I reach for the chocolate, I'm looking to feel something from it. Don't get me wrong -- if it's just a little here and there because I enjoy the taste of it, great. But if I'm using it the minute I feel overwhelmed, then that's when that food is no longer OK to eat. It doesn't make the problem go away, and then I just feel bad about eating the food to pacify myself. Grab green food instead. Put things in your mouth that are going to support your immune function and keep you levelheaded.

  3. Notice. Try not to let the stress overtake you. Recognize the situations that cause the stress and notice them coming your way. You have a better shot at fending off the full effects of the stress when you can anticipate it.

  4. Get it off your chest. Talk to a friend or partner about the stress. Sometimes just getting it off your chest can help unload some of the burden.
  5. Keep your sense of humor. If you do have the chance to talk about it, try to see the irony and humor in the wacky bits. I think someone is dead in the water once they lose their sense of humor.

  6. Stay grateful. Make a habit of saying thank you. You will notice the sunny spots a lot more often, and not just the gray skies and storms.

  7. Ask, "What's the hurry?" Have some fun. We're always so busy going somewhere, we miss just enjoying the moment. If an opportunity comes your way to do something fun, take it.

  8. Take a deep breath. When you feel the stress getting to you, take a moment. Get away, even if it's just for an hour, to be with yourself and your thoughts. Some people like to take a walk, meditate,or lock themselves away in a beautiful bath. Find the peace and the silence.

  9. Keep it simple. Simplify where you can. Does Junior really need to be in 78 activities at the age of 5? Do you have to go to every little party or gathering you're invited to?

  10. Turn off the TV. A lot of it is bad news anyway, and it robs us of hours that we could use to be getting other things done. Since everyone complains that they have no time, get some by unplugging from the tube.

  11. Sleep. If you're rested, you have a better shot at handling things. Not to mention, you may not stress out as easily if you have a chance to recover at night.

  12. Drink water. Hydrate with water. Help you entire system function better just by drinking enough water. Oh, and by the way, if you don't think that weight loss and proper hydration have a relationship, think again. Shift the paradigm on its side -- don't think about exercise and nutritional eating just as something you have to suffer through to get into those jeans. Instead, think of them as armor that will protect you in this crazy world, with all of the bazillion details you deal with every day.
************************************************************************************

Source : internet (some sentences have been altered and cut off due to unapprropriate means...)

Wednesday 25 April 2007

Ukhwah itu....

Hari ini 25 April 2007.Dah tk lama lagi nk exam..kesibukan dunia yg membuatkan diri mengabaikan pengisian agama terhadap diri sendiri...

Kerana tekanan dunia juga membuatkan diri saya menyepi daripada kawan baik saya.Percaya atau tidak,sudah 2 hari saya sengaja tdk mengangkat panggilan telefonnya,sebab saya tertekan.Pergi sekolah,balik,terperap dalam bilik.Cuba belajar tapi tk masuk ape2..mesejnya tdk berbalas,kerana kesibukan.Pagi2 lagi kawan baik saya tu dh call,tp saya masih enggan utk menjawab panggilan..teruk kan saya?

Ptg tadi saya teringat akan dia.Sudah 2 hari tdk bertanya khabar,menyepikan diri.Lantas saya menelefonnya.Memberi salam yg dijawab dgn panjang lebar smbil dia menyebut nama Allah berulang-ulang,dgn lembut nada suaranya membuat saya tersenyum..Dia mengeluh tp dgn gaya yg lembut...."Ya Allah,wani....wani....." .Dia mengulang-ulang nye..Saya tahu,dia tensyen ngan saya,sbb saya buat camtu kat dia,telefon tk diangkat,mesej tk berbalas...

Saya meminta maaf padanya atas sikap saya tu,dan menerangkan betapa saya tertekan.Rupa-rupanya dia juga menceritakan benda yg sama kat saya.Dia juga tertekan dgn study.Tiba-tiba saya rasa bersalah padanya.Saya pentingkan diri sendiri.Disebabkan saya tertekan,saya tk menjwb panggilan telefonnya,walaupun berkali-kali dia cuba menghubungi saya.Lalu saya terfikir,dia tertekan lalu dia cuba menghubungi saya utk meluahkannya (mungkin),tapi saya tak respon pun.Kesian dia....

Maafkan diri ini wahai teman...kerana diri ku tdk lah sempurna,cuba mencari kekuatan diri dalam kelemahan sendiri...Moga ukhwah ini akan sentiasa subur,disirami nilai2 kasih sayang...dan menjadi kekuatan utk kita mengharungi kehidupan ini...semoga Allah sentiasa merahmati-Mu teman...

Ikhlas,
Wani

Tuesday 24 April 2007

Kebuntuan...

Lama sudah tdk menulis ape2 sejak pulang dari bercuti Easter tempoh hari.Sebaik aje pulang,terus sibuk dgn latihan drama dan tarian utk Manchester Ladies Gala Night,21 April.Skrg ia tlh pun berlalu,yg tlh meninggalkan kenangan manis buat semua..tahniah MCOT!! ^_^

Sehabisnya event tu,tekanan lain pula menjelma..yer,exam...3 minggu lagi.dgn project yg tk siap lagi...due dh nk dekat.lab report lagi...then pening jgk memikirkan tntg perancangan summer ni..antara nk ke Egypt utk bljr Bahasa Arab dan bbrp ilmu Islam yg lain atau pulang ke Malaysia utk buat internship...~sigh~

Saya rasa skrg ni pertentangan hebat sdg melanda.Antara sekularisme dan tuntutan agama.Saya sedar,bila memikirkan,kenapa saya nk buat internship tu...?sbb nk taruk dlm CV,cantik sket CV tu,bnyk boleh taruk,supaya mudah nk cari kerja nnti...seolah2 benda tu sebagai SEBAB yg akan membuatkan saya mudah dpt kerja...hati menangis sendiri bila saya sedar,saya dh MENYIMPANG dr hakikat bahawasanya REZEKI itu di tgn Allah... ~arggghhh~

Sebetulnya niat dan perancangan nk pegi Egypt tu dtg dulu...sepatutnya saya tetap dgn keputusan tu..tp nmpknya ada sesuatu yg menggoyahkan iman...tuntutan dunia..ya,tuntutan dunia...haruskah saya bertoleransi dgnnya...? Nak melaksanakan kedua-duanya iaitu ke Egypt dulu then baru pulang ke Malaysia,adalah tdk mungkin..saya akan kehabisan semua wang dlm simpanan...perbelanjaan tiket sahaja hampir mencecah GBP 1000 ...

Pilihan terpaksa di buat...memilih hanya satu antara dua...Egypt atau Malaysia...?

Thursday 12 April 2007

Kewajipan Bertudung dan Menutup Aurat

Persoalan aurat ini telah diputuskan secara jelas oleh Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an menerusi ayat hijab iaitu ayat 30 dan 31 Surah al-Nur yang bermaksud:

30."Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

31. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan (kemaluan) mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka….." sehingga akhir terjemahan ayat ini.

Kehendak ayat ini adalah jelas, kecuali maksud "perhiasan tubuh yang zahir" itu. Allah tidak menerangkan maksudnya, begitu juga tiada hadis qawli (ucapan Nabi ) yang sahih tentangnya. Tetapi hadis iqrari (perakuan Nabi ) yang sahih amatlah banyak sekali, iaitu perakuan Nabi terhadap para Sahabiat (sahabat wanita) yang semuanya bertudung setelah turun ayat hijab itu.

Pertamanya, hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah r.a.:

"Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya."

Kedua, hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah bint Shaybah katanya:

"Ketika kami bersama ‘Aishah r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aishah menyampuk: "Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) "…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…", serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw., seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka."

Lihat tentang tafsiran dua ayat dan dua hadis di atas dalam Muhd Ali al- Sabuni, Mukhtasar Tafsir Ibn Kathir, (percetakan Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)

Dan ketiga, satu hadis yang tidak berapa sahih tentang tafsiran"perhiasan tubuh yang zahir" itu ialah yang diriwayatkan oleh Abu Dawud daripada ‘Aishah r.a.:

Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: "Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini" (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).

Dalam mentafsirkan ayat al-Qur’an yang bermaksud “dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka”. Prof. Dr. Hamka, dalam buku Tafsir Al-Azhar jld. 7 menjelaskan bahawa : ‘Peringatan kepada perempuan, selain menjaga penglihatan mata dan memelihara kemaluan, ditambah lagi iaitu janganlah dipertontonkan perhiasan mereka kecuali yang nyata sahaja. Cincin di jari, muka dan tangan, itulah perhiasan yang nyata. Ertinya yang sederhana dan tidak menyolok dan menganjurkan. Kemudian diterangkan pula bahawa hendaklah selendang (kudung) yang telah memang tersedia ada di kepala itu ditutupkan ke dada’.

Dalam mentafsirkan ayat yang sama, Ahmad Mustafa Al-Maraghiy dalam kitabnya Tafsir Al-Maraghiy jld.9 pula menjelaskan bahawa : “ Begitu juga setiap wanita hendaklah tidak menampakkan sedikitpun perhiasannya terhadap lelaki yang bukan muhrim, kecuali perhiasan yang biasa nampak dan tidak mungkin dapat disembunyikan, seperti cincin, celak mata dan lipstik. Dalam hal ini mereka tidak akan mendapat kesalahan. Kecualilah jika mereka menampakkan perhiasan yang patut disembunyikan seperti gelang tangan, gelang kaki, kalung mahkota, selempang dan anting-anting kerana semua perhiasan ini terletak pada bahagian tubuh (pergelangan tangan, betis, leher, kepala, dada dan telinga) yang haram dipandang kecuali oleh orang yang dibenarkan untuk melihatnya.

Setelah melarang daripada menampakkan perhiasan, Allah Ta’ala selanjutnya memerintahkan agar menyembunyikan sebahagian tempat perhiasan pada anggota tubuh itu di mana mereka hendaklah melabuhkan tudung kepala ke dada bahagian atas hingga di bawah leher, supaya dengan yang demikian mereka dapat menutupi rambut, leher dan dadanya, sehingga tidak sedikitpun dapat dilihat oleh orang lain. Seringkali wanita menutupkan sebahagian tudungnya ke kepala dan sebahagian lagi dilabuhkan ke punggung sehingga nampak pangkal leher serta sebahagian dadanya seperti yang telah menjadi adat jahiliyyah. Dari itu mereka dilarang berbuat demikian”.

Daripada kedua-dua tafsiran ini jelaslah bahawa seorang wanita yang beriman itu wajib memakai tudung dan menutup aurat serta perhiasan-perhiasan yang terletak pada bahagian tubuh yang wajib disembunyikan daripada pandangan orang yang bukan muhrim kecuali pada muka dan kedua-dua pergelangan tangan yang merupakan perhiasan yang nyata bagi mereka.

Seterusnya, Allah Ta’ala turut menegaskan lagi mengenai kewajipan ini dalam Al-Qur’an Al-Karim menerusi ayat 59 Surah al-Ahzab yang bermaksud:

"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."

Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata, "Allah s.w.t. memerintahkan Nabi-Nya supaya menyuruh isteri, anak dan wanita beriman agar mereka melabuhkan jilbab mereka supaya mereka berbeza dengan wanita jahiliyyah (yang tidak menutup aurat), dan jilbab ialah kain yang dipakai di atas tudung kepala…" (Lihat Muhd ‘Ali al-Sabuni, Mukhtasar Tafsir ibn Kathir, Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t.)

Berdasarkan tafsiran ini, makna jilbab yang paling tepat dalam konteks hari ini ialah cadur, seperti yang dipakai oleh wanita Iran itu. Bagaimanapun jilbab yang difahami dan dipakai oleh wanita Islam Melayu sekarang pun telah mencapai maksud ayat tadi, iaitu supaya mereka dikenal sebagai wanita solehah dan tidak berani diganggu oleh lelaki fasiq pada kebiasaannya. Jilbab itu hendaklah labuh sedikit sehingga menutup bentuk dada mereka dan lebih baik lagi sehingga menutup paras punggung mereka. Ini kerana antara tempat yang paling menarik perhatian dan menjadi bualan lelaki-lelaki fasiq ialah dua tempat sensitif itu. Maka perlulah tutup lebih sedikit berbanding betis dan lengan. Perkara inilah yang wajib difahami oleh wanita-wanita yang mulia, terhormat dan mempunyai harga diri.

Adapun wanita yang tidak bercita-cita sedemikian, maka mereka mencipta pelbagai alasan untuk mengharuskan pendedahan aurat atau perhiasan sulit (bukan zahir) mereka. Namun para pendakwah perlulah berhikmah dan beransur-ansur dalam pendekatan mereka. Jangan menghentam, menyerang dan menghina wanita Islam yang belum dihidayatkan Allah itu. Berilah galakan kepada mereka dan puji-pujilah mereka bahawa mereka kelihatan lebih cantik dan menawan bila mereka menutup aurat. Mudah-mudahan pujian tersebut dapat melembutkan hati mereka untuk bertudung dan menutup aurat dengan sempurna. Namun, pendekatan beransur-ansur itu bukan bermakna mengatakan mendedah rambut tidak berdosa langsung. Ini adalah pernyataan yang salah dan menyeleweng daripada tuntutan syariat Allah dan Rasul-Nya.

Cara menutup aurat seperti yang diterangkan tadi adalah wajib bagi setiap wanita Islam bermula sejak mereka baligh sehingga mencapai usia yang tiada keinginan untuk berkahwin/bersuami lagi (menopaus). Bila mereka telah mencapai usia menopaus dan tiada keinginan lagi, maka ketika itu ada kelonggaran untuk mereka tidak menutup rambut dengan syarat tidak bersolek. Jika mereka masih bersolek dan berpakaian seksi, maka dakwaan bahawa mereka tiada keinginan adalah tidak diterima, kerana lazimnya tujuan solek dan pakaian seksi itu adalah untuk menarik perhatian dan mencari pasangan. Walau bagaimanapun, kekal beriltizam dengan cara menutup aurat yang sempurna itu adalah lebih baik bagi mereka, walaupun sesudah tiada keinginan. Hukum ini berdasarkan ayat 60 Surah al-Nur.

“Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

Wallahua’lam…

Cerita Mus'ab ibnu Umair

Mus’ab ibn Umair lahir dalam hidup yang amat mewah dan kaya-raya. Pakaiannya paling berjenama, kasutnya paling class, perfumenya paling wangi dan sebagainya. Beliau dikatakan menjadi pujaan gadis-gadis di Makkah... dah la kaya, handsome pulak tu.

Mus’ab memeluk Islam ketika pertama kali bertemu Rasulullah di rumah Al-Arqam ibn Abi Arqam. Apabila berita tersebut diketahui ibunya,Mus’ab dengan tenangnya mengakui keIslamannya. Ibu Mus’ab berasa sangat marah, lalu mengurungnya di sebuah bilik terpencil dalam rumahnya, di bawah jagaan beberapa orang guard.

Mus’ab akhirnya terlepas. Ibunya menghalaunya dari rumah dan menarik balik kesemua kemewahan yang diberikannya kepada Mus’ab.Tarik balik credit card, tarik balik kereta Ferrari, tarik balik semua designer clothes.

Seketika selepas peristiwa di Taif, Rasulullah s.a.w. memilih Mus’ab sebagai duta baginda ke Yathrib. Mus’ab masuk ke Madinah sebagai tetamu kepada Saad ibn Zurarah dari kaum Khazraj. Mereka megetuk pintu setiap rumah untuk menceritakan tentang Islam. Dengan rahmat Allah,ramai yang memeluk Islam. Ini sangat menggembirakan Mus’ab, tapi sangat membimbangkan ketua-ketua kaum Yathrib.

Satu hari, sedang Mus’ab dan Saad duduk bersama-sama beberapa Muslim baru dan orang-orang yang berminat dengan Islam, datang seorang pembesar Madinah dengan sebatang tombak di tangan dalam keadaan marah, iaitu Usaid ibn Khudair. Dia terus mencerca dan mengancam Mus’ab dan Saad. “Mengapa kamu datang untuk merosakkan orang-orang yang lemah di kalangan kami? Jauhkanlah diri kamu jika kamu mahu terus hidup!”

Mus’ab tersenyum dan berkata, “Apa kata kamu duduk bersama kami dan dengar seketika. Kalau kamu suka dengan misi kami, terimalah ia,dan jika kamu tidak suka, kami akan berhenti dan pergi dari sini.”

Usaid terus memeluk Islam selepas mendengar seketika, dan diikuti oleh Saad ibn Muaz dan Saad ibn Ubadah, pembesar Yathrib yang lain.

Orang ramai pun mula berkata, “Jika Usaid ibn Khudair, Saad ibn Muaz dan Saad ibn Ubadah telah menerima agama baru ini, takkan kita tak nak ikut?”

Setelah tamatnya Perang Badar, Rasulullah telah mengarahkan supaya tawanan dilayan dengan baik. Salah seorang tawanan tersebut ialah Abu Aziz ibn Umair, saudara kepada Mus’ab. Satu ketika, Mus’ab berlalu di hadapan abangnya dan Mus’ab berkata, “Ikat dia kemas-kemas. Ibunya seorang yang kaya dan berpengaruh. Kamu boleh dapat wang pampasan yang banyak daripadanya.”

Dengan terkejut, Abu Aziz menjawab, “Wahai Mus’ab, bukankah aku abangmu?”.Lalu Mus’ab menuding jarinya ke arah orang Ansar yang menjaga abangnya dan berkata, “Dia saudaraku, bukan kau.”Kenyataan ini membuktikan betapa ikatan iman itu lebih besar daripada ikatan persaudaraan, apatah lagi ikatan-ikatan lain.

Ketika Perang Uhud, Mus’ab diamanahkan untuk memegang panji Islam. Ketika orang Islam mengingkari arahan Rasulullah dan menginggalkan tempat mereka, orang musyrikin terus patah balik dan menuju ke arah Rasulullah untuk membunuh baginda.Mus’ab menyedari ancaman itu, lalu beliau mengangkat tinggi panjinya dan menjeritkan takbir. Dengan panji di satu tangan dan pedang di tangan yang sebelah lagi, Mus’ab menghala ke arah tentera Quraisy. Kedengaran Mus’ab mengulang kata-kata, “Muhammad hanyalah seorang Rasul.Telah berlalu Rasul-rasul sebelumnya.”

Seorang penunggang kuda Quraisy memotong tangan kanan Mus’ab. Kemudian tangan kirinya juga dipotong, lalu dia memegang panji dengan hujung kedua-dua lengan yang telah dipotong. Akhirnya Mus’ab ditikam dengan sebatang tombak, lalu rebahlah ia sebagai seorang syahid.

Selepas peperangan, Rasulullah dan para sahabat mengelilingi medan peperangan. Apabila tiba kepada badan Mus’ab, mereka semua menangis. Mereka tidak menemui kain untuk menutup badan Mus’ab melainkan pakaian yang dipakainya. Apabila ditutup kepalanya, kakinya kelihatan;apabila ditutup kakinya, kepalanya kelihatan. Maka Rasulullah menyuruh mereka menutup kepalanya, manakala kakinya ditutup dengan daun-daun pokok.

Rasulullah sangat bersedih atas kehilangan begitu ramai sahabat di medan Uhud, termasuk bapa saudaranya Hamzah. Namun Rasulullah sangat beremosi ketika melihat badan Mus'ab. Baginda terkenang saat mula-mula mengenali Mus’ab di Makkah, mewah dan bergaya, dan kini hanya dilitupi sehelai burdah yang kecil. Rasulullah melafazkan ayat Al-Quran:

“Di antara orang-orang beriman itu ada orang-orang yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak mengubah (janjinya).” (Al-Ahzab: 23)

Rasulullah berpaling kepada para sahabat yang masih hidup dan berkata, “Wahai manusia! Ziarahilah mereka, berselawatlah ke atas mereka. Demi Dia yang nyawaku di tangan-Nya, tiap Muslim yang mengirimkan selawat ke atas mereka sehingga Hari Qiamat, selawat mereka akan dijawab.”

As-salaamu ‘alaika ya Mus’ab... As-salaamu ‘alaikum, ma'syar asy-syuhadaa’… As-salaamu ‘alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu…

Salam sejahtera ke atas kamu, wahai Mus’ab… Salam sejahtera ke atas kamu, wahai para syuhada’… Salam sejahtera ke atas kamu, beserta rahmat dan keberkatan Allah…

Wanita Acuan Al-Quran

Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya

Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya

Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh
Yang Bersifat Jembalang

wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita

Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami
Mendalami Agama Islam Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah

Sementara Menunggu Akhirat

wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran

Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW

serta wanita sufi yang digariskan dalam kalamullah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah KeAtasnya

wanita Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT.

Wednesday 11 April 2007

Serlahan Dari Dalam


Pernah tak korang rasa,susahnya nk berdakwah kt orang2 sekeliling kita..? Dgn mcm2 gaya manusia yg kdg2 membuatkan kita rasa hampir give up utk berdakwah kt dorang..konflik antara sikap2 manusia....tapi kita rasa kita perlu sampaikan dakwah ni..mgkn kerana melihat situasi dan keadaan semasa yg semakin pincang...

Dan akan timbul persoalan,"Macam mana nk berdakwah kat dorang ni..?" Persoalan mgkn timbul sbb kita begitu ingin menyampaikan dakwah utk memperbaiki keadaan...baru2 ni saya terfikir jgk camtu..rasa mcm perlu bertindak segera sbb tk nak keadaan masyarakat (di Malaysia terutamanya) semakin kritikal..


Lalu teringat kembali coretan Ustaz Hasrizal,"Kenapa perlu berdakwah?".Hmm,sepatutnya dakwah kita ialah dari DALAM ke LUAR..bukan dari LUAR ke DALAM...iaitu,rasa nak berdakwah adalah lahir dr hati,lahir dr dlm diri sendiri,utk kita smpaikan ajaran Islam ni supaya org2 di sekeliling kita pun dpt merasai nikmat iman yg kita rasa.Maka,segalanya perlu bermula dr diri kita dulu.Kita yg kena perbaiki diri dulu,berusaha utk capai kemanisan iman tu..then barulah keikhlasan dan kekuatan utk smpaikan dakwah tu akan dtg dgn sendirinya..


Jika sbb utk dakwah ialah dr LUAR ke DALAM,kita hny terasa nk dakwah kerana melihat masalah kebejatan sosial dan nilai2 masyarakat yg semakin kacau,sbb kita nk perbaiki keadaan tu.Jadi pendorong utk berdakwah ialah kerana faktor luaran.Bila masyarakat dh baik kelak,semangat utk berdakwah pun hilang - sbb dh tkde ape nk disampaikan,masyarakat semuanya dh baik2 belaka.sdgkan tanggungjwb berdakwah itu wajib.mcm jgk sembahyang.tk kira la org tu jatuh dlm kategori baik atau kurang baik,hukum sembahyang tetap sama - wajib.Nabi2 yg maksum itupun diwajibkan sembahyang ke atas mereka.So samalah,bila mana masyarakat dh pun mnjadi baik,tanggungjwb dakwah itu perlu terus dilaksanakan...


Kat sini lah faktor dalaman memainkan peranan.Kalau kita sentiasa berada dlm kemanisan iman,kita sentiasa nk ajak org buat baik,cegah perkara2 tk baik,sbb kita nk saudara2 seislam kita pun sama2 berada pd jalan Allah yg benar.setuju?


Jadi kesimpulannya,semuanya kena bermula dr diri kita sendiri.Sucikan hati...cari lah cinta Illahi...

Tuesday 10 April 2007

Alhamdulillah...

Alhamdulillah,akhirnya tlh berjaya mencipta page blog ku sendiri di sini.InsyaAllah akan cuba konsisten menulis blog,utk tatapan rohani sendiri dan juga renungan buat kita semua.

Skrg masih di London.InsyaAllah akan pulang mlm ini..banyak kerja menunggu di Manchester.Hopefully boleh mendisiplinkan diri slps ini setelah 'dibasuh' sepanjang cuti Easter yg tlh pun 2 minggu berlalu.ah,cepat pula cuti kali ini...=(

Further changes will be done later...as well as more update..mcm bnyk nk tulis setelah pulang bercuti Easter dan berprogram macam2 sepanjang 2 minggu cuti yg telah berlalu...insyaAllah...

Well,this blog will be my tempat utk lepak dikala kelapangan...that will be nice..^_^ Resolusinya ialah ," Jangan buang masa..buat kerja..."

Last but not least,dedikasi kpd yg berada dlm ingatan saya ketika ini..:

:: My kakak in Malaysia >> I miss u so much.May Allah guide you always..all our family members..

:: My dear friend in Leeds >> I also miss you.Spending part of my vacations at your place was wonderful even though we did not go to many places for sightseeing.That is not important since what i am looking for is Allah's blessing and ukhwah with you my love..Thanks for being so nice...I love you lillahi ta'ala... =)

:: Kak Mum >> Thinking of you day by day..Please don't give birth yet until I arrive in Manchester...huhu.May what are inside you can be inherited and taken as good example by me to be a good and strong Muslimah...

:: My friends in UK and Malaysia >> Please return to Islam.Return to Allah.Seek for guidance and truth from the Quran.Be close to Quran as that is what Allah wanted to say to us for our guidance throughout this short life at Duniya..

:: My adik Na >> Ya Allah,please bring her to your right path.Please brighten her heart and her mind to Islam.Please make her a good daughter to her parents,a good person to all people around her,a good servant to you Ya Allah...

:: My cats in Malaysia >> I love you all so much...^_^

:: To myself >> Bear the bitter thing for Allah sake.Make the changes that are necessary for Islam.Top-up your knowledge,make decision and be strong..be humble,love others around you,be nice person,turn to Allah in whatever you do,in whatever condition you are facing...innallaha ma'ana...